Anda di halaman 1dari 5

FONEM VOKAL BAHASA MELAYU

Fonem vokal didefinisikan sebagai bunyi yang bersuara dimana ketika menghasilkan bunyi tersebut , pita suara akan digetarkan. Oleh sebab itu , pita suara merupakan elemen terpenting dalam menghasilkan bunyi vokal ataupun bunyi yang bersuara. Bunyi vokal juga merupakan bunyi yang dihasilkan tanpa melibatkan sekatan pengaliran udara iaitu semasa menghasilkan bunyi vokal tersebut , udara yang terdapat pada paru-paru keluar melalui rongga tekak dan terus ke rongga mulut tanpa gangguan, sempitan atau sekatan yang boleh menyebabkan geseran terhadap bunyibunyi tersebut. Kenyataan ini dapat diperkukuhkan lagi dengan melihat pendapat-pendapat yang berkaitan dengan kajian bunyi vokal tersebut. Antaranya ialah pendapat dari Rahimah Hj. Sabrah, Rahim Syam dan Abdul Hamid Mahmood. Menurut Raminah Hj. Sabrah dan Rahim Syam (1998) pula, vokal adalah bunyi-bunyi bersuara tatkala menghasilkannya, udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang sekatan atau gangguan. Manakala menurut Abdul Hamid Mahmood (1996), vokal ialah bunyi bersuara yang tatkala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal mempunyai ciriciri kelantangan dan kepanjangan ataupun maksudnya, bunyi-bunyi vokal dapat didengar dengan jelas dan lebih nyata atau lebih panjang dari bunyi konsonan. Selain itu, Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) juga menerangkan bahawa vokal adalah huruf hidup atau huruf saksi.

Bunyi vokal ataupun bunyi yang bersuara ini dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu vokal depan, vokal tengah, dan vokal belakang. Kedudukan vokal tersebut adalah seperti yang tertera pada gambar rajah di bawah.

Gambar rajah di atas menunjukkan kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu.

Klasifikasi bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa organ-organ pertuturan manusia atau alat-alat artikulasi . Selain pita suara , alat artikulasi lain yang berperanan dalam menghasilkan bunyi vokal adalah seperti bibir, lidah dan lelangit lembut.

Bentuk bibir dan saiz rongga mulut berperanan untuk menentukan sama ada bunyi vokal yang dilafazkan itu dalam keadaan terbuka, tertutup, separuh terbuka, separuh sempit ataupun luas. Apabila bentuk bibir dalam keadaan hampar, maka bunyi vokal depan akan terhasil manakala bunyi vokal belakang akan terhasil apabila bibir dibundarkan. Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996), keadaan bibir boleh berbentuk hampar, separuh hampar, bundar dan separuh bundar. Beliau juga menyatakan bahawa bentuk bibir separuh bundar akan menghasilkan vokal hampar, separuh hampar, atau bundar dan separuh bundar. Menurut beliau lagi, keadaan bentuk bibir sewaktu menghasilkan jenis-jenis vokal adalah seperti berikut:

Gambar rajah di atas adalah keadaan kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyibunyi vokal. Lidah juga merupakan salah satu alat artikulasi yang mempunyai peranan penting dalam penghasilan dan mengkategorikan bunyi-bunyi vokal. Lidah adalah alat artikulasi yang boleh diturunkan dan dinaikkan. Keupayaan lidah yang sedemikian memberikan kesan kepada penghasilan bunyi-bunyi vokal. Apabila lidah diturunkan

serendah-rendah yang mungkin sehingga menyentuh gigi bawah, maka vokal rendah akan terhasil. Sebagai contoh, vokal [a] dalam perkataan [ayam] adalah vokal rendah. Manakala apabila lidah dinaikkan setinggi yang mungkin kearah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras, vokal tinggi akan terhasil seperti vokal [i] dan [u] dalam perkataan [ibu] dan [datuk].

Gambar rajah di atas menunjukkan kedudukan lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal. Berdasarkan gambar rajah tersebut , dapatlah dinyatakan bahawa penglibatan lidah dalam penghsilan bunyi vokal amatlah penting. Lelangit lembut juga membantu dalam menghasilkan bunyi vokal. Untuk menghasilkan bunyi vokal, lelangit lembut akan dinaikkan untuk menghalang udara daripada mengalir masuk ke rongga hidung.

Anda mungkin juga menyukai