Anda di halaman 1dari 5

Sejarah Seni Teater Melayu

Assalamualaikum...

Sejarah Seni Teater Melayu...Tajuk macam ilmiah sikit kan, maklumlah ada melibatkan perkataan
sejarah kan, jika ada sejarah,mesti ada fakta. Tapi usahlah bimbang, saya bukan nak mengajar sejarah
di sini. Ini cuma sekadar perkongsian bersama. Bak kata Hang Tuah, "takkan hilang Melayu di dunia"
, jadi adalah baiknya saya berkongsi sedikit mengenai kebudayaan kita iaitu seni teater dalam
masyarakat kita. Sebenarnya ini adalah  tugasan atau assignment saya untuk matapelajaran Kemahiran
Belajar (KB) pada semester 1 yang lepas di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Saya
memilih tajuk ini kerana saya amat meminati bidang ini. Pendek kata, saya suka berlakonlah... sejak
dari bangku sekolah lagi saya telah berjinak - jinak dalam bidang ini. Berbalik kepada fokus utama
kita, adalah lebih baik saya mulakan perkongsian ini dengan memberikan sedikit pendahuluan.

Perkataan Teater dikatakan berasal daripada perkataan dalam bahasa Yunani purba iaitu theatron
yang membawa maksud tempat duduk penonton atau stage. Perkataan drama pula dikatakan berasal
dari perkataan dran yang bermaksud aksi atau lakonan. Manakala persembahan teater pula dipercayai
berasal dari upacara yang berkembang menjadi natya dengan memasukkan beberapa unsur lain seperti
nyanyian, tarian dan lakonan dalam upacara tersebut.
            
Mesir, Yunani dan India merupakan tempat terawal bermulanya sejarah teater dunia. Kemunculan
teater berkait rapat dengan struktur kehidupan masyrakat setempat di Mesir, Yunani dan India.
Sebagai contoh, upacara persembahan Dewata Dionysus di Greece lama-kelamaannya bertukar
menjadi pesta drama. Begitu juga dengan upacara nrtta di India yang mengandungi unsur tarian,
seterusnya berubah menjadi drama apabila dimasukkan gerak bebas yang membentuk aksi
berlambang.
           
Seni teater merupakan suatu karya seni yang rumit dan kompleks, sehinggakan seni ini dijolok dengan
istilah collective art atau synthetic art. Teater merupakan gabungan daripada pelbagai cabang seni
seperti tarian, lakonan, nyanyian dan sedikit unsur lawak. Dalam pada itu, seni teater juga
menggabungkan unsur-unsur audio, visual, dan kinestetik (gerak) yang meliputi bunyi, suara, muzik,
gerak, bahasa badan serta seni rupa.

Seni teater merupakan suatu gabungan seni yang dicipta oleh penulis, sutradara, penata artistik, krew
teknikal, dan seterusnya untuk diproduksikan. Sebagai seni kolektif, seni teater perlu dilakukan
dengan penuh kerjasama supaya semuanya berjalan serentak dan seirama serta memerlukan
harmonisasi dari keseluruhan krew kumpulan.

Baiklah, begitulah sedikit pengenalan tentang teater ini. Kita teruskan dengan kandungan utama entri
ni iaitu Sejarah Seni Teater Melayu di Malaysia . 

Teater Melayu berkembang dalam empat generasi. Generasi pertama dalam teater Melayu adalah
bangsawan, seterusnya diikuti oleh sandiwara, kemudiannya raelisme dan akhir sekali adalah taeter
Melayu kontemporari. Setiap generasi ini mempunyai ciri yang berbeza-beza. Namun demikian, teater
bangsawan merupakan titik tolak kepada penghapusan unsur ritual dan keagamaan dalam
persembahan teater sebaliknya hanya menampilkan unsur hiburan semata-mata. Pementasan mula
berkonsepkan komersial serta menuntut aspek pengurusan seperti iklan, gaji sewa dan promosi.
Permulaan teater generasi pertama ini adalah zaman peralihan teater tradisional kepada teater moden.

Generasi pertama – Teater bangsawan


            
Teater bangsawan di tanah Melayu bermula pada tahun 1870-an. Sebuah rombongan seni drama dari
India yang yang dikenali dengan nama Rombongan Wayang Parsi atau Mendu telah datang
menunjukkan persembahan mereka di Pulau Pinang pada ketika itu. Setiap persembahan yang mereka
lakukan sentiasa mendapat sambutan hangat oleh penduduk setempat.
       
Selain Pulau Pinang, Melaka dan Singapura juga turut menjadi tempat pengembangan budaya lantaran
lokasi Melaka dan Singapura yang stratergik sebagai tempat persinggahan pedagang asing. Selain
berdagang, mereka juga telah membawa perubahan sosial di Melaka dan Singapura dengan
memperkenalkan kebudayaan mereka. Teater merupakan satu hiburan pedagang-pedagang yang
menjadi aspirasi penduduk tempatan untuk mewujudkan satu bentuk hiburan yang serupa.
      
Perkataan baangsawan dalam istilah melayu berasal dari dua perkataan iaitu perkataan ‘Bangsa’ dan
‘Wan’. ‘Bangsa’ bermaksud berkumpulan atau segolongan manusia yang sudah bersatu sebagai satu
kumpulan tertentu. ‘Wan’ pula ialah gelaran untuk orang kenamaan seperti raja-raja dan kerabatnya.
Ini merujuk kepada persembahan untuk golongan atasan serta bersifat istimewa dan eksklusif. Namun
demikian, setelah diaplikasikan keistimewaan bangsawan ini,ia menjadi bentuk hiburan yang diminati
dan dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Teater bangsawan juga turut bertembung dengan
pengaruh drama Barat, terutamanya cerita-cerita yang dikarang oleh Shakespeare yang kemudiannya
diterap dalam drama bangsawan menjadikan drama bangsawan menjadi  lebih menarik. Hal ini telah
menyebabkan munculnya istilah opera  dalam seni teater melayu.
       
Tahun 1915 dianggap sebagai zaman kemasyuran teater bangsawan Melayu. Pengaruh opera Barat
adalah selari dengan penjajahan Barat di Timur serta kesedaran tentang pendidikan dalam bahasa
Inggeris. Namun begitu, pengertian opera dalam seni teater Melayu adalah berbeza dengan pengertian
opera Barat yang bererti pertunjukkan yang semata-mata dalam bentuk nyanyian. Sebaliknya, opera
Melayu atau teater Melayu banyak disulami dengan lagu-lagu sedih dan gembira tetapi dialog masih
penting serta lagu-lagu hanyalah sebagai selingan dalam penceritaan dalam teater melayu.
       
Bangsawan juga mula menggunakan alat muzik moden seperti piano, biola dan alat-alat muzik lain
sebagai muzik iringan yang mengiringi lagu yang dinyanyikan oleh pelakon dalam sesuatu
pementasan.
           
Menjelang tahun 1930-an ,bidang perfileman telah memberi saingan hebat kepada persembahan teater
bangsawan di Tanah Melayu. Ramai pelakon bangsawan dipelawa untuk membintangi filem dengan
tawaran yang lebih lumayan. Dalam pada itu, pendudukan tentera Jepun juga merupakan penyebab
kepada kemerosotan teater bangsawan pada penghujung 1930-an.

Selain itu, terdapat juga faktor dalaman yang membawa kepada kemerosotan teater bangsawan di
Tanah Melayu. Antaranya ialah persembahan bangsawan itu sendiri yang terlalu bergantung dengan
pelakon utama bangsawan itu sendiri. Hal ini kerana penonton lebih memandang kepada kecantikan
dan suara pelakon utama yang membintangi sesebuah bangsawan itu. Jalan cerita, mutu lakonan,
bakat dan nilai estetika persembahan tidak begitu menjadi tumpuan penonton. Oleh itu, hanya
bangsawan yang dibintangi oleh pelakon yang mempunyai pakej tersebut menjadi pujaan dan
tontonan ramai.

Generasi kedua – Sandiwara

Teater sandiwara mula bertapak di tanah air hasil daripada pengaruh perkembangan drama yang
dibawa masuk dari luar negara. Kedatangan teater sandiwara ke Tanah Melayu berkait rapat dengan
kedatangan kumpulan Miss Ribut sekitar tahun 1930-an. Kumpulan ini merupakan sebuah kumpulan
sandiwara yang berpengaruh di Indonesia.
       
Kemunculan sandiwara di Tanah Melayu juga adalah kesan daripada arus pemodenan drama barat.
Cerita yang paling popular pada ketika itu adalah drama nukilan Shakespeare. Pendedahan karya dan
teknik pementasan Barat turut memberi pengaruh kepada perkembangan drama sandiwara.
       
Selain itu, Maktab Perguruan Sultan Idris yang merupakan satu-satunya pusat pengajian tinggi orang
Melayu turut memainkan peranan penting dalam merancakkan suasana drama di Tanah Melayu.
Za’ba (Zainal Abidin bin Ahmad) yang bertugas di maktab berkanaan turut memainkan peranan yang
besar. Beliau mengambil berat akan perkembangan drama tanah air. Abdul Rahman Napiah
menyimpulkan catatan  Za’ba sebagai induk kesusasteraan melayu dan kemudiannya mengemukakan
teori sejatan atau saduran sekitar tahun 1924 hingga 1936. Antara drama yang disadur dari drama
tulisan Shakespeare ialah The Black Mask yang dipersembahkan di Tanah Melayu dengan nama
Topeng Hitam dengan menggunakan bahasa Melayu. 

Generasi ketiga – Realisme


       
Drama Malaysia mula menerima pengaruh realistik terutamanyaoleh arus yang dibawa oleh
perkembangan drama di Indonesia. Pengaruh ini muncul selari dengan unsur perbandaran di Eropah
sekitar abad ke-19. Ini ditambah lagi dengan kepesatan pendidikan dan seterusnya banyak melahirkan
penulis-penulis elit yang mempelopori seni teater di Eropah.
       
Sebelum kemunculan teater realisik, seni teater Eropah ikuasai oleh lakonan yang bergaya iaitu unsur
melebih-lebihkan gerakan badan, emosi serta peristiwa yang ajaib semasa pementasan. Ciri ini
dikenali sebagai melodrama.
       
Kemunculan ilmu saintifik seperti sosiologi, antropologi dan psikologi turut membawa perubahan
terhadap persepsi dan gaya penghasilan drama. Tafsiran dan pembaharuan mula dibuat dan drama
dijadikan sebagai lambang kehidupan yang nyata. Pada ketika itulah drama realistik mula menguasai
drama di dunia iaitu sekitar tahun 1920-an.
       
Di Malaysia, teater ini merupakan tahap kedua dalam arus pembaharuan seni teater Melayu. Bentuk
teater ini menjadi asas sama seperti pada zaman teater sandiwara juga. Ciri-ciri asas ini adalah seperti
sebuah pementasan yang mengambil masa antara satu hingga tiga jam. Konsep bersiri atau berepisod
seperti drama bangsawan tidak lagi wujud.
       
Dialog juga memainakan peranan penting dalam menimbulkan unsur dramatic serta sebagai
penggerak cerita. Penulis biasanya menggunakan bahasa mudah, bahasa pertuturan harian dengan
tujuan untuk memudahkan audiens memahami watak serta jalan cerita sebuah pementasan. Bahasa
dan puisi tidak lagi digunakan , sebaliknya terdapat sedikit bahasa simbolik yang tidak terlalu abstrak
dan tidak begittu personal. Drama aliran realisme umumnya memaparkan mesej yang serius.
Generasi keempat – Teater Kontemporari
       
Teater ini juga dikenali sebagai teater experimental yang bermula pada tahun 1970-an. Perkembangan
teater ini merujuk kepada keinginan dan kecenderungan penulis-penulis muda meneroka imaginasi,
menjelajahi bentuk teater barat, mencipta sesuatu yang baru dan mencari sumber budaya asli.
       
Teater kontemporari mengutarakan beberapa ciri teater lama yang diubahsuai kepada bentuk baharu.
Pengaruh teater kontemporari Melayu sebenarnya adalah pengaruh perkembangan teater kontemporari
Barat yang sedang menular ke negara-negara timur.
       
Drama seharusnya membentuk plot yang mempunyai awalan, pertengahan dan pengakhirannya. Suatu
situasi cerita dikembangkan oleh aksi tertentu dan situasi yang dirasakan benar-benar perlu sahaja.
       
Watak yang ditonjolkan dalam drama kontemporari tidak berkembang seperti struktur cerita realisme.
Situasi ini menyebabkan konsep heroism seolah-olah terhapus. Peranan watak utama menjadi samar-
samar  seperti dalam drama realisme sebelumnya.
       
Dialog dalam drama kontemporari adalah bersifat asumi. Sifat ini mengelirukan dan bertujuan untuk
menerangkan peranan watak atau situasi dalam sesebuah cerita. Dialog ini merupakan permainan
kata-kata, berunsurkan lirik, lebih puitis, dan bicara unik yang dikombinasikan dengan gaya prosa
formal. Hal ini telah melahirkan satu stail baharu.

Anda mungkin juga menyukai