Anda di halaman 1dari 4

AMALI LATIHAN PSIKOLOGI (LATIHAN KONSENTRASI DIRIAN BANGAU)

1.0 DEFINISI KONSENTRASI

Definisi Umum.

Menurut Cox (1998), mendefinisikan konsentrasi bermaksud kemampuan seseorang individu


mengalihkan tumpuan dari satu sumber maklumat kepada satu sumber maklumat yang lain
dan jumlah maklumat yang difokuskan dalam tempoh masa yang tertentu. Dengan kata lain,
konsentrasi bermaksud kemampuan memberikan tumpuan kepada petunjuk terhadap
persekitaran serta mengekalkan fokus tersebut dalam tempoh masa yang diperlukan.

Menurut Weinberg & Gould (1999), konsentrasi bermaksud keupayaan individu


mengekalkan fokus terhadap “kiu” ataupun bayangan persekitaran yang relevan. Apabila
persekitaran berubah, focus penumpuan juga perlu berubah. kita bertandingan, jika atlet
memikirkan tentang perkara yang lepas, ini akan meningkatkan penumpuan terhadap kiu
yang tidak relevan yang biasanya akan menyebabkan penurunan prestasi.

2.0 Definisi Sukan.

Dalam konteks sukan dan senaman pula, konsentrasi bermaksud pemfokusan terhadap kiu
persekitaran yang releven, mengekalkan fokus sepanjang permainan dan sentiasa peka
terhadap perubahan situasi. Komponen utama untuk menghasilkan prestasi yang optimum
ialah ketika keupayaan atlit tersebut memfokuskan penumpuan kepada kiu yang sepatutnya
dan minda sentiasa memikirkan perkara-perkara semasa (Zaireey Khairuddin, 2010).

Atlit elit menggunakan pelbagai kiu penumpuan, mereka mampu menukarkan


penumpuan dengan lebih pantas berbanding atlit amatur dan ini akan membantu mereka
melaksanakan kemahiran dengan lebih cepat dan berkesan (Weinberg & Gould, 1999).

3.0 Pengenalan

Ujian dirian bangau digunakan untuk mengukur komponen imbangan statik dan konsentrasi
seseorang individu tersebut dalam latihan psikologi seseorang individu dan atlit tersebut.
Imbangan ialah keupayaan seseorang mengekalkan kedudukan badan sama ada sewaktu
bergerak ataupun tidak semasa memberikan fokus terhadap perlakuannya. Imbangan adalah
komponen penting bagi tindak balas motor yang berkesan. Menurut Aziz, (2001), dalam
sesetengah kedudukan, keseimbangan juga dipengaruhi oleh kekuatan badan.

Jika otot yang menyokong tidak mampu menanggung berat badan atau sebahagian
badan maka keseimbangan akan menjadi terhad (Sains Sukan Tahap 2, 2013). Imbangan
terbahagi kepada dua iaitu imbangan statik dan imbangan dinamik. Imbangan statik merujuk

1
kepada keupayaan konsentrasi untuk mengekalkan keseimbangan ketika kedudukan badan
berada dalam keadaan tetap dan tidak berubah. Menurut William (2011), bagi mengekalkan
keseimbangan statik, pusat graviti mestilah berada di atas tapak sokongan.

Oleh itu, pendekatan terhadap aktiviti dirian bangau ini digunakan sebagai salah satu
pendekatan dalam latihan psikologi individu ataupun atlit bagi menguji tahap kemampuan
konsentrasi, daya imbangan, tindak balas motor dan seterusnya melatih supaya mereka dapat
menumpukan perhatian dalam sesuatu permainan ataupun pertandingan bagi mencapai
prestasi yang maksimum dan cemerlang.

Gambar 1: Contoh Perlakuan Bagi Aktiviti Dirian Bangau

2
4.0 Prosedur Latihan Dirian Bangau
4.1 Langkah Pertama
 Papan imbangan ataupun tapak dirian mestilah rata dan tidak beralun
supaya seseorang individu ataupun atlit tersebut dapat mengimbangkan
postur tubuhnya secara berkesan.
4.2 Langkah Kedua
 Individu ataupun atlit tersebut meletakkan kaki yang dominan di tengah-
tengah papan imbangan atau tapak dirian dan sebelah kakinya di lantai.
4.3 Langkah Ketiga
 Individu akan cuba mengimbangkan badannya dan menetapkan fokus
ataupun konsentrasi terhadap audio yang dimainkan. (2 minit ialah tanpa
sebarang audio manakala 4 minit lagi disertakan dengan dua jenis muzik
sebagai gangguan kepada konsentrasi individu mahupun atlit tersebut.

4.4 Langkah Keempat

 Tahap konsentrasi ataupun fokus bagi seseorang individu mahupun alit


tersebut akan dinilai berdasarkan keupayaan mereka mengekalkan atau
mengimbangkan badan selama yang mungkin.
5.0 Objektif
 Aktiviti dirian bangau ini adalah bagi menguji tahap keseimbangan dan konsentrasi
seseorang inidividu mahupun atlit tersebut bagi memastikan mereka dapat
mencapai tahap prestasi yang maksimum dan cemerlang dalam sesuatu
permainan dan pertandingan.
6.0 Kemudahan dan Alatan
 Alatan yang digunakan ialah papan imbangan atau tapak dirian yang rata dan
selamat, pembesar suara dan jam randik atau jam tangan.

3
RUJUKAN

Aziz, S. A. (2001). Mengaplikasi Teori Dalam Psikologi Sukan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications and Distributors Sdn Bhd.

Gould, D, & Weinberg, R. S. (1999, January 01). Foundations of Sport and Exercise
Psychology. Diakses pada 10 Februari 2018, daripada
https://www.abebooks.co.uk/book-search/title/foundation-of-sport-and-exercise-
psychology/author/weinberg-and-gould

Khairuddin, Z. (2010). Definisi Konsentrasi. Diakses pada 10 Februari 2018, daripada


http://www.zairedin.com/2010/06/definisi-konsentrasi.html

Kebangsaan, A. K. (2013). Sains Sukan Tahap 2. Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negara.

Richard H Cox. (1998). Sport Psychology: Concepts and Applications 7th Edition.
Diakses pada 10 Februari 2018, daripada https://www.amazon.com/Sport-
Psychology-Applications-Richard-Cox/dp/0078022479

William, K. V. (2011). Psychological Characteristics of Peak Performance. In W. JM, Applied


sport psychology: Personal growth to peak performance (4th ed.) (pp. 137-147).
California: Mayfield.

Anda mungkin juga menyukai