Anda di halaman 1dari 2

9.

Kefahaman bacaan boleh dibahagi kepada TIGA (3) kategori iaitu kefahaman literal,
kefahaman inferen dan kefahaman kritis. Huraikan dengan memberikan contoh-contoh
yang sesuai.

- Tujuan pembacaan adalah untuk memahami apa-apa yang dibaca. Kefahaman melibatkan
proses mental yang kompleks seperti pengecaman perkataan, pemilihan makna yang
sesuai, penubuhan generalisasi dan penilaian.

Kefahaman literal
- Merupakan tahap terendah.
- Literal bermaksud berasaskan makna sebenar atau makna biasa kata-kata yang digunakan,
tegasnya bukan makna kiasa atau makna tersirat.
- Tahap ini hanya memerlukan proses pemikiran biasa. Pembaca hanya perlu mengingat dan
menyatakan apa-apa yang terdapat dalam teks atau tersurat dalam teks.
- Tahap literal termasuk ialah mengungkapkan kandungan bacaan dengan kata-kata lain
tanpa mengubah makna atau maksud asalnya.
- Kemahiran literal adalah :
 Memahami makna perkataan
 Makna ayat
 Menyatakan perkataan seerti perkataan berlawan bagi sesuatu perkataan
 Memahami penggunaan tanda baca
 Mengecam dan mengingat isi teks
 Menyatakan idea utama
 Mengesan urutan idea
- Contoh soalan-soalan yang hanya memerlukan proses literal yang mudah :
 Apakah peristiwa yang berlaku petang itu?
 Di manakah peristiwa itu berlaku?
 Pukul berapakah peristiwa itu berlaku?
 Siapakah yang terlibat dalam peristiwa itu?
Kefahaman Inferens
- Tahap inferens merupakan proses pemikiran yang lebih kompleks.
- Pembaca perlu menggunakan maklumat literal dan pengetahuan sedia ada untuk
memahami apa yang tersirat.
- Inferens = pemerhatian + sebab
- Kemahiran inferens :
 Mengesan idea tersirat (Apakah yang dimaksudkan oleh penulis )
 Menyatakan sebab akibat
 Mengesan tujuan penulis
 Membuat analogi
 Membuat ramalan atau jangkaan (Apakah yang mungkin terjadi)
 Membanding perbezaan & perbandingan (Apakah persamaan dan perbezaan di
antara…….)
 Membuat kesimpulan (Apakah yang dapat rumuskan)
 Membuat jangkaan
 Memahami dan menghuraikan bahasa kiasan, peribahasa dan metaforma (Apakah
dimaksudkan dengan pepatah…...)

Kefahaman Kritis
- Tahap kritis memerlukan proses pemikiran yang lebih kompleks jika berbanding dnegan
tahap inferen.
- Pembaca perlu menggunakan kemahiran literal dan inferen unruk melalukan pertimbangan
yang kritis tentang apa yang dinyatakan dalam sesuatu penulisan. (untuk menerima atau
menolak pandangan penulis)
- Kemahiran pemahaman kritis:
 Menilai sama ada sesuatu peristiwa, watak atau isi merupakan reality atau fantasi.
 Menentukan sama ada sesuatu penyataan adalah fakta atau pendapat.
 Memastikan sama ada sesuatu penyataan ialah propaganda atau kebenaran.
 Menilai kewajaran dan ketepatan
 Menentukan kecendurangan, gaya bahasa dan tujuan penulis.

Anda mungkin juga menyukai