Anda di halaman 1dari 31

TOPIK 3

KEMAHIRAN MENULIS

IPGKTI 2019
KONSEP MENULIS
• Takrif menulis
• Proses menulis
• Tujuan menulis
• Secara Mekanis
• Secara Pelahiran
TAKRIF MENULIS

• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, menulis ialah mencatat


kata-kata dengan huruf dan memakai pena seperti kalam, pensel
dan lain-lain
• Menulis juga merupakan melahirkan perasaan dengan catatan yang
menggunakan huruf untuk mengarang
• Menurut Juriah Long (1990), menulis merupakan satu proses bagi
menyampaikan buah fikiran atau pendapat dengan tepat dan
berkesan kepada orang ramai
PROSES MENULIS

• Pramenulis
– Proses yang dilakukan sebelum murid dapat menulis dengan
kemas

• Mendirikan asas (mekanis)


– Proses yang melatih murid untuk membentuk lambang-lambang
tulisan.

• Pelahiran (mental)
– Proses yang dapat membina pemikiran murid secara menulis.
TUJUAN MENULIS

• Membina asas menulis yang kukuh untuk membolehkan kanak-


kanak menulis dengan baik dan pantas
• Melatih murid-murid menghujah dan mengeluarkan idea
• Menyiapkan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan
• Membolehkan kanak-kanak mengekspresikan perasaan dengan
sempurna dalam penulisan
• Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan betul dan
menyusun ayat secara teratur
• Meningkatkan pengetahuan kanak-kanak
SECARA MEKANIS

• Proses yang berlaku selepas proses pramenulis


• Merupakan proses untuk menjadikan murid menguasai kemahiran
membentuk huruf-huruf kecil dan besar dalam abjad
• Kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat dapat
dikuasai oleh murid
• Pada peringkat ini, murid seharusnya telah faham dan boleh
memegang pensel dengan betul, serta cara duduk yang betul dan
selesa
• Aktiviti yang terlibat dalam proses mekanis
– Latihan menulis bentuk-bentuk yang sama dengan huruf
mengikut teknik menulis
– Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang
sama kepada bentuk-bentuk huruf tertentu
– Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf
– Latihan menekap huruf yang ditulis dalam keadaan bentuk
garis putus-putus
– Latihan menulis suku kata
– Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar
– Latihan menyamakan gambar-gambar
– Latihan menyalin frasa atau ayat
SECARA PELAHIRAN

• Proses ini belaku setelah murid berjaya menguasai kemahiran


mendengar, bertutu, mengeja dan membaca serta sudah boleh
menulis pelbagai jenis karangan
• Murid didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif
• Guru dapat memulakan proses ini dengan mengajarkan jenis
penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal dan separa
berpandu
• Murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang pengetahuan
serta pengalaman yang telah dilalui. Meraka turut akan menguasai
kemahiran tatabahsa dan ejaan yang telah mereka kuasai
• Contoh aktiviti di dalam proses pelahiran
– Menulis jawapan pemahaman
– Menulis karangan
– Menulis ayat berdasarkan gambar
– Membina ayat
– Memanjangkan ayat
– Menulis rencana
– Mengisi silang kata
– Melengkapkan ayat
JENIS-JENIS PERENGGAN
• Deskriptif
• Banding beza
• Sebab akibat
• Proses
• Naratif
PERENGGAN DESKRIPTIF
• Perenggan deskriptif ialah perenggan yang mengisi pengambaran
sesuatu objek, tempat, peristiwa kepada pembaca secara jelas dan
terperinci sehingga pembaca dapat menghayati situasi yang
digambarkan oleh penulis

• Ciri- ciri perenggan deskriptif :


– menggambarkan atau melukiskan sesuatu
– penggambaran tersebut dilakukan sejelas-jelasnya dengan
melibatkan kesan kepada pembaca
– Menjadikan pembaca merasa atau mengalami sendiri
– Menjelaskan ciri-ciri warna, ukuran, bentuk keadaan dan suatu
objek secara terperinci
PERENGAN BANDING BEZA

• Penghuraian perenggan banding-beza dilakukan dengan


membandingkan ayat topik.
• Contohnya, ayat topik mengenai hal bersifat abstrak dibandingkan
dengan hal yang bersifat konkrit dengan cara menerangkan secara
terperinci perbandingan tersebut dalam bentuk yang konkrit atau
bahagian-bahagian yang kecil. Contoh:

Sifat orang jahat disamakan dengan lalat. Lalat biasanya hinggap di


tempat-tempat yang kotor dan selalu memakan makanan yang
menjijikan. Kemana saja dia pergi pasti akan membawa penyakit.
Begitu juga orang jahat yang biasa tinggal di tempat-tempat maksiat
dan biasa makan makanan yang haram. Kemana saja dia pergi pasti
mendatangkan malapetaka yang merisaukan rakyat.
PERENGGAN SEBAB AKIBAT

• Ayat topik dalam perenggan sebab dan akibat merupakan sebab


atau akibat peristiwa-peristiwa atau sifat objek yang dipaparkan
dalam ayat huraian.

• Jika ayat topiknya berbentuk sebab maka ayat huraiannya


merupakan akibat daripada sebab tersebut. Sebaliknya, jika ayat
topik berbentuk sebab maka ayat huraiannya merupakan sebab-
sebab daripada akibat tersebut.
PERENGGAN PROSES
• Perenggan jenis proses ialah perenggan yang membincangkan
proses atau kaedah sesuatu perkara.
• Sebagai contohnya, perenggan menjelaskan proses membuat roti,
membuat kuih-muih dan sebagainya.
• Dalam jenis perenggan ini, ayat-ayat haruslah mengikut turutan
proses dengan betul.
• Perenggan haruslah menyatakan langkah-langkah sesuatu perkara
dengan jelas.

PERENGGAN NARATIF
• Perenggan yang menceritakan rangkaian kejadian atau peristiwa yang
berurutan (kronologi) yang berupa fakta atau fiksyen contohnya:
biografi, autobiografi, catatan perjalanan, ekspositori.
• Contoh perenggan naratif yang berupa fiksyen ialah cerpen dan novel.
Mempunyai tokoh, tempat, waktu, dan suasana yang diceritakan serta
mementingkan urutan waktu mahupun urutan peristiwa.
KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN MENULIS

• Mencari isi
• Menghubung kait isi dengan tajuk
• Menulis secara kohesi dan koheren
• Kemahiran penggunaan kosa kata, gaya persembahan
dan aspek mekanis
MENCARI ISI
• Menggunakan bahan-bahan rangsangan seperti kad-kad gambar
bersiri
• Cari kata kunci
• Kaitkan kata kunci dengan tajuk karangan
• Membuat rangka karangan

MENGHUBUNGKAIT ISI DENGAN TAJUK


• Mengetahui kehendak soalan
• Mengetahui idea yang hendak dibincangkan
• Mengetahui kehendak tajuk
• Guna teknik soalan 5W1H
MENULIS SECARA KOHESI DAN KOHEREN

• KOHESI
– Bertaut/pertalian
– Hubungan frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama

• KOHEREN
– Runtutan/ kesinambungan idea
– Ayat dengan ayat lain dalam suatu wacana yang berkait antara satu
sama lain

• PENANDA WACANA
– Menunjukkan pelanjutan idea
– Menunjukkan pertentangan idea
KEMAHIRAN PENGGUNAAN KOSA KATA, GAYA
PERSEMBAHAN DAN ASPEK MEKANIS

• KOSA KATA
– Contoh:
• Konotasi (idea yang dimaksudkan)
• Diagnosis(mengenal pasti)
• Sayugia(harus)
• Sanubari(jiwa)
• Fana(tidak kekal)
• GAYA PERSEMBAHAN
– Tujuan berkomunikasi, menyatakan idea dan perasaan daripada
minda penulis kepada pembaca
– Mesti sesuai dengan fakta
– Peka tentang reka bentuk penulisan
– Penguasaan kemahiran menulis

• ASPEK MEKANIS
– Dari segi pedagogi, sebelum mengarang murid mesti menguasai
aspek tulisan mekanis.
– Contoh:
• Ketepatan bentuk
• Jarak
• Tekanan
• Kecondongan
• Kekemasan
• Kepantasan
• Huruf kecil dan besar
• Tanda baca
KESILAPAN BIASA DALAM PENULISAN

• Idea
• Kosa kata
• Kegramatisan
• Aspek mekanis
IDEA
• Idea utama tidak disokong dengan idea huraian
• Isi, huraian dan contoh tidak mencukupi
• Susunan isi tiada koheren
• Isi yang berulang-ulang

KOSA KATA

• Kesalahan penggunaan kata hubung


• Kesalahan kata majmuk
• Kesalahan kata sendi
KEGRAMATISAN

• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), gramatis bermaksud


kepatuhan kepada atau ketepatan dengan tatabahasa.
• Gramatis juga bermaksud pembinaan ayat yang betul dari segi
struktur ayat dan betul dari segi semantik.
• Contoh kesilapan sintaksis:
– Ayat tergantung
– Ayat gabungan
– Ayat tidak betul susunan
– Ayat sukar ditafsir, binaan subjek dan predikat

ASPEK MEKANIS

• Kesalahan ejaan
• Kesalahan tanda baca
AKTIVITI MENULIS SECARA KONTEKSTUAL

• Naratif
– Fiksyen
– Bukan fiksyen
– Ekspositori
• Perbincangan
• Ulasan
• Komentar
• argumentatif
NARATIF

• Menceritakan sesuatu kejadian yang telah disaksikan, dialami dan


didengar oleh penulis.
• Suatu bentuk wacana yang berusaha mengisahkan suatu kejadian
atau peristiwa sehingga pembaca melihat atau mengalami sendiri
peristiwa tersebut.
• Mengisahkan sesuatu peristiwa secara berturutan berdasarkan
turutan kejadian.

• Ciri-ciri Naratif
 Memiliki kronologi atau urutan cerita yang jelas dan menarik.
 Terdapat konflik dan cara penyelesaian tersendiri.
 Memiliki unsur-unsur pembentuk seperti tema, latar, watak
dan perwatakan serta pengajaran .
 Dibentuk daripada beberapa susunan petikan dengan gaya
bahasa naratif.
 Isi teks atau karangan yang berisi tentang cerita, kisah atau
peristiwa tertentu.
FIKSYEN
• Karya sastera penulisan yang dicipta daripada imaginasi penulis.
• Dalam bentuk novel atau cerita pendek.
• Melibatkan atau merujuk kepada fakta mahupun peristiwa sebenar
oleh Si Penulis sebagai sumber inspirasi.

• Jenis-jenis Fiksyen

 Cerita Berfiksyen Sains( Sains Fiction)


Berdasarkan kepada ilmu pengetahuan atau penemuan sains yang seringkali
diramalkan . Contoh novel yang berfiksyen sains ialah novel Di Sebalik Dinara.

 Cerita Berfiksyen Biografi ( Biographical Fiction)


Berdasarkan karya biografi penulis. Contoh novel ialah Silir Daksina.

 Cerita Berfiksyen Sejarah ( Historical Fiction)


Berdasarkan kepada kajian atau catatan sejarah sebagai latar. Novel atau cerita
yang mengisahkan luahan fikiran dan perasaan tokoh.
Contoh cerpen yang memiliki jalan cerita berkaitan sejarah ialah cerpen Ahmad
Mutawakkil.
BUKAN FIKSYEN
• Satu bentuk karangan dengan penerapan difahami sebagai fakta.
Dianggap secara umum mengenai sesuatu maklumat.
• Contoh Buku Bukan Fiksyen
– Jurnal
– Laporan Ilmiah
– Biografi
– Buku Ensiklopedia

• Jenis Buku Bukan Fiksyen


– Buku Rujukan Umum
• Keperluan untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran
– Buku Rujukan Am
• Memberi maklumat umum dan berguna.
• Berguna untuk rujukan cepat tetapi tidak begitu mendalam.
– Buku Rujukan Khas
• Memberi maklumat secara terperinci .
KEMAHIRAN MENULIS EKSPOSITORI

• Ekspositori bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci


• Kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui
penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar
sesuatu.
• Guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar
sehingga memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi
penting
• Ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan
pelajaran secara langsung kepada murid-murid di dalam kelas.
PERBINCANGAN
• Karangan jenis ini memerlukan pelajar meneliti tiga perkara yang
menjadi tugasan tajuk
1.Bincangkan kebaikan dan keburukan
2. Bincangkan kebaikan atau keburukan
3. Bincangkan faktor, punca atau langkah

• Kadang-kadang pelajar diminta untuk memberikan hujah neutral,


iaitu tidak menyebelahi mana-mana pihak dengan memberikan
hujah kepada kedua-kedua belah pihak
• Merangkumi aspek berhujah, mengkritik dan mempersoalkan hal-
hal semasa. Jadi, biasanya pelajar memberikan pandangan pro dan
kontra
• Setiap fakta yang dikemukakan hendaklah logik dan disertai dengan
alasan-alasan yang munasabah
ULASAN

• Teks ulasan adalah sebuah tulisan yang berisi penilaian terhadap


sebuah karya
• Struktur teks ulasan terdiri daripada orientasi dan rangkuman
• Memuat informasi berdasarkan pandangan penulis terhadap
sesuatu karya
• Informasi yang dituls harus berdasarkan fakta yang
diinterprestasikan
KOMENTAR

• Huraian atau ulasan yang mengandungi penjelasan


• Pendapat mengenai sesuatu
• Mentafsirkan atau mengulas sesuatu perkara daripada sebuah
karya
• Cara membuat perenngan komentar:
– Tentukan pernyataan utama
– Buat garis besar komentar
– Perkenalkan topik yang ingin diusung
– Gunakan contoh spesifik untuk mendukung pernyataan tesis
– Kaitkan kembali contoh dengan tema
– Tulis kesimpulan yang kuat
ARGUMENTATIF

• Perenggan yang dikembangkan dengan memaparkan pendapat,


dan ulasan
• Mempengaruhi pembaca agar mempunyai pendapat yang sama
dengan pendapat penulis
• Perenggan perlu disertai dengan fakta-fakta yang benar seperti
hasil kajian dan teori ahli.

Anda mungkin juga menyukai