Anda di halaman 1dari 9

Pelbagai masalah yang sering dihadapi oleh guru dalam pengajaran penulisan

bahasa Melayu. Antaranya masalah menguasai aspek tulisan mekanis . Aspek itu
ialah kemahiran menulis huruf, suku kata dan perkataan. Hal ini dapat dilihat dari
berbagai-bagai sudut. Antaranya termasuklah ketepatan bentuk, jarak, tekanan,
kecondongan, kekemasan dan kepantasan. Aspek mekanis yang lain ialah
kemahiran menggunakan huruf kecil, huruf besar dan tanda baca. Sebelum
mengarang, setiap murid perlu menguasai aspek yang diterangkan tadi bagi
memastikan karangan yang dibina tidak mempunyai sebarang kesalahan.

Seterusnya masalah penguasaan ejaan dan kosa kata. Jikalau kita


mengabaikan aspek ini, karangan murid mungkin kurang bermutu. Untuk itu, guru
perlu mengambil tindakan bagi setiap murid untuk melakukan pembetulan dan
penambahbaikan. Jadi, guru perlulah rancang dan laksanakan aktiviti yang
membolehkan murid-murid itu mengatasi kelemahan mereka dari segi ejaan dan
kosa kata. Antaranya, mereka mengadakan aktiviti imlak dengan cara yang
menyeronokkan seperti menyalin pengumuman, lirik lagu dan resipi. Teknik
permainan bahasa seperti teka silang kata dan sahiba juga memungkinkan murid
meningkatkan kemahiran mengeja dan menambah kosa kata. Gunakan teknik ini
dan teknik lain agar asas untuk murid-murid cikgu itu menghasilkan karangan yang
baik bertambah kukuh.

Menurut Sulaiman Masri (1990),karangan merupakan susunan perkataan yang


membentuk ayat dan ada pula disusun sehingga menjadi perenggan,fakta dan
fikiran,disusun lengkap menjadi satu kesatuan.Ini bermakna perkataan dalam ayat
tidak boleh disusun tanpa fakta dan fikiran dan sebaliknya fakta dan fikiran tidak
boleh disusun tanpa menggunakan sejumlah perkataan yang asalnya
terpisah,menjadi ayat dan perenggan.Jelaslah mengarang merupakan kemahiran
berbahasa yang tinggi dan pelajar boleh menguasai kemahiran mengarang dengan
baik jika menguasai tiga kemahiran bahasa iaitu mendengar,bertutur dan membaca.

Di sekolah rendah atau sekolah menengah fenomena yang biasa atau lazimnya
dihadapi oleh murid atau pelajar dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu ialah
berkenaan dengan karangan. Biasanya apabila guru memberi sesuatu tajuk untuk
buat karangan maka terlebih dahulu guru menentukan tema kerana tema merupakan
perkara atau idea utama.Masalahnya dalam karangan murid-murid tidak membuat
perancangan untuk menulis karangan,murid terus menulis dan mengarang tanpa ada
perenggan pengenalan,perenggan isi dan perenggan penutup.

Dalam masalah pengenalan tajuk karangan guru harus memastikan murid-murid


menulis perenggan pengenalan yang menarik untuk merangsang pembaca atau guru
yang memeriksa karangan terus membacanya.

Dalam pemilihan isi utama kebanyakannya murid bercampur aduk isi yang penting
dengan yang tidak penting. Jadi di sini cara mengatasinya murid perlu menyusun
idea mengikut tertib iaitu bermula dengan idea paling penting,diikuti idea penting dan
idea kurang penting.Begitu juga setiap idea itu perlu ada huraian dan contohnya
sekali.Dalam bahagian huraian murid lemah dalam penggunaan ayat panjang,ayat
pendek,ayat dengan frasa dan sebagainya. Murid sentiasa guna teknik yang sama
atau berulang-ulang isi yang sama.
Dari segi perenggan kesimpulan,murid tidak dapat membuat kesimpulan terhadap
isu yang diperkatakan yang mana kesimpulan dibuat mengikut kehendak fikiran
mereka sendiri tanpa menjurus kepada kehendak apa yang dibincangkan.

Akhir sekali bagi pandangan saya dalam hal masalah karangan,guru Bahasa Melayu
harus memainkan peranan penting dalam memantapkan lagi cara penulisan
karangan di kalangan murid-murid sama ada di peringkat rendah atau menengah.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:1326) pula, retorik adalah seni
menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau
mempengaruhipemikiran pendengar. Di samping itu, Asmuth dan Berg Ehlers dalam
Umar Jusuh (1989:xx) ada menyatakan bahawa retotik lebih menekankan akibat
atau tujuan penggunaan sesuatu pengucapan.Skema dam majaz merupakan dua
komponen utama di bawah retorik. Skema atauschemes ini boleh difahami ayat-
ayatnya secara tersurat, manakala majaz atau tropespulamerupakan bahasa yang
perlu difahami maknanya secara tersirat. Strategi skema ini terbahagikepada skema
seimbang, skema perulangan, skema pengguguran, skema ragaman, dan
skemahiperbaton. Strategi majaz pula dapat dikategorikan kepada beberapa
bahagian, iaitu majazpertautan, majaz perbandingan, majaz ragaman, majaz
pertentangan, dan majaz Melayu. Umar Jusuh(1989:237) mentakrifkan majaz
atautropes ini sebagai ungkapan bahasa, pepatah dan sebagainya. Majaz juga
membawamakna memindahkan perkataan hakiki kepada bukan hakiki dan dapat
difahami dengan adanyahubungan dan petunjuk. Strategi majaz ini terbahagi kepada
dua bentuk, iaitu majaz yang dapatdifahami dengan akal dan majaz yang dapat
difahami dengan lafaz.

Dalam tatabahasa, frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata
atau rentetan beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat,
sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan. Frasa tiada subjek dan
predikat. Frasa tidak membawa maksud yang lengkap yang boleh dikatakan sebagai
satu ayat

Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya
dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas
menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan
predikat.

Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS.
Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik
dan frasa eksosentrik. Frasa endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur
inti. Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan mengikut
unsur inti ini. FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik. Ini kerana kata nama, kata
kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa itu.

Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis kata nama)

Manakala frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur
inti contohnya ke tandas dan di sekolah . Kewujudan sendi nama di bergantung pada
sekolah dan ke kepada tandas. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik
kerana pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran.

Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat
yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa merupakan ayat yang membentuk ayat
majmuk. Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak
bebas.

Klausa bebas

Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri dengan sendiri dan apabila diucapkan
dengan intonasi yang sempurna, klausa bebas ini akan menjadi ayat yang
lengkap.Contoh:

1. Ahmad menari. (klausa bebas)

Klausa tak bebas

Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri dan dalam ayat
majmuk, klausa tak bebas ini dipancangkan ke dalam klausa bebas atau klausa
utama. Contohnya:

1. Dia lulus dalam ujian kerana belajar bersungguh-sungguh.


2. Dia lulus dalam ujian (klausa utama/klausa bebas)
3. kerana belajar bersungguh-sungguh (klausa tak bebas)

Assalam..

Ayat : Putih bajunya.

Dalam ayat di atas. Subjek ialah 'baju'. Manakakah predikat ialah 'putih'. Di mana
‘baju’ merupakan kata nama dan ‘putih’ ialah kata adjektif. Jenis ayat di atas ialah
ayat tunggal susunan songsang. Di mana jika di susun secara normal ayat ini akan
menjadi “ Bajunya putih”.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Di manakah saya letakkan jam tangan saya tadi?

Ayat di atas berfungsi sebagai ayat tanya. Dalam konteks biasa, ayat tersebut
berfungsi sebagai ayat tanya terbuka yang menghendaki jawapan yang berupa
penjelasan atau penerangan. Ayat tanya jenis ini ditandai oleh adanya kata tanya
seperti apa, bagaimana, berapa, bila, siapa, mana, kenapa, dan frasa sendi nama
tanya seperti yang mana, di mana, sejak bila dan sebagainya.

Dalam konteks kesantunan pula, berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh
penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam
komunikasi. Kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam
menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.
Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan
kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan. Penggunaan kata ganti nama
saya bagi menggantikan aku merupakan bahasa santun dalam perbualan.

i. Dalam konteks biasa, fungsi ayat ini ialah ayat tanya yang menggunakan kata
tanya..

Ayat di atas berfungsi sebagai ayat tanya kerana adanya kata tanya iaitu di manakah
dan ingin mendapatkan jawapan. Ayat tanya merupakan ayat yang digunakan untuk
mendapatkan jawapan. Jawapan daripada pertanyaan bukan sahaja boleh
dinyatakan dengan mengiakan atau menidakkan, malahan boleh berupa penjelasan
atau untuk menegaskan sesuatu maksud. Di samping itu, dalam ayat di atas juga,
terdapat penggunaan partikel -kah. Partikel -kah digunakan bagi menegaskan
maksud ayat tanya tersebut.

ii. Dalam konteks kesantunan pula, ayat tersebut menepati ciri kesantunan.

Sememangnya, penggunaan bahasa yang santun, melambangkan hubungan sosial


yang baik antara penutur dengan pendengar. Kesantunan bahasa bermakna timbang
rasa yang kita berikan kepada orang yang mendengar kita bercakap. Dalam ayat di
atas, didapati struktur binaan ayatnya yang betul dan penggunaan tatabahasa yang
bertepatan dalam ayat umpamanya penggunaan kata ganti nama diri "saya" sebagai
kata ganti diri pertama amat sesuai dan menunjukkan kesantunan ayat. Justeru, jika
"saya" digantikan dengan perkataan "aku", sudah pastilah ayat tersebut tiada
kesantunannya lagi.

Membaca merupakan satu proses yang kompleks kerana semasa membaca


terdapat beberapa proses yang berlaku. Selain daripada membaca sebagai satu
proses kognitif, proses lain yang berlaku ialah proses sensori (kederiaan), proses
pengamatan dan proses bahasa (linguistik). Setiap proses memainkan peranan
yang penting dalam proses membaca secara keseluruhan.
Membaca adalah satu proses kognitif
- Membaca bukan hanya melibatkan proses mekanis tetapi juga melibatkan
proses kognitif atau berfikir pada semua peringkat membaca seperti mengecam,
mendiskriminasi, dan memaham. Oleh itu kecerdasan seseorang akan
mempengaruhi kemajuannya dalam membaca.
Membaca sebagai proses sensori (kederiaan)
- Deria atau panca indera adalah pintu masuk berbagai rangsangan ke otak
untuk diproses. Dua deria yang terlibat secara aktif dalam proses membaca adalah
penglihatan dan pendengaran. Kedua-dua deria ini berhubung rapat antara satu
sama lain dalam proses membaca.
Membaca sebagai proses pengamatan
- Pengamatan adalah satu proses menimbulkan makna kepada tugas-tugas
panca indera berdasarkan pengalaman lalu dan pengamatan ini berhubung rapat
dengan pemikiran. Dalam bacaan, pengamatan membolehkan seseorang mengenal
dengan tepat lambang-lambang dan mengaitkannya dengan bunyi-bunyi dan juga
makna.
Membaca sebagai satu proses bahasa
- Bacaan adalah sebahagian daripada kemahiran bahasa (language arts) iaitu
yang bermula daripada mendengar, bertutur, membaca, dan seterusnya menulis.
Membaca dapat membantu manusia berkomunikasi dan berhubung sesama mereka
melalui sistem lambang-lambang tulisan yang mereka cipta.

Ritma bermaksud rentak, irama dan tempo. Ritma terhasil daripada pergerakan,
bermula daripada dorongan semulajadi dalam diri manusia untuk bergerak dengan
gaya rentakan dan daripada gerak tari sebagai sumbernya telah melahirkan bentuk-
bentuk ritma dan struktur muzik.

Pergerakan didefinisikan sebagai sebarang bentuk gerak yang dilakukan oleh


seseorang dan seterusnya menyebabkan berubah kedudukan atau kekal di tempat
yang sama.

Secara umumnya, pergerakan terbahagi kepada 3 jenis pergerakan iaitu pergerakan


lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulatif alat. Penglibatan kanak-
kanak dalam kesemua jenis pergerakan asas adalah amat penting bagi
meningkatkan keupayaan dan kebolehan mereka dalam sesuatu jenis kemahiran
sukan dan aplikasi dalam kehidupan seharian.

Ritma merupakan hanya satu aspek dalam paduan ritma dan pergerakan yang
menjadi sebahagian daripada konsepsi pergerakan gerak tari yang luas.

Pergerakan dan ritma adalah berkait rapat antara satu sama lain. Ia mampu
menjadikan kanak-kanak lebih kreatif, menghargai, dalam menghasilkan gerakan-
gerakan berdasarkan corak bunyian.

Selain itu juga, penggabungan ini akan meningkatkan koordinasi dalam menyelaras
dan menyeragamkan pergerakan-pergerakan baru, menggalakkan ekspresi diri
melalui pergerakan bebas dalam tarian, mengenai potensi diri dan meningkatkan
keyakinan diri.
Gimnastik pendidikan boleh didefinisikan sebagai satu pendekatan dalam
pendidikan di Malaysia. Gimnastik pendidikan ini ianya memberikan tumpuan kanak-
kanak kepada pembelajaran dan pengajaran yang unik dari beberapa segi iaitu dari
segi gaya pergerakan, pembelajaran dan perkembangan seseorang pelajar atau
kanak-kanak. Konsep gimnastik pendidikan dilakukan dengan tujuan yang tertentu
adalah untuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam setiap pergerakan.
Setiap pergerakan yang dibuat membolehkan kanak-kanak atau pelajar mempelajari
sesuatu yang baru dalam pelajaran mereka. Selain itu, pendidikan gimnastik juga
memberi peluang untuk melihat pergerakan yang dapat dilakukan oleh murid.
Kadang kala kanak-kanak tidak pasti yang dapat melakukan pergerakan-pergerakan
yang ditunjukkan oleh guru. Tetapi apabila kanak-kanak itu mencuba aktiviti yang
dibuat, guru akan dapat mengenal pasti kebolehan kanak-kanak dalam gimnastik.

Apabila kanak-kanak dapat melakukan pergerakan yang ditunjukkan oleh


guru, mereka akan dapat menyelesaikan masalah-masalah pergerakan yang
dihadapi. Hal ini demikian kerana, tubuh badan tidak dapat mengetahui sama ada
dapat melakukan sesuatu pergerakan atau tidak melainkan dengan membuat
pergerakan itu terlebih dahulu. Murid juga perlu mengatasi rintangan dengan
pelbagai cara pergerakan. Antara contoh pergerakan yang dilakukan oleh murid
adalah gulingkan badan dari depan ke belakang dengan bertubi-tubi, bergerak dari
setempat ke setempat yang lain, dan melakukan pergerakan dari setingkat kepada
setingkat yang lain. Peralatan yang digunakan dalam gimnastik ini ialah gelung,
tilam, reben peti tombol, bangku essex, pemidang taiping, dan sebagainya.

Manakala Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan


kecergasan fizikal. Ia lebih banyak fokus kepada komponen kecergasan berkaitan
dengan kemahiran motor. Dalam melakukan aktiviti gimnastik artistik penekanan
tertumpu kepada kekuatan daya tahan otot, kuasa, fleksibiliti, imbangan dan
ketangkasan. Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan.
Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan,
ketangkasan, dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepada
beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangan
kemahiran gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai oleh pelajar
sebagai persediaan kepada pergerakan gimnastik yang lebih luas.
Gimnastik artistik adalah biasanya terbahagi kepada gimnastik lelaki dan wanita.
Setiap kumpulan melakukan acara berlainan; lelaki bersaing dalam melombol,
palang sejajar, kekuda berpelana, gelang roman, palang tunggal, dan senaman
lantai, manakala wanita bersaing dengan melombol, palang bertingkat, batang titian,
dan senaman lantai. Walaupun rutin-rutin dipersembahkan pada acara mungkin
pendek, secara fizikal adalah meletihkan dan menolak kekuatan gimnas,
kebolehlenturan, ketahanan dan kesedaran kepada had.
Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah Pendaratan, Statik, Gerak edar,
Putaran, Hamburan,Ayunan. Manakala perkara-perkara penting yang perlu diberi
perhatian ketika melakukan aktiviti gimnastik artistik iaitu, Keupayaan untuk
meningkatkan kecergasan fizikal dalam aspek-aspek regangan, fleksibiliti, daya
tahan dan kekuatan otot, ketangkasan imbangan, kemahiran serta melombol.
Kebolehan merangkaikan ombangan, ketangkasan dan melombol dalam satu
pergerakan. Meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan sesuatu pergerakan
yang lebih sukar. Penumpuan kepada pengekalan postur yang baik ketika
melakukan pergerakan.
Keupayaan untuk menguasai kemahiran supaya keindahan pergerakan dapat
dihasilkan serta keupayaan untuk menghayati pergerakan kinestetik dan estatik.
Seseorang ahli gimnastik dinilai dari segi kekuatan, keseimbangan, dan ketepatan
pergerakan. Dalam kejohanan gimnastik dunia dan sukan olompik, setiap pasukan
akan merebut tiga kategori kejuaraan iaitu berpasukan, keseluruhan, dan individu
untuk setiap alatan. Acara yang di pertandingkan bagi ahli gimnastik lelaki ialah;
Senaman lantai,kekuda pelana, gelang,lombol, palang sejajar, palang tunggal.
Gimnas wanita pula bertanding dalam empat acara iaitu” Senaman lantai, palang
berperingkat, batang titian.

Apa itu regangan atau stretching? Regangan atau latihan fleksibiliti adalah salah satu
komponen yang paling kurang dilakukan dalam aktiviti senaman biasanya. Fleksibiliti
atau kelenturan adalah salah satu komponen yang dimasukkan dalam komponen
kesihatan selain komposisi badan, daya tahan otot, kekuatan otot dan
kardiovaskular.

Terdapat beberapa jenis teknik regangan:

Regangan Dinamik
Regangan dinamik menggunakan momentum yang sederhana dan jarak pergerakan
hampir penuh. Regangan dinamik telah terbukti mengurangkan keketatan otot
(muscle tightness) yang merupakan salah salah faktor peningkatan kecederaan
musculotendinous. Banyak kajian menyokong rengangan dinamik sebelum latihan
jika dibandingkan regangan statik. Kajian juga menunjukkan penurunan 30% dalam
kekuatan dan kuasa setelah melakukan regangan statik sbelum latihan.

Regangan Balistik

Regangan balistik memaksa meningkatkan jarak pergerakan otot dengan


menggunakan momentum. Regangan balistik mempunyai tiga tahap utama;

1. Fasa awal – aksi konsentris


2. Fasa meluncur – bergantung pada momentum yang dihasilkan pada fasa awal
3. Fasa pengurangan – tindakan eksentrik bila otot melewati jarak pergerakan otot

Regangan Statik

Terdapat dua jenis regangan statik ialah regangan statik pasif dan regangan statik
aktif. Regangan statik pasif tidak memerlukan bantuan sementara regangan
statikaktif memerlukan kontraksi otot untuk menahan regangan. Contoh regangan
statik pasif adalah meregangkan hamstring di mana anda meletakkan kaki anda di
kerusi. Tidak ada usaha lain yang diperlukan untuk menahan regangan tersebut.

Contoh regangan statik aktif adalah di mana seseorang berada dalam keadaan
lunge di mana otot agonis dan asas akan digunakan untuk menjaga badan supaya
tegak dalam kedudukan yang dikehendaki. Ketegangan dari agonis dalam regangan
statik aktif membantu mengendurkan otot-otot yang diregangkan melalui reciprocal
inhibition. Dalam bahasa mudah, satu otot bekerja, satu otot tidak bekerja.

Regangan statik biasa dilakukan dalam banyak latihan dan pergerakan. Ia


digalakkan dilakukan selepas latihan bebanan untuk memastikan aliran darah dan
nutrisi ke otot yang bekerja. Adakah regangan statik sesuai dilakukan dalam latihan?
Saya sering melihat ada orang melakukan regangan ketika sedang melakukan.
Menurut kajian, regangan statik yang dilakukan semasa latihan boleh mengurangkan
kekuatan sehingga 30% atau lebih. Jadi bagi mereka yang melakukan regangan
ketika latihan tidak mampu mengangkat bebanan maksima.

Regangan Isometrik

Regangan isometrik hampir sama seperti regangan PNF. Satu kontraksi isometrik
terjadi ketika regangan otot dibuat dalam kelompok otot tanpa perubahan panjang
otot. Regangan ini dilakukan dengan permukaan tidak bergerak atau objek.
Regangan isometrik tidak digalakkan untuk mereka yang tulangnya masih membesar
iaitu kanak-kanak dan remaja. Regangan isometrik juga tidak boleh digunakan untuk
otot yang cedera kecuali dengan pengawasan pakar. Regangan isometrik juga tidak
sesuai ketika otot masih sejuk dan digalakkan selepas latihan. Contoh mudah
regangan isometrik ini adalah melakukan gerakan split.
Regangan Proprioceptive Neuromuscular Facilitation (PNF)

PNF merupakan regangan yang paling baik untuk meningkatkan jarak pergerakan
otot. Regangan isometrik tidak menggunakan bantuan manakala PNF menggunakan
bantuan seorang lagi. Kebiasaanya PNF digunakan dalam terapi fizikal, rehabilitasi
yang mana julat pergerakan menjadi limit disebabkan kecederaan. PNF juga mampu
meningkatkan masa pemulihan selepas latihan bebanan.

Anda mungkin juga menyukai