Anda di halaman 1dari 7

Zaman moden sejarah seni lakon

Zaman moden merujuk pada tahun-tahun selepas 1500 Masehi. Tahun ini ditandai dengan
kejatuhan Empayar Rom Timur, penemuan Amerika oleh Christopher Columbus, permulaan Zeitgeist
dan reformasi protestan oleh Martin Luther. Maka, sejarah seni lakon pada zaman moden adalah
merupakan drama, iaitu karya sastera yang telah disusun dalam membentukkan lukisan hidup dan
aktiviti yang menggunakan pelbagai dialog dan tindakan serta permainan watak. Drama ini adalah
permainan lakonan dan watak yang mampu memukau penonton untuk terus menonton dan
mengikuti segala jalan cerita yang telah direka oleh pengarah. Drama juga adalah karya yang
dirancang bagi di pentas teater. Oleh hal yang demikian, drama sememangnya mementingkan
kreativiti serta unsur seni supaya drama yang dilakonkan tersebut terus dapat menarik perhatian
penonton.

Menurut Hashim Awang dalam Mohamad pada tahun 2000 yang menyatakan definisi drama
adalah sejenis sastera yang telah dicipta untuk dipentaskan mahupun dilakonkan. Pelakon selalunya
akan melakonkan aksi-aksi yang telah ditetapkan dan mengatakan dialog yang disediakan. Ini
bertepatan dengan konsep drama moden menggunakan yang skripnya dihafal lalu disebutkan dalam
lakonan. Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa drama sebagai satu daripada genre
kesusasteraan yang boleh berbentuk prosa atau puisi manakala, berbeza daripada novel dan cerpen,
drama biasanya ditulis untuk teater, dan para pelakon mengambil alih peranan watak-watak yang
memainkan aksi yang diarahkan dan melafazkan dialog iaitu skrip yang telah dihafal, Sharif Shaary
dalam Mohammad (1994)

Sejarah lakon zaman moden atau drama di dunia boleh dikatakan bermula pada zaman
dunia purba iaitu pendidikan orang Athen semasa abad ke-5 yang berasaskan lakonan fizikal, muzik
dan kesusasteraan. Kesusasteraan ini termasuklah menulis, membaca, ilmu kira-kira dan
mendeklamasikan sajak, sebagai contoh karya Homer menurut, Rahmah Bujang pada tahun 1991.
Pada zaman pertengahan pula, semasa pihak Gereja menentang habis-habisan drama yang telah
melebihi batas. Kemudian, pengharaman lakonan telah dikeluarkan oleh kerajaan Rom yang
melarang segala persembahan teater serta mengenakan hukuman yang dahsyat kepada para paderi
kristian yang melayan pelakon.

Antara punca berlakunya penentangan ini adalah lakonan orang Romawi yang mempunyai
unsur lucah. Seterusnya, yang kedua budaya orang yang tidak menganut sebarang agama
mempunyai unsur mimetik dan dramatik serta yang terakhir ialah berlakunya konflik fahaman antara
dunia dan alam roh serta tradisi penentangan Plato terhadap teater. Akan tetapi sejak abad ke-9,
perkara ini perlahan-lahan berubah. Justeru, menerusi karya Aristotle, masyarakat mulai faham dan
memberikan persetujuan terhadap lakonan ini selagi ianya bersifat rekreasi, dan menjadi satu
permainan dan hiburan jika memberikan ketenangan setelah bekerja keras. Dengan ini, lakonan
drama semakin berkembang hingga masuk ke zaman pembaharuan. Tamadun manusia mula
dibongkarkan semula pada zaman ini melalui penemuan buku-buku klasik. Menurut Rahmah Bujang
pada tahun 1991, pengaruh drama yang paling besar adalah Akademi Romawi tentang Pomponius
Laetus. Oleh hal yang sedemikian, pengaruh drama ini berkembang sehingga mempengaruhi kanak-
kanak. Vittorion de Feltra yang merupakan sebuah sekolah yang paling tersohor pada zaman itu
kerana telah pun memperkenalkan kurikulum berkenaan drama di dunia ini mempunyai kaitan
dengan agama. Sebagai contoh, terdapat upacara agama berbentuk nyanyian dan tarian di Mesir
Tua, manakala di Malaysia pula terdapat aktiviti yang seakan sama dari segi bentuk dan isinya seperti
bermain di pantai, memuja pantai, main puteri dan lain-lain lagi yang mempunyai unsur-unsur
animisme. Maka, dari upacara-upacara keagamaan inilah terbentuk drama tradisional.

Drama tradisional Melayu yang pertama ialah wayang kulit, yang telah wujud sejak abad ke-
13 dan ke-14 dan berasal dari Jawa telah berkembang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi
(Mana Sikana 1988). Namun, pada abad ke-19 Masihi, drama Melayu mula menunjukkan
kesempurnaannya sebagai sifat sebuah drama dan tidak bercorak lagi. Hal ini sedemikian kerana
drama-drama ini telah berkembang ke seluruh negara. Drama ini dikenali sebagai bangsawan yang
bukan asli Melayu. Pada tahun 1930, drama-drama Shakespeare telah mula tersebar ke drama
Melayu. Kumpulan-kumpulan bangsawan ini telah mengambil isi daripada cerita-cerita tersebut dari
segi watak, dialog, peristiwanya dan ianya diolah dengan suasana setempat untuk dipersembahkan
dalam bentuk komedi. Daripada adaptasi ini bermulanya istilah ‘opera’ dan akhirnya istilah ini lebih
kerap digunakan berbanding istilah ‘drama’. Antara drama tersohor yang dipentaskan pernah pada
tahun 1930 ialah drama Anak Setia oleh Shaharom Husain dan drama Nasib Si Buta pada tahun 1932
(Mana Sikana, 1988)

Pada zaman pemerintahan Jepun yang merupakan zaman penderitaan hal ini kerana,
makanan dan pakaian sangat terhad serta kesihatan juga tidak dapat dikawal. Oleh hal yang
sedemikian, jika ada sesiapa yang hendak melawan Jepun maka dia akan ditangkap dan dipancung.
Walau bagaimanapun drama di Malaysia tidaklah hilang begitu sahaja, terdapat beberapa penulis
yang masih lagi meneruskan penulisannya dalam genre drama. Antaranya ialah Shaharom Husain
yang sempat mementaskan dramanya yang bertajuk ‘Lawyer Dahlan’ di Gunung Pulai, Johor. Ianya
dipersembahkan di hadapan masyarakat di kawasan tersebut serta beberapa orang pegawai Jepun.
Beberapa kenyataan yang dapat diambil dalam perkembangan drama semasa zaman pemerintahan
Jepun. Pertama, ada skrip yang ditulis sebelum kedatangan Jepun, kemudian dipentaskan pada
zaman Jepun. Hal ini dapat dilihat pada drama ‘Lawyer Dahlan’. Penulisnya, Shaharom Husain telah
menulis drama ini sebelum kedatangan Jepun dan dipentaskan setelah kedatangan Jepun iaitu pada
tahun 1942. Kedua, ada juga drama ditulis dan dipentaskan pada zaman Jepun, hal ini telah
dilakukan oleh Syed Alwi al-Hady. Pada awalnya, beliau menulis dan mementaskan Tariq bin Ziad:
Pahlawan Islam. Drama ini telah pun mendapat sambutan, beliau menulis dan mementaskan lagi
drama Hang Tuah Pahlawan Melayu.

Keseluruhan drama sejarah bertujuan untuk menghidupkan keagungan, kebesaran


sesebuah kerajaan dengan penentangan terhadap anasir lain yang ingin menceroboh. Ketika ini,
gerakan nasionalisme sedang memuncak untuk mendapatkan kemerdekaan. Pada tahun 1950-an
dunia sastera Melayu dijalankan oleh ASAS ’50. Namun begitu, ASAS ’50 lebih menumpukan kepada
bentuk puisi dan cerpen. Hanya Jymy Asmara sahaja yang menghasilkan drama-drama pendek,
manakala ASAS ’50 tidak menjadikan genre drama sebagai landasan perjuangannya. Shaharom
Husain masih menghasilkan karya-karya dramanya seperti Tun Fatimah (1952), Keris Laksamana
Bentan (1954). (Mana Sikana, 1988). Tahun-tahun 1950-an merupakan dekad pertama kebangkitan
drama Melayu secara cukup sedar. Za’ba adalah di antara tokoh intelek Melayu yang mengambil
berat terhadap perkembangan drama ini.

Sejak tahun 1930-an lagi Za’ba menggesa pihak yang terlibat dengan teater untuk menulis
skrip. Pada tahun 1951 pula, Za’ba masih tidak lagi berpuas hati dengan mutu drama Melayu dengan
mengatakan tidak ada sebuah drama Melayu yang baik dan tinggi mutunya. Ringkasnya, zaman ini
merupakan zaman kegemilangan sandiwara. Kita telah melihat bagaimana gigihnya beberapa orang
penulis menghasilkan karya yang bermutu. Antara karyawan terkenal pada zaman ini ialah Shaharom
Husain, Kalam Hamidy, Kala Dewata, Usman Awang dan ramai lagi. Manakala hasil karya yang
terpenting dalam zaman ini ialah Si Bongkok Tanjung Puteri karya Shaharom Husain. Megat Trawis
juga merupakan drama yang pernah disebut-sebut pada zaman ini dan drama ini jugalah yang
menjadi pemula drama yang bercetak di Malaysia. Drama Malam Kemerdekaan karya Usman Awang
telah mengungkap dilemma kemerdekaan pada tarikh bersejarah iaitu 1957.

Secara keseluruhannya, seni lakon zaman moden atau dikenali sebagai drama di dunia telah
bermula dari abad ke-5 lagi dan telah menular ke Malaysia dengan kedatangan wayang kulit yang
berasal dari jawa. Justeru, jelaslah dilihat bahawa drama merupakan salah satu saluran untuk
manusia mengeluarkan pendapat, idea dan buah fikiran selain daripada untuk tujuan berhibur.
Rujukan

https://www.academia.edu/33787024/PERKEMBANGAN_DRAMA_DI_MALAYSIA

https://www.academia.edu/32615703/BEDAH_BUKU_HIKAYAT_HANG_TUAH_KASSIM_AHMAD

Anda mungkin juga menyukai