Anda di halaman 1dari 6

AMALI 2 : KEBOLEHAN

PENGENALAN

Kemahiran motor merupakan sesuatu kemahiran yang sangat penting dalam


kehidupan seharian. Menurut Magill (1993), kemahiran motor adalah sebuah perlakuan atau
tugas yang mempunyai matlamat dan memerlukan pergerakan sukarela daripada tubuh
badan untuk mencapai matlamat tersebut. Ini bermaksud, tanpa kemahiran motor kasar dan
motor halus, kita sukar untuk melakukan sesuatu pergerakan ataupun bersukan. Menurut
Magill (2007), kemahiran motor boleh dibahagikan kepada dua iaitu kemahiran motor kasar
dan kemahiran motor halus. Kemahiran motor kasar ialah kemahiran yang melibatkan
kumpulan otot-otot besar yang bekerja unutk melakukan sesuatu tugas. Manakala kemahiran
motor halus pula ialah kemahiran yang melibatkan kumpulan otot otot kecil atas halus yang
bekerja untuk melakukan sesuatu tugas.

Setiap individu mempunyai kemahiran motor yang berbeza mengikut keupayaan


masing masing, dan menjadikan prestasi mereka tidak serupa jika melakukan sesuatu
tugasan ataupun pekerjaan Magill (2007). Oleh hal yang demikian, satu ujian amali telah
diadakan terhadap kelas G 6.7 pada 14 Januari 2019 untuk membentuk satu pemahaman
yang lebih mendalam tentang peranan kebolehan peranan motor (motor abilities) di dalam
lakuan berkemahiran (skilled performance).

Perserta ujian ini dihendaki untuk menyusun tiga set cawan mengikut susunan 3-3-3
(stack 3-3-3) di dalam temph masa yang tersingkat. Setiap peserta akan diberikan percubaan
praktis selama satu jam kemudian lapan percubaan akan dilakukan dengan masa direkodkan.
Peserta hendaklah melengkapkan dua kali ser susuna 3-3-3 dengan sepantas yang boleh.
DAPATAN

PERCUBAAN MASA (s)


1 4.35
2 4.35
3 3.84
4 4.13
5 3.50
6 4.03
7 4.06
8 3.43
JUMLAH 31.69
MIN 3.96
JADUAL 1 : Jadual percubaan kebolehan motor untuk kecekapan dalam kemahiran speed
stacking bagi lapan kali percubaan individu.

Prestasi Percubaan Kebolehan Motor Individu terhadap kecekapan


kemahiran motor dalam speed Stacking bagi lapan kali percubaan
(s)
7

5
4.35 4.35
4.13 4.03 4.06
3.84
4
Masa (s)

3.50 3.43

0
1 2 3 4 5 6 7 8

Percubaan

GRAF 1 : Prestasi Percubaan Kebolehan Motor Individu terhadap kecekapan kemahiran


motor dalam speed Stacking bagi lapan kali percubaan (s)
Peserta Jumlah Masa Min
Nabiha 32.88 4.11
Pang 28.44 3.56
Vivienne 34.36 4.30
Hanani 40.56 5.08
Najmi 30.79 3.84
Aliff 41.57 5.20
Rafiq 35.96 4.50
Azam 39.90 4.99
Raja 47.33 5.92
Syazly 31.98 3.99
Syaiful 33.8 4.23
Jalal 36.69 4.59
Sam 37.37 4.67
Zaim 29.71 3.71
Faris 37.35 4.67
Yusof 31.69 3.69
JADUAL 2 : Min / Purata masa yang diambil oleh 16 peserta amali bagi 8 kali percubaan
kebolehan motor terhadap kecekapan kemahiran motor dalam speed stacking.

Graf Prestasi masa yang diambil oleh 16 peserta amali bagi 8


kali percubaan kebolehan motor terhadapa kecekapan
kemahiran motor dalam speed stacking.
7

6
5.92
5
5.08 5.2
4.99
4.59 4.67 4.67
4 4.5
Masa (s)

4.3 4.23
4.11 3.99
3.84 3.71 3.69
3 3.56

Peserta

Min (s)

GRAF 2 : Min / Purata masa yang diambil oleh 16 peserta amali bagi 8 kali percubaan
kebolehan motor terhadap kecekapan kemahiran motor dalam speed stacking.
Melalui keputusan yang telah direkodkan di dalam jadual dan graf tersebut, dapat
disimpulkan bahawa catatan masa yang diambil oleh saya semasa melakukan ujian amali
speed stacking adalah berada pada tahap sederhana cekap sehingga sangat cekap. Pada
jadual 1, catatan masa terbaik yang direkodkan adalah 3.43 saat manakala catatan masa
paling lama ialah 4.35 saat pada percubaan pertama. Merujuk kepada graf 1, terdapat
penurunan dan kenaikan dalam masa yang dicatatkan semasa melakukan ujian amali.
Walaupun begitu, masa yang dicatatkan pada percubaan terakhir adalah lebih baik
berbanding percubaan pertama. Hal ini kerana, melalui percubaan praktis selama satu jam,
saya dapat menghafal langkah langkah untuk menyusun dengan lebih cepat..
Walaubagaimanapun, terdapat kenaikan pada catatan masa yang dicatatkan pada percubaan
ke 6 dan 7 kerana fokus dan tumpuan saya terganggu disebabkan oleh faktor persekitaran.
Oelh hal yang demikian, perkara tersebut telah membuatkan catatan purata bagi 8 percubaan
saya menjadi 3.69 saat.

Berdasarkan pada jadual 2 pula, catatan min terbaik bagi 8 percubaan telah dicatatkan
oleh Pang dengan catatan masa 3.51 saat. Manakala Raja mencatatkan min tertinggi dengan
catatan masa sebanyak 5.92 saat. Melalui keputusan graf dan jadual 2, dapat disimpulkan
bahawa setiap individu mempunyai kebolehan motor yang berbeza dan hal itu menjadikan
lakuan kemahiran dan prestasi seseorang itu akan dipengaruhi oleh kebolehan motor beliau.
Menurut Fleishman 1972 dalam Magil (2007), perbezaan individu dalam aspek tahap
kebolehan motor boleh dinilai berpandukan dua taksonomi iaitu kebolehan persepsi motor
dan kebolehan kecekapan fizikal.

Melalui dapatan jadual serta graf tersebut juga, terdapat perbezaan bagi purata masa
yang dicatatkan oleh setiap peserta. Antara faktor yang menyumbang kepada perbezaan
masa bagi setiap individu adalah kerana faktor latihan. Masa percubaan praktis yang
diberikan selama satu jam akan memberikan peningkatan serta penurunan dalam ujian yang
dilakukan Menurut konsep yang diterangkan oleh Drowatzky (1981), pemindahan
pembelajaran boleh dihasilkan melalui latihan di mana dalam usaha seseorang untuk
mendalami sesuatu ilmu pengetahuan, pengalaman dan tingkah lakunya, jika seseorang itu
menggunakan proses pembelajaran lepas, maka akan berlakulah proses pemindahan
pembelajaran. Ini boleh dibuktikan melalui catatan purata masa yang dihasilkan oleh saya dan
Pang adalah berbeza. Walaupun saya juga telah melakukan percubaan praktis, namun saya
dapat melihat bahawa Pang lebih banyak melakukan percubaan praktis berbanding saya. Hal
ini menyebabkan catatan purata masa yang direkodkan oleh Pang jauh lebih baik berbanding
saya.
Di samping itu juga, faktor kepantasan pergerakan tangan memainkan peranan yang
sangat penting dalam pencapaian keputusan peserta. Menurut Fleishman 1972 dalam Magil
(2007), kepantasan pergerakan tangan boleh didefinisikan sebagai keupayaan tangan untuk
bergerak pantas dan mengurangkan ketepatan. Pada percubaan pertama, saya cuba untuk
menyusun cawan dengan sepantas mungkin tanpa menghiraukan cawan yang terjatuh akibat
pergerakan tangan yang cepat. Akibatnya, terdapat banyak cawan yang terjatuh dan
menyebabkan catatan masa saya menjadi tinggi. Hal ini adalah selari dengan apa yang
dinyatakan oleh Schmidt et. al,. (2019), bahawa apabila sesuatu pekerjaan atau perkara
dilakukan dengan sangat cepat, kebarangkalian untuk mendapat keputusan yang bagus dan
tepat adalah sangat rendah dan tidak memberangsangkan.

Selain daripada itu, faktor kemahiran memanipulasi jari tangan dapat mempengaruhi
keputusan pencapaian peserta. Kemahiran memanipulasi jari tangan ataupun finger dexterity
adalah keupayaan menggunakan keseluruhan jari untuk memanipulasi objek yang kecil (
Fleishman 1972 dalam Magil (2007). Semasa melakukan ujian ini, saya dan beberapa peserta
lain juga menggunakan keseluruhan jari untuk menyusun cawan manakala jari jari lain
digunakan sebagai sokongan untuk mengelakkan cawan daripada terjatuh. Namun begitu,
sokongan pada cawan haruslah longgar dan tidak terlalu kuat. Pada percubaan saya yang ke
6 dan 7, saya telah memegang cawan tersebut terlalu kuat kerana berasa tertekan dan telah
menyebabkan pergerakan jari saya menjadi keras dan sukar untuk digerakkan. Oleh hal yang
demikian, berlaku peningkatan dalam catatan masa yang dicatatkan oleh saya pada
percubaan tersebut.

KESIMPULAN

Berdasarkan amali yang telah dijalankan, dapat disimpulkan bahawa kebolehan motor
dan lakuan berkemahiran adalah berkait rapat. Hal ini bermaksud, kebolehan motor individu
yang berbeza akan mempengaruhi kemahiran motor individu yang lain. Dalam ujian ini,
kemahiran motor dan kebolehan motor yang cekap akan menjadi asas kepada kebolehan
unutk menyusun cawan dengan pantas dan tepat. Akhir sekali, konsep perbezaan individu
dari segi kemahiran dan kebolehan motor yang bersifat secara genetik dan stabil hanya dapat
diuji melalui kemahiran dalam tugas dan sukan sukan tertentu sahaja. ( Schmidt et. al,. (2019).
RUJUKAN

Drowatzky, J. N. (1981).Motor learning: Principles and practices (2nd. ed.). US: McMillan

Magill, R. A. (2007). Motor learning concepts and applications. Boston: McGraw-Hill.

Schmidt, R. A., Lee, T. D., Winstein, C. J., Wulf, G., & Zelaznik, H. N. (2019). Motor control
and learning a behavioral emphasis. Champaign, IL: Human Kinetics.

Anda mungkin juga menyukai