DEFINISI
Cox (1998) –satu bidang sains iaitu prinsip-prinsip psikologi diaplikasikan dalam bidang sukan
Weinberg & Gould (1999) – satu bidang kajian saintifik tentang manusia dan perlakuan mereka
dalam konteks sukan dan pergerakan.
Wann (1957) – satu bentuk kajian saintifik tentang reaksi serta perlakuan fizikal, afektif dan kognitif
ke atas mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut.
Kesimpulan – satu bidang kajian saintifik tentang perlakuan dan tingkahlaku manusia dalam sukan
Proses Psikologi
Proses kebangkitan
Berpunca dari tindakan Sistem Saraf Autonomik. SSA mengawal tindakan automatik serta fungsi luar
kawal badan seperti degupan jantung, penarfasan dan tekan darah. Ia boleh dibahagikan kepada
sistem simpartetik dan parasimpartetik.Sistem simpartetik boleh dianggap sebagai pusat
kebangkitan dengan menyediakan, dengan menyediakan badan untuk tindakan ‘flight or fight’
sementara parasimpatetik pula berfungsi sebagai penenang atau (menurunkan kebangkitan).
Stres
Hans Selye (1982)- respon tubuh badan tanpa emosi terhadap bebanan atau tekanan yang di hadapi
di persekitaran. Bentuk tekanan yang di hadapi adalah tekanan fizikal (berpunca dari penglibatan
dalam aktiviti fizikal), tekanan mental seperti sedih, kecewa dan seronok dan lain-lain. Apapun
bentuk tekanan yang di terima, reaksi fisiologikalnya tetap sama.
Eustres
Sekiranya individu tersebut merasakan bahawa stres yang di alaminya bersifat positif, maka ia di
sebut eustres. Contohnya, perasaan serta debaran yang dirasai oleh seorang atlet sementara
menantikan namanya di umumkan sebagai pemenang serta dikalungkan dengan pingat emas.
Stres yang di alami dalam bentuk debaran di tafsikan sebagai positif oleh atlet tersebut
Distres
Sekiranya individu tersebut membuat interprestasi bahawa stres yang di alaminya bersifat negatif.
Individu merasakan bahawa beliau tidak mampu untuk menghadapi bebanan atau tekanan yang di
hadapi di persekitaran. Contohnya, apabila seorang ahli gimnastik terjatuh dari balance beam,.
Walaupun ahli gimnastik tersebut meneruskan semula rutin beliau rasa takut jatuh kali kedua serta
kebimbangan yang dirasai kerana kehilangan mata sebelumnya memberikan kesan kepada beliau.
Hiperstres
Keadaan di mana tahap serta jumlah stres yang dialami melampaui kemampuan kita menanggani
stres tersebut. Contohnya dalam keadaan tertekan yang teramat sangat seseorang individu menjadi
kaku serta tidak dapat memberikan sebarang reaksi
Hipostres
Jumlah atau bentuk stres yang dialami tidak langsung merangsang atau membimbangkan individu
tersebut. Hasilnya kebosanan berlaku.
Kebangkitan dan Kebimbangan dalam Sukan (11 waktu)
Mengenalpasti kaedah dan langkah mengurangkan
masalah berkaitan kebangkitan dan kebimbangan.
Pengurusan stres
Kawalan Pernafasan
Relaksasi Otot Progresif
Latihan Autogenik
Imageri
Penetapan Matlamat
Kawalan Penafasan
Tarik nafas, lepaskan. Keluarkan semua masalah dan tekanan semasa menghembus nafas
Tarik nafas dalam-dalam ke diafragm dan lepaskan
Tarik nafas anda bersama tenaga dan daya hidup yang baru. Lepaskan semua ketegangan dan
kepenatan dari dalam diri anda
Latihan Autogenik
Hampir sama dengan relaksasi progresif
Satu bentuk latihan mental yang dirancang untuk melahirkan sensasi hangat dan berat sebagai
respon kepada relaksasi.
Anggota badan berasa berat kerana tidak wujud sebarang tekanan mahupun ketegangan pada otot
badan sementara kehangatan yang dirasai berpunca dari pengembangan saluran darah pada otot
berkenaan (kesan tindakan parasimpetatik)
Imageri
Block(1981) – Satu proses yang menggunakan visualisasi untuk membayangkan situasi.
Wann (1997) – Proses yang merangkumi visualisasi mental tentang dasar yang dilakukan sebelum
atau semasa melakukan tugasan tersebut
Penggunaan semua deria untuk mereka atau mereka semula pengalaman dalam minda.
Penetapan Matlamat
Satu proses untuk menetapkan matlamat di mana peningkatan motivasi dan hasil dapat dicapai
dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.
Tumpuan perhatian – keupayaan atlet untuk memfokus pada maklumat yang relevan semasa
pertandingan.
Satu bentuk latihan di mana atlet sentiasa mengingatkan dirinya sendiri akan kejayaan, teknik serta
kemahiran yang terbaik pernah dicapai dan kejayaan yang boleh dicapai pada masa depan.Latihan
juga membentuk kata kendiri yang positif.
Motivasi
Menjelaskan pengertian motivasi dalam konteks
Sukan.
Definisi
Sage (1977) – arah dan intensiti usaha seseorang individu. Arah merujuk kepada tindakan individu
sama ada untuk menghampiri atau menjauhi sesuatu setuasi. Intensiti merujuk kepada tahap
kekuatan usaha individu tersebut untuk menghampiri atau menjauhi setuasi tersebut.
Wann (1977) – Sebagai proses kebangkitan dalam diri individu yang membantu usaha mengarah
serta mengekalkan kelakuan yang diingini.
Motivasi
Menghuraikan perbezaan antara motivas
intrinsik dengan ekstrinsik. Dan mengenal pasti contoh kepentingan motivasi instrinsik dan ekstrinsik
yang Sering digunakan dalam konteks sukan.
Motivasi Intrisik
Bersifat dalaman seperti keinginan untuk memperbaiki pencapaian peribadi, meningkatkan tahap
kesihatan atau kerana faktor keseronokkan.
Motivasi Ekstrinsik
Bersifat luaran seperti keinginan untuk mendapatkan ganjaran, penghormatan atau lain-lain perkara
yang bersifat material.
Motivasi
Menjelaskan perkaitan antara motivasi instrinsik dan ekstrinsik dan tahap prestasi individu/pasukan.
Menjelaskan proses pentafsiran motivasi yang diterima oleh individu/kumpulan tertentu
berdasarkan teori motivasi.
Menjelaskan kesan lebihan dan pengurangan motivasi berdasarkan pentafsiran individu dan
perkaitannya dengan prestasi semasa.
Jenis Keagresifan
Ketara (hostile)
Instrumental
Asertif
Pengertian keagresifan
Baron dan Richardson (1994) – apa saja bentuk tindakan dan perlakuan yang bermatlamat untuk
menyebabkan kecerderaan ke atas benda hidup yang lain dan bermotivasi untuk mengelakkan diri
dari kecerderaan
Wann (1997) – satu tindakan yang bermatlamat untuk mengakibatkan kecerderaan secara fizikal,
verbal atau psikologikal keatas seseorang yang bermotivasi untuk mengelakkan diri dari di
cerderakan dan atau perbuatan yang mendatangkan kerosotan kepada harta benda yang berpunca
dari kemarahan
Keagresifan Ketara
Merujuk kepada tindakan agrasif yang berpunca dari rasa marah dengan matlamat untuk
mencederakan individu lain/objek dengan niat untuk melihat individu tersebut mengalami kesakitan
dan ganjarannya pula (kepuasan) adalah melihat individu tersebut terseksa dengan kesakitan yang
dialaminya
Keagrasifan instrumentel
Merujuk kepada sesuatu perbuatan dengan niat untuk mencerderakan individu lain bermatlamat
untuk mendapatkan faedah atau ganjaran luaran seperti kemenangan, hadiah atau prestij
Individu yang bertindak agrasif tadi melihat tindakan tersebut sebagai “instrumental” (perlu di
lakukan) untuk mencapai matlamatnya
Keagrasifan arsertif
Merujuk kedapa penggunaan fizikal atau verbal dengan cara yang di benarkan (mengikut peraturan
permainan) untuk mencapai sesuatu matlamat (kemenangan)
Dalam kontek ini, niat untuk mencerderakan individu lain tidak timbul sama sekali.Jika kecerderaan
berlaku akibat tindakan arsertif, ia tidak di kira sebagai satu tindakan yang agresif kerana tindakan
tersebut di benarkan mengikut peraturan dan tiada niat untuk mengakibatkan kecerderaan pemain
lain.
Faktor penyebab
Faktor penyebab keagresifan
Kebangkitan fisiologi – berkaitan rapat dengan suhu persekitaran dan bunyi bising penonton.-
menyebabkan permain kurang selesa rimas dan mudah marah.
Persepsi individu yang di kasari – keagresifan akan meningkat jika bakal mangsa merasakan bahawa
beliau akan di kasari oleh pihak lawan – akan bertindak dengan cara yang sama
Takut kepada tindak balas yang akan di terima – takut tindak balas yang di terima dari pemain
pasukan lawan lazimnya akan mengurangkan perlakuan agresif dalam perlawanan.Bagaimanapun
akan sampai satu tahap di mana setiap permain mula mencabar lawannya dan tindakan ini akan
menjadikan perlawan akan menjadi lebih sengit – kelakuan agresif meningkat untuk menunjukkan
siapa yang lebih hebat – sampai kemuncak jika perlawan tidak di kawal dengan baik.
Perbezaan mata atau jaringan – banyak kekasaran di lakukan oleh pasukan yang sedang ketinggalan
Lokasi perlawanan – pasukan yang bermain di tempat sendiri lebih agresif kerana mendapat
sokongan serta menjaga maruah
Keputusan pertandingan – pemain pasukan yang tewas atau tidak berpeluang untuk menang
lazimnya lebih agresif
Kedudukan pasukan dalam liga – pasukan yang kedudukan di bawah lebih agresif
Jangkamasa dalam permainan – perlakuan agresif meningkat sejajar dengan peningkatan masa
permainan
Penggunaan steroid – peningkatan keagresifan individu yang mengambil steroid
Kesepaduan Pasukan
Menjelaskan maksud kesepaduan pasukan.
Menghuraikan fasa yang berkaitan dengan pembentukan pasukan dan menghuraikan ciri setiap fasa.
Kesepaduan pasukan
Carron (1982) – kesepaduan pasukan merupakan proses yang dinamik yang di jelmakan menerusi
kecenderungan sesuatu kumpulan “bersatu dan bersama” mencapai matlamat dan objektif
kumpulan tersebut.
Fasa Pembentukkan
Percubaan untuk mengenali serta membiasakan diri dengan ahli pasukan lain, membuat
perbandingan sosial khususnya dari segi kemampuan dan kebolehan, menilai kekuatan dan
kelemahan masing-masing serta menilai kemampuan aksi masing-masing.
Fasa ini selalu di pernuhi dengan pertenglagahan serta persaingan di kalangan pemain kerana
wujudnya polarisasi, konflik serta tentangan di antara pemain-pemain serta pemain dengan pihak
pengurusan atau jurulatih
Kesepaduan Pasukan
Menghuraikan faktor yang berkaitan dengan
proses kesepaduan pasukan dan perkaitannya
dengan proses pembentukan pasukan.
Faktor yang mempengaruhi kesepaduan
Individu
Pasukan
Kepimpinan
Persekitaran
Atribut
Lokus Kawalan
Dalaman
Luaran
Menjelaskan maksud atribut dan sebab manusia melakukannya
Menghuraikan masksud dan perbezaan lokus dkawalan dalaman dan luaran
Atribusi
Satu cabang atau pendekatan motivasi
berbentuk kognitif (cox,1998)
Heider,1994 manusia berkeinginan untuk menjelaskan tentang apa yang berlaku berdasarkan
kepada persepsi mereka tentang sebab ia berlaku
Apa yang difikirkan oleh seseorang atlet tentang dirinya berkait rapat dengan persepsinya terhadap
kesan dan akibat tindakannya itu.
Dimensi Atribut
Lokus penyebab
Kestabilan
Kebolehkawalan
B. Dimensi Atribut
Lokus Penyebab
Heider(1944) terdapat empat faktor iaitu usaha,kebolehan,tahap kesukaran tugas dan nasib.
Weiner(1972) dua dimensi penyebab iaitu kestabilan dan lokus kawalan.
Kestabilan
Terbentuk berdasarkan atribut yang stabil dan tidak stabil.
Kebolehkawalan
Atributsi dianggap sebagai berada dikawalan atau di luar kawalan individu tersebut. Kesukaran untuk
mengaitkan atributsi luaran dan dalam kawalan.
Tumpuan
Dimensi Tumpuan
Keluasan tumpuan
Arah tumpuan
Arah Tumpuan – merujuk kepada tahap di mana individu mengarahkan tumpuannya sama ada ke
dalaman(perasaan & pemikiran) atau luaran(tindakan terhadap sitimulus). Contohnya, penjaga gol
tadi perlu mengatasi perasaan takut dan bimbang untuk membuat keputusan yang tepat.
Tumpuan
Stail Tumpuan
Luas luaran
Luas dalaman
Sempit luaran
Sempit dalaman