Anda di halaman 1dari 20

BUNYI SENGAUAN

• Terdapat 4 jenis bunyi sengau atau nasal dalambahasa melayu iaitu


sengau dua bibir [ m ] ,sengau gusi [ n ],sengau lelangit keras[ ny/ɲ]
dan sengau lelangit lembut. [ng/ŋ ]
• Bunyi sengau adalah bunyi bersuara. Bunyi sengau dihasilkan dengan
getaran pita suara. Bunyi sengau terhasil apabila lelangit lembut
diturunkan membolehkan udara keluar dari rongga hidung.
KONSONAN SENGAUAN DUA BIBIR [m]
• Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada
arus udara.
• Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan
arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
• Pita dirapatkan untuk membuat getaran. Arus udara dilepaskan
perlahan-lahan.
• Contoh bunyi konsonan sengauan [m]
AWAL TENGAH AKHIR
Malu Teman Ketam
Meriah Lembu Tilam
KONSONAN SENGAUAN GUSI [n]
• Hujung lidah dinaikkan pada gusi untuk menyekat arus udara.
• Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan
arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
• Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
• Contoh bunyi konsonan sengauan [n]
AWAL TENGAH AKHIR

Naga Tanah Lapan

Nama Panas Sampan


Konsonan Sengauan Lelangit Lembut [ng]
• Belakang lidah diangkat ke lelangit lembut untuk menyekat arus
udara.
• Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan. Arus udara  dari paru-
paru  keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara
bergetar.
• Contoh bunyi konsonan sengauan [ng]

AWAL TENGAH AKHIR


Ngeri Tangkap Dukung
Mangkuk Tulang
Konsonan Sengauan Lelangit Keras [ny]
• Hadapan lidah diangkat ke lelangit lembut untuk menyekat arus
udara.
• Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan. Arus udara  dari paru-
paru  keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara
bergetar.
• Contoh bunyi konsonan sengauan [ny]

AWAL TENGAH AKHIR


Nyata Senyap -
Nyamuk Banyak
KONSONAN SEPARUH
VOKAL
Konsonan Separuh Vokal Dua Bibir [w]
• Bibir dibundarkan.
• Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.
• Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat
arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
• Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke
kedudukan.
• Contoh bunyi konsonan sengauan [ny]
AWAL TENGAH AKHIR
Waris Lawak Takraw
Wajib Kawan
Konsonan Separuh Vokal Lelangit Keras [y]
• Depan lidah hiangkat tinggi ke gusi seperti menghasilkan vocal [i],
kemudian kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan
semasa menghasilkan bunyi [y]
• Bibir dihamparkan.
• Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak. Pita suara
digetarkan.
• Contoh bunyi konsonan sengauan [y]
Awal Tengah Akhir
Yatim Bayang -
Payah
KONSONAN SISIAN
KONSONAN PINJAMAN
Konsonan Pinjaman [th/dh]
• Hujung lidah berada d antara gigi atas dan gigi bawah.
• Lelangit lembut dinaikkan . Udara yang keluar dari paru-paru
 dibiarkan bergeser di daerah  gigi. Jika glotis direnggangkan dan pita
suara tidak bergetar bunyi yang terhasil ialah  bunyi geseran tidak
bersuara,[th]. Jika glotis  dirapatkan dan pita suara  bergetar bunyi
yang terhasil ialah  bunyi geseran bersuara,[dh]
• Contoh:
Thalatha, Othman, Hadith
Konsonan geseran bersuara,[z].
• Hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi.
• Lelangit lembut dinaikkan. Arus udara  dari paru-paru keluar  melalui
rongga mulut dan dibiarkan bergeser di pertemuan hujung lidah
dengan gusi.
• Glotis  dirapatkan dan pita suara  bergetar bunyi yang terhasil ialah 
bunyi konsonan geseran bersuara,[z].

• Contoh Perkataan:
Zaman, azam, lafaz
Geseran Gusi Lelangit Keras Tak
Bersuara[sy]
• Hadapan lidah dinaikkan ke arah  gusi lelangit keras  untuk menyekat
perjalanan udara yang keluar melalui rongga mulut.
• Lelangit lembut dinaikkan untuk menghasilkan bunyi geseran lelangit
keras bersuara.
• Glotis  direnggangkan pita suara  tidak digetarkan  dan  menghasilkan
bunyi geseran tidak bersuara ,[sy]
• Contoh Perkataan:
Syabas, Isyak, Isytihar,syair, syarikat
Geseran Lelangit Lembut [kh] dan [gh]
• Belakang lidah dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari
rongga tekak keluar ke arah rongga mulut melalui ruang yang telah
mengalami sempitan pada lelangit lembut.
• Bagi menghasilkan geseran bersuara [kh ], glotis dirapatkan, pita suara
digetarkan dan bagi menghasilkan bunyi geseran lelangit lembut tidak
bersuara [ gh ], glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan.
• Contoh perkataan:
Khabar, akhirat, ghaob, loghat
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai