Anda di halaman 1dari 2

SOALAN 1

Pita suara ialah alat artikulasi yang terletak di ruang tenggorok. Kedudukan pita suara adalah
antara larinks dan epiglotis. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput nipis yang boleh
terbuka dan tertutup. Oleh itu, proses penghasilan bunyi berlaku dengan cara pita suara
menyempit dan memperluas. Fungsi utama pita suara adalah menggetarkan udara yang
mengalir keluar dari paru-paru untuk menghasilkan suara.

Pita suara menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu diklasifikasikan sebagai bunyi
bersuara atau bunyi tidak bersuara. Jika pita suara bergetar, maka bunyi yang dihasilkan ialah
bunyi bersuara. Sebaliknya, jika pita suara tidak bergetar, maka bunyi yang dihasilkan ialah
bunyi tidak bersuara. Bunyi bersuara terhasil apabila dua keping selaput pita suara dirapatkan.
Saluran udara akan menyempit dan menyebabkan tekanan pada pita suara apabila udara
melaluinya sehingga menghasilkan getaran pada pita suara manakala bunyi tidak bersuara pula
terhasil apabila udara keluar melalui dua keping selaput pita suara yang berkeadaan
renggang. Saluran udara terbuka luas dan aliran udara melalui pita suara tanpa
menggetarkannya. Ruang antara pita suara dinamakan sebagai glotis dan di kawasan tersebut
terhasilnya bunyi hentian glotis. 

Antara contoh bunyi bersuara adalah [b], [d], dan [g]. Bunyi ini dihasilkan apabila pita suara
bergetar. Contohnya, konsonan [d] dihasilkan apabila udara disekat dengan merapatkan dua
bibir atau meletakan hujung lidah pada gusi, lalu lelangit lembut dinaikkan dan udara ditahan.
Bunyi [d] terhasil apabila pita suara digetarkan, iaitu bunyi letupan gusi bersuara. 

Bunyi tidak bersuara terhasil tanpa mengetarkan pita suara dan pita suara dalam keadaan
terbuka. Antara contoh bunyi tidak bersuara adalah  seperti [p], [t]. [k], [s], dan [h]. Sebagai
contoh, konsonan [t] dihasilkan apabila udara disekat dengan merapatkan dua bibir atau
meletakan hujung lidah pada gusi, lalu lelangit lembut dinaikkan dan udara ditahan. Jika proses
sekatan ini dilepaskan, maka terhasil bunyi [t], iaitu letupan gusi tidak bersuara.

SOALAN 2

Rongga merujuk kepada bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara yang keluar dari
paru-paru. Rongga terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu rongga tekak, rongga mulut dan
rongga hidung. Rongga berperanan menentukan penghasilan bunyi. Hal ini dikatakan demikian
kerana lelangit lembut yang terletak di dalam rongga tekak boleh diangkat untuk menutup
rongga hidung untuk menyekat laluan udara atau diturunkan untuk membuka dan meluaskan
rongga supaya udara dapat melaluinya. Rongga tekak dan rongga hidung boleh dibuka atau
ditutup bergantung kepada keadaan anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau diturunkan.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan rapat menutup rongga hidung supaya udara tidak
keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan
menggetarkan pita suara ke rongga mulut.

Anda mungkin juga menyukai