Anda di halaman 1dari 16

TUGASAN SEMESTER MAY 2016

KOD KURSUS EEM 422

NAMA KURSUS KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR


PENDIDIKAN MORAL
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR MUHAMMAD B MOHD NOOR

NO. MATRIK E 30209130028

NAMA FASILITATOR ENCIK AMINUDDIN BIN MAMAT


AKADEMIK

PUSAT KOTA BHARU, KELANTAN.


PEMBELAJARAN

BAHAGIAN A
Baca artikel “Guru Cemerlang Pendidikan Moral: Keperluan Menguasai Aspek Kandungan
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral dan Implikasinya oleh Kalaiselvi Ettikan,
Nur Surayyah Madhubala Abdullah & Umi Kalthom Abdul Manaf.

BAHAGIAN A

Baca artikel “Guru Cemerlang Pendidikan Moral: Keperluan Menguasai Aspek Kandungan
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral dan Implikasinya oleh Kalaiselvi Ettikan,
Nur Surayyah Madhubala Abdullah & Umi Kalthom Abdul Manaf.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan konsep Guru Cemerlang pada tahun
1994 sebagai satu laluan kenaikan pangkat sebagai ganjaran kepada guru yang pakar dalam
sesuatu mata pelajaran. Ini adalah untuk mengelak guru-guru yang berdedikasi ini ditukarkan ke
jawatan pentadbiran (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008). Dengan cara ini, guru-guru yang
bermotivasi tinggi, mahir, berpengalaman dan pakar dalam sesuatu bidang tertentu dapat terus
dikekalkan untuk mengajar di sekolah bagi memperkasakan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru cemerlang yang dilantik ini adalah berdasarkan kepada beberapa aspek
kecemerlangan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu aspek peribadi,
pengetahuan dan kemahiran, hasil kerja, komunikasi, potensi dan sumbangan kepada kemajuan
pendidikan negara (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008).
Guru-guru yang memohon jawatan guru cemerlang juga perlu mempunyai pengalaman
mengajar melebihi lima tahun dan mengajar mata pelajaran kepakarannya bagi tiga tahun
terakhir berturut-turut sebelum membuat permohonan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008).
Ini bermakna walaupun guru tersebut tidak mempunyai pengkhususan dalam mata dalam bidang
yang diajar, juga layak memohon jawatan guru cemerlang. Dalam mata pelajaran Pendidikan
Moral, terdapat seramai lima puluh orang guru cemerlang. Keadaan ini membangkitkan pelbagai
persoalan. Adakah pengetahuan kandungan bagi guru Pendidikan Moral tidak penting? Sejauh
mana guru cemerlang Pendidikan Moral Walaupun perlantikan guru cemerlang telah melalui
beberapa proses saringan untuk tujuan melantik mereka yang betul-betul pakar dan cemerlang
namun terdapat isu yang tidak diingini timbul. Menurut Rahim (2013), terdapat isu yang
menyatakan bahawa guru cemerlang yang dipantau di sekolah kurang menyerlah dan tidak
terdapat perbezaan dengan guru biasa di sekolah. Pelbagai persoalan timbul akibat daripada hasil
pemantauan ini. Adakah guru cemerlang Pendidikan Moral tergolong dalam kumpulan ini?
Apakah tahap kecemerlangan dan kepakaran guru cemerlang Pendidikan Moral? Oleh itu kertas
konsep ini adalah penting kerana memberi ruang untuk perbincangan mengenai isu ini. Justeru,
sebelum menjawab persoalan yang diutarakan, adalah penting untuk melihat apakah yang perlu
dikuasai oleh guru cemerlang Pendidikan Moral.
Sorotan kajian ini berdasarkan kepada kajian-kajian lepas serta teori yang berkaitan
dengan pengetahuan kandungan. Menurut Shulman (1987), pengetahuan kandungan merupakan
pengetahuan asas sesuatu mata pelajaran yang diperlukan oleh seorang guru dan merupakan
elemen paling penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru yang hanya mempunyai asas
pengetahuan tetapi tidak menguasainya tidak mungkin dapat mengajar dengan berkesan
(Grossman, Hammerness, & McDonald, 2009). Ini bermakna guru yang memiliki pengetahuan
dalam bidangnya, perlu mahir dalam penyampaian kepada murid supaya pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan berlaku. Kemahiran menyampaikan pengetahuan berlaku apabila
guru faham dan menguasai pengetahuan kandungan mata pelajaran yang diajar.
Menurut Aroff dan Chang (1994) adalah tidak wajar sekiranya guru yang tidak
mempunyai asas pengetahuan dalam Pendidikan Moral mengajar murid.Guru yang betul-
betul memahami dan menguasai setiap konsep dalam Pendidikan Moral akan dapat
penyampaian isi pelajaran dengan berkesan. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
bergantung kepada guru yang mengajar dan murid yang mempelajari suatu mata
pelajaran. Oleh hal yang demikian, penguasaaan pengetahuan kandungan guru cemerlang
Pendidikan Moral adalah sangat penting kerana ia akan mempengaruhi pembelajaran
murid di dalam kelas (Solis, 2009). Satu kajian telah dijalankan oleh Rahman (2007)
untuk melihat pengetahuan kandungan dan pedagogi guru . Kajian berbentuk kualitatif ini
menggunakan reka bentuk kajian kes. Data kajian diperolehi melalui temubual, senarai
semak serta analisis dokumen. Responden kajian terdiri daripada tiga orang guru
berpengalaman Pendidikan Moral di sebuah sekolah. Hasil dapatan kajian menunjukkan
guru-guru kurang mempunyai pengetahuan dalam konsep-konsep moral, nilai, dan isi
pelajaran.
Hasil pembelajaran juga kurang selaras dengan Huraian Sukatan Pelajaran
Pendidikan Moral Tingkatan Empat. Guru berpengalaman ini didapati keliru antara nilai
dan tajuk pengajaran yang mempengaruhi isi pelajaran dan hasil pembelajaran. Hanya
pendekatan pemupukan nilai serta teknik pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru
digunakan sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pengajaran guru lebih
berpusatkan kepada persediaan menjawab soalan dalam peperiksaan dan kurang memberi
penekanan kepada dimensi moral secara seimbang. Impak kepada masalah penguasaan
guru dalam isi kandungan bukan sahaja mengganggu proses pengajaran dan apatah lagi
sebagai seorang guru cemerlang. Ini kerana guru yang menguasai isi kandungan mata
pelajaran membantu meningkatkan kefahaman murid dalam topik yang diajar (Shadreck
& Isaac, 2012). Ada pandangan yang menyatakan bahawa guru yang mempunyai
pengkhususan suatu mata pelajaran lebih menguasai isi kandungan mata pelajaran dengan
baik. Namun dapatan kajian Mahamod dan Nor (2012) menunjukkan bahawa guru
Bahasa Iban yang tidak mempunyai pengkhususan dalam mata pelajaran yang diajar
menguasai isi kandungan dengan lebih baik berbanding guru yang mempunyai
pengkhususan dalam mata pelajaran yang diajar. Ini adalah kerana guru yang mengajar
Bahasa Iban adalah berasal daripada kaum Iban itu sendiri. Guru-guru ini telah pun
mempunyai pengalaman awal dalam menggunakan bahasanya sendiri yang dapat
membantu ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Dapatan Mahamod dan Nor (2012) bercanggah dengan dapatan Rahman (2007) di mana
guru yang mempunyai pengkhususan (minor) dalam mata pelajaran Pendidikan Moral belum lagi
menguasai isi kandungan dengan baik.Kepelbagaian latar belakang guru mempengaruhi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas (Sugarman, 1973). Keadaan ini akan
mempengaruhi hasil pembelajaran Pendidikan Moral dan matlamat yang diharapkan tidak
mungkin dapat dicapai. Oleh hal yang demikian, pengkhususan adalah perlu bagi guru yang
mengajar Pendidikan Moral. Melalui pengkhususan, guru-guru akan didedahkan mengenai
pembelajaran tetapi juga memberi kesan terhadap pencapaian murid (Mahamod & Nor, 2012). I
Penguasaan pengetahuan kandungan adalah amat penting kepada guru Pendidikan Moral. Ini
kerana konsep-konsep yang difahami tidak akan diajar secara langsung kepada muridnya.
Konsep-konsep ini akan diterapkan secara tidak langsung dalam pengajaran dan pembelajaran.
Sekiranya guru memahami setiap konsep dan fungsinya, pengajaran dan pembelajaran akan
menjadi mudah kerana guru tahu tujuan setiap pengajaran. Ini akan memudahkan cara
penyampaian guru kepada bentuk yang mudah difahami oleh murid. Susunan pengajaran
menjadi teratur dan kaedah pengajaran lebih berpusatkan murid menyebabkan murid memahami
tujuan pengajaran (Zakaria, 2011).
Menurut (Shulman, 1987) hanya menguasai pengetahuan kandungan, seorang guru
mungkin tidak dapat menyampaikan pengajarannya secara berkesan. Guru perlu menguasai
strategi pengajaran kerana di dalam satu kelas terdiri daripada murid yang mempunyai pelbagai
kebolehan dan latar belakang. Apabila wujud murid yang mempunyai pelbagai
kebolehan dalam satu kelas, murid-murid ini mempunyai harapan yang berbeza daripada guru
yang mengajar. Halim, Abdullah, dan Meerah (2013) mendapati bahawa murid yang
berpencapaian tinggi menaruh harapan yang tinggi daripada guru. Murid-murid ini
mengharapkan guru bersedia dengan sepenuhnya sebelum memulakan pengajaran di dalam
kelas. Persediaan guru termasuklah persediaan mengenai mata pelajaran yang diajar, isi
kandungan yang akan disampaikan, penggunaan alat bahan bantu mengajar dengan mengambil
kira karekteristik murid yang akan diajar. Walaupun murid berpencapaian rendah mempunyai
harapan yang rendah daripada gurunya, namun guru perlu mempunyai pengetahuan dalam
pelbagai dimensi supaya guru ini dapat mengolah isi pelajarannya bagi menarik minat murid
sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh hal yang demikian, pengetahuan
kandungan guru memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan di dalam kelas. Walaupun kajian yang mengkaji elemen
pengetahuan kandungan guru Pendidikan Moral kurang tetapi pelbagai kajian telah dijalankan
dalam bidang lain seperti bidang Sains, Matematik dan Bahasa. Chantaranima dan Yuenyong
(2014) telah menjalankan satu kajian terhadap guru pakar Fizik di sebuah sekolah di Thailand
untuk mengkaji elemen pengetahuan kandungan dan pedagogi guru pakar. Kajian berbentuk
kualitatif dilakukan dengan menemubual dan pemerhatian di dalam kelas sewaktu guru pakar
mengajar. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan kandungan dan pedagogi guru pakar
membolehkan murid membina pemahaman terhadap mata pelajaran sains dan pengetahuan
mereka dalam konteks sosial. Kepelbagaian aktiviti yang dijalankan sewaktu pengajaran dan
pembelajaran dapat mengekalkan minat belajar murid.
Satu kajian telah dilakukan terhadap penuntut universiti oleh Jang (2011) untuk menilai
pengetahuan kandungan dan pedagogi enam pensyarah dari pelbagai pengkhususan melalui
persepsi penuntut universiti. Kajian ini telah menggunakan teori pengetahuan asas guru yang
dipelopori oleh Shulman. Jang telah membina instrumen sendiri untuk mendapatkan data kajian.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa dua daripada enam pensyarah mempunyai tahap
pengetahuan kandungan dan pedagogi yang baik. Manakala pengetahuan kandungan dan
pedagogi bagi empat pensyarah memerlukan penambahbaikan dari segi mengetahui pengetahuan
lepas murid, pendekatan pengajaran, penggunaan pedagogi dan penilaian pengajaran yang terlalu
sukar. Dapatan kajian ini menunjukkan, walaupun responden kajian terdiri daripada pensyarah
berpengalaman namun pengetahuan kandungan dan pedagogi mereka masih memerlukan
penambahbaikan.
Zakaria, Yaakob,Maat, & Adnan (2010) telah menjalankan satu kajian terhadap 250
murid matrikulasi di Malaysia. Tujuan kajian dijalankan adalah untuk melihat pengetahuan
konseptual matematik pensyarah dan hubungannya dengan pencapaian murid. Kajian berbentuk
kuantitatif ini menggunakan ujian pengetahuan konseptual untuk diedarkan kepada responden.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan konseptual matematik murid aliran
akaun adalah rendah berbanding dengan murid aliran sains. Namun begitu, dapatan kajian
menunjukkan bahawa wujudnya hubungan yang signifikan antara pengetahuan konseptual
matematik dengan pencapaian akademik murid. Ini menunjukkan pengetahuan konsep yang
dimiliki oleh guru mempengaruhi secara langsung pengetahuan konsep murid. Pengetahuan
konsep murid sangat penting dalam menyelesaikan soalan berbentuk penyelesaian masalah.
Selain itu, guru cemerlang yang menguasai pengetahuan kandungan juga dipercayai mampu
menarik minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid yang komited di dalam
kelas dapat menunjukkan pencapaian yang positif kerana memahami apa yang disampaikan oleh
gurunya (Hashim, 2013). Pemahaman murid boleh diketahui melalui sesi soal jawab yang
dilakukan di dalam kelas oleh guru dan muridnya. Namun apa yang berlaku hari ini di dalam
kelas Pendidikan Moral adalah, situasi di mana guru mengenalkan suatu topik atau nilai, diikuti
dengan perbincangan dalam satu kumpulan kecil dan diakhiri dengan pembentangan oleh ahli
kumpulan tersebut berdasarkan catatan atas kertas mahjong dengan ringkas dan tergesa-gesa
tanpa sebarang persoalan dan perbincangan yang bermakna di dalam kelas (Hashim, 2013).
Aktiviti diadakan untuk mengisi masa kelas. Situasi ini menunjukkan kelemahan guru yang tidak
menguasai isi pelajarannya dan kurangnya pengetahuan kandungan yang menyebabkan guru
tidak membuat perbincangan lanjut dengan muridnya.
Sugarman (1973) menyataka salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan moral murid
adalah pengetahuan guru dalam Pendidikan Moral. Pengetahuan yang diperolehi ketika program
perguruan serta pengalamannya memainkan peranan dalam perkembangan moral murid yang
boleh diukur melalui tingkah laku murid. Perkembangan moral bermaksud apabila seorang murid
menghadapi suatu situasi, murid tersebut dapat berfikir, mempunyai perasaan serta bertindak
bagi menyelesaikan situasi yang dihadapinya. Perkembangan moral adalah penting kerana dapat
menggalakkan murid membuat tindakan yang rasional.
Berdasarkan sorotan kajian di atas, dapat dirumuskan bahawa guru cemerlang Pendidikan
Moral harus menguasai pengetahuan kandungan. Guru yang menguasai pengetahuan kandungan
mampu mengolah isi pelajarannya kepada bentuk yang mudah difahami oleh murid yang terdiri
daripada pelbagai kebolehan. Penguasaan guru dalam pengetahuan kandungan adalah amat
penting dalam kesemua fasa pengajaran dan pembelajaran dari menyediakan rancangan
pengajaran sebelum mengajar hinggalah membuat refleksi diri selepas pengajaran.
Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa kajian ini adalah tentang guru yang
mengajar Pendidikan Moral perlulah memahami, menguasai dan mengolah isi pelajaran ke pada
bentuk-bentuk yang lebih mudah difahami.
Begitu juga dengan perlantikan guru cemerlang yang melalui pelbagai proses saringan
turut dipersoalkan kerana semasa dipantau di sekolah ianya kurang menyerlah dan sama seperti
guru biasa yang lain.
Oleh itu, guru seharusnya menguasai pengetahuan dalam bidang yang diajar. Guru yang
memiliki pengetahuan yang mendalam dalam mata pelajaran yang diajar dapat mengolah isi
dengan baik, menyusun pengajaran dengan sempurna dan paling penting murid dapat aplikasikan
apa yang diajar dalam kehidupan seharian. Ini menunjukkan pengajaran berkesan telah
dilakukan.
Hari ini kebanyakan di sekolah kebangsaan, guru yang mengajar Pendidikan Moral
bukanlah guru opsyen. Keadaan ini akan mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah dan matlamat yang diharapkan tidak mungkin dapat dicapai.
BAHAGIAN B

“ PENDIDIKAN MORAL : KEPENTINGAN KAEDAH DAN STRATEGI MENGAJAR


DI SEKOLAH.

PENDIDIKAN MORAL
Pengenalan
Pendidikan Moral sudah lama dijalankan di sekolah-sekolah secara langsung dan tidak langsung, di
mana secara langsung ianya di ajar dalam mata pelajaran seperti agama dan etika.
Bagaimanapun Pendidikan Moral pada masa dulu tidaklah seko mpleks sekarang
kerana pada masa dulu Pendidikan Moral hanya diberi penekanan dari segi pembentukan nilai
serta perwatakan yang baik di kalangan pelajar sekolah oleh pihaksekolah. Dalam konteks
masyarakat yang sedang berubah Pendidik an Moral dilihatsebagai satu program
formal dan tidak formal yang bertujuan menerapkan nilai-nilai kema nusiaan selaras
dengan prinsip-prinsip Rukun Negara supaya mereka boleh menyumbang sepenuhnya untuk
kebaikan masyarakat dan negara.
Nilai-nilai baik seperti kebersihan diajar dalam mata pelajaran
kesihatan,manakala nilai-nilai kasih sayang, kerjasama dan sebagainya diajar melalui Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris.Nilai patriotisme dan cinta akan negara diajar melalui mata
pelajaran sivik
Dalam melaksanakan pendidikan moral secara lebih berkesan, beberapa
kaedah pengajaran yang menarik telah dikenalpasti dan dijalankan oleh guru-guru
agar murid lebih memahami dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kaedah
merupakan satu perancangan aktiviti untuk melaksanakan pengajaran dengan
teratur dan sistematik. Kaedah perlu dibuat dalam bentuk langkah demi langkah
yang tersusun dan sesuai untuk mencapai dan memenuhi objektif pembelajaran.
Guru perlu memilih kaedah yang sesuai dan boleh memenuhi objektif dan objektif
dan keperluan pembelajaran murid.
Antara kaedah pengajaran yang dikenalpasti boleh meningkatkan kebolehan
murid ialah kaedah simulasi. Kaedah simulasi atau main peranan adalah suatu
situasi yang diwujudkan supaya menyerupai situasi sebenar tetapi dalam bentuk
yang lebih mudah diselesaikan. Dalam kaedah ini, guru mempunyai beberapa
tanggungjawab antaranya, memilih satu masalah yang melibatkan minat atau
pandangan yang berlawanan. Guru perlu memastikan unsur-unsur utama masalah
atau isu terkandung dalam simulasi. Seterusnya guru perlu mengenalpasti konsep-
konsep yang terlibat dalam masalah serta guru berperanan menentukan langkah-
langkah yang perlu diambil semasa simulasi. Ini termasuklah bagaimana tingkahlaku
murid, peranan yang dimainkan oleh murid, serta peraturan yang mempengaruhi
tingkah laku murid.
Murid mengambil bahagian dalam simulasi dengan cara main peranan
individu atau pihak yang terlibat mengikut peraturan atau prosedur yang ditentukan
oleh guru. Contohnya, dalam satu simulasi tentang hasil bagaimana pekerja-pekerja
kebun sayur menggunakan pelbagai peralatan semasa bekerja. Secara
keseluruhannya simualsi akan Berjaya jika melibatkan situasi kehidupan
seharian.Simulasi juga digunakan bersama-sama dengan kaedah buku tks
,perbincangan dan penyoalan.
Kaedah kedua yang turut digunakan dalam pengajaran pendidikan moral ialah
kaedah bermain. Permainan merupakan satu aktiviti yang paling diminati dana mat
sesuai untuk perkembangan murid. Guru-guru boleh mengadakan perbincangan
selepas aktiviti bermain. Kaedah ini memberi peluang kepada murid membina
kemahiran jasmani, keyakinan diri dan merangsang sifat kepimpinan.
Aktiviti bermain sebenarnya dapat merangsang interaksi social secara positif
dengan guru dan rakan sebaya.Kaedah bermain dapat merangsang interaksi social
dan dapat menambah keyakinan diri serta mengurangkan kebosanan dalam
pembelajaran.Bermain sebenarnya mampu bertindak sebagai alat pemulihan,
pengukuhan dan penggayaan. Permainan juga dapat memperkembangkan kekuatan
fizikal, koordinasi dan ketangkasan. Selain itu, permainan juga dapatmembentuk
perkembangan tumpuan seseorang murid serta minat untuk menjelajahi dan
mencipta idea.
Kaedah yang ketiga pula ialah kaedah bercerita. Bercerita merupakan sautu
teknik yang boleh menarik minat murid. Biasanya murid akan lebih cepat
menumpukan perhatian terhadap penceritaan guru. Bercerita menjadikan pengajaran
dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Pelbagai cerita berunsur moral boleh
didapati dengan mudah di dada akhbar, majalah, internet dan lisan. Bercerita boleh
merangsang minda dan menimbulkan minat murid jika guru melaksanakannya secara
berkesan. Banyak pengajaran dan nilai moral dapat dcungkil daripada cerita-cerita
yang mengandungi unsur moral. Kaedah bercerita sangat sesuai dijalankan untuk
menyampaikan sesuatu mesej. Cerita yang baik harus mempunyai permulaan,
perkembangan dan penutup. Seterusnya mengandungi nilai-nilai pengajaran yang
baik daan harus dicontohi. Antara perkara yang harus ditekankan oelh guru dalam
kaedah bercerita ialah cerita harus sesuai dengan tahap kanak-kanak.. Jalan cerita
yang menarik serta kadangkala berbantukan gambar atau video klip atau
bonekadalam menunjukkan sesuatu jalan cerita. Biasanya murid-murid dapat
mengambil iktibar atau mendapat pengajaran dari cerita yang disampaikan. Dari
segi suara guru, intonasi dan sebutan yang jelas serta nada tinggi rendah dapat
menarik perhatian murid untuk mendengar cerit ahingga tamat.
Dalam pengajaran dan pembelajaran moral, kadah bercerita merupakan
kaedah yang paling popular digunakan di dalam bilik darjah dalam kebanyakkan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru. Guru dapat
menceritakan nilai-nilai moral yang terdapat dalam cerita tersebut .Antara cerita
yang mempunyai pengajaran moral seperti Anjing dengan baayng-bayang, Monyet
yang tamak, Pengembala dan serigala dan banyak lagi. Kadangkala, guru boleh
meminta murid-murid menceritakan kisah-kisah benar yang pernah mereka dengar
atau pernah mereka sendiri alami. Dalam apa jua keadaan dan suasana yang pernah
mereka alamiatau dengar. Selepas sesuatu cerita diperdengar atau disampaikan,
perlu diingatnilai-nilai moral diakhir aktiviti bercerita perlu dibincang dan dihayati
oleh murid.
Seterusnya kaedah yang digunakan oleh guru ialah kaedah nyanyian.
Nyanyian meruapakn salah satu daripada aktiviti pembelajaran yang amat disukai
oleh kanak-kkkanak pelbagai peringkat umur terutamanya murid sekolah rendah.
Teknik nyanyian sebenarnya amatmenghiburkan murid dan dapat mengurangkan
tekanan. Kaedah nyanyian boleh digunakan sebagai set induksi dalam penyampaian
sesuatu isi pembelajaran dan untuk melengkapkan aktiviti penutup.
Kaedah lakonan pula satu kaedah yang memerlukan seseorang itu memainkan
peranan semasa melakonkan watak sesuatu cerita atau peristiwa sama ada secara
spontan atau membaca skrip yang telah disediakan oleh guru. Lakonan sebenarnya
dapat menghidupkan pengajaran Pendidikan Moral dan merupakan suatu
kuasanmenarik yang mengekalkan minat murid terhadap sesuatu subjek. Terdapat
empat jenis lakonan iaitu lakonan spontan. , lakonan berskrip, lakonan mimos
dimana murid hanya menggunakan mimic muka dan lakon tanpa suara serta lakonan
menggunakan pelbagai boneka. Lakonan tanpa skrip atau lakonan spontan
memerlukan penglibatan murid secara sukarela untuk membawa sesuatu watak.
Murid harus memahami jalan cerita, watak dan nilai-nilai yang ada dalam cerita.
Kemudian murid kaitkan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan seharian.
Kaedah yang lain yang turut digunakan ialah kaedah perbincangan. Kaedah
ini dapat menggalakkan murid untuk berbincang secara dua hala. Disamping itu
juga,melalui kaedah perbincangan ini memberi peluang kepada semua murid untuk
mengutarakan pendapat, saranan dan pandangan yang bersesuaian. Secara tidak
langsung, ia melatih murid untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. Kelebihan
kaedah ini ialah guru hanya berperanan sebagai pemudah cara manakala murid akan
berasa lebih dihargai kerana diberi peluang.
Kaedah ini mempunyai kelebihannya dari segi penglibatan murid dimana
murid dapat melibatkan diri dalam kumpulan Murid juga perlu memainkan peranan
yang aktif dalam mengulas, menganalisis dan memberi idea mengenai sesuatu isu
yang dibincangkan. Guru pula berperanan untuk mengagihkan murid kedalam
kumpulan berdasarkan kebolehan murid.
Strategi merupakan susunan pendekatan dan kaedah atau langkah-langkah
yang diambil untuk melaksanakan sesuatu perancangan dalam pengajaran untuk
mencapai objektif. Pemilihan dan pelaksanaan strategi yang tepat dan bersesuaian
akan mampu melancarkan proses pembelajaran dan mencapai objektif dengan lebih
berkesan. Strategi pengajaran yang bersesuaian akan ddapat menarik minat murid
terhadap pembelajaran.
Dalam pengajaran pendidikan moral, secara amnya terdapat tiga strategi
utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu strategi berpusatkan guru,
strategi berpusatkan murid dan strategi berpusatkan bahan.
Strategi utama iaitu strategi berpusatkan guru, Strategi pemusatan guru ini
berlaku dimana guru memainkan peranan dalam menguasai aktiviti pembelajaran.
Strategi ini sesuai untuk murid tahap satu amnya tahun 1 dan 2 khususnya. Pelajar
itahun 1 dan 2 selalunya mempunyai pengetahuan yang agak terhad dan memerlukan
bimbingan dari guru. Guru perlulah menjelaskan konsep dan isi pelajaran kepada
murid.
Strategi berpusatkan murid pula melibatkan murid secara aktif dalam
pembelajaran. Murid-murid dan guru perlulah bersama-sama memainkan peranan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sifat-sifat bersosial yang positif juga
boleh diterapkan dalam aktiviti kumpulan seperti tolong menolong, hormat
menghormati dan bekerjasama dalam kumpulan serta lebih bertimbang rasa.
Strategi yang ketiga pula ialah strategi berpusatkan bahan.
Strategi ini sebenarnya banyak menekankan kepada penggunaan bahan-bahan bantu
mengajar seperti gambar, atau carta, model, slaid dan televisyen. Penggunaan bahan
boleh menarik perhatian dan tumpuan murid-murid terhadap pengajaran guru dan
mampu membantu murid memahami isi pelajaran yang disampaikan dengan lebih
mudah, cepat dan bermakna.
BAHAGIAN C

1.0 RANCANGAN MENGAJAR HARIAN PENDIDIKAN MORAL

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 

Mata Pelajaran :           Pendidikan Moral 

Tahun   :            5 Sedar 1


Tarikh  :           8 Ogos 2016
Masa    :            8.45-9.45 pagi
Bil. Murid :             20 orang
Bidang pembelajaran: 4. Nilai Berkaitan Dengan Diri dan Alam Sekitar
Nilai : 4.2 Menyayangi alam sekitar
Tema : Sumber alam sumber berharga
Tajuk : Sumber alam digunakan sebaik mungkin
I. Amalan bersederhana dalam penggunaan sumber-sumber  alam yang bernilai :
- Projek mengurangkan sisa, mengguna dan mengitar semula sisa
Isu/ Situasi:                  Fikir Dahulu Sebelum Buang
Hasil Pembelajaran:     Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat;
1. Menyenaraikan sekurang-kurangnya dua cara penggunaan sumber alam dengan betul.
2. Menghuraikan sekurang-kurangnya dua kesan kepupusan sumber alam dengan jelas.
3. Menyatakan reaksi dan perasaan mereka terhadap tindakan membazirkan penggunaan
sumber alam.
4. Menghasilkan satu bekas meletak alat tulis dengan menggunakan botol minuman.
Pengetahuan Sedia Ada :         Murid selalu makan atau minum daripada makanan yang
  dibungkus  atau ditinkan.
                             
Pendekatan :          Pemupukan Nilai
Bantu Mengajar:  
 Buku teks ms 92 -95, Buku Latihan, Komputer/ LCD, Gambar hasil kraftangan, jambangan
bunga, tin/botol minuman, gam dan gunting
Kemahiran Generik :     KBKK (membanding-beza), KMD

Langkah Catatan
P&P/ Isi Pelajaran Aktiviti P&P (Kaedah/
masa teknik, ABM,
Nilai, ICT,
KBKK, KMD)
Set Induksi Lagu `Hijau ‘ Zainal  Guru meminta - Sumbangsaran
(5 minit) Abidin. murid untuk - Nyanyian
memberi perhatian
terhadap lagu yang - Youtube ’
di perdengarkan Hijau ’ Zainal
menerusi youtube. Abidin.
 Guru memaparkan - Cintai dan    
seni kata lagu di   hargai alam
layar putih.    sekitar.
 Murid diminta
menyanyi lagu
`Hijau’ bersama-
sama.
 Murid diminta
memberi maksud
beberapa perkataan
dalam seni kata
lagu.
 Guru mengaitkan
jawapan murid
dengan tajuk.
Langkah 1 Fikir Dahulu Sebelum  Guru meminta - Perbincangan
(15 minit) Buang murid untuk kelas.
memberikan
- Cara penggunaan perhatian kepada - Buku teks m.s
sumber alam. video klip 92-93
mengenai kitar
- Kesan kepupusan semula di layar - Menjana idea
sumber alam putih.
 Guru dan murid
berbincang
mengenai video
klip yang
dipaparkan.
 Murid diminta
merujuk buku teks
m.s 92-93
 Murid membaca
petikan.
 Guru dan murid
berbincang
berdasarkan soalan
dalam buku teks.
 Murid diminta
Menyenaraikan
cara penggunaan
sumber alam dan
kesan kepupusan
sumber alam.

Langkah 2 Fikir Dahulu Sebelum  Murid berbincang - Perbincangan 


(10 minit) Buang secara berpasangan   dan
tentang   pembentangan.
Betul penggunaan - Rasional
- Kongsi kereta sumber alam yang
- Menggunakan betul atau salah. - Buku teks m.s
kenderaan  Mengisi borang 92-93
   awam `GO’. - `GO’ Banding 
- Menutup dapur gas    Beza
  selepas memasak - KMD
- Menutup pili selepas   (perasaan)
  mencuci kereta  Meluahkan
perasaan terhadap
Salah tindakan seseorang
- Membiarkan air yang membazirkan
melimpah sumber alam.
- Membuang sampah
merata.                            

Langkah 3 Menghasilkan bekas alat  Murid diminta - Demonstrasi


(20 minit) tulis dengan bersedia untuk   Projek
menggunakan tin atau melakukan projek.
botol minuman terpakai/  Guru memaparkan - Komputer/
terbuang. contoh hasil LCD
kraftangan yang
telah siap. - Kreativiti
 Guru menunjukkan
cara membuat
bekas alat tulis.
 Murid melakukan
aktiviti.
 Guru meminta
murid
mempamerkan
hasil masing-
masing.

Langkah 4 Pengukuhan  Murid diminta - Latihan bertulis


(5 minit) menjawab soalan
latihan dengan -Buku teks m.s
menandakan (      ) 95)
pada ruang yang - Buku Latihan
betul.
- Yakin

Penutup Rumusan  Murid diminta - Nyanyian


(5 minit) menyanyikan -Komputer/LCD
semula `Hijau ’. - Cintai dan   
 Dua orang murid   hargai alam
diminta membuat    sekitar.
kesimpulan
pembelajaran hari
ini.
 Guru meminta
murid membawa
tin botol minuman
ke sekolah untuk
projek seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai