Anda di halaman 1dari 8

Penghargaan

Alhamdulillah, pertama-tamanya dan selamanya saya ingin melahirkan rasa syukur ke


hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyempurnakan tugasan
kerja kursus Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu (BMMB 3013). Ucapan terima kasih juga
saya ingin tujukan khas kepada pensyarah saya iaitu Dr. Azman Bin Rahmad atas segala
bantuan dan bimbingan dalam membantu saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini.

Selain itu, tidak lupa juga ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada kedua ibu
bapa saya iaitu Fazidah Binti Mahamud dan Mohd Arshad Bin Ardi. Saya juga sangat
berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan
sepanjang pelaksanaan tugasan kerja kursus ini. Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Tanpa mereka saya tidak
dapat menghasilkan tugasan dengan sempurna yang sememangnya memerlukan serba
sedikit bantuan daripada individu yang lain.

Saya berharap dengan terhasilnya kerja kursus ini akan dapat memberi manfaat kepada
diri saya sendiri dan orang lain.

1
1.0 Pengenalan

Fonetik dan fonologi masing-masing mempunyai maksudnya yang tersendiri. Fonetik


merupakan suatu kajian bunyi manakala fonologi pula merupakan suatu cabang linguistik
yang menghuraikan bunyi-bunyi bahasa. Jika menurut Crystal (1980:268) pula, Fonologi
adalah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa yang bermakna bagi digunakan
secara sistematik untuk membentuk kata atau ujaran. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa
ilmu fonetik dan fonologi ini saling berkaitan dalam bidang bunyi-bunyi bahasa. Fonetik ialah
kajian bunyi atau kajian bagaimana kita menggunakan organ pertuturan apabila menghasilkan
bunyi-bunyi bahasa dan fonologi pula merupakan cabang linguistik yang menghuraikan bunyi-
bunyi bahasa yang distrukturkan (Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar, 2012). Dengan kata
lain iaitu memfokuskan pada fungsi, perlakuan dan pengorganisasian bunyi dalam bahasa.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), ilmu fonetik juga merupakan ilmu
bahasa atau linguistik yang berkait rapat dengan penyebutan lambang dan kata yang
menzahirkan sebutannya manakala fonologi merupakan kajian mengenai bunyi sebutan
dalam sesuatu bahasa. Menurut Dr. Fraidah Nazir dan Dr. Hajah Maridah Haji Alias (2015),
bidang mengenai bunyi-bunyi bahasa dalam bahasa Melayu ini boleh dibahagikan kepada
dua bahagian yang penting iaitu fonetik dan fonologi. Selain itu, asal usul perkataan fonetik
ada dinyatakan oleh Siti Hajar Abdul Aziz (2011) berasal daripada bahasa Greek yang disebut
sebagai ‘phone’ yang bermaksud bunyi suara.

2.0 Konsep Fonem dan Jenis-jenis Fonem

Fonem merupakan bunyi bahasa yang memberikan perbezaan makna. Sebagai contoh
perkataan baru dan balu. Kedua-dua perkataan tersebut mempunyai bunyi yang hampir sama
tetapi yang membezakannya ialah fonem /r/ dan /l/. Hal ini menunjukkan bahawa /l/ dan /r/
adalah fonem. Fonem juga merupakan suatu unit bahasa yang terkecil, bermakna, terdiri
daripada beberapa unit bunyi dan mempunyai fungsinya yang tertentu. Contohnya perkataan
malu terdiri daripada 4 unit fonem iaitu /m/, /a/, /l/ dan /u/.

2.1 Fonem Vokal

Menurut Abdullah Hassan (2005), beliau telah menyenaraikan sebanyak 6 fonem vokal
standard Bahasa Melayu iaitu /i/, /e/, /a/, /ə/, /u/, /o/. Fonem vokal ini juga boleh hadir pada
awal suku kata terbuka dan tertutup. Pada suku akhir kata terbuka pula, hanya fonem /I/, /u/,
dan /ə/ sahaja yang boleh hadir. Manakala fonem /e/, /a/ dan /o/ hanya boleh hadir pada akhir

2
suku kata tertutup. Bagi vokal /e/ dan /o/ tidak boleh hadir pada suku akhir kata terbuka kecuali
bagi perktaan yang mengalami pengguguran /r/. Contohnya:

i) tabur - tabo
ii) pasir – pase
2.2 Fonem Konsonan

Fonem konsonan terdiri daripada selain fonem vokal. Fonem konsonan terhasil apabila
terdapat gangguan daripada alat artikulasi terhadap udara dari paru-paru. Fonem konsonon
juga dapat dikategorikan kepada dua iaitu:

a) Konsonan Bersuara
Konsonan bersuara terhasil apabila tekanan udara yang berlaku dari paru-paru
dan menggetarkan pita suara.
b) Konsonan Tidak Bersuara
Konsonan tidak bersuara terhasil apabila udara dari paru-paru tidak menggetarkan
pita suara.

Selain itu, dalam bahasa Melayu, konsonan terbahagi kepada dua iaitu:

a) Konsonan asli
Konsonan asli ialah konsonan yang diguanakan tanpa sebarang perlakuan atau
adaptasi oleh penutur aslinya.
b) Konsonan pinjaman
Konsonan pinjaman pula ialah konsonan yang digunakan dengan sebarang perlakuan
oleh penuturnya.

Penghasilan bunyi konsonan tersebut melibatkan alat artikulasi seperti dua bibir lelangit
keras, lelangit lembut, gusi, glotis, rongga hidung dan pita suara.

3.0 Konsep Fonem Suprasegmental

Fonem suprasegmental ialah sifat bunyi yang menindih suatu segmen bunyi vokal atau
konsonan. Suatu segmen yang dicantumkan, kemudian mempunyai makna, maka akan
terhasilnya suatu kata yang lengkap. Kata tersebutlah yang menjadi unsur-unsur yang
disebutkan sebagai suprasegmental. Antara unsur-unsur suprasegmental ialah tekanan,
nada, jeda dan panjang pendek supaya makna suatu perkataan itu menjadi lebih jelas dan
mempunyai makna.

3
3.1 Prosodi dan Unsur-unsur Fonem Suprasegmantal

Prosodi dalam linguistik dapat didefinisikan sebagai menjelaskan sesuatu perkara yang
berkaitan dengan bentuk bunyi yang boleh didengar. Prosodi juga tidak dapat dijelaskan
melalui tulisan simbol. Selain itu, prosodi ini berfokus kepada ujaran ata sesuatu yang
berkaitan dengan intonasi dan rima. Berdasarkan pandangan Trask (1996), beliau
mengatakan bahawa prosodi itu ialah unsur fonologi yang sangat luas daripada sebuah
segmen bunyi bahasa dan hanya dapat dihuraikan dengan merujuk kepada ujaran yang
sama.

Suprasegmental bererti jalinan atau susunan bunyi yang dapat membezakan makna
antara satu kata dengan satu kata yang lain. Unsur-unsur suprasegmental boleh
mengakibatkan perubahan dari sudut makna itu berlaku. Antara unsur-unsurnya ialah:

3.1.1 Tekanan dan Kelantangan Suara


3.1.2 Nada dan Intonasi
3.1.3 Jeda
3.1.4 Panjang dan Pendek
3.1.5 Tempo
3.1.6 Rima

Supramental ini adalah suatu sifat bunyi yang menindih sesuatu fonem. Pertuturan
manusia kebanyakannya akan berpandukan kepada unsur-unsur suprasegmental untuk
menyerlahkan emosi. Setiap unsur-unsur suprasegmental mempunyai fungsi dan peranannya
tersendiri.

3.1.1 Tekanan dan Kelantangan Suara

Tekanan dan kelantangan suara ialah bunyi kata yang diucapkan lebih lantang daripada yang
lain atau suatu pengucapan kata yang dikuatkan. Tekanan dan kelantangan suara ini
berfungsi untuk menyampaikan sesuatu maksud atau makna seperti rasa marah, hairan atau
desakan kepada pendengar. Selain itu, tekanan juga merupakan suatu cara menyebut
perkataan, frasa atau ayat dengan memberi penekanan pada ayat-ayat tertentu yang
diucapkan atas tujuan-tujuan yang yang tertentu.Contohnya, dalam mendeklamasikan sajak
memerlukan tekanan dan kelantangan suara dalam menyampaikannya. Hal ini bertujuan
menyedapkan percakapan atau bacaan serta untuk menarik minat pendengar untuk lebih
menghayati bait-bait sajak yang disampaikan.

4
3.1.2 Nada dan Intonasi

Nada bermaksud keadaan bunyi suara yang menurun atau menaik ketika suatu perkataan
disebutkan. Nada juga lebih berperanan dalam bidang yang melibatkan muzik atau berlagu.
Contohnya, dalam mendeklamasikan syair sudah tentunya mempunyai nada yang mendayu-
dayu. Nada tersebut perlulah dituturkan atau dilagukan dengan betul agar kemerduan nada
syair itu dapat dipersembahkan. Selain itu, nada juga amat penting pada peringkat murid-
murid di sekolah rendah terutamaya dalam mendidik murid untuk mahir membaca. Hal ini
demikian keran murid-murid cenderung untuk mengaplikasikan nada yang tertentu semasa
membaca secara beramai-ramai. Maka amat penting bagi guru untuk memberitahu pada
murid bahawa nada yang sederhana perlu digunakan ketika membaca sesuatu teks.
Tegasnya, penggunaan nada yang tepat dan betul perlu diberi penekanan agar sesuatu yang
hendak disampaikan dapat difahami dengan jelas.

Intonasi pula didefinisikan sebagai suatu keadaan bunyi suara yang menurun atau menaik
ketika suatu ayat itu dilafazkan. Intonasi dapat dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu
intonasi yang mendatar,meninggi dan menurun. Selain itu, intonasi berperanan dalam
menentukan sesuatu yang hendak disampaikan itu sama ada penyataan, pertanyaan,
permintaan atau seruan.

3.1.3 Jeda

Jeda berfungsi bagi memisahakan elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata,
ayat dan sebagai ujaran. Terapat dua jenis lanmbang jeda dan fungsinya iaitu:

i) [ # ] – berfungsi sebagai pemisah dalam ayat


ii) [ + ] – berfungsi sebagai pemisah dalam perkataan dan membezakan makna

Hal ini menunjukkan bahawa setiap penggunaan jeda boleh membawa makna yang berbeza.

3.1.4 Panjang dan Pendek

Unsur panjang dan pendek merupakan ciri khusus yang terdapat dalam perkataan dalam
bunyi bahasa-bahsa tertentu. Unsur tersebut dapat berfungsi bagi membezakan makna dalam
bahasa lain kecuali bahsa Melayu.

5
Unsur panjang dan pendek ini amat penting dalam membantu seseorang mempelajari
cara menyebut sesuatu perkataan dengan betul. Panjang pendek sesuatu suku kata atau
perkataan yang disebut bergantung kepada keadaan dan situasi

3.1.5 Tempo

Tempo ialah merujuk kepada kadar perlahan atau cepat sesuatu percakapan. Hal ini adalah
untuk tujuan atau sebab-sebab tertentu. Kebiasaannya, penggunaan tempo ini berlaku ketika
seseorang berhadapan dengan situasi yang memerlukan dirinya untuk melafazkan ujaran.
Contohnya, dalam mengacarakan majlis ada tempo yang tertentu untuk pengacara majlis
aplikasikan dalam pengacaraannya agar pendengar dapat memahami dengan jelas apa yang
hendak disampaikan. Tempo yang sederhana adalah amat sesuai ketika mengacarakan
suatu majlis formal terutamanya. Tegasnya, dalam keadaan tertentu tempo memberi kesan
kepada susuatu maksud maksud untuk memberi ransangan dan mendapat perhatian
pendengar.

3.1.6 Rima

Rima ini wujud atau terhasil daripada penggunaan pola tekanan, tempo dan nada.
Kebiasaannya, rima sering digunakan atau diaplikasikan dalam bidang muzik dan juga puisi.
Namun dalam pertuturan biasa juga rima turut digunakan tetapi kurang diberi perhatian.
Cotohnya penggunaan rima dalam pantun.

Pergi melancong dengan kereta,


Dari Timur hingga ke Barat,
Jadilah insan berhati mulia,
Agar bahagia dunia akhirat.
Berdasarkan pantun tersebut, rima akhirnya mestilah a, b, a, b atau beselang seli. Ahli
bahasa ada menyatakan bahawa semua ujaran adalah rima dan apabila ujaran itu dapat
diulang-ulang dengan menggunakan pola yang sama.

4.0 Kepentingan Ilmu Fonetik dan Fonologi

Kajian bunyi bahasa dalam bidang fonetik dapat dipecahkan kepada tiga iaitu artikulatori,
auditori dan akusitik. Melalui bidang fonetik ini dapat dikaji bagaimana bunyi bahasa terhasil,
bagaimana bunyi bahasa itu dikategorikan serta bagaimana setiap bunyi yang dikeluarkan

6
adalah berbeza. Fonologi pula adalah kajian mengenai sistem bunyi bahasa. Kajian sistem
bunyi bahasa ini bertujuan untuk menekankan bunyi bahasa dari segi penjedaan bunyi, pola
bunyi bahasa, variasi bunyi, proses fonologi dan juga perubahan bunyi. Menurut Abdullah
Hassan (2007), fonologi ini adalah suatu bidang yang mengkaji fungsi bunyi-bunyi dalam
sesuatu bahasa. Ilmu fonetik dan fonologi ini amat penting untuk dipelajari dan diketahui oleh
para guru. Hal ini demikian kerana ilmu ini akan dapat membantu para guru untuk
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan terhadap murid-
murid.

a) Dapat Membantu Para Bakal Guru untuk Menjalankan Proses Pengajaran dan
Pembelajaran dengan Lebih Berkesan terhadap Murid-murid.

Salah satu kepentingan ilmu fonetik dan fonologi ini ialah dapat membantu murid-murid
membunyikan suku kata dan menggabungkan bunyi-bunyi bahasa dangan tepat dan dapat
membentuk perkataan yang betul. Bagi membantu murid untuk lebih memahami, aktiviti
seperti bermain dengan abjad, suku kata dan perkataan daripada bunyi bahasa boleh juga
dilaksanakan. Melalui aktiviti tersebut membolehkan murid-murid membina perktaan daripada
bunyi-bunyi bahasa. Sebagai contoh, bunyi vokal [ e ] dapat dibunyikan oleh murid dengan
betul. Contoh yang lain, perkataan yang sama dari segi ejaannya tetapi berlainan maksud dan
sebutan dapat diberi perbezaan dengan adanya ilmu fonetik dan fonologi yang akan
membolehkan murid-murid menyebiutnya dengan betul.Contohnya perkataan semak.
Perkataan ‘bela’ ini, apabila ditranskripsikan perkataan ini boleh membawa kepada dua
maksud iaitu [bɘla] atau [bela]. Justeru itu, ilmu fonetik dan fonologi dapat memberi
pendedahan yang amat mendalam yang akan dapat membantu para bakal guru untuk lebih
bersedia bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

b) Dapat Diaplikasikan Secara Praktik kepada Murid-murid

Selain itu, kepentingan ilmu fonetik dan fonologi ini kepada bakal guru adalah sebagai suatu
bidang ilmu yang dapat guru aplikasikan secara praktik kepada murid-murid kelak.
Contohnya, guru menjadi model menyebut bunyi-bunyi huruf dengan betul dan kemudian
murid-murid meniru kembali cara sebutan guru. Hal ini secara tidak langsung dapat memberi
contoh kepada murid untuk menyebut bunyi huruf dengan betul dan tepat. Oleh itu, ilmu
fonetik dan fonologi ini akan dapat membantu para bakal guru untuk mengeluarkan bunyi-
bunyi sebutan dengan cara yang betul, tepat dan jelas.

7
c) Dapat Mengetahui dengan Lebih Jelas Mengenai Cara Bunyi-bunyi Bahasa
Dihasilkan dan Dituturkan serta Mengenali Alat-alat Artikulasi yang Berperanan
dalam Menghasilkan Bunyi-bunyi Bahasa.

Akhir sekali, bakal-bakal guru akan lebih bersedia untuk mengajar murid-murid mengenai
mata pelajaran bahasa Melayu kerana mereka telah mempunyai pengetahuan yang jelas
tentang cara bunyi-bunyi bahasa dihasikan dan dituturkan serta mengenali alat-alat artikulasi
yang berperanan dalam memghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Contohnya dalam pembelajaran
bahasa kanak-kanak, penggunaan kaedah fonetik akan dapat membantu murid-murid
membunyikan suku kata dan menggabungkan bunyi-bunyi bahasa menjadi perkataan. Aktiviti
bermain dengan abjad, suku kata dan perkataan menggunakan kaedah fonetik sangat sesuai
dengan kanak-kanak yang baru mula belajar membaca. Kaedah fonetik juga membolehkan
kanak-kanak membina perkataan daripada bunyi-bunyi bahasa. Jelaslah bahawa ilmu fonetik
dan fonologi amat penting kepada para bakal guru bahasa Melayu khususnya.

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, mempelajari ilmu fonetik dan fonologi amat penting kepada seorang bakal
guru terutamanya bagi guru bahasa Melayu sekolah rendah. Hal ini demikian kerana ilmu
tersebut amat membantu para bakal guru untuk bersedia menjadi seorang guru yang serba
boleh dan dapat mengaplikasikan ilmu fonetik dan fonologi dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah kelak. Dengan adanya pengetahuan mengenai bunyi-bunyi
bahasa dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid menjadi
lebih berkesan. Hal ini kerana murid-murid akan dapat memahami apa yang diajarkan oleh
guru dengan jelas dan dapat diaplikasikan oleh murid. Selain itu, apabila pengetahuan
seseorang bakal guru itu telah bertambah tentang ilmu fonetik dan fonologi tentunya
membolehkan dirinya mengenali pelbagai variasi bahasa yang dituturkan oleh murid dan
keadaan ini akan membolehkan seorang pendidik itu membetulkan kesilapan dengan tepat
dan berkesan serta dapat membimbing murid supaya mahir membunyikan dan menyebut
sesuatu dengan betul.

Anda mungkin juga menyukai