Anda di halaman 1dari 5

Nama : Basyira Bt Ali Ahmad

No. Matrik : 904601

Pensyarah : Dr. Rohizah Bt Halim

Refleksi :

Tajuk : Karya Sastera Melayu Moden yang Berilhamkan Karya Sastera Melayu Lama oleh

MONIQUE ZAINI-LAJOUBERT

Pengarang karya ini menterjemahkan dengan ringkas karya-karya sumber dalam bentuk

tulisan seperti Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Pengarang telah menggunakan versi

Sejarah Melayu yang disunting oleh W.G. Shellabear. Manakala versi Hikayat Hang Tuah

telah disunting Kassim Ahmad.

Sejarah Melayu yang dihasilkan oleh W.G. Shellabear meneritakan tentang kesultanan

Melayu di kepulauan Indonesia dan Semenanjung Melayu Melaka pada tahun 1400-1511.

Karya ini mempunyai dua bahagian. Bahagian pertama berbentuk cerita dongeng berkaitan

asal usul kesultanan Melayu. Sultannya berketurunan daripada Iskandar Zulkarnain.

Bahagian kedua berkaitan dengan pemerintahan pelbagai sultan dan kejatuhan kesultanan

Melayu Melaka. Karya ini mengandungi unsur pengajaran tentang hubungan antara raja dan

rakyat. Kemerosotan pemerintahan Sultan Mahmud Syah berlaku pada tahun 1488-kerana

baginda lebih mementingkan kekayaan daripada kerajaan di bawah pemerintahannya.

Negara telah jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.


Manakala Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah karya Melayu dihasilkan oleh Kassim

Ahmad menceritakan lima pahlawan yang lahir pada zaman kegemilangan masyarakat

Melayu lama. Karya ini menceritakan tentang kehidupan masyarakat melayu sejak awal

hingga ke saat kejatuhannya pada 24 Ogos 1511. Hang Tuah dan Hang Jebat merupakan

masyarakat Melayu yang memiliki nilai-nilai kewiraan yang didukung oleh masyarakat

melayu pada zaman dahulu. Prinsip ketaatan kepada raja merupakan prinsip feudal yang

mungkin bercanggah dengan cita-cita keadilan yang terpendam dalam jiwa manusia. Justeru,

inilah yang membuat Hang Jebat memberontak terhadap rajanya, sedangkan prinsip ketaatan

kepada raja membuat Hang Tuah menerima hukuman mati yang dikenakan oleh raja

terhadapnya dan kemudian membunuh Hang Jebat yang dianggap sebagai penderhaka.

Terdapat karya-karya lain yang muncul sebelum kemerdekaan yang diceritakan oleh

pengarang. Karya yang muncul sebelum kemerdekaan banyak dikaitkan dengan gerakan

nasionalisme Melayu pada awal abad ke-20. Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu adalah

sama dengan gerakan di negara asia lain. Gerakan ini merupakan satu tindak balas terhadap

penjajahan asing. Gerakan nasionalisme lazimnya dikaitkan dengan hasrat untuk menegakkan

nilai dan institusi-institusi yang dapat mencerminkan konsep negara yang bebas dan

berdaulat.

Pengarang menceritakan tentang karya fiksyen dan teater oleh Shahrom Ahmad di mana

beliau mendapat ilham daripada Sejarah Melayu lama. Shahrom Ahmad merupakan seorang

penulis skrip drama dan pengarang novel. Novel yang dihasilkan oleh beliau ialah Tun

Fatimah atau Riwayat Perjuangan Ibu Melayu dan Korban Sungai Muar. Beliau menerbitkan

novel terakhirnya semasa pengistiharan Persekutuan Tanah Melayu. Novel yang dihasilkan

oleh beliau berunsurkan khayalan yang tiada kaitan dengan Sejarah Melayu. Kemudian beliau
mula berubah kea rah pementasan drama teater. Drama pentasnya bertajuk Tun Fatimah atau

Rahasia Kejatuhan Melaka. Walaupun drama pentas ini berjaya beliau telah mendapat

tentagan hebat daripada pemerintah kerana memasukkan unsur politik ke sekolah. Drama

pentas ini berakhir apabila berlaku kejatuhan Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud

Syah.

Pengarang juga mengkaji cerita berkaitan Singapura Di-Langgar Todak pada tahun 1951.

Novel ini telah dihasilkan oleh Abdul Samat Ahmad. Beliau mendapat ilham menghasilkan

banyak novel daripada Sejaran Melayu seperti Singapura Dilanda Todak, Tak Melayu Hilang

di Dunia, Dosa dan Zaman Gerhana. Novel Hang Tuah juga yang dihasilkan oleh beliau

mendapat ilham daripada Sejarah Melayu.

Seni filem Malaysia yang diterbitkan pada tahun 1933 diilham daripada Sejarah Melayu dan

Hikayat Hang Tuah. Filem ini dihasilkan setelah merdeka pada tahun 1960-an. Penerbit filem

ini terdiri daripada kaum Cina dan pengarahnya kaum India. Pada tahun 1960-an secara

berperingkat maka kaum Melayu mula mengambil alih kerja-kerja menerbit filem. Filem

genre yang dihasilkan sebelum kemerdekaan ialah filem Hang Tuah yang diterbitkan oleh

Malay Film Production dari Shaw Brothers. Pengarah filem ini ialah Phani Majumdar dan P.

Ramlee pada tahun 1929-1973. File mini banyak menngunakan lagu-lagu hasil gubahan P.

Ramlee. File mini telah Berjaya menerima hadiah di Festival Sinema Asia selain Indonesia,

Thailand, Timur Tengah dan Jerman. File mini juga mendapat kritikan di Indonesia. Filem ini

juga mempunyai beberapa babak perbezaan dengan karya lama.

Setelah merdeka pengarang terus mencari ilham menggunakan Sejarah Melayu dan Hikayat

Hang Tuah. Dang Anum yang dihasilkan oleh Mas Bakhtiar pada tahun 1902-1961
diilhamkan daripada cetera ke-10 dalam Sejarah Melayu. Dalam cerita ini pelbagai iktibar

boleh diambil daripada kekejaman yang dilakukan. Dalam novel Tun Biajid, Anak Hang

Tuah yang dikarang oleh Ibrahim Mahmood adalah berkisah Sejarah Melayu di bawah

pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Dalam cerita ini pengarang menceritakan tentang

kejatuhan Melaka dengan watak yang berbeza semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah.

Kemunculan drama pentas selepas kemerdekaan bertajuk Hang Jebat Menderhaka pada tahun

1960-an. Watak Hang Jebat diberi nafas baru yang lebih menarik. Watak Hang Jebaat

ditonjolkan dengan lebih berani dan bertanggungjawab. Selain itu, watak-watak lain seperti

isteri Hang Tuah juga mempunyai perbezaan dari karya asal. Drama Hang Jebat Menderhaka

dan Matinya Seorang Pahlawan karya oleh Usman Awang mempunyai sifat watak yang

berbeza.

Watak perempuan semakin diminati oleh pengarang selepas merdeka. Antara novel yang

dihasilkan selepas merdeka ialah novel Dang Anum, Tun Teja, Puteri Gunung Ledang, Tun

Fatimah, Cerita Cinta Agung dan banyak lagi. Tokoh-tokoh ini mempunyai peranan yang

sama dalam karya sebelum kemerdekaan. Novel bangsawan Tun Fatimah dikatakan

mempunyai unsur yang sama dengan novel dan drama Shahrom Husain dengan tajuk yang

berbeza.

Justeru perkembangan karya sejarah Melayu Moden banyak diilhamkan daripada Sejarah

Melayu dan Hikayat Hang Tuah yang bermula semasa gerakan Melayu Kebangsaan. Karya

sastera ini bermula daripada pembentukan Malayan Union pada tahun 1946 sehingga

kemerdekaan pada tahun 1957. Pengarang juga telah membuat perbezaan watak supaya

bersesuaian dengan perkembangan zaman semasa. Jumlah karya lebih banyak dihasilkan

setelah merdeka kemudian berkurangan sekitar tahun 1970-an. Kebanyakkan karya yang
dihasilkan mengambil iktibar daripada kesalahan masa lalu supaya menjadi teladan dan

contoh kepada generasi akan datang.

Penulisan

Penulisan karya moden menolak unsur mitos dan lagenda.

Anda mungkin juga menyukai