Anda di halaman 1dari 17

1.0 PENGENALAN Fenomena yang penting dalam hidup kita adalah bahasa.

Kebanyakan kita hanya menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu kebolehan asasi manusia tanpa mempersoalkan sama ada ia merupakan kebolehan semula jadi manusia ataupun yang dipelajari. Sebenarnya kebolehan bertutur itu adalah satu keanehan.Berbeza dengan kebolehan berjalan, manusia bertutur dipengaruhi oleh masyarakat yang berada disekelilingnya. Sekiranya masyarakat itu dihapuskan, kanak-kanak itu akan terus berjalan tetapi tidak bertutur. Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan,seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya.Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka, kasih sayang,marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini penggunaan nada suara itu penting seperti intonasi, tekanan dan jeda.Pada aspek keindahan pula, seseorang itu menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi, pantun dan sebagainya dalam bahasa yang puitis.Bagi menyampaikan ilmu, bahasa memerlukan alat yang berkuasa merakamnya.Sesungguhnya ilmu yang kita miliki dan peroleh itu adalah melalui perantaraan bahasa

1.1 Definisi Fonetik Dan Fonologi 1.1.1 Fonologi Menurut Abdullah Hassan ( 1993) fonologi adalah suatu bidang bahasa dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya yang dikeluarkan oleh organ-organ ujaran manusia. Fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Fonologi adalah sebahagian daripada linguistik deskriptif yang mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Parker( 1974:112 ) menjelaskan bahawa ilmu fonologi ialah suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa iaitu yang berkaitan rumus-rumus atau peraturan yang menentukan sebutan. Menurut Kamus Dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam Websters College Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages. 1.1.2 Fonetik Menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Menurut Inderawati Zahid dan Mardian Shah OOmar (2006) dalam buku berjudul Fonetik dan Fonologi menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Raminah Haji Sabran (1984) dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa UntukPelatih Maktab Perguruan menyatakan bahawa fonetik ialah kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia

sejagat..Manakala mengikut pendapat Dr.Lufti Abas (1985) fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yangdiucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa,maupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap buny

1.2 Definisi Bunyi-Bunyi Bahasa Bunyi bahasa ialah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak. Udara yang bergerak keluar dari paru-paru melalui tengkorak, pita suara, rongga tekak dan mulut atau hidungatau kedua-duanya.Udara yang keluar ituakan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi. Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasadi seluruh dunia dan merupakan bunyi yang berfungsi dalam pertuturan secara lisan. Proses pertuturan akan mengeluarkan bunyi-bunyi yang bermakna.Sebagai contoh, apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara yang dituturkan. Bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi. Alat-alat artikulasi adalah sebagaimana rajah di bawah: Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam Bahasa Melayu iaitu vokal, konsonan dan diftong.Golongan pertama ialah Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam Bahasa Melayu iaitu vokal, konsonan dan diftong.Golongan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut.Bunyi tersebut dikenali sebagai bunyi vokal.Vokal ialah bunyi yang dihasilkan apabila udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa tersekat atau terhimpit.Bunyi tersebut hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Manakala, golongan kedua ialah bunyi konsonan. Bunyi konsonan dihasilkan apabila terdapat gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung.6 Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran vokal yang dikenali sebagai

diftong.Bunyi diftong terhasil bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yang lain. Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan meluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i]. 2.0 BUNYI VOKAL Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, dan apabila membunyikannya udara dari pbunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam2.0 BUNYI VOKAL Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, dan apabila membunyikannya udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan gangguan.Bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Daniel Jones (1930) dalam bukunya Outline of English Phonetic mengatakan : Vokal adalah bunyi bersuara yang terhasilkan apabila udara dari paru-paru keluar berterusan tanpa mengalami sebarang gangguan,sekatan atau himpitan yang boleh menimbulkan bunyi-bunyi geseran. Berdasarkan pentakrifan tersebut dapatlah dirumuskan bahawa vokal merupakan bunyi-bunyi bahasa yang keluar daripada paru-paru melalui pita suara yang digetarkan.Penggetaran pita suara itu tidak menghalang arus udara yang keluar melalui rongga mulut. Bunyi bersuara yang dihasilkan adalah lantang dan lebih jelas daripada bunyi konsonan. Bunyi-bunyi vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu : i) Vokal hadapan ii) Vokal tengah iii) Vokal belakang Yunus Maris (1964) berpendapat, terdapat lapan buah vokal dalam Bahasa Melayu iaitu, empat vokal depan, iaitu: [ i ], [ e ], [ dan [ atu vokal tengah, iaitu [ ]. u ], [ o ],

Dari segi tulisan dan penyebutan standard,vokal ba

Jenis vokal Lambang Nama Vokal Vokal Hadapan [i] [e] [ [a] Vokal hadapan sempit Vokal hadapan separuh sempit Vokal hadapan separuh luas Vokal hadapan luas Vokal Tengah [] [3] Vokal tengah pendek Vokal tengah panjang Vokal Belakang [] [o] [ Vokal belakang sempit Vokal belakang separuh sempit Vokal belakang separuh luas

Jenis-jenis Vokal Bahasa Melayu Kriteria yang menentukan jenis-jenis vokal yang terhasil itu ialah l

Jenis vokal Lambang Nama Vokal Vokal Hadapan [i] [e] [ [a] Vokal hadapan sempit Vokal hadapan separuh sempit Vokal hadapan separuh luas Vokal hadapan luas Vokal Tengah [] [3] Vokal tengah pendek Vokal tengah panjang Vokal Belakang [] [o] [

Vokal belakang sempit Vokal belakang separuh sempit Vokal belakang separuh luasKriteria yang menentukan jenis-jenis vokal yang terhasil itu ialah lidah, sama ada bahagian depan lidah, tengah lidah atau belakang lidah seperti dalam jadual di bawah: Bahagian lidah yang terlibat Bunyi vokal yang terhasil Depan lidah Vokal depan Tengah lidah Vokal tengah Belakang lidah Vokal belakang

6.0 FONEM SUPRASEGMENTAL Fonem suprasegmental atau fonem suprapenggalan ialah ciri atau sifat bunyi yang menindih atau menumpangi sesuatu fonem. Ianya bermaksud ciri suprasegmental hadir bersama-sama fonem penggalan dengan cara menumpangi bunyi segmental. Terdapat lima jenis ciri-ciri suprasegmental iaitu : a) Tekanan b) Nada c) Jeda d) Intonasi e) Panjang-pendek

6.1 Tekanan Tekanan ialah ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata.Tekanan biasanya berlaku pada suku kata dalam perkataan. Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah / /. Dalam bahasa Melayu tekanan berlaku pada vokal.Bunyi vokal dalam bahasa Melayu disebut dengan lantang dan boleh dipanjangkan.Biasanya tekanan dalam perkataan bahasa Melayu berlaku pada suku kata yang kedua. Contohnya dalam perkataan ki ta , ba pa , sa tu dan sebagainya. Dalam bahasa asing seperti bahasa Inggeris,tekanan boleh membezakan makna. Contohnya perkataan pro gres bermaksud memajukan ( kata kerja ) ,manakala pro gres bermaksud kemajuan ( kata nama ).

6.2 Nada Nada merupakan naik atau turunnya suara dalam pengucapan perkataan. Banyak bahasa yang dituturkan dengan menggunakan nada, dan nada ini membezakan makna seperti bahasa Mandarin, bahasa Thai bahasa ,Vietnam dan lain-lain lagi.Terdapat tanda atau lambang yang digunakan untuk membezakan tinggi rendahnya bunyi satu-satu perkataan itu. Nada ditandai oleh nombor-nombor 1 hingga 4 untuk menunjukkan perbezaan nada seperti berik

Nada Lambang Nada rendah 1 Nada biasa 2 Nada tinggi 3 Nada sangat tinggi 4

6.3 Jeda Jeda yang juga disebut persendian ialah ciri atau unsur hentian( senyap ) dalam ujaran sebagai tanda memisahkan unsur linguistik, iaitu perkataan, ayat atau rangkai kata. Lambang yang digunakan untuk jeda ialah # . Dalam bahasa Inggeris unsur jeda ini boleh membezakan makna. Contohnya ujaran I scream . saya menjerit dan ice cream eskrim dengan tanda jeda seperti yang berikut : I scream # ai + skri : m # saya menjerit Ice cream # ais + kri : m # eskrim Sebenarnya jeda atau persendian merupakan unsur pembeza dalam bahasa.Jeda juga digunakan untuk membezakan makna ayat. Contohnya ayat Saya makan pisang datuk boleh dibezakan maknanya dengan memakai jeda seperti berikut :

# Saya makan pisang datuk # ( maksudnya saya makan pisang kepunyaan datuk ) # Saya makan pisang # datuk. ( Saya memberitahu datuk bahawa saya makan pisang )

6.4 Intonasi Intonasi ialah turun naik nada suara dalam pengucapan ayat atau frasa.Intonasi juga disebut lagu bahasa.Terdapat pelbagai intonasi atau laguyang tedapat pada ayat dalam bahasa Melayu. Contohnya , ayat berita mempunyai intonasi yang menurun pada akhir ayat. Manakala bagi ayat tanya pula mempunyai intonasi yang tinggi pada akhir ayat.Apabila Kita mengujarkan dialog kita akan menggunakan ayat-ayat yang diucapkan secara bersambung-sambung. Ayat-ayat yang dituturkan itu menggunakan intonasi atau lagu yang berbeza-beza.Semua jenis ciri suprasegmental atau suprapenggalan, iaitu tekanan, kepanjangan, jeda dan nada secara kombinasi turut membentuk intonasi ayat dan digunakan dalam pertuturan.

6.5 Panjang-pendek Panjang-pendek atau disebut kepanjangan bunyi merupakan ciri khusus yang terdapat pada perkataan dalam bahasa-bahasa tertentu. Ciri kepanjangan atau panjang-pendek ini boleh membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu seperti bahasa Inggeris, dan bahasa Arab tetapi tidak membezakan makna dalam bahasa Melayu. Lambang bagi ciri panjang-pendek ini ialah [ . ]yang dinamakan mora. Jika tanda mora ini satu titik [ . ] kepanjangan bunyinya setengah mora, dua titik [ : ] kepanjangan bunyinya satu mora, dan jika empat titik [ :: ] kepanjangannya ialah dua mora. Dalam bahasa Inggeris perbezaan makna ini terjadi jika ciri panjang -pendek ini digunakan. Contohnya perkataan sit bermakna duduk , dan si : t bermakna tempat duduk .

7.0 KEPENTINGAN FONEM SUPRASEGMENTAL Dalam pengajaran kemahiran lisan bahasa Melayu, fonem suprasegmental memainkan peranan yang amat penting. Antara kepentingan fonem suprasegmental dalam pengajaran kemahiran lisan adalah seperti berikut : 7.1 Tatabahasa Melalui pengajaran tatabahasa fonem suprasegmental amat penting terutamanya untuk membezakan maksud ayat. Contohnya seperti ayat di bawah : a) # Emak makan nasi adik # b) # Emak makan nasi # adik Melalui kedua-dua ayat yang diberikan di atas,walaupun ayatnya adalah sama tetapi dengan penggunaan lambang jeda ( # )menjadikan ayat tersebut mempunyai maksud yang berbeza. Ayat pertama # Emak makan nasi adik # bermaksud emak makan nasi kepunyaan adik iaitu ayat penyata. Manakala bagi ayat kedua pula iaitu # Emak makan nasi # adik bermaksud memberitahu adik bahawa emak sedang makan nasi iaitu kata kerja. 7.2 Kelancaran Kelancaran bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas. Seseorang murid itu tidak akan menghadapi sebarang masalah atau gangguan semasa percakapan itu berlangsung. Murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan menuturkan idea, pendapat, dan pandangan itu dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur.

7.3 Kefasihan Kefasihan bererti boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas, teratur, dan lancar tetapi boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan yang dituturkan itu secara tepat dan jelas. Pada peringkat rendah lagi murid-murid telah diajar mengenal bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata, dan ayat. Mereka kemudian dilatih menyebut aspek-aspek tersebut.Semua ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepautnya.Mereka harus boleh menyebut dengan betul mengikut bunyi, ejaan, dan makna.

7.4 Laras Bahasa Bagi laras bahasa pula fonem suprasegmental amat penting untuk membezakan jenis-jenis laras bahasa yang digunakan. Ciri fonem suprasegmental iaitu intonasi boleh digunakan untuk mengajar laras bahasa yang berbeza. Contohnya untuk mengajar pantun, puisi, dan sajak.Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka, kasih sayang,marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini penggunaan nada suara itu penting seperti intonasi, tekanan dan jeda.Pada aspek keindahan pula, seseorang itu menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi, pantun dansebagainya dalam bahasa yang puitis. 8.0 PENUTUP Kajian fonetik dan fonologi adalah melibatkan organ pertuturan ataupun alat artikulasi manusia secara langsung. Terdapat banyak alat artikulasi manusia yang berfungsi untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dan setiap satunya mempunyai fungsi dan kedudukan yang berbeza. Namun begitu, terdapat juga unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam penghasilan bunyi bahasa.

Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam penghasilan bunyi bahasa. Antara bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia ialah bunyi vokal dan bunyi konsonan.Semua bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, manaakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara.

RUJUKAN Abdullah Bin Hassan (1982). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia: Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana. Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar.( 2006 ).Fonetik dan Fonologi . KualaLumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim (1981). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood. ( 2000 ). Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu, Affluent Master Sdn. Bhd. Kuala Lumpur Siti Hajar Abdul Aziz. 2008. Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1,Oxford Fajar Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Nik Safiah Karim (1981). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm http://www.scribd.com/doc/42449112/No

Suprasegmental Bahasa Melayu


Tekanan Merupakan ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata. Biasanya berlaku pada suku kata dalam perkataan. Dalam bahasa Melayu tekanan berlaku dalam vokal. Bunyi vokal selalunya disebut dengan lantang dan boleh dipanjangkan. Lazimnya ia berlaku dalam suku kata yang kedua seperti ki ta, ba pa, sa tu dan seumpamanya. Bagi bahasa Inggeris tekanan boleh membezakan makna. Contohnya, Prog res bermaksud kemajuan (kata nama)Pro gres bermaksud memajukan (kata kerja) Dengan perkataan conduct insult dan semuanya boleh membawa maksud yang berbeza dalam bahasa Inggeris apabila dipakai tekanan pada suku kata yang berbeza. Kepanjangan Ia juga disebut sebagia pendek bunyi merupakan ciri khusus yang terdapat pada perkataan dalam bahasa-bahasa tertentu. Ciri kepanjangan dan panjang pendek ini juga boleh membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu seperti bahasa Arab, Inggeris, tetapi tidak membezakan makna bagi bahasa Melayu. Ia di tanda dengan tanda titik dipanggil mora. Jika tanda mora itu satu titik . kepanjangan bunyinya setengah mora ; dua titik kepanjangan satu mora, dan jika empat titik :: kepanjangan ialah dua mora. Dalam bahasa Inggeris perbezaan makna terjadi

apabila kepanjangan ini digunakan. Contoh, sit bermaksud duduk, dan si:t bermakna tempat duduk. Jeda Disebut persendian ialah ciri atau unsur hentian (senyap) dalam ujaran sebagai tanda pemisah unsur linguistik, iaitu perkataan, ayat dan rangkai kata. Jeda atau persendian ini ditanda dengan + . Bagi bahasa Inggeris unsur ini membezakan makna. Contoh, I scream saya menjerit dan ice cream aiskrim bunyinya sama sukar dibezakan tetapi maknanya lain. Dalam bahasa Melayu, Terdapat rangkai kata yang boleh mengelirukan jika tidak memakai jeda, misalnya ujaran belikantin (belikan tin). Bagi membezakan makna itu perlu tanda dengan jeda seperti berikut: Belikan + tin membelikan tin = tin yang dibeli Beli + kantin membeli kantin = kantin yang dibeli Jeda atua persendian merupakan perbezaan dalam bahasa. Jeda juga digunakan untuk membezakan makna ayat. Contoh : Saya membaca buku kakak boleh dibezakan seperti berikut, # Saya membaca buku kakak# (maksudnya saya membaca buku kepunyaan kakak) # Saya membaca buku# kakak (saya memberitahu kakak bahawa saya membaca buku) Tona Merupakan naik turun suara dalam pengucapan. Banyak bahasa mempunyai tona dan ia mengubah makna. Terdapat dua jenis tanda yang berbeza digunakan untuk membezakan tinggi rendah sesuatu perkataan. Pertama menggunakan tona mendatar, seperti ibu. Kedua tona meninggi, contoh guni. Ketiga tona turun-naik, contoh kuda dan akhir sekali tona menurun, contohnya marah. Yang kedua memakia tanda nombor 1 hingga 4 untuk menunjukkan perbezaan tona, Tona tinggi (keras) menggunakan satu, tona sederhana tinggi (keras) menggunakan dua, tona rendah (lemah) menggunakan tiga dan tona sangat rendah (sangat lemah) menggunakan empat. Intonasi
Turun naik nada suara dalam pengucapan ayat atau prasa. Intonasi juga disebut lagu bahasa. Bahasa Melayu terdapat pelbagai intonasi atau lagu yang terdapat dalam ayat. Contohnya ayat berita yang menurun pada akhir ayat, ayat tanyapula meninggi apaila di akhir ayat. Semua jenis ciri suprasegmental, iaitu tekanan, kepanjangan, jeda, tona secara kombinasi turut membentuk intonasi dalam ayat dan digunakan dalam pertut
Posted by Mazlan Samat at 08:19

Terdapat beberapa kepentingan ciri-ciri suprasegmental ini dalam pengajaran kemahiran lisan di sekolah. Antaranya ialah : 1. Murid-murid dapat membezakan bunyi sesuatu suku kata mengikut tekanan yang betul. Ini membolehkan murid-murid memahami arahan yang diberikan oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

2. Intonasi dalam pengucapan sesuatu suku kata atau perkataan juga dapat dibezakan melalui lambang yang digunakan dalam unsur suprasegmental yang kedua iaitu nada. Nada dalam pengajaran lisan dapat membezakan jenis ayat contohnya antara ayat tanya dan ayat penyata. 3. Unsur jeda pula boleh membantu guru dan murid membezakan makna, sama ada makna untuk sesuatu perkataan, ayat atau rangkai kata. Unsur jeda juga boleh membantu guru-guru untuk menyampaikan maklumat atau isi pelajaran dengan lebih berkesan. 4. Dapat membezakan kadar panjang-pekata atau bunyi .ndek cara pengucapan sesuatu RUJUKAN Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana. Dr Ali Mahmood et all. (2012). HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan : Meteor Doc. Sdn Bhd. Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin. (2004). Bahasa Melayu STPM Kertas 1&2. Selangor Darul Ehsan : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm (diakses pada 28..6.2012)

Anda mungkin juga menyukai