Anda di halaman 1dari 22

1.

(a)

Lukiskan gambar rajah penghasilan bunyi-bunyi konsonan

letupan,geseran / frikatif dan nasal. Bersertakan contoh-contoh, huraikan cara penghasilan bunyi konsonankonsonan yang tersebut.

1. Penghasilan bunyi konsonan letupan Penghasilan bunyi letupan terbahagi kepada dua iaitu bunyi konsonan letupan tidak bersuara dan bunyi konsonan letupan bersuara.

Penghasilan konsonan [p] dan [b]

1.1 Letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan letupan dua bibir bersuara [ b]

Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dihasilkan apabila dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara menghalang

sepenuhnya udara dari paru-paru yang keluar ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang / ke dinding rongga dan dirapatkan kepada dinding tekak bagi menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dibuka (direnggangkan). Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersekat sepenuhnya pada bibir, kemudian

dilepaskan serta-merta. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara Jika menggetarkan pita suara bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan dua bibir bersuara [b] Contoh-contoh perkataan yang dihasilkan seperti berikut: Konsonan Di awal perkataan [ palu ] [ pilu ]
[P]

Di tengah perkataan
[ kampu ] [ tmpuh ]

Diakhir perkataan

[lmbap] [sayap ]

[ paku ] [ papa] buru], [buku],


[b]

[ tmpuru ]

:[tubuh], [subuh], [tabur], [tiba].

:[sbab], [karib], [kitab], [ada

[buda], [batu].

Penghasilan konsonan [ t ] dan [d] 1.2 Penghasilan bunyi letupan gusi tidak bersuara [ t ] dan bunyi letupan gusi bersuara [ d ] Konsonan letupan gusi tidak bersuara [ t ] dihasilkan melalui proses seperti yang berikut iaitu hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dibuka (direnggangkan). Udara yang keluar dari paru-paru ke 2

rongga mulut keluar tanpa menggetarkan pita suara, kemudian tersekat pada bahagian gusi dan hujung lidah. Udara kemudiannya dilepaskan dengan sertamerta. Jika pita suara digetarkan, terbitlah bunyi letupan gusi bersuara [ d ].

Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut: Konsonan di awal perkataan [taan], [tahu], [tolo], [t] [tare]. [dalam], [dahulu],
[d]

di tengah perkataan: [Tetak] [ tetap] [Unta] [ itik] [pda], [pada], [sida], [padah].

dii akhir perkataan [Sarat] [berat] [Kerat] [ pelat] [abad], [tekad], [masud], [hasad]

[duka], [dapur

1.2 Letupan Lelangit Lembut Tidak Bersuara [k] dan Bunyi Letupan Lelangit Lembut Bersuara [ g ]

Konsonan [ k ] dan [ g]

Penghasilan bunyi letupan kosonan [k] dan [ g ] Bunyi letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan letupan lelangit lembut bersuara [ g ] dihasilkan melalui proses berikut iaitu untuk menghasilkan bunyi [ k ] , iaitu belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Di samping itu ,lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak untuk 3

menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dibuka (direnggangkan). Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersekat pada bahagian lelangit lembut, kemudian dilepaskan dengan serta-merta.

Manakala bagi menghasilkan bunyi konsonan [ g] cara yang sama seperti bunyi konsonan [k] tetapi pita suara dirapatkan, arus udara yang keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita suara.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi bersuara [d] Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan yang berikut: Konsonan Di awal perkataan [kawan], [kuda], [kalau], [kita] [guru], [ganti], [gantu], [gambar]. Di tengah perkataan :[sukat], [bakat], [dkat], [pukat] :[aga], [agar], [uga], [ragu]. Di akhir perkataan :[buda], [pka], [teo], [ma]. :[beg], [dialog], [monolog].

[k]

[g]

2..Geseran 2.1.Geseran Gusi Tidak Bersuara [s]

[s]

Penghasilan bunyi konsonan [s] Bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s], dihasilkan apabila berlaku proses yang berikut iaitu daun lidah dinaikkan ke arah gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak bagi menyekat udara daripada keluar melalui rongga hidung. Pita suara dibuka atau

direnggangkan. Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah gusi. Pita suara tidak digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran gusi tidak bersuara [s] (lihat rajah di atas ). Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut: Konsonan di awal perkataan [saya], [sapu], [s] [suguh], [sdap]. [dasar], [pasar]. [hiris], di tengah perkataan [basuh], [kasar], di akhir perkataan [habis], [bilis],

2.2 Geseran Glotis Bersuara [h]

[h)

Penghasilan bunyi konsonan [h] Untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran glotis [h], proses yang berikut berlaku iaitu pita suara dibuka (direnggangkan) sedikit untuk membuat sempitan pada glotis. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung. Udara 5

keluar dengan menggeser melalui sempitan glotis. Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan geseran glotis bersuara [h] (lihat rajah di atas). Kehadiran bunyi ini adalah seperti yang berikut:

konsonan

di awal perkataan [habis],

di tengah perkataan [lihat], [tahap], [peha], [tahan]

di akhir perkaaan [brseh], [lteh], [kepah], [tanah].

[h] [hulur],[hantu]

2.3 Geseran Bibir-Gigi Tidak Bersuara [f]

[f]

Penghasilan bunyi konsonan [f] Bunyi konsonan geseran bibir-gigi tidak bersuara [f] dihasilkan dengan cara berikut iaitu bibir bawah dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya udara keluar dengan menggeser melalui ruang yang sempit. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dibuka atau irenggangkan. Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah bibir-gigi. Pita suara tidak digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran bibir-gigi tidak bersuara [f]

(lihat rajah di atas). Konsonan ini hadir dalam perkataan pinjaman seperti contoh yang berikut:

Konsonan

Di awal perkatan [fikir], [fitnah],[fakir]

Di tengah

Di belakang

[Nafkah],[sifir],[sifar] [arif],[alif], [huruf]

[f] [fajar],[fasih],[faham] [kufur]

2.4 Geseran Bibir-Gigi Bersuara [v]

[v]

Penghasilan bunyi konsonan [v] Bunyi konsonan geseran bibir-gigi bersuara [v] dihasilkan dengan cara berikut iaitu bibir bawah dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya udara keluar dengan menggeser melalui sempitan. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan. Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah bibir-gigi. Pita

suara digetarkan bagi menghasilkan bunyi geseran bibir-gigi bersuara.(v) (lihat rajah di atas). Kehadiran bunyi konsonan ini adalah seperti dalam contoh yang berikut: Konsonan di awal perkataan [vokal], [variasi]. [v] [ van] [ virus] [ aktiviti ] di tengah perkataan [univrsiti], [novel].

3. Bunyi nasal(sengau) Bunyi nasal terhasil daripada rongga nasal.Tedapat empat jenis bunyi sengauan iaitu sengauan dua bibir [m], sengauan gusi [n].sengauan lelangit keras [] dan sengauan lelangit lembut ( ] 3.1 Sengau Dua Bibir bersuara [m ]

[m]

Penghasilan bunyi konsonan [m] Bunyi-bunyi nasal dihasilkan dengan membiarkan udara yang keluar daripada paruparu terus keluar melalui rongga hidung.Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk

membuat sekatan pada arus udara. Lelangit tembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran. Arus udara dilepaskan perlahan-lahan. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m]. Udara boleh keluar melalui rongga ini kerana anak tekak dan lelangit lembut diturunkan,menyebabkan ruang ke rongga hidung terbuka.Udara itu disekat atau ditahan pada bahagianbahagian tertentu seperti bibir,gusi.lelangit keras atau lelangit lembut.Semasa menghasilkan bunyi pita suara mengalami getaran. Contoh: Sengauan dua bibir [m] [maka] [minum] [kumis] [talam] [asam] [kalam]

3.2 Sengauan gusi bersuara [n]

[n]

Gambar rajah penghasilan konsonan [n] Bunyi sengauan gusi bersuara [ n ] dapat dihasilkan apabila hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung 9

supaya udara dapat keluar melalui rongga hidung.Pita suara dirapatkan. Udara dari paru-paru melalui keluar ke rongga mulut dan terhalang pada bahagian gusi ,kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau gusi bersuara [ n].Contoh: Di awal perkataan [nasib] [n ] [nobat] [jrnih] [korban] Di tengah perkataan [bnih] Di akhir perkataan [main]

3.3 Sengauan lelangit keras bersuara []

[] Penghasilan konsonan [ ] Bunyi sengauan lelangit keras terhasil apabila hadapan lidah dinaikkan (dirapatkan ) kepada lelangit keras.Lelangit lembut diturunkan supaya rongga hidung terbuka dan udara boleh keluar melaluinya.Pita suara digetarkan.Contoh perkataan : [ai] [ are ] [ kna]

3.4 Sengauan Lelangit Lembut Bersuara []

[]

10

Penghasilan bunyi [] Bunyi sengauan lelangit lembut bersuara [] dihasilkan apabila lelangit lembut

diturunkan,belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan kepada lelangit lembut untuk menyekat udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan .Rongga hidung terbuka dan udara keluar melaluinya.Pita suara dirapatkan.Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit lebut,kemudian keluar melalui rongga hidung.Pita suara digetarkan. ( Lihat rajah di atas) Contoh perkataan adalah seperti berikut:

Konsonan

Di awal perkataan

Di tengah perkataan [ taga ] [baga]

Di akhir perkataan [ gunu ] [bara] [ tanju ]

[]

[aa] [ iau ]

[sia]

(b) Lukiskan gambar rajah organ-organ pertuturan dan namakan organ-organ tersebut.

11

Keterangan Rajah 1. Bibir atas 2.Bibir bawah 3.Gigi atas 4.Gigi bawah 5.Gusi 6.Lelangit keras 7.Lelangit lembut 8. Anak tekak 9.Hujung lidah 10.Hadapan lidah 11.Tengah lidah 12. Belakang lidah 13.Akar lidah 14. Epiglotos 15. Pita suara 16.Rongga tekak 17. Rongga hidung 18.Rongga mulut 19. Rahang 20. Tenggorok

(c)

Bincangkan peranan daerah artikulasi di bawah dalam penghasilan bunyi

dengan bersertakan contoh-contoh yang sesuai.

i.Bibir Bibir terbahagi menjadi dua, iaitu bibir bawah dan atas. Fungsi utama kedua-dua bibir adalah sebagai pintu penjaga rongga mulut.Bibir juga merupakan alat artikulasi yang terletak di bahagian luar rongga mulut yang boleh berfungsi menyekat perjalanan udara.Ia terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihampar dan dibundarkan.Apabila membunyikan huruf [i] misalnya keadaannya menjadi

terhampar,sebaliknya apabila membunyikan huruf [u] bibir menjadi bundar.Bibir juga berfungsi dalam membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut,Untuk mengeluarkan bunyi[m] contohnya,udara disekat di bibir.

12

Bibir juga berperanan dalam penghasilan bunyi konsonan dengan menemukan kedua-dua bibir sementara lelangit lembut dinaikkan supaya kena kepada belakang rongga tekak,udara dari paru-paru tersekat kepada bahagian bibir dan kemudian dilepaskan dengan serta merta.Jika pita suara digetarkan ,timbul bunyi letupan dua bibir bersuara [b] dan jika tidak digetarkan timbul bunyi letupan dua bibir tak bersuara [p]. Contoh: [buat] [palu] [jawab] [ lmbap] [kpala]

Selain itu, bibir juga berperanan untuk membunyikan konsonan sengauan dua bibir .Konsonan sengauan dua bibir ini dihasilkan apabila kedua-dua bibir

ditemukan,lelangit lembut diturunkan ke bawah supaya membuka ruang untuk perjalanan udara ke rongga hidung.Pita suara digetarkan dan dengan itu timbullah bunyi sengauan dua bibir [m].

Contoh: [malas] [mas] [talam]

Dalam pembentukan bunyi bahasa, bibir adalah sebagai artikulator pasif bekerjasama dengan bibir bawah sebagai artikulator aktifnya. Dapat juga bibir bawah sebagai artikulator aktif itu bekerjasama dengan gigi atas, hasilnya ialah bunyi labio-dental. Contoh-contoh bunyi yang dihasilkan oleh bibir ialah bunyi fonem [p], [b], [w], [m] dan bunyi labio dental, [f] dan [v].

ii.Palatal Lelangit keras atau palata terletak di antara gusi dan lelangit lembut. Palatal

berungsi sebagai daerah artikulasi dalam pengeluaran bunyi.

13

Langit-langit keras merupakan bahagian bertulang selepas gusi yang pada bahagian depan langit-langit itu melengkung cekung ke atas dan bahagian belakang berakhir dengan bahagian yang terasa lembut apabila diraba. Dalam pembentukan bunyi bahasa, langit-langit keras ini sebagai artikulator pasif, sedangkan artikulator aktifnya adalah hujung lidah atau tengah lidah. Bunyi yang dihasilkan oleh langit-langit keras (palatum) disebut palatal (Bloch & George L. Trager, 1942:15). Bunyi yang dihasilkan oleh hujung lidah (apex) disebut apikal dan bunyi yang dihasilkan dengan halangan tengah lidah (medium) disebut medial. Gabungan yang pertama menjadi apikopalatal sedangkan gabungan yang kedua menjadi medio-palatal.

iii. Velar Velar atau lelangit lembut berperanan menghasilkan bunyi konsonan letupan sama ada letupan tak bersuara [k] ,dan letupan bersuara [g] serta nasal [] Bagi menghasilkan bunyi ini ,udara yang keluar dari paru-paru disekat pada bahagian lelangit lembut yang dinaikkan untuk menutup rongga hidung.Sekatan itu kemudian dilepskan dengan serta merta.Pita suara digetarkan sekirannya letupan letupan lelangit lembut itu letupan bersuara dan selaput suara berada dalam keadaan rapat. Sekirannya letupan lelangit lembut itu tidak bersuara,selput suara adalah renggang dan pita suara tidak bergetar.Konsonan hadir pada awal dan tengah perkataan sahaja.Kehadiran pada kedudukan akhir perkataan,hanya dapat dibuktikan daripada perkataan perkataan pinjaman.

14

Contoh: Letupan lelangit lembut tak bersuara [ k] [kami] [kuat] [pakat] [ kipas] [politik] [klinik] [bakar] Letupan lelangit lembut bersuara [g] [gatal] [gulai] [tugal] [pail] [beg] [tagih]

iv. Glotis Pita suara terletak dalam ruang tenggorok dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Pita suara terdiri dripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Ruang di antara kedua-dua selaput itu dipanggil glotis dan keadaanya, apabila selaput itu dirapatkan akan menjadi rapat atau tertutup dan apabila kedua selaput itu direnggangkan ia menjadi luas.

Pita suara berperanan penting

dalam menentukan adakah sesuatu bunyi itu

bersuara atau tidak bersuara.Apabila selaput suara disempitkan(tetapi tidak terlalu rapat) ,sewaktu udara dari paru-paru keluar melaluinya,akan berlaku getaran.Bunyi yang dihasilkan dari keadaan ini dipanggil bunyi bersuara.Apabila selaput suara itu direnggangkan dan glotis terbuka, sewaktu udara keluar melaluinya,tidak ada getaran berlaku dan bunyi yang dihasilkan adalah bunyi tak bersuara.Apabila pita suara itu dirapatkan terus,udara aan mengalami sekatan dan jika udara itu dilepaskan secara serta merta bunyi yang dihasilkan adalah bunyi batuk, sebalikya apabila pita suara dibuka dengan luas,udara tidak mengalami sekatan malah keluar dengan bebas dan getaran tidak berlaku langsung,maka bunyi yang dihasilkan adalah bunyi bisikan. Apabila dalam sesuatu perkataan itu terdapat turutan dua

15

vokal yang sama dan sewaktu membunyikannya,berlaku hentian di kedua-dua vokal itu. Unsur bunyi ini menyererupai bunyi hentian glotis[?]. Sewaktu menghasilkannya, udara ditahan pada bahagian glotis kemudian dilepaskan dengan serta merta untuk menghasilkan bunyi yang mengikutinya. Contoh: Perkataan [Taat] [saat] [Jumaat] [keadaan] Sebutan [ta?at] [sa?at] [Juma?at] [keada?an]

Pita suara dalam keadaan terbuka

Pita suara dalam keadaan tertutup

(d) Dengan menyertakan contoh-contoh daripada bahasa Melayu baku, terangkan secara ringkas pernyataan-pernyataan yang berikut:

i. Pasangan minimal Pasangan minimal ialah pasangan terkecil perkataan, iaitu pasangan perkataan yang hampir sama dari segi sebutan dan juga cara menghasilkan bunyi perkataan tersebut tetapi masih terdapat perbezaan kecil pada bunyi (fonem) tertentu yang membezakan makna antara perkataan tersebut. Contoh-contoh pasangan minimal 16

adalah seperti yang berikut:

paku dengan baku laku dengan lagu baca dengan baja

sama dengan sana bawang dengan bayang garu dengan guru

ii. Alofon Alofon ialah anggota-anggota kepada satu fonem. Alofon juga merupakan kelainan bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong ke dalam satu fonem. Kelainan bunyi yang tergolong ke dalam satu fonem ini berlaku akibat terpengaruh oleh bunyi tertentu sama ada yang terdahulu atau terkemudian daripadanya. Misalnya, bunyi fonem / k / dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa kelainan bunyi (alofon) kerana terpengaruh oleh bunyi di sekitarnya, misalnya alofon k, kw Bunyi alofon k terjadi akibat kehadirannya dalam perkataan kiri (atau k yang diikuti oleh vokal depan i).Bunyi kw terjadi kerana kehadirannya dalam perkataan kuda (iaitu k yang diikuti oleh vokal belakang u). Bunyi terjadi kerana kehadirannya diakhiri kata dalam suku kata tertutup seperti dalam perkataan kaka. Dalam hal ini, alofon k,kw dan adalah alofon-alofon daripada keluarga bunyi yang sama, iaitu fonem / k /. Ketiga-tiga bunyi k, kw, itu adalah bunyi yang mempunyai kesamaan fonetis. Maksudnya bunyi-bunyi alofon tersebut hampir-hampir sama dari segi cara pengucapannya dan juga cara penghasilannya. Ketiga-tiga bunyi itu adalah saling melengkapi. Dengan saling melengkapi dimaksudkan masing-masing bunyi tersebut menduduki posisi tertentu (tempat masing-masing) dalam bahasa Melayu. Alofon juga boleh terjadi daripada bunyi yang bervariasi bebas. Dengan bervariasi bebas dimaksudkan walaupun bunyi-bunyi itu berbeza dalam perkataan 17

tertentu, misalnya faham dengan paham, tetapi perbezaan bunyi tidak membawa makna yang berbeza (maknanya sama). Dalam bahasa Melayu terdapat pula beberapa perkataan yang hampir sama dari segi sebutan, tetapi maknanya sama (tidak berbeza), misalnya perkataan agama, ugama dan igama. Walaupun perkataan agama, ugama dan igama itu dari segi makna tidak berbeza, tetapi vokal a, u dan i adalah asalnya fonem yang berbeza kerana terdapat pasangan minimal masing-masing yang membezakan makna, iaitu baru, buru, biru. Oleh sebab itu, vokal a, u dan i adalah distingtif (membezakan makna), maka bunyi a, u dan i adalah bertaraf fonem. Apabila bunyi a, u dan i itu sudah pernah bertaraf fonem, maka bunyi a, u dan i adalah bertaraf alternasi bebas.

iii.Asimilasi Dalam ilmu bahasa asimilasi bererti proses dua bunyi yang tidak sama disamakan atau dijadikan hampir bersamaan. Asimilasi dapat dibagi berdasarkan beberapa segi, yaitu berdasarkan tempat dari fonem yang diasimilasikan, dan berdasarkan sifat asimilasi itu sendiri. Perubahan yang penting dalam bahasa adalah sebagai berikut: a. Asimilasi berdasarkan tempat dari fonem 1) Asimilasi progresif yaitu bunyi yang diasimilasikan terletak sesudah bunyi yang mengasimilasikannya. 2) Asimilasi regresif yaitu bunyi yang diasimilasikan mendahului bunyi yang mengasimilasikannya. Contoh: in + moral menjadi inmoral immoral ad + simulation menjadi assimilasi asimilasi

18

b. Asimilasi berdasarkan sifat asimilasi itu sendiri 1) Asimilasi total iaitu dua fonem yang disamakandijadikan serupa betul. Contoh: ad + salam menjadi assalam asalam 2) Asimilasi parsial yaitu dua fonem yang disamakan hanya disamakan sebahagian saja. Contoh: in + port menjadi import impor

iv. Penasalan vokal

Penyengauan atau nasalisasi merupakan artikulasi tambahan yang berlaku pengaruh daripada proses penyebutan bunyi perkataan yang mengandungi konsonan sengau yang diikuti oleh vokal. Semasa menyebutkan bunyi sengau, misalnya, [m, n, , ] seperti dalam perkataan malam, nasi, nyamuk, nganga, pengaruh bunyi sengau [m, n, , ] merebak kepada bunyi vokal kerana rongga hidung tidak sempat ditutup sepenuhnya semasa menyebut bunyi vokal dalam perkataan tersebut.Lelangit lembut dan anak tekak tidak dinaikkan cukup tinggi untuk menutup rongga hidung.oleh itu udara keluar dari kedua-dua rongga iaitu rongga hidung dan mulut.Kehadirannya dipengaruhi oleh bunyi konsonan di hadapan atau di belakang vokal itu dan ia boleh terjadi kepada semua bunyi vokal. Lambang penyengauan atau nasalisasi ditanda dengan lambang [ ] seperti dalam perkataan yang berikut: [mkan] [nka] [i] [mnto]

Umumnya penasalan vokal ini hadir dalam keadaan seperti berikut: 1.Sebelumnya terdapat konsonan sengauan seperti dalam contoh seperti berikut: [ mnm ] [ mm ]

19

2. Kedua-dua vokal dalam susunan perkataan KVKV atau KVVK. Konsonan yang pertama adalah konsonan sengauan dan konsonan keduanya sama ada separuh vokal atau geseran glotis [ h ].Contoh: [ w ] [ mwh ] [ mh ]

3.Kedua-dua vokal yang menuruti konsonan sengauan dalam KVVK. Contoh: [ ml ] [ mt] [ nt ]

4.Kedua-dua vokal yang mengikuti konsonan sengauan dalam susunan KVKVV. Contoh: [ dun ] [ sm ]

5. Vokal dan perkataan yang berasal daripada bahasa arab yang menuruti geseran rongga tekak [] adalah disengaukan. Contoh: [ sat ] [ jumt ] [ lm ]

v) Penyisipan konsonan Menurut Kamus Dewan penyisipan bermaksud perihal membubuh sisipan pada kata pokok.Penyisipan bermaksud satu proses fonologi yang memasukkan atau menyelitkan segment tertentu ke dalam bentuk kata dasar.Penyisipan juga sering disebut sebagai epentesis. Proses ini bertujuan untuk menghapuskan kehadiran segmen yang berangkap. Satu alternatif untuk menghapuskan rangkap vokal ialah menyelitkan bunyi konsonan di antara dua urutan vokal berkenaan. Penyisipan konsonan berlaku untuk memisahkan rangkap vokal. Ada tiga bentuk sisipan kata nama iaitu,-el,-er,dan em.dan perbezaan bentuk-bentuk itu adalah berdasarkan faktor morfologi ,iaitu kelainan bentuk itu bergabung dengan kata dasar yang

20

berlainan .Sisipan el dapat bergabung dengan kata nama,kata kerja dan kata adjektif untuk menerbitkan kata nama dengan maksud sesuatu ciri yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya: tapak kangkang kembung tunjuk - telapak kelakang kelembung telunjuk

Sisipan er pula dapat bergabung dengan beberapa perkataan untuk menerbitkan kata yang membawa maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya: kuping gigi suling - keruping - gerigi - seruling

Sisipan em dapat bergabung dengan beberapa perkataan untuk menerbitkan kata yang membawa maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar.Contohnya: kuning kuncup gerlap kemuning kemuncup gemerlap

21

Bibliografi

Rahimah Hj.Sabran & Rahim Syam,Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan,Penerbit Fajar Bakti Sdn,Bhd,Petaling Jaya,1986. Nik Safiah Karim,Farid M.Onn,Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur ,2011. Raminah Hj.Sabran,Kecekapan Berkomunikasi Dalam Bahasa MalaysiaPenerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd, Petaling Jaya,1991. Arbak Othman,Tatabahasa Bahasa Malaysia,Sarjana Enterprise,Kuala Lumpur.1981. Rujukan : dh email mlm td..

22

Anda mungkin juga menyukai