Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN

Pembelajaran kemahiran motor ialah bidang pengajian pergerakan manusia yang


berfokuskan kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor yang
berlaku hasil proses fizikal seperti praktis dan latihan. Kebanyakan kemahiran motor yang
dilakukan semasa kelas Pendidikan Jasmani atau sukan memerlukan kedua-dua kepantasan
dan ketepatan. Keseimbangan kepantasan dan ketepatan menunjukkan bahawa individu
yang cuba bergerak pantas akan menjadi kurang tepat dan jika individu yang cuba tepat akan
menjadi perlahan.

Menurut Edwards (2011), pergerakan antara kelajuan dan ketepatan diterangkan oleh
Undang-undang Fitts. Undang-undang Fitts mengukur hubungan antara kelajuan dan
ketepatan spatial untuk sesuatu tugasan yang bertujuan mengkaji kelajuan dan ketepatan
berdasarkan jarak dan saiz sasaran. Oleh itu, pada 7 Januari 2019, satu amali telah diadakan
bagi mengkaji bagaimana arahan kepantasan atau ketepatan boleh mempengaruhi prestasi
sesuatu kemahiran motor.

Prosedur bagi amali ini ialah peserta perlu melengkapkan 20 percubaan praktis dan 5
ujian pemindahan dengan menepuk setiap petak sasaran dengan pen yang akan
menandakan satu titik mengikut turutan dari 1 hingga 40. Catatan masa akan diambil untuk
menamatkan kesemua tepukan dan bilangan tepukan yang berjaya dan gagal.
DAPATAN KAJIAN

Jadual Skor Pencapaian Bagi 20 Percubaan dan 5 Ujian Pemindahan Kepantasan dan
Ketetapan Dalam Prestasi Kemahiran Motor.

20 Percubaan Catatan Masa (s) 5 Ujian Pemindahan Catatan Masa (s)


1 18.97 1 10.71
2 17.77 2 7.84
3 15.48 3 8.75
4 15.32 4 8.02
5 12.31 5 7.11
6 13.46
7 14.79
8 10.54
9 9.90
10 11.74
11 10.76
12 8.56
13 9.98
14 8.31
15 8.71
16 9.01
17 8.11
18 7.91
19 8.02
20 8.86
Graf Pencapaian Bagi 20 Percubaan dan 5 Ujian Pemindahan Kepantasan dan Ketetapan
Dalam Prestasi Kemahiran Motor.
Pada skor pencapaian bagi percubaan, terdapat beberapa perubahan catatan masa.
Sebagai contoh, pada percubaan yang pertama, peserta mencatatkan masa selama 18.97
saat bagi menyelesaikan kesemua petak sasaran kerana arahan yang diterima pada
percubaan pertama ialah menepuk kesemua petak sasaran dengan tepat. Pada percubaan
kelima, arahan yang diterima oleh peserta berubah iaitu dengan menepuk kesemua petak
sasaran dengan pantas dan catatan masa pada percubaan kelima ialah 12.31 saat. Menurut
Edwards (2011), satu perkara penting dalam Undang-undang Fitts ialah menggambarkan
kecenderungan para pemain untuk menguruskan kelajuan untuk ketepatannya. Jadi apabila
peserta menerima arahan untuk menyelesaikan tugasan dengan tepat, ia akan mengambil
masa yang lama dan keberangkalian untuk peserta tersebut melakukan kesilapan adalah
kurang. Namun apabila arahan yang diterima untuk peserta tersebut untuk menyelesaikan
tugasan dengan pantas, masa yang dicatat agak pantas kerana peserta tersebut cenderung
untuk menyelesaikan tugasan dengan pantas tanpa memfokuskan kepada kesilapan yang
dibuat.

Apabila peserta sudah mencuba sebanyak 10 kali percubaan, catatan masa peserta
tersebut semakin pantas iaitu bawah 11 saat. Hal ini kerana adalah disebabkan oleh jumlah
percubaan yang diberikan. Menurut Shea et al. (1990), pengulangan boleh menyebabkan
masa yang dicatat semakin cepat. Kajian ini dapat dibuktikan apabila beliau melakukan kajian
yang melibatkan dua kumpulan iaitu satu kumpulan ialah kumpulan awal manakala satu lagi
kumpulan adalah kumpulan bebas. Kumpulan terawal perlu melakukan latihan ulangan
sebanyak 50 kali dan keputusan ujian tersebut adalah dimenangi oleh kumpulan terawal.

Selain daripada itu, motivasi juga boleh menyebabkan peserta berusaha untuk
mendapatkan masa yang lebih cepat. Hal ini kerana, peserta ingin mencatat masa yang lebih
pantas untuk menyelesaikan kesemua petak sasaran berbanding dengan peserta lain.
Menurut Mohd. (2003), bagi memenuhi keinginan ini, individu tersebut akan berusaha untuk
menguasai serta memahirkan diri dengan kemahiran tersebut. Oleh itu, peserta tersebut
berusaha untuk menguasai serta memahirkan diri dengan menyelesaikan kesemua petak
sasaran untuk mendapatkan masa yang terbaik.

Seterusnya, faktor kebimbangan juga memberi kesan kepada peserta. Hal ini kerana
peserta berasa takut untuk mendapatkan catatan masa yang lambat di antara peserta-peserta
lain. Dengan itu, peserta berusaha untuk mendapatkan catatan masa yang terbaik. Menurut
Shaharudin (2001), Teori Catastrophe yang menyatakan peningkatan kebimbangan state
akan memudahkan prestasi mencapai ke tahap optimum. Kebimbangan peserta tersebut
menyebabkan peserta berusaha untuk mencapai tahap terbaik bagi memastikan catatan
masa yang dicatat antara terbaik di antara peserta-peserta lain.
SOALAN PERBINCANGAN

1. Ya, arahan mempengaruhi prestasi peserta. Aspek ini adalah kritikal untuk
dipertimbangkan kerana apabila peserta menerima arahan menyelesaikan percubaan
dengan pantas, maka peserta tersebut menyelesaikan tugasan tanpa memikirkan
kesalahan yang dibuat. Apabila peserta menerima arahan menyelesaikan tugasan
dengan tepat, maka peserta tersebut akan memastikan kesalahan yang dibuat agak
sedikit dan catatan masa peserta juga terdapat perbezaan di antara dua arahan yang
berbeza.
2. Tiga contoh kesimbangan kepantasan dan ketepatan dalam Pendidikan Jasmani ialah
ketika melakukan kemahiran smash dalam permainan badminton, melakukan
kemahiran servis dalam permainan tenis dan akhir sekali penjaga gol menepis bola
dalam permainan bola sepak. Untuk setiap contoh kemahiran motor, saya akan
memberikan dua arahan yang berbeza. Bagi arahan pertama saya akan memastikan
seseorang itu melakukan dengan tepat dan apabila seseorang itu dapat melakukan
kemahiran motor dengan baik maka saya akan menukar arahan iaitu dapat melakukan
dengan pantas dan tepat. Menurut Edwards (2011), menggambarkan kecenderungan
para pemain untuk menguruskan kelajuan untuk ketepatannya adalah satu perkara
yang penting dalam Undang-undang Fitt’s.
3. Kelebihan demonstrasi gerak perlahan dan praktis dalam kemahiran motor ialah
individu tersebut dapat meningkatkan kemahiran motor. Hal ini kerana pengulangan
dalam kemahiran motor menyebabkan individu tersebut dapat mengingat dan
memperbaiki kemahiran motor. Menurut Shea et al. (1990), pengulangan boleh
menyebabkan masa yang dicatat semakin cepat. Namun, kelemahan demonstrasi
gerak perlahan dan praktis menyebabkan individu tersebut berasan bosan kerana
melakukan pengulangan kemahiran motor yang sama. Oleh itu, praktis dalam
kemahiran motor perlu divariasikan supaya individu tersebut tidak akan berasan bosan
malah akan cuba sedaya upaya untuk menguasai kemahiran motor tersebut.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, hasil keputusan amali tersebut ialah disebabkan oleh beberapa faktor.
Faktor yang pertama ialah arahan yang diberikan kepada peserta menyebabkan catatan
masa yang agak berbeza. Selain itu, pengulangan dan praktis amali ini juga mempengaruhi
keputusan amali. Faktor individu pula ialah disebabkan motivasi dan kebimbangan yang akan
memberi kesan kepada individu tersebut dalam melakukan amali ini. Dengan ini, keputusan
catatan masa yang berbeza-beza dalam ujian amali ini adalah disebabkan keseimbangan
kepantasan dan ketepatan menunjukkan bahawa individu yang cuba bergerak pantas akan
menjadi kurang tepat dan jika individu yang cuba tepat akan menjadi perlahan seperti yang
dinyatakan dalam Undang-undang Fitt’s.
RUJUKAN

Edwards, W. H. (2011). Motor learning and control: From theory to practice. Belmont, CA:

Wadsworth Cengage Learning.

Mohd. Sofian Omar Fauzee (2003). Penyelesaian masalah atlet melalui pendekatan

psikologi. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Shaharudin Abd. Aziz (2001). Mengaplikasi teori psikologi dalam sukan. Kuala Lumpur:

Utusan Publications.

Shea, C.H., Kohl, R., & Indermill, C. (1990). Contextual interference: Contributions of

practice. Acta Psychologica, 73, 145-157.

Anda mungkin juga menyukai