Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BULUH LIMA

KOTA SARANG SEMUT, 06800 ALOR SETAR,

KEDAH DARUL AMAN

KERTAS CADANGAN:

PROGRAM IFTAR NUR KASIH RAMADHAN

WARGA SK. BULUH LIMA & AJK PIBG

BERSAMA MURID-MURID YATIM DAN WARIS

TEMPAT:

KANTIN SK. BULUH LIMA, KOTA SARANG SEMUT, ALOR SETAR

TARIKH DAN MASA:

6 JUN 2018(RABU)

6.30 PETANG – 9.30 MALAM

ANJURAN :

UNIT KOKURIKULUM & PERSATUAN AGAMA ISLAM

BERSAMA

PIBG SK BULUH LIMA & BADAN KEBAJIKAN GURU


1.0 RASIONAL PROGRAM

Rasulullah SAW pernah bersabda mengenai keutamaan memberi makan orang yang sedang berpuasa
untuk berbuka yang bermaksud : Para malaikat memohon rahmat pada malam-malam Ramadhan ke
atas orang yang memberi makan untuk orang yang berbuka puasa daripada sumbernya yang halal,
kemudian pada malam Lailatul Qadar, Jibril a.s berjabat tangan dengannya.

2.0 MATLAMAT PROGRAM

Sebagai memenuhi keperluan umat Islam yang ingin meraih seberapa banyak pahala dan ganjaran
dengan mengerjakan berbagai amal ibadat di dalam bulan Ramadhan, maka Majlis Ifthor Ramadhan
telah dirancang dan disusun ke arah matlamat tersebut. Majlis Ifthor Ramadhan ini dirancang dan
disusun bagi menyahut seruan Rasulullah mengenai keutamaan memberi makan orang yang sedang
berpuasa untuk berbuka dan beramal sedekah bagi mereka yang ingin berbuat demikian. Selain itu,
dengan adanya majlis ini, hubungan silaturrahim antara guru-guru dan staf di SK Buluh Lima dapat
dieratkan.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

 Memberi ruang dan peluang kepada mereka yang ingin beramal jariah di bulan Ramadhan
al-Mubarak.
 Mengeratkan hubungan ukhuwah antara guru-guru di SK Buluh Lima.
 Membuka ruang dan peluang kepada ahli keluarga warga SK. Buluh Lima untuk turut
berbuka puasa bersama.
 Memberi peluang kepada guru-guru untuk bersedekah.
 Memanfaatkan bulan Ramadhan dengan menghidupkan malamnya.
 Meraikan anak-anak yatim dalam majlis berbuka puasa.
 Memberi sedikit ruang kegembiraan terhadap anak-anak yatim dengan sumbangan duit
raya.

4.0 PENGELOLAAN

 Unit Kokurikulum
 Badan Kebajikan Guru SK Buluh Lima
 Panitia Pendidikan Islam
 AJK PIBG
5.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Semua guru SK Buluh Lima

4.2 Staff sokongan

4.3 Pekerja pembersihan kawasan

4.4 Guru-Guru Kafa

4.5 Pengawal keselamatan swasta

4.6 Murid-murid yatim SK Buluh Lima & warisnya

6.0 LOKASI

Kantin SK Buluh Lima

7.0 TARIKH

6 JUN 2018 (RABU)

8.0 MASA

6.30 petang hingga 9.30 malam

9.0 JAWATANKUASA PENGELOLAAN MAJLIS

Pengerusi : En. Md Daud b. Md Nor(Guru Besar)

Naib Pengerusi 1 : Pn. Basyira bt. Ali Ahmad(Pen. Kanan KOKO)

Naib Pengerusi 2 : En. Zulkifli b. Ahmad(Pen. Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi 3 : Pn. Masyitah bt. Yusuf(Pen. Kanan HEM)

Penyelaras : En. Mohamad b. Abd Rahman

Pen. Penyelaras : En. Jamal Abdul Nasir b. Saadan

Setiausaha : Pn. Noor Zaini bt. Mohd Yusoff

Bendahari : Pn. Nor Azida bt Azizan

Ahli Jawatankuasa:

Jamuan :Pn. Hartini bt. Ahmad


:Pn. Rohani bt. Hussain
:Pn. Nor Apazoh bt. Ismail
:Pn. Siti Fauziah bt. Kasa
:Pn. Norhafizah bt. Md. Isa
Dewan Solat :En. Azmeer bin Ismail
:En.Mohammad Zaharuddin bin Yaakob
;Pn. Nor Azila bt. Abdullah
:Pn. Hafizoh bt. Hassan
Imam Tarawikh/Doa Berbuka :Ustaz Jamal Abdul Nasir bin Saadan
:Ustaz Md Zahir bin Khasim
Data Murid Yatim :Pn. Faradila bt. Abd Hamid
:Pn. Azlina bt. Abu Bakar :
Dokumentasi :Pn. Noor Zaini bt. Mohd Yusoff
:En. Md Zahir bin Khasim
Pengerusi Majlis :En. Suhail bin Jaafar
Sumbangan :En. Mohd Asri bin Hj. Kamis
:En. Mohamad bin Abd Rahman
PA Sistem :En. Mohd Shafawi bin Zainol
:En. Suhail bin Jaafar
Kebersihan & Kekemasan :Pn. Faridah bt Radin Salim
:Pn. Asiah bt. Ishak
:Pn. Azlin Harniza bt Abdul Halim
:Pn. Nor Azida bt Azizan
:Ahli Jawatankuasa PIBG
:Guru-Guru KAFA

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN:

11.1 Kos Perbelanjaan


No Perkara Perbelanjaan Jumlah(RM)
1 Majlis berbuka puasa 100 orang RM 800
RM 8 x 100 orang

2 Sumbangan duit raya 20 orang RM 1000


RM 50 x 20 orang
Jumlah keseluruhan RM1800

11.2 Sumber kewangan


No Perkara Pendapatan Jumlah
(RM)
1. Sumbangan guru/staf 32 orang x RM10 RM320

2. Sumbangan sekolah 30 orang x RM50 RM 1500

RM 1820
Jumlah keseluruhan

12.0 TENTATIF PROGRAM


Masa Aktiviti

6.30 petang Ketibaan para guru, staff sekolah, murid-murid yatim dan waris

6.35 petang Taklimat dan ucapan alu-aluan dari pengerusi majlis.

6.45 petang Ucapan daripada Pengerusi Badan Kebajikan

6.55 petang Ucapan daripada Guru Besar


Penyampaian Sumbangan Bantuan/Duit Raya
7.20 malam Majlis Tahlil Ringkas

7.38 malam Doa Berbuka


Berbuka puasa
8.00 malam Solat maghrib berjemaah
8.15 malam Minum/Makan Kuih2
8.51 malam Solat Isyak & Solat Tarawikh Berjemaah(8 rakaat + 3 rakaat witir)
9.30 malam Bersurai

13.0 PENUTUP

Sebagai organisasi yang serba kekurangan dari segi pendanaan, Badan Kebajikan sangat-sangat
mengalu-alukan sumbangan orang perseorangan mahupun pihak swasta dari segenap bentuk
bantuan bagi menyediakan juadah berbuka serta saguhati duit raya untuk kanak-kanak yatim
tersebut, Semoga program yang bermanfaat di bulan yang penuh dengan keberkatan ini mendapat
kerjasama daripada semua pihak yang sanggup menghulurkan sumbangan dan bantuan ke arah
menjayakan program ini dan beroleh keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T

Rasulullah selalu memberi teladan kebaikan dari setiap tingkah laku dan tutur katanya, begitu juga
yang berhubungan dengan menyantuni anak yatim. Rasulullah juga menyantuni anak yatim ketika
bulan Ramadhan. Tentu sebagai umatnya, kita wajib meniru apa yang dilakukan oleh Rasulullah
termasuk kegiatan menyantuni anak yatim yang dilakukan baginda dengan mulia dan ikhlas semata-
mata kerana Allah. Tentu kita mengetahui bahawa Rasulullah sendiri adalah anak yatim piatu ketika
kecilnya. Baginda juga bukanlah seseorang yang memiliki harta yang melimpah ruah atau hidup
bermewah mewahan selama di dunia, namun baginda tetap selalu memikirkan dan membantu orang
lain dengan apa saja yang baginda miliki, khususnya menyantuni anak yatim di bulan Ramadhan., Oleh
sebab itu pahala menyantuni anak yatim di bulan Ramadhan memiliki darjat yang amat mulia di sisi
Allah kerana mengikuti sunnah Rasul. Mudah-mudahan Allah memberi taufik dan hidayah kepada
mereka yang berbakti untukNya. Amin.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………………… …………………………………………..
(Pn. Noraini bt Omar) (Basyira bt Ali Ahmad)

Setiausaha Kokurikulum PK.Kokurikulum

Sk. Buluh Lima Sk. Buluh Lima

Disahkan oleh,

………………………………………………..

(En. Md. Daud b. Md. Nor)

Guru Besar

Sk. Buluh Lima

Anda mungkin juga menyukai