Anda di halaman 1dari 3

Asas Sains dalam Pendidikan Jasmani(Kaitan sains dengan Pendidikan

Jasmani)

Pertumbuhan organ : Kecergasan dan kecerdasan seseorang amat


dipengaruhi oleh kesihatan individu. Dari segi biologi, orang yang aktif dapat
menjamin tumbesaran organ yang sihat. Contohnya, kekuatan otot purkenje
pada organ jantung dapat dipertingkatkan jika seseorang melakukan lari anak
secara rutin. Namun, teknik lari anak yang tidak sesuai akan mencederakan
bahagian-bahagian lain seperti kaki. Jadi, dengan adanya ilmu sains dalam
sukan, seseorang akan memakai kasut yang sesuai untuk menyelesakan kaki
di samping mempertingkatkan aktiviti jantung semasa melakukan jogging.

Pertumbuhan fizikal : Fizikal adalah pandangan luaran seseorang.


Individu yang sihat badannya dapat menjamin kesihatan keseluruhan badan
dari segi kelihatan luaran. Contohnya, seseorang gimnas mempunyai badan
yang kuat dan tegap dapat memakai baju jenis "body fit" sudah pasti
membuktikan keterampilannya di tempat kerja mahupun di tempat awam.
Orang yang sihat badan selalunya mampu melakukan pelbagai aktiviti serta
bergiat aktif dalam program-program seperti tarian, drama, muzik, maraton,
dsb. Selain itu, kesihatan fizikal merupakan faktor pertama yang
mempengaruhi keputusan pihak atasan untuk membuat pilihan untuk sesuatu
kerja ataupun projek.

Pertumbuhan otot-saraf dan kemahiran : Koordinasi otot dan saraf adalah


penting dalam melicinkan pergerakan seseorang. Jika seseorang sentiasa
melalukan sesuatu aktiviti seperti membongkokkan badan, sudah pasti ia
bukan satu masalah baginya, melakukan senam robik sebab otot dan saraf
sudah biasa dengan pergerakan sedemikian. Sebaliknya, seseorang akan
berasa lesu dan sakit jika koordinasinya tidak selaras dengan kehendak
individu. Kemampuan untuk melakukan pergerakan yang luar biasa juga
dapat menjamin kemahiran seseorang dalam bidang tersebut.

Pertumbuhan emosi dan sosial : sukan adalah satu saluran yang baik
untuk meluahkan perasaan marah, tekanan stres, dan frustrasi. Ia juga dapat
melatih seseorang supaya menjadi optimis dan ring. Telah dipercayai sukan
boleh merangsang perembesan hormon riang "serotonin" yang boleh
menjadikan individu berasa gembira dan positif. Selain itu, sukan dan latihan
yang dijalankan secara berkumpulan juga boleh merapatkan hubungan antara
sesama yang lain. Dalam kumpulan, kita juga dapat mewujudkan suatu
persaingan yang positif semasa bermain "game".
Pertumbuhan insan dan negara : manusia harusnya sentiasa aktif dan
cergas. Dengan adanya populasi yang sihat, barulah negara menjadi kuat.
Kekuatan ini adalah disebabkan manusia yang sihat dari fizikal boleh
menyumbang tenaga buruh; sihat mental boleh memberi idea yang baru
kepada negara, sihat sahsiah membantu perpaduan dan persefahaman satu
negara. Selain itu, sukan memainkan peranan penting dalam menjalin
hubungan dengan negara lain seperti Sukan Komenwel, Olimpik, SUKOM
etc.

Konsep Asas Kimia Dalam Sains Sukan

Atom adalah satu struktur yang asas untuk membina sesuatu bahan kimia.
Setiap atom mempunyai elektron bercaj negatif, proton bercaj positif dan
neutron yang neutral. Atom boleh dibezakan antara satu sama lain dengan
bilangan subatomnya iaitu elektron, proton dan neutron yang terkandung
dalam suatu atom. Contohnya atom yang mempunyai 1 elektron dan neutron
serta tiada elektron dipanggil hidrogen dan disingkatkan sebagai H (simbol
kimia). Manakala atom yang mempunyai 2 proton dan 2 elektron serta 2
neutron adalah helium (He). Bilangan proton sentiasa diimbangi dengan
bilangan elektron yang sama supaya sesuatu atom adalah sentiasa bercaj
neutral (tidak bercaj). Dalam tindak balas kimia, sesuatu atom boleh
kehilangan proton atupun lektron dan seterusnya menjadi atom yanh bercaj
positif atau negatif. Contonnya, hidrogen yang kehilangan satu elektron akan
bercaj positif kerana kehadiran proton. Atom yang bercaj dipanggil sebagai
ion positif atau ion negatif.
Unsur pula merujuk kepada jenis atom iaitu nama bagi sesuatu atom. Unsurunsur kimia telah diatur ke dalam jadua berkala mengikut sistem elektron dan
petalanya. Hasilnya, atom-atom yang berlainan jenis mempunyai nama yang
unik seperti hidrogen, oksigen, bromin, nitrogen dsb. Unsur-unsur hendaklah
selalu dalam keadaan yang neutral kerana unsur yang bercaj akan
mengelilukan.
Dalam ilmu kimia, sebatian adalah satu kumpulan unsur yang digabungkan
secara ionik apabila satu unsur kehilangan elektron (bercaj positif) dan satu
lagi menerima elektron (bercaj negatif). Dua ion yang bertentangan caj akan
menarik antara sesama lain untuk membentuk sebatian. Apabila kompound
ini berada dalam air, ia akan dipisahkan dan membentuk ion dan boleh
menghantar (aliran) elektrik dalam cecair itu. Contoh sebatian adalah seperti
NaCl, KNO3, Fe(NO3)2 dsb. Jadi, peranan sebatian dalam badan kita adalah
membekalkan elektrolit (cecair yang bercaj) untuk mengimbangi caj-caj dalam
cecair badan.
Walaupun tidak mengalami perubahan bilangan elektron, sesuatu boleh unsur
boleh bergabung melalui ikatan kovalen. Kedua-dua unsur itu dicantum
melalui perkongsian elektron apabila elektron terluar bagi sesuatu unsur
adalah komplimentari dengan unsur yang digabungkan. Dalam air, molekul
tidak terlarut dan tidak membentuk ion kerana sifat kimia adalah berlainan
dengan air (air merupakan molekul yang berkutub). Molekul boleh wujud
dalam cecair apabila ia dileburkan atupun larut dalam pelarut organik yang
bersifat kovalen. Contoh molekul adalah seperti CCl4, O2, Cl2, H2 dsb.
Ion yang terhasil apabila sesuatu campuran terlarut dalam air akan
membentuk elektrolit yang berupaya membawa elektrik. Dalam kimia, ia
memerlukan elektrod (katod dan anod) untuk mengalir elektrik melalui
sambungan wayar (litar). Dalam biokimia, elektrolit dalam cecair badan
berfungsi untuk memekatkan / mencairkan kandungan cecair badan.
Kehadiran ion yang tinggi akan memekatkan cecair dan seterusnya
mengawal tekanannya seperti dalam darah. Ion-ion dalam elektrolit juga
penting dalam menolong lain-lain proses seperti penghadaman yang
memerlukan kofaktor dsb. Jadi manusia memerlukan garam dan mineral
untuk mengimbangi badan kita. Individu yang muntah dan cirit-birit berlebihan
boleh mengakibatkan kehilangan ion yang berlebihan dan badan akan
menjadi lemah.

Karbohidrat adalah pembekal tenaga utama dalam badan manusia. Ia adalah


sejenis makanan organik yang larut dalam pelarut organik kerana kehadiran
banyak ikatan kovalen antara unsur-unsur C, H, dan O. Jadi formula kimia
umum bagi karbohidrat adalah ditulis sebagai C6H12O6]n, n adalah bilangan
unit berulang. Dalam perkataan harian, karbohidrat adalah gula. Namun,
dalam istilah biokimia, karbohidrat adalah sukrosa, maltosa, glukosa, fruktosa
dsb. Ada yang membezakan karbohidrat melalui bilangan karbon dalam unit
berulangnya (unit berulang dipanggil sebagai monomer). Contohnya pentosa
dan triosa masing-masing mempunyai 5 dan 3 atom karbon. Cuma beberapa
jenis karbohidrat yang biasa difokuskan dalam pemakanan dan gizi kita, iaitu
sukrosa, fruktosa dsb. Kesemua gula ini perlu dicernakan dalam sistem
pencernaan manusia supaya menjadi unit yang terkecil iaitu glukosa untuk
diserap ke dalam sel-sel. Jadi, kekurangan glukosa dalam darah bermakna
seseorang tidak mempunyai tenaga yang mencukupi untuk meneruskan
proses dalam badan. Kesannya, individu tersebut akan pitam dan pengsan.
Nasi, roti, dan gandum merupakan sumber karbohidrat yang utama.
Lipid adalah lemak yang diperlukan untuk melindungi badan kita. Ia berfungsi
sebagai penebat bawah kulit untuk melindungi badan daripada kesejukan. Ia
juga bertindak sebagai minyak pelincir untuk mengelakkan geseran antara
organ semasa bergerak. Lipid juga merupakan komponen yang penting
dalam membentuk sel membran. Selain itu, lemak juga merupakan pembekal
tenaga terakhir apabila ketandusan karbohidrat atau protein untuk memberi
tenaga kepada badan. Jadi, semua orang memerlukan lipid untuk terus hidup
dan melicinkan proses dalam badan. Akan tetapi, pengambilan lemak yang
berlebihan akan meyebabkan seseorang terus menjadi gemuk kerana ia tidak
digunakan apabila pembekal tenaga lain masih ada. Badan akan menyimpan
lemak tersebut di bawah kulit seperti paha, perut, dan bahagian-bahagian
yang kurang aktif. Lipid boleh diambil daripada daging, kacang, dan sayursayuran.
Protein adalah sumber yang penting dalam membina otot-otot badan. Ia
adalah unsur yang penting semasa pertumbuhan dari peringkat kanak-kanak
ke dewasa. Protein biasanya diambil dari daging-daging seperti ayam, lembu,
ikan, soya dsb. Biasanya, otot akan mengalami kerosakan dan kepecahan
apabila seseorang menjalankan sukan, jadi otot tersebut perlu diperbaiki
dengan menambahkan satu lapisan protein ke atas bahagian otot yang rosak.
Jadi, otot kelihatan besar pada tubuh badan.
Sel adalah unit yang paling asas untuk kesemua entiti hidup kerana ia mempu
menjalankan semua proses hidup seperti bernafas, berkumuh, makan,
bertumbuh dan membiak. Dalam biologi, sel dibezakan sebagai sel haiwan
dan sel tumbuhan. Perbezaan utama antara kedua-dua sel tersebut adalah
kehadiran sel dinding dan kloroplas. Sel haiwan tidak mempunyai sel dinding
dan kloroplas. Jadi, selnya boleh mengembang dan mengecut dengan
mengubah kandungan dalam sel itu. Sel haiwan termasuklah semua sel pada
haiwan seperti sel otot, sel tulang, sel saraf dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai