Anda di halaman 1dari 12

SAMR

CHE KHAIRULEFFENDI BIN


CHE KAMARUZAMAN
904692

SGDT 7013
PROF. MADYA DR.
ARUMUGAN A/L RAMAN
Pendahuluan
• Pengenalan pembaharuan dalam sistem pendidikan amat perlu
dalam menghasilkan impak positif kepada keberhasilan pelajar
dan seterusnya menyediakan para pelajar bagi menghadapi
cabaran globalisasi abad ke 21 ini (Mohd Azli Yeop et.al., 2016;
Hamzah et. al., 2018).

• Bower (2019) menyatakan bahawa sangat penting untuk kita


memahami cara-cara bagaimana kepercayaan, pengetahuan,
amalan dan persekitaran saling mempengaruhi satu sama lain
dalam hubungannya dengan penggunaan teknologi pendidikan.
• Teknologi sebagai alat bantu di dalam proses pembelajaran mengalami
perubahan yang sangat cepat pada era digital saat ini.
• Proses penggunaan teknologi dalam pembelajaran haruslah difahami
dalam komposisi yang tepat.
• Penggunaan teknologi haruslah mendukung sasaran yang diharapkan.
• Tanpa adanya pemahaman yang baik, teknologi akan menjadi alat bantu
yang kurang bermakna dalam proses pembelajaran.
Model Perancangan Teknologi
• Ada beberapa model pengintegrasian teknologi ke dalam proses pembelajaran seperti
TPACK, SAMR dan TIP.
• Model SAMR adalah model yang boleh menggambarkan proses integrasi teknologi ke
dalam proses pembelajaran secara komprehensif.
• Model ini diperkenalkan oleh Dr. Ruben Puentedura seorang konsultan di bidang
pendidikan.
• Model ini menggunakan heirarki untuk menggambarkan peringkat kognitif yang boleh
diperolehi dengan menggunakan teknologi sebagai alat bantu pembelajaran.
Model SAMR
1. Substitution / Penggantian 
• Peringkat kebergantungan teknologi paling rendah.
• Komputer digunakan untuk memudahkan tugasan berbanding cara tanpa
komputer.
• Dikategorikan sebagai enhancement / penambahbaikan kerana walaupun
ICT memudahkan sesuatu tugasan, tugasan itu masih dapat diteruskan tanpa
ICT.
• Contoh: Para pelajar diminta membuat satu senarai yang mempunyai nama
empat binatang liar beserta gambar haiwan tersebut. Para pelajar diajar
menggunakan MS Word bagi membuat senarai itu. Sekiranya tiada komputer,
tugasan ini masih dapat dilaksanakan. Pelajar boleh menulis senarai tersebut
dalam buku latihan.
2. Augmentation / Peningkatan 
• Peringkat kebergantungan teknologi masih agak rendah. Komputer digunakan
untuk memudahkan tugasan dengan sedikit peningkatan.
• Dikategorikan sebagai enhancement / penambahbaikan kerana walaupun
ICT memudahkan sesuatu tugasan, tugasan itu masih dapat diteruskan tanpa
ICT.
• Contoh: Pelajar diminta memuatkan gambar haiwan pada senarai tadi. Pelajar
diajar mendapatkan gambar daripada Internet. Selain itu, pelajar diminta
menyemak ejaan menggunakan MS Word. Sekiranya tiada komputer, tugasan
ini masih dapat dilaksanakan. Pelajar boleh menyemak ejaan perkataan
menggunakan kamus dan mendapatkan gambar daripada mana-mana buku atau
penerbitan lain.
3. Modification / Pengubahsuaian 
• Peringkat kebergantungan teknologi yang tinggi.
• Komputer bukan lagi sekadar membantu tetapi diperlukan untuk menyiapkan
tugasan. Oleh itu peringkat ini dikategorikan
sebagai transformation / transformasi.
• Contoh: Pelajar diminta mencari video di YouTube berkenaan haiwan yang
mereka telah senaraikan dalam fail MS Word. Pelajar diminta menyertakan
alamat video tersebut dalam dokumen MS Word tadi. Sekiranya tiada
komputer dan Internet, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan. Tugasan dapat
dilaksanakan setakat menulis senarai haiwan sahaja.
4. Redefinition / Pengubahan semula 
• Peringkat kebergantungan teknologi paling tinggi.
• Komputer bukan lagi sekadar membantu tetapi diperlukan untuk menyiapkan
tugasan. Oleh itu peringkat ini dikategorikan
sebagai transformation / transformasi.
• Contoh: Pelajar diminta bekerjasama dalam kumpulan untuk membuat satu
laman sesawang yang menerangkan tentang 4 haiwan liar. Pelajar perlu
sertakan video YouTube dalam penerangan mereka. Selain itu mereka perlu
menjawab persoalan dalam ruangan komen di laman itu. Sekiranya tiada
komputer dan Internet, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan.
Sekian.
Terima Kasih.
Rujukan
• Bower, M. (2019). Technology‐mediated learning theory. British Journal of Educational
Technology. doi:10.1111/bjet.12771 
• Hamzah, M., & Yeop, M. (2018). Frog VLE (persekitaran pembelajaran maya)
dalam pengajaran dan pembelajaran: Penerimaan dan kaedah
pelaksanaannya**. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers and
Teacher Education, 6(2), 67-77. Retrieved from
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JRPPTTE/article/view/227
• Wilson, M. L., Ritzhaupt, A. D., & Cheng, L. (2020). The impact of teacher
education courses for technology integration on pre-service teacher knowledge:
A meta-analysis study. Computers & Education, 103941.
doi:10.1016/j.compedu.2020.103941 
• Yeop, Mohd Azli & Wong, Kung-Teck & Noh, Noraini. (2016). Blended learning in
selected journals: a content analysis using the Complex Adaptive Blended
Learning Systems. Instructional Technology. 10. 47.

Anda mungkin juga menyukai