Anda di halaman 1dari 45

Penghantar fonetik dan fonologi

BUNYI bahasa

bunyi konsonan

JUSTINO BIN PETER


BAGANG
Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal .

Bunyi konsonan dihasilkan apabila berlakunya sekatan udara yg


mengalir dalam saluran suara.

Ada 4 perkara yang perlu diambil kira,bg mengklasifikasi bunyi


konsonan,iaitu:

1. Adakah bunyi tersebut bersuara atau tak bersuara.


2. Di mana lokasi lokasi pengeluaran bunyi yang
menerima sekatan tersebut.
3. Cara sekatan yang berlaku kepada aliran udara.
4. Cara menghasilkan bunyi tersebut.
1.Bunyi bersuara dan tak bersuara

• Penentuan kpd sifat bunyi ini ialah pita suara


semasa lafaz bunyi.

• Seandainya pita suara bergetar maka bunyi yg


dirujuk akan dikatakan sebagai
bersuara,manakala jika sebaliknya bunyi itu
dinamakan sebagai tak bersuara.
2.Lokasi pengeluaran bunyi
• Dlm menentukan lokasi pengeluaran bunyi,terlebih
dahulu perlu dikenal pasti secara rinci saluran suara
dan alat artikulasi yang terlibat.
• Jikalau semasa melafaz alat artikulasi yg terlibat
adalah bibir ,maka penamaan akan diberikan
berdasarkan alat dan daerah tersebut,iaitu dua bibir
atau bilabial.
• Begitu juga utk bunyi-bunyi lain.Penamaan
bergantung pada alat dan daerah artikulasi yg
terlibat.
3.Cara lafaz dan jenis sekatan
• Dalam bahagian ini,perlu dihuraikan jenis sekatan yg
berlaku pada aliran udara.Bunyi letupan atau plosif
dihasilkan apabila berlaku sekatan kepada aliran udara
drpd terlepas keluar.
• Sekatan yg berlaku ini akan mengumpul dan menahan
udara dan kemudian dilepaskan secara serta-merta.
• Dalam penghasilan bunyi sengau atau nasal,maka
penutupan rongga mulut berlaku sepenuhnya,tetapi
udara dibiarkan keluar melalui rongga hidung dengan
kedudukan anak tekak atau velum direndahkan.
• Beginilah kita kita mengenal pasti jenis bunyi konsonan
yg dihasilkan.
4.Mekanisme aliran udara
• Dengan menghuraikan mekanisme aliran udara kita
dapat secara persisnya menghuraikan penghasilan
sesuatu konsonan.Udara yg mengalir keluar perlu
dispesifikasi sama pulmonik,glotis,velar atau egresif dan
ingresif dan ingresif.

• Aliran udara secara glotis pula berlaku apabila udara


bergerak ke dlm atau keluar dgn merendahkan atau
menaikkan larinks dlm tekak.

• Bunyi velar pl terhasil melalui lelangit lembut yg tertutup


seperti keadaan semasa melafazkan bunyi [k] dan [g]
dan lidah meluncur ke belakang atau ke depan bg
menggerakkan udara ke dlm dan ke luar.
• Apabila pergerakan udara berlaku keluar berlaku
keluar,pergerakan ini dinamakan egresif.
• Manakala jika udara bergerak ke arah dalam,pergerakan
ini dinamakan ingresif.
• Cara perlabelan sebegini penting dlm bidang fonetik bagi
membezakan setiap bunyi tanpa ketaksaan.

 Bunyi konsonan dihasilkan dgn berlakunya sekatan kpd


aliran udara dgn kadar tertentu.Sekatan aliran udara ini
menghasilkan jenis2 konsonan iaitu:

Konsonan letupan(plosif),letusan(afrikat),sengau(nasal),
geseran(frikatif),getaran(trill),sisian(lateral),dan separuh
vokal (semi vowel).
Fonem konsonan
• Ada 18 fonem konsonan dlm bahasa Melayu.Konsonan
ini terdiri dari bunyi letupan, sengau, letusan, getaran,
sisian dan separuh vokal,iaitu:

Letusan p,b,t,d,k,g
Letusan c,j
Sengau m,n,n(Ny),ŋ(Ng)
Geseran S,h
Getaran r
Sisian L
Separuh vokal w,y
BUNYI KONSONAN

Ada 10 konsonan pinjaman dlm bahasa


Melayu.Semuanya dipinjam daripada bahasa
arab dan inggeris.Semuanya adalah fonem
geseran.

Fonem-fonem pinjaman ini berasal drpd


perkataan-perkataan pinjaman.Ada bunyi yg
disesuaikan dgn bunyi bahasa Melayu dan ada
yg bervariasi bebas dgn fonem-fonem asli.
• Terdapat 7 bunyi konsonan letupan dlm bahasa Melayu.Tiga
daripadanya adalah bunyi bersuara,tiga bunyi lagi adalah
bunyi tak bersuara dan satu letupan glotis.
• Bunyi konsonan letupan ini dihasilkan dgn menutup aliran
udara melalui rongga hidung dgn menaikkan lelangit lembut
bg menyekat rongga hidung.Aliran udara tertahan dlm
rongga mulut.
• Kesemua jenis bunyi ini berlaku apabila alat artikulasi
menyentuh titik-titik artikulasi yg tertentu dalam mulut dan jg
pd bibir.
• Pada masa yg sm semasa berlakunya sentuhan pd titik
artikulasi ini,udara dari paru2 terkumpul dan dilepaskan
secara tiba2 menyebabkan udara yg terlepas keluar itu
menghasilkan letupan.
1.Konsonan letupan dua bibir [p] dan [b].
• Letupan ini terhasil apabila bibir atas dan bawah dirapatkan
dan lelangit lembut merapat ke dinding belakang rongga
tekak.
• Keadaan ini menyebabkan udara dr paru2 tertahan di dlm
rongga mulut dan saluran udara.Udara yg tertahan ini
kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta.
• Apabila udara tertahan yg dilepaskan itu keluar tanpa
menggetarkan pita suara maka bunyi yg dihasilkan itu adalah
letupan bibir x bersuara [p].
• Manakala apabila pelepasan udara tersebut menggetarkan
pita suara maka bunyi yg dihasilkan itu adalah letupan
bersuara [b].Contoh konsonan ini dlm bahasa Melayu adalah
seperti berikut
LETUPAN 2 BIBIR TAK BERSUARA [p]

[ # Pandu # ] ( pandu )

[ # lapan #] ( lapan)

[ # Tetap # ] ( tetap )

LETUPAN 2 BIBIR BERSUARA [b]

[ # Balik # ] ( balik )

[ # Lebat # ] ( lebat )

[ # Kitab # ] ( kitab )
2.Konsonan letupan gusi [t] dan [d]
• Letupan ini dihasilkan apabila hujung lidah dirapatkan ke
gusi atas.Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang
rongga tekak.Kedudukan lidah ini menyekat udara dari paru-
paru.
• Apabila udara yg tersekat tersebut dibebaskan serta-merta
maka bunyi yg terhasil itu ialah bunyi letupan gusi.Apabila
letupan gusi berlaku dengan tidak mengetarkan pita
suara,maka bunyi yg dihasilkan adalah letupan gusi tak
bersuara [t].
• Apabila letupan gusi itu itu dilakukan dengan getaran pita
suara,maka bunyi yg dihasilkan adalah letupan gusi
bersuara [d].Contoh bunyi konsonan ini dlm bahasa Melayu
adalah seperti berikut :
LETUPAN GUSI TAK BERSUARA [ t ]

[ # tiga # ] ( tiga )

[ # itu # ] ( itu )

[ # pusat # ] ( pusat )

LETUPAN GUSI BERSUARA [ d ]

[ # dasar # ] ( dasar )

[ # ada # ] ( ada )

[ # had # ] ( had )
3.Konsonan letupan lelangit lembut [ k ] dan [ g ].

• Letupan ini dihasilkan apabila bahagian belakang lidah


dinaikkan sehingga menyentuh lelangit lembut.Udara yg
tertahan kemudiannya dilepaskan dgn serta-merta.

• Apabila pelepasan udara tersebut tidak menyebabkan


pita suara bergetar maka bunyi yg dihasilkan adalah
letupan lelangit lembut x bersuara [ k ],dan sebaliknya
apabila pita suara bergetar maka bunyi yang dihasilakan
adalah letupan lelangit lembut bersuara [ g ].

• Contoh bunyi konsonan ini dlm bahasa melayu adalah


seperti berikut :
LETUPAN LELANGIT LEMBUT X BERSUARA [ k ]

[ # kambiŋ # ] ( kambing )
[ # paku # ] ( paku )
[ # kapak # ] ( kapak )

LETUPAN LELANGIT LEMBUT BERSUARA [ g ]

[ # garaŋ # ] ( garang )
[ # raga # ] ( raga )
[ # beg # ] ( beg )
4.Konsonan letupan pita suara [ ? ]

• Konsonan pita suara ini dihasilkan apabila pita suara


dirapatkan,dan keadaan ini menyebabkan aliran udara
terkumpul dan tertahan.

• Apabila secara serta-merta pita suara ini terbuka dan


membebaskan udara,bunyi yg dihasilkan itu dinamakan
letupan pita suara [ ? ].

• Oleh sbb bunyi ini berlaku pada pita suara,bunyi ini tidak dpt
dikatakan bunyi bersuara atau tak bersuara.Contoh bunyi ini
dlm bahasa Melayu adalah seperti berikut :
KONSONAN LETUPAN PITA SUARA [ ? ]

[ # buda? # ] ( budak )

[ # bale? # ] ( balik )

[ # kaka? # ] ( kakak )
1. Konsonan letusan [ c ] dan [ j ]
• Terdapat 2 bunyi letusan dlm bahasa Melayu.Bunyi ini
dihasilkan dalam keadaan yg sm seperti bunyi
letupan.Yang membezakan adalah bunyi ini dilepaskan
secara perlahan-lahan sehingga terdengar bunyi
geluncuran.
• Dalam keadaan ini,lelangit dinaikkan dan pita suara
bergetar dan tidak bergetar bagi menghasilkan bunyi
bersuara dan x bersuara.
• Konsonan letusan dalam bahasa Melayu adalah letusan
lelangit keras tak bersuara [ c ] dan letusan lelangit keras
bersuara [ j ].
• Contoh bunyi-bunyi ini dalam bahasa Melayu adalah sepeti
berikut :
LETUSAN TAK BERSUARA [ C ]

[ # cat # ] ( cat )

[ # kaca # ] ( kaca )

[ # koc # ] ( koc )

LETUSAN BERSUARA [ j ]

[ # jalan # ] ( jalan )

[ # baju # ] ( baju )

[ # garaj # ] ( garaj )
• Bunyi sengau dihasilkan apabila lelangit lembut diturunkan
bagi membolehkan udara keluar melalui rongga hidung.

• Dengan menghubungkan alat artikulasi lidah pada titik


artikulasi yang tertentu di dlm mulut,bunyi sengau
dihasilkan.Kesemua bunyi sengau dlm bahasa Melayu
dihasilkan dengan pita suara bergetar.

• Semua bunyi sengau adalah bersuara.Ada 4 bunyi


konsonan sengau dlm bahasa Melayu,iaitu [ m ],[ n ],[ ŋ ]
(ng),[ n ] (ny).
1.Sengau dua bibir bersuara [ m ]
• Konsonan sengau dua bibir dihasilkan apabila bibir bawah
dirapatkan kepada bibir atas.Lelangit lembut dlm keadaan
biasa yg menyebabkan udara melalui rongga
hidung.Semasa melafazkan bunyi ini,pita suara
digetarkan.Contoh :

[ # makan # ] ( makan )

[ # lama # ] ( lama )

[ # alim # ] ( alim )
2.Sengau gusi bersuara [ n ]
• Bunyi sengau gusi dihasilakan dengan hujung lidah
dirapatkan kepada gusi.Lelangit lembut dlm keadaan biasa
yg menyebabkan udara melalui rongga hidung.Semasa
melafazkan bunyi ini,pita suara digetarkan.Contoh :

[ # naŋka # ] ( nangka )

[ # bina # ] ( bina )

[ # lapan # ] ( lapan )
3.Sengau lelangit keras gusi bersuara [ n ]
• Konsonan sengau lelangit keras dihasilkan denga depan
lidah dtrapatkan kpd lelangit keras gusi.Lelangit lembut dlm
keadaan biasa yg menyebabkan udara melalui rongga
hidung.Semasa melafazkan bunyi ini,pita suara
digetarkan.Contoh :

[ # nawa # ] ( nyawa )

[ # namo? # ] ( nyamuk )

[ # bana? # ] ( banyak )

[ # tana # ] ( tanya )
4.Sengau lelangit lembut bersuara [ ŋ ]
• Konsonan sengau lelangit lembut dihasilkan dengan
belakang lidah diangkat dan dirapatkan kpd lelangit
lembut.Lelangit lembut dlm keadaan biasa yg menyebabkan
udara melalui rongga hidung.Semasa melafazkan bunyi
ini,pita suara digetarkan.Contoh:

[ # ŋaŋa # ] ( nganga )

[ # malaŋ # ] ( malang )
 Terdapat 9 bunyi geseran dalam bahasa Melayu,4 bersuara
dan 4 lg x bersuara.Manakala satu bunyi lg adalah geseran
pita suara yg tidak dpt dikatakan bersuara atau tak
bersuara,dan dilambangkan dgn [ h ].

1.Geseran gigi bibir [ f ] dan [ v ]

• Bunyi geseran gigi bibir dihasilkan apabila gigi bwh dan bibir
atas dirapatkan ttp tidak menghalang aliran udara
keluar.Laluan yg terbentuk merupakan laluan yg sempit.
• Kesannya udara yg dikeluarkan dari paru-paru
menyebabkan geseran berlaku.Bunyi geseran tak bersuara
adalah [ f ] dan yg bersuara [ v ].Contohnya :
GESERAN GIGI BIBIR TAK BERSUARA [ f ] :

[ # fikir # ] ( fikir )

[ # lafaz # ] ( lafaz )

[ # ma?af # ] ( maaf )

GESERAN GIGI BIBIR BERSUARA [ v ]

[ # variasi # ] ( variasi )

[ # novel # ] ( novel )
2.Geseran gusi [ s ] dan [ z ]

• Bunyi geseran gusi dihasilkan apabila hujung lidah


dirapatkan ke arah sempadan gusi lelangit keras.Keadaan
ini juga tidak menyekat aliran udara.

• Udara yg keluar dr paru-paru akan menyebabkan geseran


berlaku.Bunyi geseran tak bersuara adalah [ s ] manakala yg
bersuara adalah [ z ].Contohnya :
GESERAN GUSI TAK BERSUARA [ S ]

[ # sah # ] ( sah )

[ # kisah # ] ( kisah )

[ # lipas # ] ( lipas )

GESERAN GUSI BERSUARA [ z ]

[ # zaman # ] ( zaman )

[ # bazar # ] ( bazar )

[ # hafiz # ] ( hafiz )
3.Geseran lelangit keras [ š ] dan [ ž ]

• Bunyi geseran lelangit keras dihasilkan dgn dpn lidah


dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi tidak rapat.Udara dari
paru-paru terdesak keluar dgn berkelakunya geseran.

• Bunyi geseran gusi lelangit keras tak bersuara adalah


[ š ].Bunyi [ ž ] adalah bunyi geseran lelangit keras
bersuara.Contoh :
GESERAN GUSI LELANGIT KERAS TAK BERSUARA [ š ]

[ # šubuht # ] ( subuh )

[ # ašar # ] ( asar )

[ # xaš # ] ( khas )

GESERAN GUSI LELANGIT KERAS BERSUARA [ ž ]

[ # žohor # ] ( dhohor )

[ # hažir # ] ( hadhir )

[ # haiž # ] ( haidh )
4.Geseran lelangit lembut [ x ] dan [ ‫] ץ‬

• Konsonan geseran lelangit lembut dihasilkan dgn


mengangkat belakang lidah rapat ke lelangit lembut.Udara
yg keluar dr paru-paru terdesak keluar melalui rongga mulut.

• Ini menyebabkan geseran berlaku.Konsonan geseran


lelangit lembut tak bersuara ialah [ x ] dan konsonan geseran
lelangit lembut bersuara ialah [ ‫] ץ‬.
GESERAN LELANGIT LEMBUT TAK BERSUARA [ x ]

[ # abar # ] ( khabar )

[ # xianat # ] ( khianat )

[ # tarix # ] ( tarikh )

GESERAN LELANGIT LEMBUT BERSUARA [ ‫] ץ‬

[ # ‫ץ‬aib # ] ( ghaib )

[ # lo‫ץ‬at # ] ( loghat )

[ # bali‫ ץ‬# ] ( baligh )


5.Geseran pita suara [ h ]
• Geseran pita suara dihasilkan apabila pita suara dirapatkan
yg mengakibatkan udara keluar di antara pita suara secara
bergeser.Seperti keadaan bunyi letupan glotis,bunyi ini juga
berlaku di pita suara maka dengan itun tidak timbul soal
sama ada bunyi ini bersuara ataupun tak bersuara.Contoh:

GESERAN PITA SUARA [ h ]

[ # hati # ] (hati)

[ # lihat # ] ( lihat )

[ # rumah # ] ( rumah )
• Bahasa mempunyai satu bunyi konsonan getaran,iaitu
[ r ].Bunyi ini dihasilkan apabila lidah digetarkan dlm rongga
mulut.Dalam keadaan begini lidah diangkat ke arah
gusi.Udara yang dilepaskan dari paru-paru menggetarkan
hujung lidah dan pita suara.Ini menghasilkan bunyi getaran
[ r ].Contoh kehadiran konsonan getaran [ r ] :

[ # rantai # ] ( rantai )

[ # baru # ] ( baru )

[ # ular # ] ( ular )
• Bahasa Melayu mempunyai satu bunyi konsonan sisian,iaitu
[ l ].Bunyi konsonan sisian ini dihasilkan apabila suara
dilepaskan melalui kiri dan kanan lidah.Dalam keadaan ini
hujung lidah diangkat ke arah tgh gusi.Lelangit lembut
dirapatkan ke belakang rongga tekak.

• Udara yg dilepaskan dr paru2 melalui sisi kanan dan kiri


lidah dan menggetarkan pita suara.Bunyi yg terhasil adalah
[ l ].Contohnya penggunaan konsonan sisian [ l ] :

[ # lantai # ] ( lantai )

[ # malam # ] ( malam )

[ # kәsal # ] ( kesal )
• Bunyi ini dinamakan separuh vokal kerana bunyi vokal ini
tidak dihasilkan dlm keadaan yg sempurna.Bunyi ini tidak
dapat dikatakan sebagai vokal kerana semasa ia dilafazkan
berlaku sekatan kepada aliran udara.

• Semasa pengucapannya,kedudukan lidah sama seperti


ketika melafazkan bunyi vokal tetapi keadaan ini hanya
berlaku separuh jalan sahaja.

• Kedudukan lidah berubah selepas itu.Ada 2 bunyi separuh


vokal,iaitu separuh vokal dua bibir [ w ] dan separuh vokal
lelangit keras [ y ] .Keadaan bibir dibundarkan semasa
melafazkan [ w ].Manakala semasa melafaz [ y ] keadaan
bibir dihamparkan.Contoh :
SEPARUH VOKAL DUA BIBIR [ W ]

[ # wayaŋ # ] ( wayang )

[ # kawan # ] ( kawan )

[ # pulaw # ] ( pulau )

SEPARUH VOKAL LELANGIT KERAS [ y ]

[ # yaŋ # ] ( yang )

[ # tayaŋ # ] ( tayang )

[ # pakay # ] ( pakai )
RUJUKAN
BINTANG TUJUH SINAR BERSERI,
BULAN PURNAMA DATANG MENERPA,
AJARAN GURU HENDAKLAH DICARI,
MANA YANG DAPAT JANGAN DILUPA

Anda mungkin juga menyukai