Anda di halaman 1dari 39

PENGURUSAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

NURUL AFIFAH BT ZAINAL ABIDIN NUR FARAH BT NASIR

KEGANASAN DALAM SUKAN

Definisi keganasan
Keganasan merujuk tingkah laku untuk mencederakan orang lain atau memusnahkan harta benda (Coakley,1998).Dikenali juga sebagai keagresifan. Keagresifan merupakan apa sahaja bentuk tindakan dan perlakuan yang bermatlamat untuk menyebabkan kecederaan ke atas benda hidup yang lain dan bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan (Baron dan Richardson,1994)

Tingkahlaku fizikal/lisan

Menyebabkan kecederaan psikologi/fizikal

Kriteria Keganasan

Dilakukan ke atas benda hidup/kemusnahan harta benda

Niat
Mohd Sofian Omar Fauzee (2003)

Keganasan dalam konteks sukan berlaku apabila pemain atau atlet melakukan tingkah laku agresif terhadap pihak lawan atau benda untuk melepaskan perasaan yang ada pada dirinya. Contoh: - Tindakan Mike Tyson menggigit telinga pihak lawannya . - Pemain hoki memukul kaki pihak lawan dengan kayu hoki. Penonton yang menonton pertandingan juga akan melakukan tindakan agresif seperti bergaduh dan membaling botol ke dalam gelanggang.

Jenis keganasan
Keganasan instrumental Keganasan reaktif atau matlamat ( Hostile)
Niat keganasan adalah untuk mendapat ganjaran atau mencapai kemenangan. Matlamat utama adalah untuk mencederakan /mencacatkan orang lain supaya orang tersebut menderita. Tindakan tersebut didorongkan oleh rasa marah dan kecewa.
Tindakan sebegini dikira sebagai sejenis kelakuan yang melanggar peraturan-peraturan.

Keganasan Asertif
Penggunaan fizikal dan verbal yang dibenarkan untuk mencapai kemenangan

Kecederaan mungkin berlaku namun ia tidak dikira melanggar undangundang (cth.tinju)

Tiada niat mencederakan

Sukar dikesan dan sukar diadili

Wee Eng Hoe (2009 dan Shaharudin Abd Aziz (2001)

Contoh keganasan dalam sukan


Di Amerika Selatan, keganasan penonton bola sepak menyebabkan pembinaan pagar elektrik di sekeliling padang bola untuk mengelakkan penonton daripada menyerbu pemain. Di Gautemala, penyokong sukan yang kalah menyerang penyokong pasukan yang menang dengan parang menyebabkan lima kematian.

Pada tahun 1975, di Amerika, seorang pemain hoki dihukum kerana memukul pemain lain dengan kayu hoki. Seorang pemain bola keranjang,Kermit Washington telah menumbuk Rudy Tomjanivich di muka. Di Malaysia,contohnya dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Malaysia,pemain sebuah pasukan bertindak menyerang dan memaki hamun seorang pengadil kerana dikatakan berat sebelah.

Punca- punca berlaku keganasan

Provokasi Tekanan emosi- stress Jangkaan perlakuan kasar. Kurang pengetahuan

Persekitaran
Lokasi pertandingan Cuaca Keputusan pertandingan Jangka masa permainan Aspek keselamatan

Hormon adrenaline Kebangkitan fisiologi Kesan steroid

Psikologi

Biologi

Punca psikologi
PROVOKASI Tindakan yang mencabar dari pihak lawan atau penonton akan menyebabkan seseorang pemain bertindak secara ganas.

TEKANAN EMOSI (STRESS)


Mementingkan kemenangan. Prestasi pemain kurang baik. Tekanan daripada jurulatih. Provokasi daripada pihak lawan & penonton.

Punca psikologi
JANGKAAN PERLAKUAN KASAR Pemain berjangka bahawa pihak lawan akan bertindak secara ganas semasa permainan, jadi mereka juga bertindak secara ganas untuk mempertahankan diri. KURANG PENGETAHUAN Penonton tidak mengetahui undang-undang.

Punca persekitaran
LOKASI PERTANDINGAN Sokongan Penyokong pemain tuan rumah yang lebih ramai dan bising menyebabkan pihak lawan kecewa dan terganggu sehingga bertindak ganas. CUACA Cuaca Panas memudahkan pemain bertindak agresif sebab ketidakselesaan. Hujan padang licin, pemain mudah jatuh.

Punca persekitaran
KEPUTUSAN PERTANDINGAN Pemain dipengaruhi oleh keputusan pertandingan, kumpulan yang lebih rendah kedudukan dalam liga dan markah akan bertindak dengan lebih agresif atas ketidakpuashatian.

Kajian yang dilakukan dalam sukan bola sepak dan hoki ais mendapati semakin besar perbezaan jaringan semakin banyak kekasaran dilakukan pasukan yg ketinggalan (Cox,1999)
JANGKA MASA PERMAINAN Perlakuan agresif meningkat sejajar dengan peningkatan masa permainan

Punca persekitaran
ASPEK KESELAMATAN Tahap keselamatan yang longgar menyebabkan keganasan mudah berlaku. - Bawa alatan bahaya - botol, kayu, payung, mercun dll - Penempatan Penonton iaitu penyokong tuan rumah dengan pasukan pelawat harus dipisahkan.

Punca biologi
HORMON ADRENALIN Hormon ini meransang perlakuan ganas. Rembesan hormon ini meningkat dalam suhu tinggi, kelesuan dan keadaan bising. KEBANGKITAN FISIOLOGI Naik semangat Respon Unik daripada penyokong atau jurulatih.

Punca biologi
Penggunaan steroid Keagresifan akan meningkat sekiranya seseorang mengambil steroid. Penggunaan steroid akan membawa kesan sampingan seperti mood seseorang sukar dikawal.

Kesan keganasan dalam sukan

Penonton

Kesan keganasan dalam sukan

Atlet atau pemain

Atlet atau pemain


Sebahagian pakar psikologi bersetuju bahawa keagresifan membantu dalam persembahan (Widmayer, 1984) tetapi ada yang tidak bersetuju iaitu ( Gill, 1986). Keganasan akan menyebabkan pemain didenda dan dihalau pengadil yakni merugikan pasukannya sendiri. Meningkatkan tahap kebimbangan atlet dan mengalihkan perhatian atlet kepada isu yang tidak berkaitan dengan pertandingan. Mohd Sofian Omar Fauzee (2002).

Penonton
Menonton kegiatan ganas dalam sukan sebenarnya menambahkan sikap agresif penonton ( Isoahola dan Halfield,1986) Kecederaan berlaku di kalangan penonton dan juga para pemain. Menyebabkan sesuatu pertandingan terpaksa diberhentikan ataupun dibatalkan. Menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan pemain dan juga penonton.

Menyebabkan seseorang atlet mengalami kecederaan dan mungkin tidak dapat meneruskan permainan pada masa kelak. Seseorang atlet mungkin tidak mahu lagi terlibat dalam sukan tersebut. Nama baik pasukan ataupun negara akan tercemar akibat berlakunya keganasan dalam sukan.

Kos-kos yang tinggi akan dikenakan untuk membina kemudahan-kemudahan yang mengelakkan berlakunya keganasan contohnya pagar.

TAKRIFAN PERMAINAN BERSIH

Takrifan permainan bersih


Permainan bersih mempunyai makna yang lebih luas berbanding bermain dengan mengikut peraturan. Ia merangkumi menghormati orang lain, mengambil bahagian dengan beretika di samping semangat kesukanan, menghargai kesamaan peluang dan bertanggungjawab sebagai ahli pasukan dan pemain. Daryl Siedentop et.al (2004).

TAKRIFAN GANGGUAN DALAM SUKAN

Takrifan gangguan dalam sukan


Mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4, gangguan merupakan keadaan jiwa (perasaan atau minda) yg tidak tenteram, cemas, bercelaru dsb akibat sesuatu tekanan, terutamanya faktor luaran atau persekitaran.

Gangguan dalam sukan terbahagi kepada dua jenis :


Internal
Kesilapan lalu

Eksternal
Visual

Acara

Bunyi

Tekanan

Gamemanship

Keletihan

Mohd Sofian Omar Fauzee (2002)

Maksud penyalahgunaan bahan dalam sukan


Menggunakan bahan atau pengawet yang boleh menjadikan seseorang itu pening atau sakit seterusnya menjejaskan kesihatan diri dan gaya hidup sihat.

Menggunakan bahanbahan yang boleh menjadikan ketagih secara berlebihan atau untuk tujuan lain selain daripada tujuan sebenar. Menggunakan bahan dalam kuantiti yang banyak bagi tujuan meningkatkan kecergasan fizikal.

Menggunakan bahan dalam kuantiti yang banyak bagi tujuan meningkatkan kecergasan fizikal.

Penyalahgunaan bahan dalam sukan

Contoh penyalahgunaan bahan dalam sukan


Penggunaan dadah - Dalam sukan olimpik 1988, antara atlet yang tertangkap ialah pelari terkenal Ben Johnson dan Katherin Krabb. Pendopan bahan - Pendopan merujuk kepada penggunaan bahan atau teknik oleh atlet yang boleh meningkatkan prestasi. Bahan- bahan yang diharamkan ialah: Peransang( stimulan) Analgesik nakotik Beta penghalang Diuratik Hormon pertumbuhan manusia

Contoh penyalahgunaan bahan dalam sukan


Antaranya ialah rangsangan jenis nandrolone iaitu sejenis steroid anabolik yang digunakan oleh atlit lumba basikal Negara, Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi.

Trio atlet menembak Kebangsaan, Bibiana Ng, Joseline Cheah dan Siti Nur Masitah Badrini juga terpalit kesalahan dalam penyalahgunaan bahan terlarang apabila didapati mengambil dadah jenis propranonol bertujuan bagi mengurangkan debaran. (petikan artikel akhbar Berita Harian, 08 Sept 2009) oleh Norbakti Alias.

Prestasi

Kesihatan Kesan Penyalahgunaan Bahan dalam Sukan

Kesihatan
1. Gencatan kematangan otak dan otot. Koordinasi anggota badan menjadi kurang cekap. 2. Ketagihan dengan dadah dan tidak dapat memberi tumpuan semasa latihan. 3. menyebabkan gangguan pada pernafasan dan seterusnya boleh membawa maut. Ini disebabkan oleh bekalan darah ke otak telah berkurangan, menyebabkan koma dan seterusnya membawa maut.

Prestasi
Hukuman penggantungan selama beberapa tahun dikenakan ke atas mana-mana atlet yang disahkan mengambil bahan terlarang tertentu dalam sukan selain tindakan tataterbib dikenakan pada atlet tersebut.

Sebagai contoh bagi membuktikan kenyataan ini, dalam satu pernyataan artikel akhbar berita harian, memberitahu MSN mengambil langkah awal dengan menghentikan segala bantuan, elaun latihan dan kemudahan kepada Amirul serta melarangnya daripada menyertai skuad kebangsaan untuk menjalani sesi latihan di Hughou, China.

JAWAPAN SOALAN PERBINCANGAN

Cara mengatasi keganasan


Jurulatih dan pemain harus diberikan kemahiran mengurus tekanan dan kursus motivasi diri Jurulatih yang menggalakkan keagresifan melalui taktik dan strategi juga harus dihukum Jurulatih harus faham emosi pemain dan tidak menyebabkan tekanan berlaku dalam kalangan pemain Menjauhkan stimulus luaran yg membangkitkan keganasan contoh: sepanduk yg menghina.

Cara mengatasi keganasan


Bekerjasama dengan media supaya tingkah laku agresif tidak dimuliakan oleh penontonpenonton yang lain. Memberi ganjaran kpd atlet/pasukan yg mengamalkan permainan bersih spy mereka menjadi role model Pemilihan pengadil yg tidak bias dan atasi masalah perjudian dalam sukan.

Cara mengatasi keganasan


Singkirkan penonton yang bersikap agresif Memastikan tiada senjata bahaya dibawa masuk ke dalam stadium Memisahkan kedudukan penyokong Peranan media supaya tidak bertindak menjadi batu api dan tidak mewujudkan sentimen negatif kepada kedua-dua pasukan

Cara mengatasi masalah penyalahgunaan bahan


Memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada para atlet dan dilakukan pada peringkat bawahan.

Hal ini boleh dilaksanakan melalui aktiviti kaunseling, ceramah, kempen kesedaran dan sebagainya kepada para atlet agar mereka dapat berusaha dan bekerja keras untuk berjaya tanpa bergantung kepada bahan

Cara menyelesaikan penyalahgunaan bahan


Selain itu, para atlet juga perlu sedar, mereka harus bertanggungjawab atas apa sahaja makanan yang diambil kerana persatuan mahupun pegawai sukan tidak boleh memerhatikan pergerakan mereka sepanjang masa. Apa sahaja makanan khususnya makanan tambahan perlu dirujuk kepada Institut Sukan Negara (ISN) untuk memastikan `kebersihannya' daripada dadah larangan.

BIBLIOGRAFI
Daryl Siedentop et.al (2004). Complete Guide to Sport Education. UK: Human Kinetics March L. Krotee (2002). Management of Physical Education and Sport 12th Edition. NY : Mc GrawHill Inc Mohd Sofian Omar Fauzee (2002). Psikologi Sukan: Daya Tahan Mental dan Emosi di Kalangan Atlet. KL: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd _____________________ (2003). Sosio-Psikologi Sukan dan Kegiatan Fizikal. Shah Alam : Karisma Publication Sdn Bhd Shaharudin Abd Aziz (2001). Mengaplikasi Teori Psikologi dalam Sukan. Cheras: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Wee Eng Hoe (2009). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma Publication Sdn Bhd

Anda mungkin juga menyukai