Anda di halaman 1dari 19

Bab 3: Media Pengajaran

3.1 KONSEP MEDIA DAN MEDIA PENGAJARAN


 berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud perantara.
 bermakna saluran komunikasi
 Contoh : filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak,
komputer dan pengajar.
 Percival dan Elington (1984) membahagi media kepada dua bahagian

1) Pelbagai Alatan Fizikal 2) Pelbagai Saluran


Teknologi Pendidikan Komunikasi Massa

perkataan bercetak surat khabar

filem radio

pita televisyen

piring hitam

slaid dan kombinasi di


antaranya

 Reiser dan Gagne (1983) ---- media sebagai sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej
pengajaran disampaikan.
 Torkelson (1972) adalah amat menarik. Beliau membahagikan media kepada tiga bahagian
a) Mesej -- isi kandungani, iaitu apa sahaja yang terkandung dalam media
b) bentuk mesej ---berkaitan bagaimana mesej itu disimpan.
--- dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, symbol
c) saluran mesej --- peralatan fizikal sama ada yang berbentuk elektrikal atau
mekanikal yang membolehkan mesej dipersembahkan kepada pelajar

3.1.1 Media Pengajaran


 Heinich et al. (2002) media yang membawa mesej tentang pengajaran digelar sebagai media
pengajaran.
 Kemp dan Smellie (1994) media pengajaran sebagai audio visual dan bahan-bahan yang
berkaitan dengannya yang berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran.

Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk


menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga
dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian
pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran.

 Istilah ABM telah lama dibubarkan (sejak tahun 60an) kerana istilah ini memberi kurang
perhatian kepada: • pelajar; • pengembangan pembelajaran; • aspek penilaian.
3.2 FUNGSI MEDIA PENGAJARAN (MP)
3.2.1 Kelebihan MP
(a) Memperjelaskan Penyampaian Mesej
 jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya adalah
lebih berkesan.
 penjelasan dengan lebih berkesan dan menarik seperti penggunaan animasi, bunyi dan muzik
dapat dilakukan.
 segala simbol, verbal yang abstrak, dapat diperjelaskan dan ini memudahkan pelajar
memahami pelajaran.
 Misalnya, untuk menyatakan besar, tunjukkan objek atau gambar yang menunjukkan saiz
besar yang dimaksudkan
(b) Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera
Contoh:
 Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar, transparensi,
filem atau video.
 Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau high-
speed photography.
 Kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar foto
mahupun secara lisan.
 Objek yang terlalu kompleks (misalnya mesin) dapat ditunjukkan dalam bentuk model, gambar
rajah, dll.
 Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan
(c) Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi
 dapat mengatasi sikap pasif pelajar kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan
kefahaman pelajar tentang realiti.
 Pelajar juga boleh belajar sendirian, menurut kemampuan dan keselesaan masing-masing.
(d) Pengalaman dan Persepsi yang Sama
 kemampuannya dalam memberikan rangsangan pengalaman dan persepsi yang sama.
 Misalnya, sebuah perisian kursus boleh digunakan berulang kali oleh pelajar tanpa merosakkan
kandungan asal.
 Belajar secara berulang kali ini membantu pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat
tentang sesuatu konsep atau prinsip.
3.2.2 Fungsi MP dalam Pengajaran
(a) membantu pengajar melaksanakan pengajarannya secara langsung (live).
 Keberkesanan media dalam konteks ini bergantung kepada bagaimana pengajar itu
menggunakan media tersebut, tidak kira sama ada media itu dipilih daripada sesuatu koleksi
atau disediakan oleh beliau sendiri.
(b) Pengajaran Tanpa Bergantung Kepada Pengajar
 Media boleh digunakan secara berkesan tanpa kehadiran pengajar, sama ada kerana
pengajar tidak ada atau sedang membantu pelajar lain. Pelajar dibimbing oleh pereka media
tersebut (seperti mana penulis membimbing anda mempelajari modul ini) dan pengajaran
jenis ini dikenali sebagai pengajaran kendiri.
(c) Folio Bermedia Folio
 koleksi kerja pelajar yang menunjukkan perkembangan sesuatu peristiwa dan proses dalam
satu tempoh waktu.
 biasanya merangkumi artifaks seperti buku bergambar, persembahan video atau audio yang
dibuat sendiri oleh pelajar.
 berupaya memupuk pemikiran kreatif di kalangan pelajar kerana pelajar sendiri berfungsi
sebagai pereka media. Untuk itu, mereka perlu menganalisis, mendapatkan dan mentafsir
maklumat, menyusun maklumat yg ada, dan menyampaikan maklumat itu kepada orang lain.
(d) Pengajaran Tematik (Thematic)
 berfokus kepada sesuatu tajuk yang dipilih atau ditentukan oleh guru.
 bermula dengan “perkongsian pengalaman” yang diperolehi mungkin daripada tayangan
video, lawatan ke muzium atau mendengar ceramah. Kemudian, diikuti dengan “perkongsian
kepakaran” di mana pelajar secara bekerjasama mengumpulkan data dan maklumat,
menganalisis data tersebut dan akhirnya menggariskan kesimpulan.
(e) Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)
 Ia kini berkembang luas dan menjadi tapak bagi menyediakan peluang belajar pelbagai
bidang ilmu kepada semua orang.
 Telekonferensi membolehkan pelajar dari pelbagai tempat bertemu dan berbincang secara
maya.
(f) Pendidikan bagi Pelajar Istimewa
 Teknologi masa kini telah menyediakan peralatan yang bersesuaian dengan mereka yang
kurang berupaya/kecacatan.

3.3 PENGKELASAN MEDIA PENGAJARAN


 Hoban dan Zissman (1937)---
 Semakin realistik sesuatu bahan, semakin tinggilah nilainya kepada pembelajaran
 bermula daripada konkrit (situasi sebenar)kepada abstrak (perkataan)
 Edgar Dale (1946) --- Kon Pengalaman Dale
3.4 PEMILIHAN MEDIA PENGAJARAN (MP)
Faktor pemilihan media:
 Objektif --- Matlamat yang ingin dicapai
 Pelajar--- kita dapat pastikan media yang terbaik memandangkan keberkesanan media
berbeza-beza menurut ciri pelajar.
 Kaedah--- Elton (1977) membahagikan p&p kepada tiga kumpulan
i)Pengajaran Beramai-ramai.
ii) Pengajaran Kendiri.
iii) Pembelajaran Berkumpulan
 Praktikal --- berkaitan dengan isu dan sama ada pilihan ini dapat dilaksanakan. Andainya
susah sedikit sudah mengalah, maka sukarlah untuk kita membangunkan pelajar
yang cemerlang dan berdaya saing.

3.5 PENYEDIAAN MEDIA PENGAJARAN


Langkah dalam proses penyediaan atau penerbitan media:
(a) Cetuskan idea
 Idea tercetus daripada pengalaman, pembacaan, pemerhatian dan sebagainya.
(b) Nyatakan objektif
 Tuliskan dengan jelas apakah yang kita inginkan pelajar kita dapat lakukan di akhir
pengajaran nanti.
(c) Analisis pelajar dari segi:
 latar belakang; • pengetahuan sedia ada; • kadar pembelajaran; • kemahiran asas; •
kebolehan bertutur; • sikap; dan • gaya belajar.
(d) Kumpul dan susun bahan
 kenal pasti sumber; • buat sorotan menyeluruh tentang kandungan; • susun isi-isi utama; dan
 buat satu sinopsis ringkas.
(e) Rancangkan penglibatan pelajar
 Penglibatan yang aktif akan meningkatkan keberkesanan pengajaran.
(f) Tukarkan idea ke dalam bentuk visual.
(g) Semak perancangan anda.
(h) Penerbitan(进行教学)

Bab 5
Maksud media pengajaran 2-Dimensi:
● Media pengajaran 2-Dimensi merujuk kepada bahan yang dilukis, digambarfotokan atau
dicetak keatas kertas atau permukaan yang rata.
● Bahan mudah dibina tetapi tidak digunakan dengan meluas dalam proses PdPc.
● Bahan-bahan ini jika digunakan dengan betul dapat merangsangkan murid untuk
memberi tumpuan dan belajar.
Jenis-jenis pengajaran 2-Dimensi:
Gambarfoto
Media
Carta
Pengajaran
Gambarajah
2-Dimensi

Graf
Poster

Kartun & komik

Buku teks

Surat khabar

1) Gambarfoto
● dpt menunjukkan tentang sesuatu benda atau keadaan kpd murid dengan jelas dan tepat.
● dapat menyampaikan maklumat tanpa bantuan perkataan.
● dapat membantu pelajar yang lemah utuk memahami sesuatu walaupun menghadapi
masalah perbendaharaan kata semasa membaca.
● menggunakan gambar utuk memulakan sesuatu topik atau unit semasa penerangan
dalam peringkat perkembangan atau pada penutup pelajaran.
● dapat menarik perhatian pelajar kepada gambar supaya pelajar dapat mentafsir dan
memahami mesej yang terdapat dalam gambar.
Kelemahan Penggunaan Gambarfoto
● terlalu kecil utk dilihat dengan baik oleh murid-murid dalam sesuatu bilik darjah yang besar.
● tidak dapat menunjukkan keadaan atau sifat sebenar sesuatu benda kerana gambar
berbentuk dua dimensi dan statik.
● gambar yang dipamerkan tidak mempunyai warna, maka penegasan kesahan tidak
dapat dibuktikan
● gambar foto hanya menunjukkan satu sudut pandangan sahaja. Dengan itu mungkin
murid tersilap membentuk konsep mengenai sesuatu benda.
2) Gambarajah
● adalah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada
pernyataan secara lisan atau bertulis.
● fungsi utama gambarajah adalah untuk meningkatkan komunikasi dalam pengajaran.
● untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses
menyampaikan maklumat.
● Terdapat 2 jenis gambarajah iaitu carta, graf
i) Carta ialah kumpulan gambar rajah yang menunjukkan perkara-pekara yang telah berlaku
dalam jangka masa tertentu.
# Carta Organisasi yang menunjukan hubungan atau rantaian pentadbiran ataupun
pemerintahan di dalam sesuatu organisasi kumpulan
# Carta Urutan menggambarkan satu siri urutan atau sekuen atau prosedur atau tatacara
atau aliran suatu proses atau tindakan tertentu
# Carta Masa menggambarkan hubungan masa dan peristiwa, berguna untuk meringkaskan
masa satu siri peristiwa yang telah berlaku.
# Carta Klasifikasi digunakan untuk mengkelaskan atau menunjukkan kategori bahan-
bahan tertentu, peristiwa, sepsis dan taksonomi haiwan atau tumbuhan mengikut sifat,
kumpulan dan sebagainya
ii) Graf adalah gambaran visual mengenai satu set nilai data yang dapat memberi
penerangan boleh tampak mengenai hubungan dan perubahan-perubahan yang
berlaku pada set data itu.
▪Graf Bar - Data-data ditukar menjadi blok atau selinder yang mempunyai nilai tertentu.
▪ Graf Gambar atau Piktograf - Dalam graf ini data-data ditukar menjadi gambar atau simbol
ringkas yang membawa nilai-nilai tertentu.
▪ Graf Bulat atau Pie -Satu bulatan dilukis dan bulatan itu dibahagikan kepada beberapa
bahagian atau segmen.
▪ Graf Garisan - Graf ini merupakan graf yang berpandukan kepada dua paksi bersudut
tepat. Setiap paksi membawa skala-skala masing- masing. Titik-titik ditandakan
mengikut koordinat pada satu set nilai data-data. Kemudian titik- titik itu
disambungkan dengan garis lurus atau garis lengkung.
3) Poster
● adalah satu lukisan atau cetakan yang mengabungkan penggunaan garisan-garisan,
huruf-huruf serta warna-warna di dalam satu persembahan visual yang memaparkan satu
atau lebih mesej-mesej tertentu
● boleh digunakan sebagai perangsang untuk menarik minat murid kepada satu topik baru
4) Kartun dan komik
● kartun adalah lukisan tentang peristiwa-peristiwa harian yang digambarkan secara
hiburan yang mengisahkan hal seharian secara berjenaka
● merupakan simbol-simbol untuk menyampaikan sesuatu mesej secara cepat dan ringkas
● menggambarkan peristiwa harian sebagai kritikan social
● tidak dan membawa motif sindiran
● mempengaruhi sikap dan pelakuan pembaca
● Kartun bersiri dipanggil komik dan merupakan kegemaran semua lapisan masyarakat
terutamanya golongan kanak-kanak
● ibu bapa beranggapan bahawa bahan-bahan bacaan akan menjejaskan daya
perkembangan minda anak-anak mereka
● Kartun dan komik mempunyai daya tarikan yang kuat dan efektif kepada kanak-kanak
kerana kandungannya memenuhi cita rasa mereka
5) Buku teks
● merupakan asas pengajaran dalam bilik darjah dari dahulu lagi
● ditulis berdasarkan kebolehan dan pengalaman pelajar yang merupakan sokongan
kepada guru dan bukan mengongkong mereka
6) Surat khabar
● merupakan bahan yang baik sebagai contoh yang menunjukkan pelbagai ragam atau
bentuk penulisan
● penulisan jenis naratif (misalnya berita), deskriptif (misalnya rencana tentang lawatan atau
pelancongan), ekspositori (misalnya iklan), perbincangan atau perbahasan (misalnya
rencana pengarang, bahagian forum atau surat daripada pembaca
● digunakan bagi aktiviti bahasa yang lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran
seperti bacaan dan kefahaman, perbincangan lisan, meringkaskan atau merumuskan
pelbagai iklan pekerjaan dan iklan komersial dan mencari atau mendapatkan bahan atau
maklumat untuk karangan atau esei
● sebagai bahan pengajaran boleh digunakan untuk aktiviti lisan, penulisan dan tatabahasa
● membantu pelajar menambahkan pengetahuan untuk memberi fakta yang tepat jika
diajukan soalan ketika ujian lisan berlangsung
● meminta pelajar menyenaraikan isi-isi penting dalam aktiviti penulisan
CONTOH AKTIVITI
1) Setiap pelajar mempunyai naskhah akhbar masing-masing.
2) Minta pelajar membaca secara senyap mana-mana berita pendek kemudianminta
mereka mengingati kembali.
3) Dengan menggunakan rancangan TV - minta pelajar membaca seolaholah seperti
penyampai di kaca TV.
4) Setelah membentuk kumpulan, atur satu persidangan akhbar mengenai satu berita yang
telah dibaca.
5) Setelah pelajar membaca sesuatu berita mengenai pertandingan sukan, kemudian minta
mereka membuat “ulasan selari” pertandingan itu.

Bab 6
6.1 Maksud Media Pengajaran 3-Dimensi (3-D)
● merujuk kepada bahan yang mempunyai panjang, lebar dan ketinggian.
● mendeskripsi sesuatu imej sebagai mempunyai persepsi kedalaman.
● Objek 3-D terdiri daripada pelbagai bentuk seperti kuboid, kon, kiub, sfera, model-model,
boneka, diorama, dan realia.
6.2 Realia
● Bahan realia ialah bahan sebenar atau keadaan sebenar yg terdpt dipersekitaran muird.
● Realia digunakan secara meluas dalam bilik darjah dan amat bernilai dalam
merangsangkan pembelajaran aktif.
● Realia adalah bahan-bahan yang sebenarnya dan ia boleh dibahagikan kepada
beberapa jenis seperti berikut:
i) Realia Asli - merupakan bahan hidup yang sebenarnya, dan masih hidup seperti cacing
tanah, belalang dan sebagainya, ataupun bahan sebenarnya yang kaku (bukan
hidup) seperti mesin, jentera dan lain-lain.
ii) Realia Awet - Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan di dalam bendalir
kimia. Contohnya, ikan dan serangga. Sampel atau contoh hidupan yang dapat
mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri
yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut.
iii) Realia yang Merupakan Dokumen – Realia tidak terhad kepada objek-objek sahaja. Realia
juga terdiri daripada bahan-bahan autentik seperti borang, pamplet, broshur, resit,
menu dan sebagainya. Bahan-bahan ini sesuai digunakan untuk mengajar aspek-
aspek bahasa seperti kosa kata, tatabahasa dan juga kefahaman bacaan.
iv) Realia yang Merupakan Keadaan – Realia tidak terhad kepada objek-objek atau
dokumen sahaja. Realia juga meliputi keadaan sekeliling murid. Contohnya guru
menulis ayat “Hari ini mendung”. Untuk memahami maksud ‘mendung’, murid
dibawa ke luar kelas dan melihat langit untuk mengetahui apa itu ‘mendung’.
Kelebihan Penggunaan Realia
Berikut ialah beberapa faktor yang mendorong penggunaan realia dalam pengajaran dan
pembelajaran:
sesuai digunakan dalam pengajaran kosa kata
sesuai digunakan dalam pengajaran tatabahasa
membawa dunia sebenar atau keadaan autentik ke dalam bilik darjah
Objek-objek sebenar terdapat dengan banyak dipersekitaran bilik darjah
Objek sebenar mendedahkan murid kepada pengalaman pembelajaran yang konkrit
dapat merangsangkan murid da menarik minat mereka
boleh digunakan untuk menilai prestasi murid

Limitasi (Keburukan) Penggunaan Realia


Berikut ini ialah beberapa kekangan penggunaan realia dalam pengajaran:
Sesetengah realia sukar diperolehi
Realia tidak sesuai kerana ia terlalu besar
Realia boleh membahayakan seperti haiwan hidup atau peralatan elektif atau mekanikal
Sesetengah realia adalah mahal
Masalah penyimpanan realia
Penggunaan realia mengambil masa yang lama
Sukar mengawal kelas apabila realia digunakan

6.3 Model
● Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat
daripada bahan keras seperti tanah liat, plastersin dan getah.
● Beberapa pecahan jenis model:
❖ Model Berskala Kecil (Scale-Down Model) - Model berskala ialah
model bahan yang diperbuat dalam saiz yang lebih kecil dengan
berpandukan kepada skala pengecilan tertentu.
❖ Model Berskala Besar (Scale-Up Model) – Model bersakala ini di reka
bentuk lebih besar daripada keadaan asal. Model sebiji mata
dengan tujuan menunjukkan bahagian-bahagain mata dengan
lebih jelas dan terperinci tanpa menggunakan mikroskop.
❖ model keratan rentas yang menunjukkan keratan rentas pada satu
bahagian tertentu sesuatu objek atau benda untuk memperlihatkan
rupa bentuk bahagian dalam objek atau benda tersebut. Lihat
gambar disebelah yang menunjukkan keratan rentas daun. Terdapat
juga kerataan rentas untuk gigi, kulit, otak dan sebagainya.
● Diorama(蜡像) adalah satu persembahan pameran model-model yang
disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk
satu situasi pemandangan asal.

6.4 Boneka
● dijumpai dalam banyak budaya sama ada untuk keagamaan atau hiburan
Contohnya,
● Boneka tradisional di Jepun dipanggil ‘bunraku’ sungguh terkenal dan
pementasan diadakan diseluruh negara Boneka ini bertujuan menghiburkan
penonton dan dilakonkan mengikut olahan skrip.
● Boneka terkenal di Rajasthan, India yang dipanggil ‘kathputli’ terdiri daripada
boneka yang diperbuat daripada kayu, dihias dengan pelbagai jenis pakaian dan
digerakkan mengikut dialog penceritanya (Lihat gambar di sebelah kiri)

Jenis-jenis boneka
1) Boneka Tangan (Hand puppets)
● Boneka tangan diperbuat daripada bahan seperti sarung tangan, stoking,
beg kertas dan juga sampul surat.
● terdiri daripada bahagian kepala dan badan sahaja.
● Dikawal sepenuhnya oleh tangan yang mendiami bahagian dalam boneka
berkenaan. Bahan-bahan diubahsuai menjadi bahagian kepada sesuatu
watak tertentu. Tangan dimasukkan ke dalam sarung tangan dan
digerakkan untuk menghidupkan anggota boneka
2) Boneka Jari (Finger puppets)
● Boneka jenis ini dikendalikan dengan menggunakan jari-jari tangan
penggunanya. Biasanya boneka seperti ini kecil saiznya dan bahagian
yang boleh digerakkan hanya terhad kepada baagian kepala dan
tangannya sahaja.
3)Boneka Tali (Marionette atau String puppets)
● Boneka jenis ini digerak lakonkan dengan menggunakan tali atau benang.
● Berbentuk ganting dan dikawal oleh sejumlah tali yang diikat pada kayu yang
dikawal sepenuhnya oleh penggunanya.
● Kayu kawalan boleh terdiri daripada sebatang kayu melintang atau tegak.
● Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian anggota boneka
yang boleh bergerak.
● Contohnya, bahagian kaki dan tangan boneka dibentuk supaya boleh
digerakkan dengan menggunakan tali. Ini adalah untuk memberi gambaran
boneka itu berlari, lompat atau menggelongsor.
● Asas operasi boneka ini memerlukan tangan untuk mengawal kayu-kayu dan
tali berkenaan. Bentuk boneka jenis ini memerlukan sedikit kemahiran untuk mengawal
pergerakan tali kerana agak kompleks dan sukar untuk dikendalikan.
4) Boneka Lidi (Stick puppets)
● Boneka ini berbentuk lengkap dan mempunyai pemegang seperti
lidi, kayu, rotan, buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka
● Terdapat dua jenis boneka lidi. Satu jenis berbentuk 2-dimensi dan
menyerupai ‘wayang kulit’. Jenis lagi satu berbentuk 3-dimensi.
Contoh boneka haiwan yang sesuai menggunakan kaedah ini ialah
rama-rama, kelawar dan burung yg mempunyai sayap yg panjang
5) Boneka Wayang Kulit (Shadow puppets)
● Wayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang
terhasil dari patung yang dibuat daripada belulang (kulit
lembu/kerbau/kambing).
● Wayang terdapat dalam banyak kebudayaan seperti Cina, India, Arab
dan sebagainya. Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang
juga menjadi penyampai dialog dengan diiringi oleh muzik gamelan.
● Dalang memainkan wayang kulit di sebalik kain layar putih.
Dibelakangnya disuluhkan lampu sehingga para penonton yang
berada disebelah kain layar dapat melihat bayangan watak.
6) Topeng Muka (Face Mask)
● Topeng muka diperbuat menggunakan teknik tampalan kertas
surat khabar pada belon yang kemudiannya dipotong kepada
dua bahagian. Kerja-kerja menampal kertas putih menggunakan
gam dimana ianya perlu dilakukan dengan cermat supaya
cebisan kertas surat khabar lama tidak tertanggal. Pelbagai
corak, warna dan bentuk topeng boleh dihasilkan berdasarkan
tujuan penggunaannya. Topeng muka boleh dihiaskan dengan pelbagai jenis aksesori
supaaya lebih menarik.

6.5 Pementasan Boneka


1) Pentas Kotak
a) Pilih sebuah kotak besar dan potong satu lubang segi empat
b) Anda juga boleh mewarnakan kotak tersebut
c) Ambil dua helai kain dan jadikannya sebagai tirai
2) Pentas Bergerak
Lihat gambar disebelah yang menunjukkan bagaimana sebuah
kotak dipotong dan digantung dengan tali untuk menjadikan pentas. Bahagian belakang
kotak dihias dengan pemandangan yang sesuai dengan cerita yang ingin disampaikan.
Boneka dimasukkan ke dalam lubang di belakang kotak dan keluar ke atas pentas. Boneka
itu digeraklakon dengan tangan kedua-dua tangan guru. Guru boleh bergerak dalam kelas
dan menghampiri murid-murid.
3) Pentas Kadbod
Sekeping kadbod keras atau tiga keping kadbod yang disambung
dijadikan bentuk seperti ditunjukkan di gambar sebelah. Bahagian
tengah kadbod dipotong untuk menjadikan pentas. Pentas dihias
dengan lukisan dan ditampal dengan bentuk-bentuk tertentu.
Boneka dipamerkan kepada murid melalui bahagian tengah
4) Pentas Tingkap
Lazimnya pentas jenis ini dikategorikan sebagai pentas sementara. Tingkap terbuka (tanpa
cermin) digunakan sebagai pentas. Dalam keadaan bilik darjah yang terkawal, guru duduk
di luar dan murid-murid menonton di dalam bilik darjah.
5) Pentas Rentang
● Guru hanya perlu merentang sehalai kain yang diikat pada dinding
ke dididing.
● Dawai digunakan untuk meregangkan tirai berkenaan dan
mengikatnya ke bahagian tepi dinding setelah selesai digunakan.
● papan kayu lapis (plywood) boleh didirikan dan dijadikan pentas.

6.6 Boneka Sebagai Alat Pengajaran & Pembelajaran


● dapat membantu murid dgn mempertingkatkan pembelajaran mereka (Zuljevic, 2005).
● Euker (1991) mencadangkan penggunaan boneka sebagai aktiviti individu, aktiviti
kumpulan dan aktiviti kelas.
● dpt memotivasikan murid dan melibatkan mrk scr aktif dlm pengajaran dan pembelajaran.
● dapat membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak serta mewujudkan suasana
persekitaran pembelajaran yang kreatif dan menggembirakan.
Kecerdasan Bahasa / Linguistik
● Aktiviti yang boleh dilaksanakan seperti mengadakan dialog, perbualan atau soal jawab,
perbincangan, lakonan, bercerita, nyanyian, puisi, temu bual dan permainan bahasa.
● dapat membantu perkembangan dan kelancaran lisan murid-murid.
● Penggunaan boneka dalam ekspresi lisan merupakan aktiviti yang paling efektif dan
bercerita bersama boneka untuk kanak-kanak juga merupakan salah satu aktiviti drama.
● Selain daripada berlakon, kanak-kanak telah memahami dan menghayati cerita-cerita
yang dibaca juga boleh menceritakan semula cerita-cerita tersebut dengan
menggunakan boneka.
● Melalui aktiviti pertuturan murid dapat membezakan suara yang rendah, tinggi dan juga
bunyi-bunyian binatang. Mereka tidak akan berasa malu apabila berbual melalui boneka
atau berbual dengan boneka.
Kecerdasan Intrapersonal
● Smith (2003) menyatakan menerusi aktiviti boneka, kanak-kanak dengan mudahnya dapat
melahirkan perasaan mereka.
● dapat membantu melahirkan konsep kendiri kanak-kanak yang positif.
● untuk meningkatkan konsep kendiri yang positif, guru seharusnya mewujudkan suasana
interaksi yang positif untuk kanak-kanak dalam proses pedagogi.
● Interaksi yang positif penting untuk kanak-kanak dalam mengawal diri dan berinteraksi
dengan guru atau kanak-kanak yang lain (Vygotsky, 1966).
∙ Perkembangan Kreativiti
● Murid-murid suka permaianan olok-olok kerana ia memberi kebebasan untuk
menunjukkan perasaan mereka tanpa mempunyai rasa malu atau takut salah.
● dunia fantasi dan imaginasi murid-murid dapat dikembangkan melalui permainan
boneka; iaitu pelajaran berunsur ‘didik hibur’.
● Kreativiti, imaginasi dan ekspresi kanak-kanak dapat dicungkil menerusi aktiviti boneka.
● Menurut Wan & Mai (2001), boneka dapat menyediakan peluang kepada murid-murid
untuk menyampaikan idea dan menyelesaikan masalah.
Langkah-Langkah Penggunaan Boneka dalam Pengajaran
A) Pendekatan Bertumpukan Guru
 Set Induksi - untuk menarik perhatian murid atau merangsang minat mereka boneka boleh
digunakan mengikut langkah yang berikut
 Guru menentukan objektif pengajarannya
 Guru memulakan pelajaran dengan mengarahkan murid-murid ke hadapan kelas dan
mengaitkan aktiviti set induksi dengan isi pelajaran yang akan disampaikan selepas tamat
aktiviti rangsangan.
 Guru memulakan pertunjukkan boneka.
 Guru mengemukakan soalan-soalan
 Pada akhir aktiviti boneka, guru perlu membuat penilaian. Penilaian perlu dijalankan oleh
guru di dalam bilik darjah selepas sesuatu pengajaran boneka dilaksanakan. Tujuannya
ialah utk mengetahui hasil pelajaran yg diperoleh kanak-kanak drpd pengajaran tersebut
B) Pendekatan Bertumpukan Murid
 Guru menarik perhatian murid kepada tema pelajaran
 Guru mencipta boneka bersama-sama kanak-kanak dan memberi banyak peluang
kepada kanak-kanak mendekati pelbagai jenis boneka sebelum mereka membuat
boneka sendiri.
 Guru juga membuat demonstrasi tentang cara-cara memanipulasikan boneka. Kanak-
kanak akan lebih jelas dan memahami aktiviti boneka yang dijalankan jika guru sentiasa
membimbing mereka dengan cara yang betul.
 Guru dan murid berbincang tentang skrip persembahan dengan tujuan melatih
kemahiran menulis dan lisan.
 Murid membuat persembahan.
 Gerak kerja lanjutan hendaklah disusuli.

BAB 9 Audio & Video


9.2 Bahan Audio  Sebahagian besar maklumat dikuasai oleh murid melalui pendengaran sama
ada melalui suara guru atau media audio. Pendengaran merupakan salah satu saluran utama
untuk menerima ilmu dalam bilik darjah.
9.3 Kelebihan Media Audio dalam Pengajaran
 menggalakkan imaginasi – dp menggambarkan dalam minda mereka apa yang didengar.
Contohnya, apabila mereka mendengar suara seorang tua, mereka akan menggambarkan
rupa orang berkenaan.
 dp menarik perhatian murid kepada sesuatu pelajaran.
Contohnya, anda boleh mulakan pelajaran dengan rakaman sesuatu lagu atau bacaan sajak.
 Bunyi yang asli dapat dirakamkan bagi menunjukkan sesuatu situasi.
 Satu bbm yang mudah diperolehi atau dihasilkan oleh guru dan mudah digunakan. Bahan
audio boleh digunakan kerap kali setelah dihasilkan.
 boleh digunakan untuk kumpulan atau individu dengan mudah.
 boleh digunakan oleh murid lemah atau murid yang tidak datang kelas mengikuti pelajaran
menurut tahap kebolehan masing-masing. Boleh dijalankan secara berulang-ulang bagi
meningkatkan kefahaman pelajar.
 Penyimpanan bahan audio dipermudahkan dengan audio digital yang tidak memerlukan
tempat penyimpanan yang banyak atau mahal.
9.4 Penggunaan Bahan Audio Sedia Ada untuk Pengajaran
Terdapat dua jenis bahan audio sedia ada –
 Satu diperolehi secara komersial dan mengenakan bayaran dan
 lagi satu diperolehi secara percuma daripada pelbagai sumber seperti internet.

Berikut ialah garis panduan pemilihan sesuatu bahan audio:

 Adakah bahan audio tersebut memenuhi ketepatan isi kandungan pelajaran yg akan diajar?
 Adakah bahan audio tersebut mempunyai kualiti bunyi?
 Adakah bahan audio tersebut menyediakan penglibatan murid?
 Adakah bahan audio tersebut bersesuaian dengan aras minat murid?
 Adakah bahan audio tersebut mempunyai aras perbendaharaan kata yang sesuai utk murid?
 Bagaimana dengan nilai keseluruhan bahan audio tersebut?
 Bahan audio tersebut diterima untuk digunakan dalam pengajaran pembelajaran.

9.5 Skrip untuk Penyediaan Bahan Audio


Langkah 1: Penulisan Skrip
I. Mulakan dengan satu idea - tentukan apa yang hendak disampaikan.
II. Pecahkan idea kepada beberapa bahagian kecil.
III. Senaraikan isi mengikut susunan.
IV. Pembukaan yang menarik dan menjadi teras kepada isi.
V. Gambarkan seolah-olah menulis kepada seseorang pendengar secara individu.
VI. Gunakan ‘signpost’ untuk menjelaskan struktur ceramah (iaitu dengan menutup satu bahagian
dan pergi ke bahagian lain, contohnya dari suasana kampung ke suasana bandar).
VII. Gunakan percakapan biasa.
VIII. Gunakan ayat rangkai kata yang pendek.
IX. Gunakan tanda berhenti untuk memudahkan pembaca.
X. Skrip hendaklah ditaip langkau dua, jeda-jeda yang besar dan para yang jelas.
XI. Sebutkan apa yang hendak ditulis.
Langkah 2: Membaca skrip
I. Faham apa yang dibaca.
II. Bercerita, bukan membaca.
III. Berhenti pada tempat yang betul.
IV. Tekankan perkataan yang penting.
V. Baca dahulu dan semak sebutan.
VI. Baca dengan lancar.
VII. Mengadakan raptai
Langkah 3: Panduan Belajar
I. Sediakan panduan belajar atau lembaran kerja digunakan bersama pita audio yang
mengandungi:
 tajuk
 objektif
 maklumat utama
 rajah
 visual
 soalan
II. Beri peluang kepada pelajar mengambil nota
III. Sekiranya dimasukkan aktiviti pelajar, sediakan masa untuk pendengar menyiapkan aktiviti.
9.6 Alat Perakam Audio
Mikrofon adalah alat atau komponen audio yang menerima bunyi dan merakamkannya.
1. Mikrofon unidirectionality (satu hala) – mikrofon jenis ini menerima bunyi yang datang daripada
satu hala sahaja. Ia kurang peka kepada bunyi yang datang daripada lain-lain arah. Oleh itu
mikrofon ini sesuai bagi seorang penyampai satu situasi di mana bunyi-bunyi asing berada pada
aras paling minumum.
2. Mikrofon omnidirectional (pelbagai hala) – mikrofon jenis ini menerima bunyi daripada semua
arah. Mikrofon ini biasanya digunakan untuk perbincangan. Lakonan atau temu bual.

9.7 Audacity - Perisian Perakam dan Pengedit Audio


Audacity (disebut oh-da-siti)  sebuah perisian perakam dan pengedit audio untuk melakukan
kerja-kerja berkaitan dengan audio.
 merupakan sebuah perisian tidak berbayar
 mampu untuk menganalisis apa juga jenis rakaman, sama ada berbentuk lagu, rakaman
perbualan dan sebagainya.
 digunakan untuk memotong rakaman yang terlalu panjang dan menjadikannya bahagian-
bahagian yang lebih pendek jangka masanya.
 Perisian percuma ini merupakan perisian penyunting bunyi (sound editing) dengan fungsi
merekam (recording), main semula dan menggabungkan bunyi (mix sounds) ataupun
menggunakan pelbagai kesan bunyi (sound effect) yang disediakan.
Fungsi-fungsi Audicity :
 Merakam audio secara langsung.
 Menukarkan rakaman biasa ke dalam bentuk rakaman digital seperti CD.
 Menukarkan kelajuan atau kenyaringan bunyi sesuatu rakaman

9.8 Video dalam Pengajaran


 Ramai pakar meramalkan bahawa video akan bermain peranan penting dalam p&p daripada
peringkat prasekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi.
 Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan kerana ia
bergerak, ia dapat menghasilkan imej yang realistic
***Kepentingan video-------------- Video sangat berguna kerana:
 Ia dapat menyampaikan maklumat yang realistik – Cth video tentang kejadian gempa bumi
 Ia mampu merangsangkan pelbagai deria
 Ia mampu meraih emosi dan mempengaruhi perubahan sikap
 Ia membantu penguasaan pengetahuan apabila murid dapat menonton kerap kali
 Aspek animasi:
 Menjadikan sesuatu objek kelihatan hidup dan bergerak
 Menerangkan sesuatu konsep yang sukar secara visual yang
memudahkan penguasaan
 Dapat menarik perhatian murid untuk memberi perhatian kepada poin-
poin penting
 Dapat memperincikan sesuatu proses atau urutan kepada bahagian-bahagian kecil dan
diajar secara berasingan.
 Memudahkan murid mengingat kembali maklumat yang dipelajar
 Juga boleh mengglakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif

BEBERAPA TIPS PENGGUNAAN VIDEO DALAM BILIK DARJAH


 Pemilihan Video
 Pastikan video yang dipilih mempunyai mempunyai unsur-unsur pembelajaran sambil hiburan
untuk merangsangkan murid.
 Pastikan Klip Video Pendek (5-8 minit)
 Tumpuan murid adalah terhad
 Jika video itu panjang; perincikan kepada beberapa klip video
 Murid Menonton Video Dahulu
 Ini bertujuan untu membolehkan murid mendapat gambaran keseluruhan dahulu
 Pastikan hanya SATU aktiviti sahaja diberikan supaya murid dapat memfokus kepada suara
dan visual Guru Perlu Menonton Video Terlebih Dahulu (contohnya video daripada YouTube
atau sumber-sumber lain)
 Ini adalah untu mengelak murid didedahkan kepada bahan yang tidak sesuai atau boleh
menyinggung perasaan
 Guru lebih mengetahui apa yang sesuai dan tidak sesuai
 Video itu Dikongsi dengan Murid
 Video itu diletakkan pd laman web atau dihyperlink spy mereka dpt menontonnya di luar kelas
 Murid suka menonton video secara perseorangan atau dengan rakan-rakan mereka
 Kongsi video itu dengan rakan sejawat anda
9.9 Penerbitan Video
 Tetapkan Tujuan dan Objektif
- Pastikan anda tahu matlamat rancangan anda menghasilkan bahan video. objektif P & P yang
dinyatakan perlu dicapai dan Siapakah kumpulan sasarannya
 Buat Penyelidikan dan Sediakan Bahan
- Bahan-bahan yang diperlukan seperti maklumat, gambar dan sebagainya yang anda fikirkan
berguna untuk penggambaran dikumpulkan terlebih dahulu.
 Pilih Bahan-Bahan yang Sesuai
- Bahan yang anda kumpulkan mungkin terlalu banyak. Pilih bahan yang difikirkan benar-benar
perlu dan releven.
 Menulis Skrip
- Di sinilah anda mencurahkan idea anda secara berurutan dan berstruktur.
 Bersedia Membuat Penggambaran
- Sediakan jadual Penggambaran. Sekiranya anda bekerja dalam pasukan, tetapkan tugasan
masing-masing.
 Sediakan Bahan-Bahan Grafik
- Anda perlu menyediakan bahan-bahan grafik sebelum penggambaran dimulakan. Jika tidak,
hal ini akan mengganggu kelancaran penggambaran.
 Sediakan Bahan dan Peralatan
- Pastikan bahan dan peralatan bersedia dan berfungsi.
 Mulakan Penggambaran
- Anda mungkin akan membuat penggambaran luar dan dalam. Fikirkan kemungkinan-
kemungkinan yang akan berlaku dan bersedia dengannya.
 Menyunting
- Setelah membuat rakaman, suntingan perlu dibuat.
 Membuat Rakaman Audio
- Langkah ini adalah untuk memasukkan narration, kesan bunyi dan muzik latar.
 Prebiu * Preview
- Rancangan perlu ditonton oleh sekumpulan kecil dan kemudian perbaiki kesilapan sekira ada.
 Gunakan Dalam Pengajaran
- Di sinilah anda menggunakan klip video yang telah dihasilkan bagi mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran anda. Galakkan perkongsian sumber ini dengan rakan-rakan
sejawat yang lain.
 Penilaian
- perlu menilai bahan video itu dari segi kesesuaiannya dlm pengajaran dan pembelajaran. Jika
perlu, buat penambahbaikan bagi memastikan objektif penyediaan bahan tercapai

9.12 Peringkat-Peringkat Menggunakan Video dalam Pengajaran


Pra-Tonton- Pada peringkat ini murid terlebih dahulu harus
o mendapat maklumat awal tentang isi kandungan video
Sebagai contoh jika video ini berkaitan dengan binatang seperti harimau, pelajar harus mencari
pelbagai jenis harimau yang terdapat di pelbagai lokasi di dunia ini. Murid boleh lakukan ini
dengan cara melayari internet, membaca akhbar, majalah atau melalui pelbagai
pengalaman sama ada melalui teks, grafik atau melalui video klip.
o Ini bertujuan untuk memberi satu pengenalan serta gambaran umum terhadap isi yang ada
pada video yang belum ditonton .
Semasa Menonton - Murid harus
o tonton tayangan tersebut serta mencatat perkara-perkara yang penting mengikut kehendak
dan panduan yang diberikan oleh guru masing-masing. Kebiasaannya murid akan mencatat
mengikut klasifikasi yang diberikan seperti alam dan benda, aktiviti manusia, persekitaran,
cuaca, dan sebagainya.
o Cara ini membolehkan murid membuat perkaitan antara satu klasifikasi dengan klasifikasi
yang lain. Sebagai contoh cuaca hujan mungkin dapat dikaitkan dengan banjir, kejadian
tanah runtuh serta juga hubungkaitnya dengan aktiviti manusia di lokasi tersebut.
Selepas Menonton - Dengan bantuan guru,
o catatan yang dilakukan oleh murid akan dijadikan perbincangan.
o Perbincangan akan menjadi lebih menarik apabila guru menyediakan beberapa soalan
tambahan berlandaskan apa yang ditonton tetapi dalam masa yang sama mampu memberi
penerangan dan bimbingan kepada murid terhadap topik yang dipelajari pada ketika itu.

BEBERAPA AKTIVITI PENGGUNAAN VIDEO DALAM KELAS BAHASA MELAYU


 Membincang – edarkan kepada murid soalan-soalan yang berkaitan dengan isi kandungan
video. Murid membincang dahulu sebelum menonton video. Kemudian mereka menonton
video dan dan membincang tentang isi kandungan yang persembahkan.
 Melaporkan – murid adalah pelapor. Senaraikan dipapan kapur perkataan-perkataan berikut:
Apa ? Bila? Bagaimana? Manakah satu? Mengapa? Setelah menonton video, murid dihendaki
menjawab soalan-soalan yang disenaraikan. Contohnya: Bilakah peristiwa itu berlaku? Teknik
ini boleh digunakan dalam pengajaran kemahiran menulis.
 Mendengar – teknik ini sesuai dalam pengajaran dan pengujian kemahiran mendengar. Murid
diberikan transkrip video berkenaan dengan perkataan-perkataan tertentu ditinggalkan (iaitu
transkrip kloz). Murid menonton video and mengisikan tempat-tempat kosong dgn perkataan-
perkataan drpada video berkenaan. Satu lagi teknik ialah dengan memberi murid penyusunan
grafik atau carta dan ketika menonton video mrk melengkapkan rajah berkenaan.
 Mencerita Semula – murid dibahagikan kepada kumpulan kecil dan diminta mencerita semula
tentang kandungan dalam video. Seorang murid bermula mencerita dan murid lain
menyambung cerita dengan memberi satu ayat. Teknik ini sesuai untuk menguji kebolehan
murid menggunakan perkataan transisi seperti ‘kemudian’, ‘seterusnya’, ‘ekoran’ dan lain-lain.
 Menukar Skrip – setelah menonton video, murid diminta melakon atau main peranan dengan
mengubah skrip sepertimana dalam video. Contohnya, murid menonton sesuatu iklan dan
mereka dijemput untuk menukar apa yang disebut oleh watak-watak dalam iklan berkenaan.
 Meramal – pada masa-masa tertentu, video diberhentikan dan murid ditanya, “Apakah anda
fikir akan berlaku seterusnya?”. Murid membincang bersama dan mencadangkan apa akan
berlaku. Kemudia video dimainkan untuk menentukan sejauh manakah ramalan murid-murid
adalah tepat.
 Mengajar – terdapat video-video yang mengajar kemahiran bahasa tertentu tatabahasa,
kosa kata dan sebagainya. Guru boleh memberhentikan video berkenaan untuk
menerangkan aspek-aspek bahasa seperti penggunaan penambahan “pe” atau ayat pasif
dan aktif. Kemudian mereka diberikan lembaran kerja sebagai latihan.
9.13 Penghasilan Bahan Audio atau Video Untuk Pengajaran
1) PERINGKAT ANALISIS
Sebelum anda menyediakan audio atau video, anda perlu memberi perhatian kepada
perkaraperkara berikut:
a) Analisis Pelajar
 Apakah latar belakang murid?
 Apakah tahap pengetahuan murid tentang topik yang akan diajar?
 Apakah gaya pembelajaran murid? – auditori, visualb) Analisis Kandungan
 Apakah skop kandungan?
 Apakah hasil pembelajaran yang hendak dicapai?
 Apakah kaedah mengajar yang akan digunakan?
2) PERINGKAT REKA BENTUK
 Audio atau video yang disediakan hendaklah mengikuti skrip yang disediakan
 Tempoh masa – antara 5-10 minit sahaja
 Gaya bahasa yang menarik dan sesuai
 Pastikan audio atau video yang disediakan dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran
3) PERINGKAT REKA BENTUK
 Kenal pasti objektif bahan audio atau video yang akan disediakan
 Sediakan skrip yang sesuai
 Membuat pilihan:
 Dapatkan audio atau video daripada CD sedia ada – pastikan sesuai dgn objektif pelajaran
 Dapatkan audio atau video daripada internet – seperti YouTube – pastikan sesuai dengan
objektif pelajaran
 Merakamkan audio atau video sendiri
 Sekira membuat rakaman sendiri, gunakan perisian yg sesuai dan sunting fail tersebut jika perlu
 Fail audio atau video yang disediakan – tempoh = 5-10 minit sahaja
 Pastikan anda mengikuti langkah-langkah perancangan dan penyediaan rakaman
4) PERINGKAT PELAKSANAAN
 Cadangkan bagaimana audio yg disediakan harus digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran
 Laksanakan cadangan tersebut dalam pengajaran
5) PERINGKAT REKA PENILAIAN
 Sejauh manakah bahan audio atau video yang disediakan benar-benar memberi impak
kepada pengajaran dan pembelajaran?
 Adakah masa yang diambil untuk menyediakan audio atau video tersebut memadai dengan
masa yang digunakan?
 Apakah apakah aspek bahan yang dihasilkan perlu dibaiki?
 Adakah kaedah pengajaran yang digunakan sesuai dengan audio atau video yg dihasilkan?

Format Fail Video dalam bentuk digital


 m4v – dicipta oleh Apple dan kebanyakan fail video di iTunes menggunakan format ini. Hampir
semua pemain video boleh membuka fail m4v.
 mp4 – jenis fail ini boleh digunakan oleh semua komputer dan perisian
 mov – jenis fail ini khusus kepada QuickTime oleh Apple.
 wmv – jenis fail ini boleh diedit menggunakan sistem operasai Mac dan Windows.
 .swf – fail flash ini kerap digunakan dengan komputer Windows dan komputer.
Format Bahan audio yang disimpan dalam bentuk digital :
 .mp3 (MPEG Audio Layer 3): saiz failnya lebih kecil dan mudah diakses melalui internet
 .wav (Wave) :untuk membuat penyuntingan kerana bunyinya lebih berkualiti tetapi
mempunyai saiz fail yang lebih besar.
 .midi (Midi) :hasil bunyi daripada alat muzik sintizer seperti keyboard yang menghasilkan nada
muzik tiruan
 .avi (Audio Video Interleave) :Fail audio boleh ditukar ke dalam pelbagai format melalui
perisian audio converter.

Anda mungkin juga menyukai