Anda di halaman 1dari 21

Bab 3: Fonetik

Bab 3: FONETIK

Setelah selesai membaca bab ini, anda akan dapat:

Menerangkan konsep-konsep asas fonetik;


Menjelaskan trankripsi fonetik;
Menghuraikan jenis-jenis bunyi; dan
Memberi penerangan tentang perwakilan bunyi.

RINGKASAN BAB

Pengenalan
3.1 Konsep-konsep penting
3.2 Transkripsi fonetik
3.3 Jenis-jenis bunyi
3.4 Perwakilan bunyi
3.5 Penutup
Rumusan
Latihan

Rujukan

g bunyi bahasa dan rumus yang melibatkan pengeluarannya. Ilmu bahasa ini berkaitan dengan penyebutan kata dan lamb

Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran
bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa
perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.

Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik
mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula
mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.
Bidang fonologi sebenarnya merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk
bunyi dalam sesuatu bahasa dengan teliti untuk menuturkan peraturan bentuk bunyi yang
tertentu. Sehubungan dengan itu, fonologi dapat dipecahkan kepada dua bahagian, seperti di
dalam Rajah 3.1.

Bidang Fonologi

Fonetik Fonemik

Rajah 3.1:Pecahan bidang fonologi

Jadual 3.1: Definisi Ilmu Fonetik

Definisi Sumber

Menyatakan fonetik ialah ilmu bahasa (linguisitik) Kamus Dewan (2005 : 354)
yang berkaitan dengan penyebutan kata dan
lambang yang menunjukkan sebutannya.

Memberikan definisi fonetik sebagai ‘the study of International Encylopedia of


the physical characteristics of human speech Linguistics (1992 : 194)
sounds’.

Fonetik ditafsirkan “the body of speech souds of The World Book of Dictionary
any one language and their relation to one (Barnhart Barnhart, 1981 : 51)
another”.

Mejelaskan bahawa fonetik ialah ilmu yang Kamus Linguistik (Harimurti


menyelidik penghasilan, penyampaian dan Kridalaksana,1984 : 54)
penerimaan bunyi bahasa.

Menyatakan ilmu fonetik ialah ilmu yang mengkaji Marsona (1986 : 1)


bunyi-bunyi bahasa tanpa meneliti fungsi bunyi itu
mempunyai perbezaan makna dalam sesuatu
bahasa.

Menjelaskan ilmu fonetik sebagai ilmu yang Abdullah Hassan (1993 : 1)


mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan,
pendengaran atau sifatnya.
Fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan fonetik artikulatori, fonetik akustik, dan fonetik
auditori.
Cara bunyi dihasilkan oleh alat-alat yang menghasilkan bunyi (fonetik articulator)

Pendengaran, iaitu pentafsiran bunyi yang didengar (fonetik auditori)


Sifat bunyi KAJIAN

(fonetik akustik) FONETIK

Rajah 3.2: Kajian tentang fonetik

a) Fonetik
Artikulasi
Fonetik artikulasi ialah bidang fonetik yang mengkaji cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan.
Proses penghasilan sesuatu bunyi akan melibatkan organ-organ seperti paru-paru, larings,
rongga mulut, hidung dan bibir. Maksudnya, fonetik artikulasi ialah bidang yang mengkaji
penghasilan bunyi bahasa bermula dari tekanan udara dalam paru-paru sehinggalah udara
melepasi dua bibir. Sumbangan bidang kajian ini adalah menerangkan cara menyebut atau
membunyikan sesuatu huruf dengan tepat.

b) Fonetik Akustik
Fonetik akustik adalah ilmu yang mengkaji ciri-ciri fizikal bunyi dan gelombang-gelombang
bunyi bahasa yang dihasilkan oleh penutur. Antara aspek penting kajian ini adalah berkaitan
dengan nada, ton, kenyaringan dan tempoh masa seseorang penutur. Kesemua gelombang
bunyi bahasa dapat diukur dan dianalisis melalui alat seperti spektrogram yang menghasilkan
graf gelombang bunyi. Sumbangan bidang ini adalah untuk membantu penutur menuturkan
bahasa dengan nada dan intonasi yng betul.

c) Fonetik Auditori
Fonetik Auditori adalah bidang ilmu yang mengkaji berkenaan dengan pendengaran dan juga
proses-proses tertentu yang wujud semasa telinga kita mendengar bunyi bahasa. Kajian
pendengaran turut meliputi semua alat atau organ pendengaran luaran dan dalaman telinga.
Ia melibatkan proses memungut rangsangan, menyalurkan rangsangan ke otak, dan
seterusnya menganalisis. Tujuan utama bidang ini adalah untuk rawatan dan pemulihan
khususnya dalam masalah pendengaran bahasa.
3.1 Konsep-konsep Penting

Fonologi ialah sistem bunyi sesebuah bahasa.

Fonemik ialah bidang yang mengkaji bunyi- bunyi sesuatu bahasa.

Artikulasi ialah organ yang menghasilkan bunyi bahasa dan cara menghasilkan bunyi tersebut.

a) Fonologi

Fonologi ialah kajian tentang pola bunyi bahasa, iaitu kajian tentang bunyi-bunyi yang
berfungsi dalam sesuatu bahasa. Fonologi merupakan subbidang linguistik yang mengkaji
struktur dan permulaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia. Bunyi-bunyi itu pula ialah
bunyi-bunyi yang bermakna. Bunyi yang bermakna itu ialah bunyi bahasa. Bunyi bahasa
ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi.

Bunyi siulan , batuk, dengkuran dan berdeham bukan bunyi yang bermakna. Salah satu
faktor utama yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang sangat mudah untuk
dipelajari kerana sistem fonologinya yang amat mudah. Hal ini kerana hampir setiap huruf
Rumi mewakili satu sebutan fonem.

Kesimpulannya, bidang fonologi sebenarnya merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan


segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa dengan teliti untuk menentukan peraturan dan
bentuk bunyi yang tertentu.

b) Fonemik

Fonemik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu pengkajian tentang
fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Cabang fonologi menitikberatkan analisis sistem bunyi
sesuatu bahasa secara sinkronik, khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan, berbanding
dengan fonologi diakronik atau sejarah.

Hasil daripada analisis itu, maka timbul fonem dan ditulis dengan menggunakan kurungan
/ /.

Matlamat akhir dalam kajian fonemik adalah untuk membentuk sistem ejaan berdasarkan
fonem-fonem yang ada dalam sesuatu bahasa .
Contoh :

Fonem ng dieja sebagai “ng”


Fonem X dieja sebagai “kh”
Fonem ny dieja sebagai “ny”

Alat Artikulasi

Organ dalam sistem penghasilan bunyi dikenali sebagai organ artikulasi (sila lihat Rajah
3.1.3).

Organ artikulasi

1. Bibir atas 11. Tengah lidah


2. Bibir bawah 12. Belakang lidah
3. Gigi atas 13. Akar lidah
4. Gigi bawah 14. Epiglotis
5. Gusi 15. Pita suara
6. Lelangit keras 16. Rongga tekak
7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung
8. Anak tekak 18. Rongga mulut
9. Hujung lidah 19. Rahang
10. Hadapan lidah 20. Tenggorok

Rajah 3.1.3 menjelaskan bahawa terdapat 20 organ artikulasi


yang mewujudkan bunyi bahasa.
Alat artikulasi ialah bunyi bahasa yang dikeluarkan oleh alat sebutan seperti berikut:

Bibir (atas & bawah)


Gigi (atas & bawah)
Gusi
Lelangit (keras & lembut)
Anak tekak
Lidah (hujung, hadapan, tengah)
Rongga (tekak, mulut, hidung)
Paru-paru
Peti suara dan pita suara

Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

Pengeluar (artikulator): Alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan
di beberapa kedudukan.
Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya.

Daerah pengeluar (artikulasi): Merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai oleh artikulator.
Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.

FUNGSI ALAT PERTUTURAN

Lidah

Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa.
Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan
belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis
penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam
pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung
lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut
untuk membuat penyekatan.

Gigi

Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif.
Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam
penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.
Bibir

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri
daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan
mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada
rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada
rongga mulut.

Gusi

Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga
mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang
berfungsi membuat penyekatan.

Lelangit

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut.
Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut.
Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat
diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung.
Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut
dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui
rongga hidung.

Rongga Hidung

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka
atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan
atau tidak.

Pita Suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan
bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang
yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.
Transkripsi Fonetik

Transkripsi fonetik merupakan satu proses yang memberi lambang kepada bunyi-bunyi
bahasa. Rakaman bunyi-bunyi disegmenkan atau dipotong-potong kepada unit-unit kecil.
Selepas deskripsi bunyi dibuat, bunyi-bunyi tadi diklasifikasikan kepada dua golongan besar,
iaitu vokal dan konsonan. Bunyi-bunyi yang diberi lambang dan bukan sebaliknya.
Organ-organ seperti bibir, gigi, gusi, lelangit, anak tekak, lidah, rongga tekak, rongga mulut,
rongga hidung, paru-paru, peti suara dan pita suara ialah organ-organ penting yang
menghasilkan aliran udara dalam penghasilan bunyi.

Transkripsi Fonetik

Transkripsi fonetik merupakan satu cara yang digunakan untuk merakamkan bunyi-bunyi
bahasa dengan menggunakan lambang-lambang fonetik yang telah diiktiraf di peringkat
antarabangsa. Transkripsi fonetik juga sering digunakan oleh pengkaji dialek, pengkaji
bahasa secara komparatif dan historis khususnya sewaktu mereka meneliti perkembangan ,
perubahan dan perbezaan antara bunyi-bunyi bahasa.Lambang fonetik ditulis dalam kurungan
[ ].

Transkripsi Fonemik

Transkripsi fonemik merupakan satu caratranskripsi lebih menumpukan transkripsi dalam


bentuk tulisan. Lambang fonetik ditulis dalam kurungan / / atau [ ]. Matlamat akhir fonemik
ialah untuk membentuk sistem ejaan berdasarkan fonem-fonem yang ada dalam sesuatu
bahasa itu misalnya, dalam bahasa Melayu;

Fonem η dieja sebagai “ng”


Fonem × dieja sebagai “kh”
Fonem η dieja sebagai “ny”
Sebagai rumusannya, transkripsi fonetik ialah transkripsi yang berasaskan lisan atau
pertuturan. Bunyi-bunyi yang berlainan mestilah ditunjukkan oleh lambang-lambang yang
berlainan.Apabila sesuatu lambang terdapat dalam beberapa bahasa, maka satu lambang yang
sama digunakan untuk melambangkan bunyi itu.Misalnya bunyi [e] terdapat dalam bahasa
Melayu, Jawa dan Inggeris, maka lambang itu akan digunakan oleh ketiga-tiga bahasa tadi
apabila mentranskripkan bunyi tersebut dalam perkataan.

Contoh:

Bahasa Melayu [beli]


Bahasa Jawa [gedi]
Bahasa Inggeris [beg]

Jenis-jenis Bunyi

Bunyi-bunyi bahasa ialah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak.
Udara yang keluar dari paru-paru melalui tenggorok, pita suara, rongga tekak dan mulut
atau hidung atau kedua-duanya. Bunyi-bunyi bahasa dihasilkan apabila udara tersekat atau
terhalang pada alat artikulasi ini.

Pita suara ialah dua membran elastik yang terletak dalam peti suara . membran itu adalah
seperti “pita” yang melekat pada dinding peti suara dan terentang dari depan ke belakang.
Apabila pita suara kendur dan renggang udara lalu tanpa halangan. Ruang yang renggang itu
dipanggil glotis.

Apabila pita suara kendur dan renggang glotis terbuka. Keadaan ini terjadi pada waktu
bernafas dan menghasilkan sesetengah bunyi seperti /s/ dan /p/, iaitu bunyi tidak bersuara.

Apabila pita suara tegang dan rapat, glottis tertutup. Udara tidak dapat keluar, tetapi boleh
menghasilkan bunyi letupan glotis /?/.

Selain itu, pita suara itu mungkin dirapatkan tetapi tidak berapa tegang sehingga udara boleh
melaluinya dan pada waktu itu pita suara bergetar. Bunyi yang terhasil ini dikenali
sebagai bunyi bersuara. Jadi, pita suara berfungsi dan menentukan bunyi bersuara atau
bunyi tidak bersuara.

Selepas udara melalui pita suara, udara bergerak ke rongga tekak. Dari rongga tekak udara
boleh keluar melalui rongga tekak (oral) atau rongga hidung (nasal).

Manakala lelangit manusia terbahagi kepada dua. Di sebelah depan dinamakan lelangit
keras dan di bahagian belakang, dikenali sebagai lelangit lembut. Bahagian hujung lelangit
lembut dinamakan sebagai anak tekak. Lelangit lembut dan anak tekak boleh digerak-
gerakkan.

Apabila bunyi /a/ dikeluarkan, lelangit lembut dinaikkan hingga kena pada belakang tekak
dan dengan itu menutup rongga hidung. Bunyi /a/ dikeluarkan melalui rongga oral. Oleh itu a
ialah bunyi oral. Bunyi nasal pula ialah bunyi yang dikeluarkan melalui rongga hidung.
Lelangit lembut pada waktu itu diturunkan dan rongga oral ditutup dengan beberapa cara,
antaranya dengan merapatkan dua bibir.

Vokal

Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan
atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut
dan bentuk bibir.

Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

Carta Vokal Bahasa Melayu

PENGHASILAN BUNYI VOKAL

i. Vokal Depan Sempit (i)

Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh
lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi.

Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga
mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang boleh
menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampat.

Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari

ii. Vokal Depan Separuh Sempit (e)

Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi membunyikan
vokal (i).

Contoh: kole, tauge, bendi, elok


iii. Vokal Depan Separuh Luas

Untuk mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan untuk
mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti semasa
mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e).

Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek

iv. Vokal Depan Luas ( a)

Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit
lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung.
Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i), dan (e).

Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat

v. Vokal Belakang Sempit (u)

Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidak
menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan.

Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang

vi. Vokal Separuh Sempit ( o )

Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan
tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan.

Contoh: obor, solo, polo, toko, orang

vii. Vokal Belakang Separuh Luas

Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan
bentuk bibir turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu.

viii. Vokal Tengah

Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian tepi lidah
dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya.

Contoh: enam, empat, kenduri, gerai


Vokal

Vokal ialah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan (disengaukan). Vokal ialah bunyi
bersuara. Untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral tanpa sekatan. Sifat
vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir. Vokal dalam bahasa Melayu
terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah, dan vokal belakang dan vokal
dinasalkan.
Vokal

Vokal hadapan
Vokal tengah
Vokal belakang
Vokal dinasalkan

a. Vokal Hadapan

Waktu menyebut bunyi akhir dalam kata geli, hadapan lidah dinaikkan tinggi dalam mulut.
Antara hadapan lidah dengan lelangit keras itu terdapat saluran sempit untuk udara keluar.
Huruf akhir pada perkataan geli, dilambangkan [i]. Lambang ini [i] ialah lambang fonetik.

Bunyi [e] pada perkataan elok, saluran udaranya lebih luas kerana hadapan lidah dinaikkan
tidak setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan vokal [i].

Bunyi [a] ialah bunyi vokal hadapan luas. Saluran udara menjadi luas kerana depan lidah juga
diturunkan ketika menyebut bunyi [a].

b. Vokal Tengah

Ada satu vokal tengah, iaitu [ ] dalam bahasa Melayu. Vokal ini dihasilkan dengan
meletakkan tengah lidah dekat dengan lelangit. Bibir dihamparkan. Sungguhpun begitu ada
dua vokal kata pinjaman dan dalam bahasa baku sebagai kelainan bagi [e], iaitu [3] dan
[o].

c. Vokal Belakang

Vokal [u] ialah vokal belakang. Untuk menghasilkan bunyi [u] ini, bibir dibundarkan dan
belakang lidah dinaikkan dekat dengan lelangit lembut. Vokal [o] juga ialah vocal belakang ,
tetapi kedudukan belakang lidah lebih rendah daripada kedudukan lidah ketika menghasilkan
bunyi [u].

d. Vokal Dinasalkan

Vokal-vokal yang dinasalkan ialah vokal yang dikeluarkan melalui rongga oral dan nasal.
Pada masa ini lelangit lembut diturunkan. Vokal ini dikenali sebagai vokal yang dinasalkan
(nasalisasi) yang ditandakan dengan [- ] atas lambang vokal. Contoh [nyanyi]. Semasa kata
ini dituturkan, udara tidak seratus peratus keluar melalui rongga mulut tetapi apabila [n]
disebutkan ada aliran udara yang melalui rongga hidung lalu terjadilah sengauan. Tanda [ - ]
diwujudkan pada vokal yang seterusnya, iaitu [nyanyi].

Diftong

1) Diftong ialah gabungan dua vokal yang terdapat dalam satu suku kata, yang disebut
secara berterusan dan luncuran tanpa ada sekatan penggalan/ segmen.

2) Dalam penghasilannya, terdapat ciri geluncuran tetapi ada satu puncak.

3) Ada tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu.

a. (ai): sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai

b. (au): lampau, silau, garau, surau, pukau

c. (oi): amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot.

Pergerakan lidah untuk membunyikan diftong

Yang pertama ialah diftong [ai].

Pada masa ini, bahagian depan lidah mula-mulanya berada pada kedudukan untuk vokal[a]
kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal[i] tetapi tidak setinggi ketika
membunyikan [i]. Contoh:[pakai]

Yang kedua pula ialah diftong [au].

Pada masa ini depan lidah berada pada kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada
kedudukan untuk vokal [u];bibir yang mula-mula dihmparkan, kemudian dibundarkan pula.
Contoh:[pulau].
Diftong yang ketiga ialah diftong [oi].

Semasa dihasilkan lidah berada pada kedudukan [o] dan kemudian bergerak kepada [i], bibir
yang mula-mula bundar tetepi kemudian berkeadaan hampar.Contoh: [amboi]

Konsonan

1) Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang menerima sekatan, sempitan dan geseran
ketika dikeluarkan sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung.
2) Bunyi-bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara.

Lelangit-
Dwibibir Bibir-gigi Gusi Lelangit Velar Uvular Glotis
gusi

Sengauan m [m] n [n] ny [ɲ] ng [ŋ]

Letupan / p [p] t [t] k [k] (q [q])


k [ʔ]
Hentian b [b] d [d] g [ɡ] -

c [tʃ]
Letusan
j [dʒ]

(f [f]) s [s] (sy [ʃ]) (kh [x]) h [h]


Geseran
(v [v]) (z [z]) - (gh [ɣ]) -

Malaran tak
y [j] w [w]
geser

Sisian l [l]

Getaran r [r]

Carta Konsonan Bahasa Melayu Baku

a) Konsonan letupan

1. Ada sembilan konsonan yang dikeluarkn dengan udara ditahan dan dilepaskan dengan
cepat.
2. Konsonan yang dihasilkan dengan cara ini dipanggil letupan.
3. Konsonan [p] dan [b]: Jika lelanggit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan.
Kemudian udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar.
4. Jika dengan cepat dibuka mulut,keluarlah bunyi [p].
5. Penghasilan konsonan ini dinamakan letupan dua bibir tak bersuara kerana pita
suara tidak bergetar.
6. Jika pita suara bergetar,bunyi itu ialah letupan dua bibir bersama [b]
7. Konsonan [t] dan [d]:Udara bukan sahaja boleh tersekat dengan merapatkan dua bibir,
tetapi juga dengan mengenakan hujung lidah pada gusi , lelangitlembut dinaikkan dan
udara tertahan.
8. Jika proses sekatan ini dilepaskan, terdapat bunyi [t] letupan gusi tak bersuara.
9. Jika pita suara digetarkan, maka akan terbit bunyi letupan gusi bersuara [d].
10. Konsonan [k] dan [g]:Bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara [k] dan letupan
lelangit lembut bersuara [g].
11. Untuk menghasilkan bunyi [k], belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk
menyekat arus udara.
12. Di samping itu, lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi
menyekat arus udara ke rongga hidung.
13. Untuk menghasilkan bunyi [g] caranya sama seperti bunyi konsonan [k] tetapi pita
suara dirapatkan, arus udara yang keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita
suara.
14. Konsonan [c] dan [j] : Bunyi [c] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke
lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara.
15. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak
untuk membuat sekatan terhadap arus udara ke rongga hidung.
16. Pada masa ini pita suara direnggangkan, arus udara yang melalui rongga mulut tidak
menggeterkan pita suara tetapi udara yang tersekat di hadapan lidah dan lelangit keras
dilepaskan perlahan-lahan.
17. Untuk menghasilkan konsonan [j] proses yang sama dilakukan tetapi pita suara
bergetar.
18. Hentian[?]:Hentian glotis terhasil dengan cara lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung.
19. Pita suara dirapatkan dan arus udara yang keluar dari paru-paru tersekat di bahagian
rapatan pita suara udara menyebabakan pita suar tidak bergetar dan hentian glotis
akan dihasilkan.

b) Konsonan Letusan

1. Konsonan [c] dan [j]: Bunyi [c] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke
lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara.
2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang atau ke dinding rongga tekak
untuk membuat sekatan terhadap arus udara ke rongga hidung
3. Pada masa ini pita suara direnggangka, srus udara yang melalui rongga mulut tidak
menggetarkan pita suara tetapi udara yang tersekat di hadapan lidah dan lelangit keras
dilepaskan perlahan-lahan.
4. Untuk menghasilkan konsonan [j] proses yang sama dilakukan tetapi pita suara
bergetar.
c) Konsonan Geseran

1. [s] –Mula-mula hadapan lidah dinaikkan ke gusi untik membuat sempitan pada arus
udara.
2. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak
untuk menyekat arus udara ke rongga hidung.
3. Pita suara direnggangkan. Arus udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita
suara, lalu terhasillah bunyi[s], bunyi geseran gusi tak bersuara.
4. [h]-Apabila udara keluar pita suara yang renggang dan rongga mulut berkeadaan
seperti sewaktu mengeluarkan bunyi vokal, bunyi [h] yang dinamakan bunyi geseran
glotis tak bersuara akan dihasilkan.

d) Konsonan Getaran

1. [r]-Apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah
gusi, lidah bergetar. Lelangit lembut pada waktu dinaikkan.
2. Bunyi yang terhasil dinamakan bunyi getaran gusi bersuara [r].

e) Konsonan sisian

1. [l]- hujung lidah dinaikkan ke gusu dan menyekat udara.


2. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar.
3. Udara keluar melalui tepi-tepi lidah. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sisian
gusi bersuara [l].

f) Konsonan sengauan (nasal)

1. Ada empat bunyi nasal dalam bahasa Melayu.


2. [m]-dua bibir dirapatkan.. Bunyi yang dihasilkan sengauan dua bibir bersuara [m].
3. [n] –hujung lidah dinaikkan ke gusi. Bunyi yang dihasilkan sengauan gusi bersuara
[n].
4. n] –tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras. Bunyi yang dihasilkan bunyi sengauan
lelangit keras bersuara [n].
5. [η]-belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.Bunyi yang dihasilkan dinamakan
bunyi sengauan lelangit lembut bersuara [n].

g) Separuh Vokal

1. Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal, kedudukan lidah tidak tetap, tetapi bergerak
dan membuat luncuran.
2. Ada dua jenis separuh vokal iaitu [w] dan [j].
3. [w]-lidah mula-mula membunyikan [u], kemudian bergerak kepada vokal lain.Bunyi
ini dinamakan separuh vokal dua bibir bersuara.
4. [j]- lidah membunyikan [i], kemudian bergerak kepada vokal lain.Bunyi ini dinamakan
separuh vokal lelangit keras bersuara.

h) Konsonan Pinjaman

1. Banyak konsonan dalam kata pinjaman digantikan dengan konsonan seperti bunyi dari
bahasa Arab dalam bunyi [th]menjadi [s]; [gh] menjadi [g]; [dh] menjadi [d], dan [dz]
menjadi [z].
2. Bunyi –bunyi itu ialah bunyi-bunyi geseran.
3. [f] ialah bunyi geseran bibir gusi tidak bersuara.
4. [v] ialah bunyi geseran bibir gusi bersuara.
5. [z] ialah bunyi geseran gusi bersuara.
6. [s] ialah geseran gusi lelangit keras.

Perwakilan Bunyi - Prosodi dan Suprasegmental Bahasa Melayu

Prosodi ialah ciri fonologi yang melampaui satu penggalan dalam pertuturan kontinum
atau berterusan. Unsur-unsur bahasa ialah unsur-unsur segmental, kerana tiap-tiap satu
bunyi merupakan satu segmen atau penggalan daripada arus tuturan. Kita menuturkan
segmen-segmen dengan berbagai-bagai tingkat tekanan dan nada. Kadang-kadang kita
berhenti sebentar sehingga terdapat kumpulan kata. Kata-kata itu diucapkan sama ada sama
rata atau mendatar sahaja. Ada empat lagi unsur bahasa yang perlu diperhatikan, iaitu tekanan,
nada, jeda dan panjang-pendek. Unsur-unsur ini dinamakan sebagai suprasegmental.

Tekanan //
Nada 1, 2, 3, 4
Jeda #
Panjang-pendek [:]
Intonasi Tona

Tekanan

Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau
lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut. Lambang yang digunakan untuk tekanan
ialah //. Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu , misalnya
/buda?/. Dalam bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna.
Nada

Nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau
perkataan. Nada ditandai oleh nombor - nombor 1 rendah, 2 biasa, 3 tinggi, dan 4 tinggi
sekali. Ayat penyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik apabila
ada tekanan dan turun hingga 1.
Contoh: Saya hendak balik.
Dalam bahasa Melayu, nada juga tidak fonemik. Hal ini bermaksud bahawa nada tidak
mempunyai sifat-sifat bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem.

Jeda

Jeda atau disebut juga sebagai persendian ialah unsur hentian yang memisahkan antara
unsur-unsur linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata. Lambang yang digunakan
untuk jeda ialah #. Unsur ini boleh membezakan makna.
Contoh:
[#saya makan nasi ema?#] adalah berbeza maknanya dengan

ayat [#saya makan nasi # ema?].

Panjang- Pendek

Panjang - pendek ialah kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi itu diucapkan.
Lambang bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakan sebagai mora. Lambang [:] bererti
panjang sebutan bunyi itu ialah satu mora. Lambang [::] menunjukkan dua mora daan
lambang [.] adalah setengah mora. Bagi bahasa Melayu unsur ini tidak membezakan makna.

Intonasi

Intonasi ialah corak turun naik ayat dan perubahan nada suara yang telah berlaku dalam ayat .
Tiap-tiap ayat disifatkan sebagai satu kumpulan tona dan tiap-tiap ayat biasanya mempunyai
satu kumpulan tona. Biasanya dalam satu kumpulan tona terdapat satu suku kata yang
menonjol, tinggi bunyinya dan jelas kedengaran serta suku kata ini menunjukkan perubahan
dalam turun naik ayat tersebut. Intonasi ayat dalam bahasa Melayu adalah berbeza-beza.
Misalnya dalam ayat berita menurun pada akhir ayat manakala dalam ayat tanya intonasinya
meninggi pada akhir ayat.

PENUTUP

Tajuk ini membincangkan bunyi 18ocal bahasa Melayu. Seterusnya membincangkan jenis-
jenis bunyi 18ocal, diftong dan konsonan, serta rajah yang bersesuaian. Di dalam bab ini turut
dibincangkan juga tajuk suprasegmentel bahasa Melayu, iaitu berkaitan tekanan, nada, jeda,
dan intonasi. Akhirnya, dijelaskan juga konsep transkripsi fonetik dengan disertakan contoh
yang sesuai.
RUMUSAN

Topik ini telah menghuraikan secara ringkas mengenai linguistik, cabang-cabang linguistik
dan hubungan linguistik dengan bidang lain yang bersangkutan dengan bunyi.

Bidang fonetik dan fonologi serta peranan yang dimainkan oleh kedua-dua kajian ini juga
ditegaskan dan kaitannya dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya ditekankan juga definisi bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa supaya peminat
bahasa dan pelajar bahasa mengetahui perbezaan di antara kedua-duanya.

Ilmu fonologi adalah ilmu yang berkaitan dengan cara-cara pengguna bahasa Melayu
menuturkan atau melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna dalam bahasa.

Fonologi dapat dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu fonetik dan fonemik.

Organ artikulasi ialah organ yang menghasilkan bunyi bahasa dan cara menghasilkan bunyi
tersebut.

Anda juga telah diperkenalkan kepada fonem vokal dan konsonan bahasa Melayu serta cara
penghasilannya melalui organ artikulasi.

Seterusnya, anda juga diperkenalkan kepada konsonan separuh vokal dan konsonan pinjaman.

Akhirnya, anda diperkenalkan kepada fonem suprasegmental.

LATIHAN

Dalam tatatingkat unit bahasa yang terlengkap dan tertinggi, terdiri daripada deretan kata
atau ayat, bentuk lisan atau tulisan dikenali sebagai

A. Klausa C. Fonem
B . Morfem D. Wacana

Cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa secara sinkroni,
khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan, berbanding dengan fonologi diakronik atau
sejarah. Pernyataan di atas merujuk bidang

A. Fonetik C. Morfologi
B. Fonemik D. Semantik

Yang berikut merupakan kata bunyi diftong pada suku kata awal kata, kecuali

A. Aurat C. Amboi
B. Aising D. Aikido
Untuk menghasilkan bunyi ini, bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan dekat dengan
lelangit lembut.
Vokal yang dimaksudkan ialah ....

A. vokal [a] C. vokal [o]


B. vokal [e] D. vokal [u]

Bunyi vokal dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut.


Udara paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit.
Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.
Nyatakan jenis-jenis vokal dan contoh perkataan dalam bahasa Melayu.

(1)
(2)
(3)
(4)
(5)
(6)

Sila lukis gambar rajah organ artikulasi dan namakan bahagian-bahagiannya.

RUJUKAN

Abdullah Hassan, 1987. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.

Asmah Hj Omar. 1977. Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Catford. J. C. 1977. Fundamental Problems in Phonetics. Edinburgh: Edinburgh University


Press.

Catford. J. C. 1988. A Practical Introduction to Phonetics. Oxford: Oxford University Press.

Clark, J dan Yallop, C. 1990. An Introduction to Phonetics and Phonology. Oxford:


Blckwell.

Malmberg, B. 1963. Phonetics. New York: Denver.


Norhashimah Jalaludin. 1998. Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaludin, 2000. Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Paitoon M. Chaiyanara, 2000. Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Singapura: Wespac
Consult Centre.

Raja Mukhtaruddin Raja Dain. 1982. Ilmu Fonetik dan Linguistik. Petaling Jaya: Agensi
Penerbitan Nusantra.

Roach.P., 2002. Phonetics. Oxford: Oxford University Press.

Anda mungkin juga menyukai