Anda di halaman 1dari 20

TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN

TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN

PENGENALAN
Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang kemudiannya
dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, adalah tidak keterlaluan jika dikatakan media
pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan. Hingga kini,
media pengajaran masih menjadi salah satu domain utama dalam bidang ini.

Dalam topik ini, perbincangan akan dimulakan dengan konsep media dan media pengajaran,
diikuti dengan pengkelasan, fungsi, pemilihan dan penyediaan media pengajaran.
Perbincangan ini diharapkan dapat memberi gambaran yang umum, tetapi jelas tentang
media pengajaran yang biasanya disamakan pengertiannya dengan teknologi pengajaran.

OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menghuraikan konsep media dan media pengajaran;
2. merumuskan fungsi media pengajaran;
3. menghuraikan pengkelasan media pengajaran;
4. menghuraikan faktor dan cara pemilihan media pengajaran; dan
5. menghuraikan langkah penyediaan media pengajaran.

OUM 29
MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3

PETA MINDA TOPIK

TOPIK 3:
MEDIA PENGAJARAN

Konsep Media dan Media Pengajaran


Media Pengajaran

Fungsi Media Kelebihan Media Pengajaran


Pengajaran

Fungsi Media Pengajaran


Pengkelasan Media dalam Pengajaran
Pengajaran

Faktor Objektif Pemilihan Media


Pengajaran

Faktor Pelajar
Penyediaan Media
Pengajaran

Faktor Kadeah

Faktor Praktikal

3.1 KONSEP MEDIA DAN MEDIA PENGAJARAN


Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan
Latin yang bermaksud perantara. Berdasarkan maksud asal media, ia merujuk kepada apa
sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima. Contoh media
termasuklah filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer
dan pengajar. Bagi Heinich et al. (2002), media digunakan untuk membantu proses
komunikasi.

Namun, media masih mempunyai pelbagai makna. Percival dan Elington (1984) membahagi
media kepada dua:
• Pelbagai Alatan Fizikal Teknologi Pendidikan
Ini termasuklah perkataan bercetak, filem, pita, piring hitam, slaid dan kombinasi di
antaranya.
30 OUM
TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN

• Pelbagai Saluran Komunikasi Massa


Ini termasuklah surat khabar, radio dan televisyen.

Reiser dan Gagne (1983), pula mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal yang
membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Oleh yang demikian, guru atau pengajar,
bahan bercetak, persembahan slaid bersuara dan apa sahaja yang boleh menyampaikan
mesej digolongkan sebagai media.

Jika diperincikan istilah di atas, gambaran sebuah media bagaikan sama seperti saluran paip.
Yang menjadi fokus adalah peralatan yang membawa mesej. Konsep ini seolah-olah
mengenepikan peranan mesej itu sendiri. Sedangkan, yang menggerak dan memberi kesan
kepada manusia adalah mesej. Justeru, konsep ini boleh dianggap kurang lengkap. Konsep
yang dikemukakan oleh Torkelson (1972) adalah amat menarik. Beliau membahagikan media
kepada tiga bahagian, iaitu mesej, bentuk mesej dan saluran mesej. (Sila rujuk Rajah 3.1).

Saluran Mesej

Bentuk Mesej

Mesej

Rajah 3.1 : Konsep media menurut Torkelson

(a) Mesej adalah isi kandungani, iaitu apa sahaja yang terkandung dalam media itu sama
ada mesej yang berbentuk memberitahu, menaikkan semangat dan lain-lain adalah
dikira sebagai mesej.

(b) Bentuk Mesej pula adalah berkaitan bagaimana mesej itu disimpan. Ia terangkum dalam
satu ruang yang luas, bermula dengan bentuk bahan sebenar hingga ke bentuk yang
abstrak. Mesej boleh disimpan dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, simbol,
dll.

(c) Saluran Mesej pula adalah peralatan fizikal sama ada yang berbentuk elektrikal atau
mekanikal yang membolehkan mesej dipersembahkan kepada pelajar. Misalnya,
televisyen, projektor filem, dll.

Apakah jenis media yang akan anda gunakan untuk mengajar:


(a) Sains mengenai rupa atom;
(b) Matematik mengenai set, subset dan tindanan:
(c) Perbezaan lagu-lagu klasik Timur; dan
(d) Contoh binatang-binatang terancam di Malaysia?

OUM 31
MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3

3.1.1 Media Pengajaran

Apakah media pengajaran? Menurut Heinich et al. (2002), jika media itu membawa mesej
tentang pengajaran, maka media digelar sebagai media pengajaran. Kemp dan Smellie (1994),
pula mendefinisikan media pengajaran sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan
dengannya yang berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran. Terdapat definisi media
pengajaran yang kelihatan lebih kemas daripada di atas. Definisi ini berbunyi:

Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk


menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat
merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan
seterusnya terjadinya proses pembelajaran.

Definisi ini jelas menunjukkan penggunaan media adalah untuk memberi kesan kepada
pembelajaran. Namun, makna pembelajaran di sini adalah pembelajaran secara am, yang
tidak dibataskan kepada pembelajaran di sekolah sahaja.

Dari sudut penggunaan media pengajaran, Ngui Kuan Sang (1989), berpandangan bahawa
ia adalah satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan/atau pendengaran
seseorang serta teknik-teknik pengajaran, termasuk juga proses pengalaman, persediaan
dan perasaan. Ini bermakna ia adalah satu proses pengalaman yang total.

Pandangan ini membuka skop media pengajaran dengan luas kerana ia tidak menekankan
aspek alat sahaja tetapi juga teknik dan seluruh proses pembelajaran itu. Namun, penekanan
kepada aspek pendengaran dan penglihatan sahaja tidak memadai kerana manusia belajar
melalui seluruh pancainderanya.

Walau apapun, semua definisi di atas jelas menekankan media pengajaran sebagai satu
elemen yang amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ia merupakan
penghubung antara pelajar dan guru, antara pelajar dengan pelajar dan setiap orang yang
terlibat dalam proses P&P. Penjelasan ini mungkin dapat menukarkan pandangan bahawa
media pengajaran itu sama dengan alat bantu mengajar (ABM).

Istilah ABM telah lama dibubarkan (sejak tahun 60an) kerana istilah ini memberi kurang
perhatian kepada:
• pelajar;
• pengembangan pembelajaran; dan
• aspek penilaian.

Istilah ini juga tidak lagi bertepatan dengan arus pendidikan semasa yang semakin terbuka
dan terdedah dengan pelbagai pilihan. Pendidikan masa ini tidak bergantung hanya kepada
alat semata-mata. Pendidikan sekarang juga tidak memerlukan kehadiran guru setiap masa.
Justeru konotasi “membantu guru” semakin kurang diterima.

32 OUM
TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN

Buat carta yang menunjukkan definisi media dan media pengajaran.

3.2 FUNGSI MEDIA PENGAJARAN (MP)


Berhubung dengan dunia pendidikan yang semakin demokratik, fungsi media pengajaran
(MP) turut berubah dan berkembang. Bahagian ini akan memaparkan fungsi MP dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, sama ada semasa kehadiran guru mahupun tidak.

3.2.1 Kelebihan MP

Untuk memulakan perbincangan, mari kita tinjau kelebihan yang ada pada MP yang sungguh
fleksibel dan dapat memenuhi kehendak P&P.

(a) Memperjelaskan Penyampaian Mesej


Kita selalu beranggapan, perkataan sudah memadai untuk menyatakan sesuatu mesej.
Seringkali, kepercayaan itu menyebabkan kita menghadapi pelbagai masalah
komunikasi.

Justeru, adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang
lebih konkrit maknanya. Misalnya, untuk menyatakan besar, tunjukkan objek atau gambar
yang menunjukkan saiz besar yang dimaksudkan. Dengan media, segala simbol, verbal
yang abstrak, dapat diperjelaskan dan ini memudahkan pelajar memahami pelajaran. Dalam
era teknologi komputer dan maklumat ini, penjelasan dengan lebih berkesan dan menarik
seperti penggunaan animasi, bunyi dan muzik dapat dilakukan.

(b) Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera


Antara contoh berkaitan dengan mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera:
(i) Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar,
transparensi, filem atau video.
(ii) Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau
high-speed photography.
(iii) Kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar
foto mahupun secara lisan.
(iv) Objek yang terlalu kompleks (misalnya mesin) dapat ditunjukkan dalam bentuk
model, gambar rajah, dll.
(v) Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.

OUM 33
MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3

(c) Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi


Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi sikap pasif
pelajar kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar
tentang realiti. Pelajar juga boleh belajar sendirian, menurut kemampuan dan keselesaan
masing-masing.

(d) Pengalaman dan Persepsi yang Sama


Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifat
unik yang ada pada setiap pelajar, ditambah dengan persekitaran yang berbeza
membuatkan guru mengalami kesulitan. Keadaan ini dapat diatasi dengan media
pengajaran kerana kemampuannya dalam memberikan rangsangan pengalaman dan
persepsi yang sama. Misalnya, sebuah perisian kursus boleh digunakan berulang kali
oleh pelajar tanpa merosakkan kandungan asal. Belajar secara berulang kali ini
membantu pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat tentang sesuatu konsep
atau prinsip.

Latihan 3.1

Dengan rigkas, nyatakan kelebihan menggunakan media dalam


pengajaran

3.2.2 Fungsi MP dalam Pengajaran

Dengan kelebihan yang ada pada media ini, ia mampu berfungsi dalam pelbagai cara,
bersesuaian dengan keperluan dan perkembangan pengajaran masa ini. Berikut dihuraikan
bagaimana media berfungsi dalam pelbagai bentuk pengajaran.

(a) Pengajaran Bersama Pengajar


Ini adalah penggunaan media yang paling biasa di mana ia membantu pengajar
melaksanakan pengajarannya secara langsung (live). Keberkesanan media dalam
konteks ini bergantung kepada bagaimana pengajar itu menggunakan media tersebut,
tidak kira sama ada media itu dipilih daripada sesuatu koleksi atau disediakan oleh
beliau sendiri.
(b) Pengajaran Tanpa Bergantung Kepada Pengajar
Media boleh digunakan secara berkesan tanpa kehadiran pengajar, sama ada kerana
pengajar tidak ada atau sedang membantu pelajar lain. Ini tidak bermakna pelajar belajar
tanpa panduan. Pelajar dibimbing oleh pereka media tersebut (seperti mana penulis
membimbing anda mempelajari modul ini) dan pengajaran jenis ini dikenali sebagai
pengajaran kendiri.

Media yang digunakan dalam situasi ini biasanya dipakej dengan sempurna, iaitu
menerangkan dengan jelas tentang tujuan, objektif, cara mengguna dan menilai
pencapaian sendiri. Pengajaran seperti ini tidak berhasrat untuk menggantikan tugas
guru. Sebaliknya, dengan cara ini guru boleh menjadi pengurus yang lebih cekap dan
kreatif, tidak hanya sebagai penyampai maklumat semata-mata.

34 OUM
TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN

Apakah masalah yang mungkin timbul akibat penggunaan media dalam


bentuk
(a) pengajaran bersama pengajar; dan
(b) pengajaran tanpa pengajar?

(c) Folio Bermedia


Folio adalah koleksi kerja pelajar yang menunjukkan perkembangan sesuatu peristiwa
dan proses dalam satu tempoh waktu. Folio biasanya merangkumi artifaks seperti buku
bergambar, persembahan video atau audio yang dibuat sendiri oleh pelajar.

Penghasilan folio membina kebolehan pelajar untuk memahami, merumus dan


membentang hasil fikiran mereka. Pembelajaran seperti ini dikenali juga sebagai
pembelajaran “dengan” media (learning with media) yang didapati berupaya memupuk
pemikiran kreatif di kalangan pelajar. Ini adalah kerana pelajar sendiri berfungsi sebagai
pereka media. Untuk itu, mereka perlu menganalisis, mendapatkan dan mentafsir
maklumat, menyusun maklumat yang ada, dan menyampaikan maklumat itu kepada
orang lain.

Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang menitikberatkan soal
ketepatan, bertanggungjawab terhadap maklumat yang dikemukakan, berupaya untuk
akses pelbagai sumber maklumat dan mempunyai komitmen yang sangat tinggi terhadap
tugas.

(d) Pengajaran Tematik (Thematic)


Pengajaran jenis ini berfokus kepada sesuatu tajuk yang dipilih atau ditentukan oleh
guru. Ia bermula dengan “perkongsian pengalaman” yang diperolehi mungkin daripada
tayangan video, lawatan ke muzium atau mendengar ceramah. Kemudian, diikuti dengan
“perkongsian kepakaran” di mana pelajar secara bekerjasama mengumpulkan data dan
maklumat, menganalisis data tersebut dan akhirnya menggariskan kesimpulan. Suatu
laporan dikeluarkan dan dibentangkan untuk dikongsi oleh semua murid di dalam kelas.
Tema yang biasa dilaksanakan adalah seperti sejarah sukan Olimpik, sejarah tempatan,
industri tempatan dan sebagainya.

(e) Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)


Pendidikan jarak jauh (PJJ) bukan suatu yang asing lagi bagi pelajar di Malaysia. Ia kini
berkembang luas dan menjadi tapak bagi menyediakan peluang belajar pelbagai bidang
ilmu kepada semua orang.

Media yang digunakan merangkumi media cetak dan elektronik. Telekonferensi


membolehkan pelajar dari pelbagai tempat bertemu dan berbincang secara maya.
Ruangan berbual, papan buletin dan listserv turut menyokong komunikasi pembelajaran
jenis ini.

(f) Pendidikan bagi Pelajar Istimewa


Media memainkan peranan yang besar di kalangan pelajar yang kurang upaya. Pelajar
pekak misalnya memerlukan bahan pembelajaran yang berbeza daripada pelajar normal.
Teknologi masa kini telah menyediakan peralatan yang bersesuaian dengan mereka
yang kurang berupaya/kecacatan.

OUM 35
MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3

Bagi pelajar pintar, yang juga terangkum dalam kumpulan pelajar istimewa, mereka
disediakan dengan bahan-bahan tambahan yang membolehkan mereka memupuk
kepintaran yang ada seperti menerokai sesuatu tajuk dan mempersembahkan dapatan
kepada kelas.

Untuk menguji kefahaman anda, sila selesaikan latihan berikut.

Latihan 3.2

Lengkapkan jadual yang menunjukkan perbezaan antara konsep


teknologi pengajaran dengan media pengajaran.

Teknologi Pengajaran Media Pengajaran

3.3 PENGKELASAN MEDIA PENGAJARAN


Terdapat pelbagai klasifikasi media yang diasaskan kepada sesuatu teori tertentu. Namun,
untuk tujuan perbincangan di sini, hanya sebahagian kecil sahaja yang akan disentuh.

Klasifikasi media yang pertama dihasilkan oleh Hoban dan Zissman (1937). Ia berasaskan
kepada kepercayaan bahawa nilai sesuatu bahan pandang dengar (istilah yang digunakan
pada masa itu) terletak pada tahap realismenya. Semakin realistik sesuatu bahan, semakin
tinggilah nilainya kepada pembelajaran. Dalam membangunkan konsep ini, para penyelidik
tersebut menyusun pelbagai kaedah pengajaran dalam hierarki realismenya – bermula
daripada konkrit (situasi sebenar) kepada abstrak (perkataan). Rajah 3.2 menunjukkan
kedudukan media berbanding pengalaman yang diberikan.

Media Pengalaman

Perkataan
Gambar Rajah
Peta Abstrak
Gambar/Lukisan
Filem/Video
Model 3D
Objek/Realia Konkrit
Ujikaji/Demonstrasi
Komputer (Simulasi)
Situasi sebenar

Rajah 3.2: Model Hoban dan Zissman

36 OUM
TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN

Edgar Dale (1946), mengambil pendekatan yang sama dengan Hoban dalam membina “Kon
Pengalaman Dale” (sila lihat Rajah 3.3). Dalam kon ini, pengalaman konkrit dimulakan
dengan pelajar sendiri melibatkan diri dalam suatu pengalaman yang sebenar. Pengalaman
konkrit ini semakin berkurangan apabila peranan pelajar sebagai pemerhati kepada peristiwa
sebenar berkurangan. Peristiwa sebenar dalam bentuk salinan seperti rakaman video.
Akhirnya, pengalaman abstrak dialami apabila pelajar mentafsir simbol visual dan lisan yang
mewakili peristiwa tersebut.

Menurut Dale, pelajar boleh memanfaatkan aktiviti pembelajaran yang abstrak asalkan mereka
telah mempunyai banyak maklumat konkrit yang boleh digunakan bagi mentafsir konsep
yang abstrak tersebut.

Kon ini dianggap satu model yang praktikal bagi menganalisis ciri-ciri media pengajaran dan
bagaimana ia boleh dimanfaatkan.

Abstrak

Simbol/
verbal
Persimbolan
Simbol visual

Rakaman audio/video
gambar kaku

Gambar Bergerak
Pemerhatian

Bahan Pameran

Lawatan

Tunjuk cara

Pengalaman melalui lakonan atau drama

Pengalaman tiruan Penglibatan

Pengalaman sebenar Konkrit

Rajah 3.3: Kon pengalaman Dale

Berdasarkan kon yang sama, Brunner (1966), membahagikannya kepada 3 pengalaman,


iaitu pengalaman enaktif, pengalaman ikonik dan pengalaman simbolik atau digital
(lihat Rajah 3.4). Beliau mencadangkan penyampaian pelajaran bermula daripada pengalaman
enaktif (pengalaman secara langsung atau sebenar) ke pengalaman ikonik (melalui visual)
dan seterusnya kepada pengalaman simbolik atau digital (melalui perkataan). Kebijaksanaan
guru menyusun bahan-bahan pengajaran akan menentukan kejayaan atau penguasaan
pelajar terhadap sesuatu pelajaran. Prinsip penyusunan ini sama dengan yang disarankan
oleh Dale.

OUM 37
MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3

Simbol/
verbal
Abstrak
Simbol visual

Rakaman audio/video
gambar kaku

Gambar Bergerak
Ikonik

Bahan Pameran

Lawatan

Tunjuk cara

Pengalaman melalui lakonan atau drama

Pengalaman tiruan Enaktif

Pengalaman sebenar

Rajah 3.4: Kon pengalaman Dale menurut tafsiran Brunner

Jika dibandingkan dengan Hoban et al. dan Dale, klasifikasi media yang dilakukan oleh Gagne
dan Briggs agak berbeza. Mereka mengumpulkan media dalam enam kategori berdasarkan
rangsangan fizikal yang dihasilkan oleh setiap media. Enam kategori tersebut ialah:
• perkataan yang diucapkan;
• bunyi selain daripada perkataan yang diucapkan;
• perkataan bercetak;
• gambar pegun;
• gambar bergerak; dan
• sampel sebenar.

Daripada sifat fizikal ini, ia dikaitkan dengan peralatan yang memiliki ciri-ciri ini. Misalnya, gambar
pegun boleh disampaikan melalui slaid, filem, video, CD dan sebagainya. Bagi Gagne dan
Briggs (1974), mengenali ciri ini adalah lebih penting dalam membuat pemilihan media, daripada
terus kepada menentukan peralatan dan bahan. Misalnya, jika pembelajaran itu memerlukan
pelajar mengenal pasti ciri-ciri serangga, maka ciri fizikal media yang terbabit adalah gambar
pegun, perkataan yang diucapkan, bunyi dan mungkin juga sampel sebenar. Terdapat pelbagai
perkakasan yang memiliki ciri-ciri gambar pegun, perkataan yang diucapkan dan bunyi seperti
video, slaid berpita, televisyen, CD-ROM dan sebagainya. Mana-mana satu daripadanya dapat
melaksanakan objektif yang sama. Oleh itu, keputusan perlu diambil untuk memilih satu atau
lebih media ini menurut kemampuan masing-masing. Andainya kos menjadi batasan, slaid
berpita mungkin menjadi pilihan terbaik.

Terdapat satu pengkelasan yang juga berdasarkan ciri-ciri fizikal media. Pengkelasan ini
membahagikan media kepada 8 jenis, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1.

38 OUM
TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN

Jadual 3.1: Pengkelasan Media

Bil. Jenis Media Contoh


1. Media Tayang Kaku transparensi, slaid dan mikrofilem
2. Media Tayang Bergerak pita video, cakera padat digital dan filem
3. Bahan Grafik lukisan, poster, kartun, carta dan graf
4. Gambar Kaku gambar foto, kad imbasan dan poskad
5. Bahan Pameran Tiga-Dimensi model, boneka, diorama dan pupet
6. Papan Pameran papan kapur, papan putih, papan flanel dan papan buletin
7. Media Audio pita kaset, cakera padat dan komputer
8. Media Cetak modul, buku teks, surat khabar, majalah dan risalah

Latihan 3.3

Nyatakan secara ringkas jenis-jenis media pengajaran mengikut


pengkelasan.

3.4 PEMILIHAN MEDIA PENGAJARAN (MP)


Seperti yang telah dibincangkan dalam Topik 2, pemilihan media merupakan satu perkara
yang amat penting dalam memastikan pembelajaran berkesan. Dalam topik ini, pemilihan
media akan berfokuskan kepada pemilihan format atau bentuk media. Ini bermakna,
pendekatan yang akan diambil oleh anda adalah untuk menghasilkan sendiri media
pengajaran.

Biasanya kita menganggap pelajar yang tidak belajar itu malas atau bodoh, tetapi sebenarnya
mereka tidak dapat belajar kerana media yang digunakan tidak sesuai dengan kandungan
pelajaran serta gaya pembelajaran mereka. Misalnya, istilah yang abstrak seperti ‘ion’ dan
‘molekul’ sukar dibayangkan, jika hanya diucapkan secara lisan. Akan tetapi, untuk terus
berada di bilik darjah, pelajar terpaksa menghafal dan menelan apa yang diberikan tanpa
mengambil kira sama ada mereka benar-benar memahami konsep ini. Mereka mungkin
berjaya dalam ujian, tetapi gagal dalam pengertian.

Oleh kerana itu, pemilihan MP diumpamakan sebagai memilih kasut. Kasut yang muat di
kaki sedap dipakai. Kasut yang terbesar atau terkecil, walaupun cantik dan murah tidak
dibeli kerana ia tidak selesa dan tidak mudah diubahsuai. Pendek kata, kita hanya membeli
kasut yang benar-benar padan dengan kaki kita.

Menyentuh soal “padan”, dalam konteks pengajaran, ia bermakna media pengajaran yang
digunakan itu mestilah bertepatan dengan kehendak objektif pengajaran. Prinsip pemilihan
MP menyatakan:

Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif


pembelajaran dengan berkesan.

OUM 39
MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3

Ini bermaksud, kita perlu mengenal pasti objektif sebelum memulakan proses pemilihan seperti
mana yang telah dibincangkan dalam model ASSURE.

Seperkara lagi, pemilihan juga perlu mengambil kira keseimbangan antara soal kepentingan
media itu dan keberkesanan kos. Rajah 3.5 mengilustrasikan aspek ini.

Kepentingan Keberkesanan Kos

Rajah 3.5: Prinsip pemilihan media

Selain daripada faktor utama yang disebutkan di atas, terdapat juga faktor lain yang
mempengaruhi pemilihan media. Berikut disertakan carta (sila lihat Rajah 3.6) yang
menunjukkan faktor yang terlibat dalam pemilihan media.

Isi pelajaran dan tahap


pencapaian yang
dikehendaki

Objektif
Populasi sasaran
pembelajaran

Pemilihan

Perwatakan Kekangan dalam


pelajar pelaksanaan

Penggunaan media

Sikap dan Pengajaran, ruang


kemahiran guru dan kemudahan

Penggunaan

Rajah 3.6: Faktor yang mempengaruhi pemilihan dan penggunaan media pengajaran

40 OUM
TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN

Berdasarkan carta di atas, faktor asas dalam pemilihan media ialah isi pelajaran, objektif,
kaedah dan pelajar. Faktor yang lain merupakan faktor sampingan yang boleh digolongkan
di bawah satu label, iaitu praktikal. Dalam modul ini perincian akan diberikan kepada faktor
asas, iaitu:
• objektif;
• pelajar;
• kaedah; dan
• praktikal.

3.4.1 Faktor Objektif

Terdapat beberapa panduan untuk memilih media berasaskan objektif.


(a) Kajian telah menunjukkan terdapat hubungan antara MP dengan objektif pembelajaran.
Sebahagiannya dapat dilihat daripada Jadual 3.2.

Jadual 3.2: Hubungan antara Media Pengajaran dengan Objektif Pembelajaran

Objektif Pembelajaran
Jenis-jenis
Media Belajar Belajar Belajar Belajar Menjalankan Membentuk
Pengajaran Maklumat Mengenal Prinsip dan Peraturan Kemahiran Sikap
Faktual Pasti Visual Konsep Motor
Gambar
Sederhana Tinggi Sederhana Sederhana Rendah Rendah
Pegun
Filem
Sederhana Tinggi Tinggi Tinggi Sederhana Sederhana
bergerak
Televisyen Sederhana Sederhana Tinggi Sederhana Rendah Sederhana
Objek 3-D Rendah Tinggi Rendah Rendah Rendah Rendah
Rakaman
Sederhana Rendah Rendah Sederhana Rendah Sederhana
video
Penerangan Sederhana Sederhana Sederhana Tinggi Rendah Sederhana
Demonstrasi Rendah Sederhana Rendah Tinggi Rendah Sederhana
Bahan cetak Sederhana Rendah Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana
Pengajaran
Sederhana Rendah Sederhana Sederhana Rendah Sederhana
lisan

Untuk mengetahui secara lanjut tentang taksonomi ini, anda perlu membaca
buku “ The Conditions of Learning” oleh Gagne.

OUM 41
MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3

Bagi menunjukan perkaitan antara MP dan objektif, lihat Rajah 3.7 berikut.

Kemahiran Kemahiran Kemahiran


Sikap
motor mental lisan

Media Media Media Media


Pengajaran Pengajaran Pengajaran Pengajaran

Alatan mudah Carta Carta Filem


alih Filem Filem jalur Slaid/pita
OHP Filem Video
Perkakasan Slaid/pita OHP
latihan Kit latihan Alatan mudah alih
video Slaid/pita
Kit latihan
video

Rajah 3.7: Padanan antara media pengajaran dengan objektif

(b) Kon Pengalaman Dale juga boleh digunakan untuk membuat pemilihan media
berasaskan objektif. Satu peraturan umum ditetapkan untuk pemilihan cara ini, iaitu:

“Go as low on the scale as you need to, in order to ensure learning for your
group, but go as high as you can for most efficient learning.”

Apakah pengertian pernyataan ini? Jika kita ingin memastikan pembelajaran terjadi
dengan sempurna, media yang patut dipilih adalah daripada kumpulan di tapak kon.
Pendekatan ini dikatakan sebagai “Slow but sure”. Ia sesuai bagi mencapai objektif
yang kandungannya amat sedikit diketahui atau dialami oleh pelajar. Ertinya, pelajar
asing dengan persoalan objektif tersebut. Misalnya, bagi guru pelatih yang tidak ada
pengalaman mengajar, objektifnya ialah supaya mereka dapat menghayati peranan
guru, maka latihan mengajar adalah kaedah dan media yang paling sesuai untuk mereka.
Melalui latihan ini, guru berdepan dengan suasana pengajaran yang sebenar. Akan
tetapi, cara ini mahal dan prosesnya agak lama.

Pendekatan yang kedua dikatakan sebagai Fast but risky. Ertinya, pembelajaran yang
dirancang memanglah lebih cepat dan murah tetapi ada risikonya kerana penggunaan
simbol verbal dan visual mungkin akan mengelirukan pelajar yang tidak mahir mentafsir
simbol-simbol tersebut. Pendekatan ini sesuai diambil jika pengetahuan asas atau sedia
ada telah dikuasai secara konkrit oleh pelajar.

(c) Sifat fizikal media terdiri daripada enam ciri fizikal, iaitu:
• visual;
• perkataan bercetak;
• bunyi dan suara;
• pergerakan;

42 OUM
TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN

• warna; dan
• bahan sebenar

Katakan objektif anda ialah, “Pelajar dapat menyenaraikan tiga sumber


elektrik.” Apakah ciri media yang sesuai? Daripada ciri ini, guru dapat
menentukan penyalur yang sesuai lagi mampu diadakan.

3.4.2 Faktor Pelajar

Mengetahui ciri-ciri pelajar merupakan satu lagi aspek utama dalam pemilihan MP. Dengan
mengetahui siapa pelajar kita, kita dapat pastikan media yang terbaik bagi mereka,
memandangkan keberkesanan media berbeza-beza menurut ciri pelajar.

Model ASSURE menunjukkan bahawa terdapat tiga aspek utama dalam analisis ini, iaitu ciri-
ciri umum, keperluan khusus dan stail pembelajaran.

(a) Daripada sudut ciri-ciri umum, khususnya umur, penyelidik mendapati pelajar dewasa
lebih berupaya mengendalikan pelbagai jenis pembelajaran. Mereka memerlukan
panduan yang kurang berbanding pelajar yang muda.

Untuk mencapai objektif kognitif, media abstrak adalah lebih sesuai untuk pelajar dewasa
berbanding pelajar muda. Bagi sikap pula, media konkrit adalah penting bagi kedua-
dua peringkat umur. Wager mencadangkan kanak-kanak didedahkan kepada ucapan
daripada seseorang yang mereka pandang tinggi kerana sikap terbentuk apabila
mendengar kenyataan daripada orang yang disegani.

(b) Bagi keperluan khusus, visual didapati membantu pelajar yang kurang cekap membaca.
Bagaimanapun, gambar foto membantu golongan yang cekap dan kurang cekap
membaca. Pelajar yang kurang cekap membaca juga didapati lebih menggemari arahan
yang berbentuk rakaman audio.

(c) Stail pembelajaran turut menyebabkan cara seseorang belajar berbeza dan ini sekali
gus memerlukan sesuatu yang sesuai dengannya. Pelajar kinestatik didapati belajar
dengan lebih berkesan melalui kit pembelajaran yang terdiri daripada model dan latihan
yang bersifat fizikal. Ini berlainan pula dengan pelajar audio yang lebih suka mendengar
dan bercakap. Pelajar visual pula lebih suka melukis dan melakar buah fikiran mereka.
Jadual 3.3 menunjukkan hubungan antara stail belajar dengan cara belajar yang sesuai.

Ini bermakna, guru harus berusaha meneliti stail yang ada di kalangan pelajar mereka. Ia
tidak bertujuan untuk menonjolkan mana-mana stail, kerana setiap stail tidak lebih atau kurang
daripada yang lain. Apa yang penting, stail ini disesuaikan dengan pendekatan pengajaran.
Justeru, dalam pengajaran digalakkan menggunakan pendekatan yang pelbagai untuk
memenuhi keperluan yang pelbagai juga.

Ini bermakna, guru harus berusaha meneliti stail yang ada di kalangan pelajar mereka. Ia
tidak bertujuan untuk menonjolkan mana-mana stail kerana setiap stail tidak lebih atau kurang
daripada yang lain. Apa yang penting, stail ini disesuaikan dengan pendekatan pengajaran.
Justeru itu, dalam pengajaran digalakkan menggunakan pendekatan yang dipelbagaikan
untuk memenuhi keperluan yang pelbagai juga.

OUM 43
MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3

Jadual 3.3: Stail Pembelajaran – Cara Mengenalpasti dan Tip Pembelajaran

Cara Mengenalpasti Tip Pembelajaran


Pelajar visual biasanya: Pelajar visual patut:
• Perlu melihat apa yang sedang dipelajari • Guna grafik untuk membuat pengukuhan;
untuk memahaminya. filem, slaid, ilustrasi, gambar rajah dan
• Sangat peka terhadap warna. contengan.
• Berbakat seni (keupayaan artistik). • Gunakan kod warna untuk menyusun nota
• Menghadapi masalah dengan arahan lisan. dan bahan-bahan persendirian.
• Berkemungkinan bertindak balas secara • Minta arahan bertulis.
berlebihan terhadap bunyi. • Guna carta alir dan rajah untuk mencatat
• Menghadapi masalah menyukai syarahan. nota.
• Kerap salah tafsir makna perkataan. • Gambarkan perkataan atau fakta yang ingin
dihafal.

Pelajar auditori biasanya: Pelajar auditori patut:


• Lebih gemar mendapatkan maklumat • Guna alat perakam untuk membaca dan
dengan cara mendengar. mengikuti kelas dan syarahan.
• Perlu dengar untuk memahami. • Belajar dengan membuat temu bual atau
• Menghadapi masalah mengikuti arahan aktif dalam perbincangan.
bertulis. • Soalan peperiksaan dan arahan dibaca
• Kesusahan dalam membaca. secara lisan atau guna perakam.
• Bermasalah dalam menulis.
• Tidak berupaya membaca bahasa gerak
badan dan mimik muka.

Pelajar kinestatik biasanya: Pelajar kinestatik patut:


• Lebih suka “hands-on” (membuat aktiviti). • Menggunakan cara pembelajaran
• Boleh mencantum bahagian-bahagian “experiential” (buat model, jalankan kerja
alatan tanpa membaca panduan. makmal dan lakonan).
• Susah duduk diam. • Rehat dengan kerap semasa pembelajaran.
• Belajar dengan lebih baik jika ada • Tekap huruf dan perkataan semasa belajar
penglibatan pergerakan fizikal. ejaan dan menghafal fakta.
• Mungkin ada koordinasi badan yang baik • Guna komputer untuk pengukuhan jenis
dan kemahiran atletik. sensori.
• Menghafal atau melatih dengan berjalan
dan membuat jasmani.
• Kebolehan diluahkan melalui tarian, drama
atau gimnastik.

Sumber: Middlesex Community College, Adaptasi daripada Tutor Trainer’s Manual, Tyler
Junior College, Tyler, TX.

Apakah stail pembelajaran anda? Adakah cara anda belajar sama seperti
yang disenaraikan? Jika tidak, cuba berlatih dan lihat kesannya.

44 OUM
TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN

3.4.3 Faktor Kaedah

Elton (1977), telah membahagikan kesemua pengajaran dan pembelajaran kepada tiga
kumpulan yang besar, iaitu:
• Pengajaran Beramai-ramai.
• Pengajaran Kendiri.
• Pembelajaran Berkumpulan.
Berdasarkan tiga kumpulan ini, beliau menggariskan kaedah dan media yang sesuai
digunakan. Jadual 3.4 menunjukkan pekara ini.

Jadual 3.4: Tiga Kelas Kaedah Pengajaran

Kaedah Pengajaran Contoh Peranan Guru


Pengajaran Beramai-ramai Kuliah konvensional, pelajaran Penyampai tradisional,
ekspositori, siaran TV dan pengawal proses pengajaran.
radio, kabel TV dan filem.
Pengajaran Kendiri Pembelajaran jarak jauh, Penerbit dan pengurus sumber
pembelajaran berbantukan pembelajaran, tutor dan
komputer, mediated self- fasilitator.
instruction.
Pembelajaran Berkumpulan Tutorial, seminar, latihan Pengurus dan fasilitator.
berkumpulan, projek,
permainan dan simulasi, self-
help groups.

Jika jadual di atas diperhatikan dengan teliti, pasti anda dapat melihat perbezaan media yang
digunakan untuk setiap kumpulan.

3.4.4 Faktor Praktikal

Faktor praktikal berkaitan dengan isu dan sama ada pilihan ini dapat dilaksanakan. Terdapat
beberapa persoalan yang perlu dijawab, iaitu:

• Adakah MP mudah diperoleh?


• Jika mudah diperoleh, adakah mudah digunakan?
• Jika tidak mudah diperoleh, berapa kos dan masa yang diperlukan?
• Adakah pihak pentadbir meluluskannya?

Persoalan sama ada MP mudah atau murah adalah persoalan yang relatif. Jawapan kepada
persoalan ini sangat bergantung kepada individu berkenaan. Daripada konteks realiti, setiap
individu mesti sanggup menghadapi kesusahan dan berikhtiar mengatasinya. Semangat ini
harus ada di jiwa setiap guru. Andainya susah sedikit sudah mengalah, maka sukarlah untuk
kita membangunkan pelajar yang cemerlang dan berdaya saing.

OUM 45
MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3

3.5 PENYEDIAAN MEDIA PENGAJARAN


Kunci kualiti sesuatu MP terletak pada perancangan yang rapi. Jika diteliti, proses penyediaan
media hampir sama bagi semua jenis media. Yang membezakan adalah kemahiran teknikal
yang diperlukan bagi sesuatu media tertentu. Justeru, disenaraikan langkah dalam proses
penyediaan atau penerbitan media.
(a) Cetuskan idea. Idea tercetus daripada pengalaman, pembacaan, pemerhatian dan
sebagainya. Yang penting, fikiran diajukan kepada usaha membantu pelajar dan
mengatasi masalah pembelajaran mereka.

(b) Nyatakan objektif. Tuliskan dengan jelas apakah yang kita inginkan pelajar kita dapat
lakukan di akhir pengajaran nanti.

(c) Analisis pelajar dari segi:


• latar belakang;
• pengetahuan sedia ada;
• kadar pembelajaran;
• kemahiran asas;
• kebolehan bertutur;
• sikap; dan
• gaya belajar.

Analisis pelajar akan mempengaruhi:


• perkembangan pengajaran;
• kepantasan pengajaran;
• paras perbendaharaan kata; dan
• cara dan tahap penglibatan pelajar.

(d) Kumpul dan susun bahan


• kenal pasti sumber dengan menjalankan kajian sama ada menerusi pembacaan
atau pergi terus ke lokasi berkenaan;
• buat sorotan menyeluruh tentang kandungan;
• susun isi-isi utama; dan
• buat satu sinopsis ringkas.

(e) Tukarkan idea ke dalam bentuk visual. Perkara ini akan dibincangkan dengan
mendalam dalam Topik 4.
(f) Rancangkan penglibatan pelajar. Penglibatan yang aktif akan meningkatkan
keberkesanan pengajaran. Pelbagai cara boleh dilakukan seperti:
• memberikan soalan yang memerlukan jawapan segera, secara lisan atau bertulis;
• membuat kesimpulan atau menyatakan pandangan; dan
• membuat pemilihan, penilaian atau perkara yang berkaitan dengan membuat
keputusan.

46 OUM
TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN

(g) Semak perancangan anda. Dalam semakan ini, beberapa soalan perlu diajukan, iaitu:
• Adakah ia membantu pencapaian objektif?
• Wujudkah kesinambungan, misalnya antara satu keping slaid atau transparensi
dengan yang lain?
• Adakah ia membawa pertambahan pengetahuan di kalangan pelajar?
• Adakah ia berfokus kepada idea utama?
• Adakah idea itu jelas?
• Adakah semua perkara yang tidak penting telah diketepikan?
• Adakah ia dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan?
• Adakah tajuk jelas dan cukup pendek untuk dibaca semasa persembahan?
• Adakah aktiviti yang disediakan mencukupi?

(h) Penerbitan
Setelah anda berpuas hati dengan perancangan yang dibuat, maka penerbitan
merupakan langkah yang seterusnya. Dalam konteks ini, aspek teknikal penting dikuasai.
Oleh kerana limitasi ruang, modul ini tidak mampu untuk menunjukkan secara terperinci
penghasilan setiap jenis media. Namun, dalam Topik 4 akan dibentangkan prinsip reka
bentuk visual yang merupakan asas dalam penerbitan kebanyakan media pengajaran.

Lakarkan carta aliran penyediaan media pengajaran.

Sila cuba latihan berikut bagi menguji kefahaman anda.

Latihan 3.4

Jelaskan panduan untuk memilih media berasaskan objektif.

RUMUSAN
Media Pengajaran yang baik akan membantu agar proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan lancar dan berkesan. Seorang pengajar seharusnya peka kepada faktor objektif,
faktor pelajar, faktor kaedah dan faktor praktikal semasa membuat dan menyediakan media
pengajaran. Penyediaan media pengajaran haruslah melalui langkah-langkah seperti:

• pencetusan idea;
• menyatakan objektif;
• analisis pelajar;
• mengumpul dan menyusun bahan;

OUM 47
MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3

• tukar idea ke bentuk visual;


• rancang penglibatan pelajar;
• semak perancangan; dan
• penerbitan.

Selepas penggunaan media pengajaran, haruslah dianalisis semula media tersebut, sama
ada ia berkesan atau tidak. Sekiranya masih kurang berkesan, maka perlulah disediakan
semula media pengajaran tersebut. Aspek penilaian telah pun diterangkan dalam Bab 3.

GLOSARI
Media/Medium – Istilah ini bermaksud saluran komunikasi, merujuk kepada apa
sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada
penerima. Reiser dan Gagne (1983), mendefinisikannya sebagai
sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran
disampaikan.

Media Pengajaran – Kemp dan Smellie ((1994), mendefinisikan media pengajaran


sebagai audio visual dan bahan bahan yang berkaitan
dengannya yang berfungsi dalam pelaksanaan sesuatu
pengajaran.

UJIAN 1
Media digunakan untuk membantu proses komunikasi. Jelaskan.

UJIAN 2
Apakah masalah yang mungkin timbul akhibat penggunaan media dalam bentuk:
(a) pengajaran bersama pengajar
(b) pengajaran tanpa pengajar

48 OUM

Anda mungkin juga menyukai