Anda di halaman 1dari 6

AMALI 1 : KEPANTASAN & KETEPATAN DALAM PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR

PENGENALAN

Semua manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk melakukan banyak perkara


perkara yang hebat dan unik dalam hidup mereka dan hanya sedikit kemahiran dan
kematangan yang diperlukan untuk mereka menyempurnakan kemahiran tersebut. Sebagai
contoh, pada tahun 1980 an, Jim Knaub yang telah kehilangan sebelah kakinya dalam sebuah
kemalangan, telah memenangi beberapa acara dalam pertandingan maraton berkerusi roda.
Namun, semua itu tidak akan dikecapi jika tidak mempunyai kemahiran motor kasar dan motor
halus yang bagus serta pembelajaran motor secara berterusan.

Menurut Schmidt (1988), pembelajaran motor adalah satu proses gabungan latihan
dan pengalaman yang menyebabkan perubahan tingkah tindakan atau pergerakan yang
kekal. Drowatzky (1981) pula menyatakan bahawa pembelajaran motor adalah sebagai
aktiviti motor dan gerak balas motor yang mewujudkan pola kemahiran dan perlakuannya
dapat diperhatikan. Manakala kemahiran motor pula membawa maksud memberi tumpuan
pada aspek neutral,fizikal dan tingkah laku yang menjadi asas kepada pergerakan manusia
(Coker, 2004). Menurut Magill (1993), kemahiran motor adalah sebuah perlakuan atau tugas
yang mempunyai matlamat dan memerlukan pergerakan sukarela daripada tubuh badan
untuk mencapai matlamat tersebut.

Sama ada benar ataupun tidak seseorang itu mampu melakukan perubahan tingkah
tindakan seperti yang dinyata oleh Schmidt (1988), satu ujian telah diadakan oleh pelajar
opsyen Pendidikan Jasmani semester 7 untuk mengkaji bagaimana arahan kepantasan atau
ketepatan boleh mempengaruhi pretasi sesautu kemahiran motor.

Peserta ujian ini dihendaki untuk melakukan kemahiran menepuk yang melibatkan 20
percubaan praktis dan 5 ujian pemindahan. Peserta akan diberikan sehelai kertas sasaran
dan dihendaki untuk menepuk ke setiap petak sasaran dengan pen yang akan menandakan
satu titik mengikut turutan dari 1 hingga 40. Kemudian, cacatan masa yang diambil untuk
menamatkan kesemua tepukan dan bilangan tepukan yang berjaya dan gagal akan
direkodkan.
DAPATAN

GRAF 1
GRAF 2
Melalui 20 percubaan praktis yang telah dilakukan, dapat dilihat data yang dicatatatkan
adalah berbentuk lengkuk yang menggambarkan peningkatan serta penurunan prestasi
peserta. Hal ini kerana, satu ciri penting dalam pembelajaran kemahiran motor adalah semua
pelajar akan melalui beberapa peringkat pembelajaran dalam penguasaan sesuatu
kemahiran. Jika dilihat pada percubaan pertama pada graf 1, masa yang diambil adalah 19.28
saat dan percubaan keempat mencatatkan masa 12.38 saat. Hal ini demikian kerana, melalui
perlakuan yang berulang dan panjang, peserta akan menerima kemahiran motor baru secara
progresif bersesuaian dengan kapasiti diri peserta tersebut. (Cohen and Squire, 1980).

Salah satu faktor lain yang mempengaruhi keputusan masa percubaan adalah
pengaruh arahan dalam ujian. Pada percubaan ke 10, masa yang dicatatkan adalah 12.3 saat
manakala masa pada percubaan ke 13 adalah 8.71 saat. Jika dilihat pada kadar peningkatan
prestasi, masa yang dicatatkan adalah sangat singkat berbanding percubaan lain. Arahan
untuk melakukan percubaan dengan sepantas yang mungkin telah diberikan oleh pasangan
peserta pada percubaan ke 10 hingga ke 13. Walaupun masa yang dicatatkan adalah pantas,
namun ketepatan menepuk dalam kotak sasaran adalah tidak berapa tepat. Hal ini adalah
selari dengan apa yang dinyatakan oleh Schmidt et. al,. (2019), bahawa apabila sesuatu
pekerjaan atau perkara dilakukan dengan sangat cepat, kebarangkalian untuk mendapat
keputusan yang bagus dan tepat adalah sangat rendah dan tidak memberangsangkan.

Oleh hal yang demikian, arahan memainkan peranan yang sangat penting dalam
mempengaruhi perlakuan seseorang. Arahan secara verbal yang dilontarkan boleh
membuatkan pembelajaran dalam sesuatu kemahiran motor berubah. Hal ini kerana, menurut
Prinz (1997), arahan sangat berkesan dalam pembelajaran kerana terdapat empat faktor yang
utama iaitu arahan verbal dan perhatian, arahan verbal untuk penumpuan perhatian dalam
penghasilan pergerakan, arahan verbal untuk penumpuan perhatian dalam konteks
persekitaran dan arahan verbal boleh mempengaruhi strategi pencapaian maklumat. Namun
begitu, menurut McCullagh dan Weiss (2001), demonstrasi gerak perlahan dan praktis adalah
lebih berkesan daripada pendekatan arahan verbal. Ini kerana menurut Magill (2003),
demonstrasi gerak perlahan dan praktis dalam kemahiran motor yang melibatkan deria
penglihatan akan menambah minat pelajar untuk menerokai kemahiran tersebut. Sebagai
contoh, demonstrasi gerak perlahan terhadap cara cara untuk menyepak bola menggunakan
kekura kaki akan memberikan pengetahuan dan maklumat yang lebih jelas kepada pelajar
melalui pemerhatian visualnya. Walaupun begitu, antara kekurangan dalam demonstrasi
gerak perlahan ini adalah pelajar akan mudah merasa bosan kerana masa yang diambil untuk
melakukan demonstrasi adalah lama.
Salah satu faktor penting yang boleh dipertimbangkan dalam situasi pembelajaran
Pendidikan Jasmani adalah arahan verbal yang dimaklumkan kepada pelajar oleh guru yang
akan menghalakan perhatian pelajar tersebut kepada matlamat perlakuan kemahiran
tertentu. Contohnya dalam permainan tenis, jurulatih mengarahkan pemainnya untuk
melakukan servis dengan menggunakan kepantasan dan ketepatan untuk menghalang
pemain lawan daripada mengembalikan servis tersebut. Arahan yang sama juga boleh
diberikan oleh jurulatih badminton kepada pemainnya ketika melakukan smash ke
gelanggang lawan. Contoh terakhir adalah ketika mengambil sepakan penalti dalam
permainan bola sepak, arahan ketepatan dan kepantasan haruslah diberikan untuk
menewaskan penjaga gol lawan.

Antara faktor lain yang menyumbang kepada perbezaan masa antara percubaan
praktis dan ujian pemindahan adalah kerana faktor jumlah latihan. Menurut konsep yang
diterangkan oleh Drowatzky (1975), pemindahan pembelajaran boleh dihasilkan melalui
latihan di mana dalam usaha seseorang untuk mendalami sesuatu ilmu pengetahuan,
pengalaman dan tingkah lakunya, jika seseorang itu menggunakan proses pembelajaran
lepas, maka akan berlakulah proses pemindahan pembelajaran. Ini boleh dibuktikan melalui
keputusan pada ujiian pemindahan kerana masa yang dicatatkan adalah lebih pantas dan
ketepatan menepuk ke dalam kotak sasaran lebih tepat berbanding pada percubaan praktis.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, melalui 20 percubaan praktis dan 5 ujian pemindahan yang


telah direkodkan, ketepatan perlakuan seseorang dikawal oleh program motor yang
dipengaruhi oleh kepantasan seseorang itu dalam melakukan sesuatu pergerakan atau
pekerjaan. Arahan verbal terhadap kepantasan dan ketepatan serta demonstrasi gerak
perlahan juga akan mempengaruhi strategi seseorang dalam pembelajaran yang melibatkan
kepantasan dan ketepatan.
RUJUKAN

Cohen, N.J., & Squire, L.R. (1980). Preserved learning and retention of pattern-analyzing
skill in amnesia: Dissociation of knowing how and knowing that. Science, 210, 207
210.

Coker, C. A. (2004).Motor learning and control for practitioners.New York, NY: McGraw-Hill

Drowatzky, J. N. (1981).Motor learning: Principles and practices (2nd. ed.). US: McMillan

Magill, R. A. (2003). Motor learning and control: Concepts and applications (7th ed.). New
York, NY: McGraw-Hill.

McCullagh, P., Weiss, M. R. (2001). Modeling: Considerations for motor skill performance and
psychological repsonses. In Singer R. N., H. A. Hausenblaus, & Janella, C. M.
(Eds.).Handbook of sports psychology (2nd ed.), pp. 205-238. New York, NY: Wiley.

Prinz, W. (1997). Perception and action planning. The European Journal of Cognitive
Psychology, 9 (2), 129-154(26).

Schmidt, R. A. (1988).Motor control and learning: A behavioural emphasis (2nd ed.).


Champaign, Illinois, IL: Human Kinetics.

Schmidt, R. A. (2004).Motor learning and performance (3rd ed.). US: Human Kinetics

Schmidt, R. A., Lee, T. D., Winstein, C. J., Wulf, G., & Zelaznik, H. N. (2019). Motor control
and learning a behavioral emphasis. Champaign, IL: Human Kinetics.

Drowatzky, J. N. (1975).Motor learning: Principles and practices. US: Burgess.

Anda mungkin juga menyukai