Anda di halaman 1dari 14

ASAS LAKON

CA10603

SEKSYEN 5

LAPORAN KELAS ASAS LAKON

NAMA MOHAMAD ZAHIED BIN ZAMRI

NOMBOR MATRIKS BA19110298

NAMA PENSYARAH PUAN ISMALIZA ISHAK

NAMA TUTOR CIK MAZRONAH KALINGGALAN

FALKULTI KEMANUSIAAN, SENI DAN WARISAN


LAPORAN KELAS MINGGU PERTAMA

TARIKH : 13 FEBRUARI 2020

Pada kelas minggu pertama, penerangan berkaitan subjek kursus asas lakon di terangkan

langsung oleh kedua penyarah Puan Ismaliza dan Encik Syafiq. Dalam penerangan yang

dilakukan, kami diberitahu berkenaan penilaian serta ujian-ujian yang terdapat dalam kursus

ini bagi tujuan pemarkahan. Seperti yang telah diterangkan, ujian-ujian yang perlu kami lalui

bagi pemarkahan dalam kursus ini adalah seperti penglibatan dalam produksi-produksi

teater bersama pelajar tahun 2 dan 3. Kami juga perlulah mengambil tugasan di setiap

bahagian-bahagian dalam setiap produksi teater yang kami ikuti. Ujian seterusnya adalah

monolog secara individu dan akhir sekali bermonolog pasangan. Setelah penerangan selesai,

kelas bersurai.
LAPORAN KELAS MINGGU KEDUA

TARIKH : 20 FEBRUARI 2020

Kelas pada minggu ini terpaksa dibatalkan oleh pensyarah kerana mahasiswa tahun pertama

diwajibkan untuk menghadiri program yang dilangsungkan di Dewan canselor.


LAPORAN KELAS MINGGU KETIGA

TARIKH : 27 FEBRUARI 2020

Pada kelas minggu ini, kami diajarkan mengenai persiapan sebelum berlakon yang perlu dilakukan

oleh seorang pelakon. Persiapan tersebut di mulakan dengan melakukan pemanasan badan agar

seorang pelakon mempunyai tubuh badan yang cergas serta aktif dalam bergerak. Seterusnya

penyarah melatih kaedah pernafasan yang betul bagi seorang pelakon. Akhir sekali, penyarah juga

menerangkan berkenaan deria manusia yang sangat berguna kepada pelakon iaitu deria bau, rasa,

dengar, sentuh,dan melihat yang dapat digunakan oleh belakon untuk berlakon dengan cara yang

terbaik serta mampu melakukan improvisasi lakonan yang baik.


LAPORAN KELAS MINGGU KEEMPAT

TARIKH : 5 MAC 2020

Bagi kelas minggu ini, pensyarah mengajarkan teknik aktiviti pemanasan vokal bagi seorang pelakon.

Kami diajarkan beberapa kaedah bagi latihan vokal. Selepas diajarkan, kami diarahkan untuk

melakukan kaedah-kaedah latihan vokal tersebut seoerti mumbling, vibrate buzzing dan lain-lain

kaedah. Selain latihan vokal kami juga turut diajarkan cara memperbaiki diksi agar sebutan setiap

kami sentiasa jelas dan dapat difahami ketika melontarkan dialog. Akhir sekali kami juga diajarkan

beberapa perkataan yang mampu memperbaiki vokal dan diksi kami sewaktu melontarkan dialgo

ketika sedang belakon.


LAPORAN KELAS MINGGU KELIMA

TARIKH : 12 MAC 2020

Pada kelas minggu ini, kami diberikan pendedahan berkenaan kedudukan seorang pelakon

sewaktu berada di atas pentas. Melalui penerangan pensyarah, kami mendapati terdapat 9

bahagian pentas yang harus diketahui oleh seorang pelakon. Kedudukan pentas ini perlulah

dikuasai oleh seorang pelakon bagi meluaskan serta memberikan cara penggunaan pentas

yang betul kepada mereka. Kedudukan pentas yang telah diajarkan adalah seperti berikut;

Kanan Belakang Pentas Belakang Tengah Pentas Kiri Belakang Pentas

Kanan Tengah Pentas Tengah Pentas Kiri Tengah Pentas

Kanan Hadapan Pentas Depan Tengah Pentas Kiri Hadapan Pentas


LAPORAN KELAS MINGGU KEENAM

TARIKH : 19 MAC 2020

Bermula minggu ini, kesemua kelas terpaksa dibatalkan akibat pandemic Covid-19 yang telah

merebak dengan cepat. Pada masa ini juga, kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan virus ini.


LAPORAN KELAS MINGGU KETUJUH

TARIKH : 3 APRIL 2020

Bermula minggu ini, akibat Perintah Kawalan Berkurung yang tidak membenarkan kelas secara

bersemuka antara pelajar dan pensyarah, pensyarah telah mengambil inisiatif untuk menggantikan

pembelajaran secara bersemuka dengan menggunakan kaedah pembelajaran atas talian. Pada

mulanya, kami menggunakan platform Whatsapp bagi sesi perbincangan di mana pensyarah telah

memberikan beberapa contoh video pembelajaran berkenaan lakonan yang boleh kami pelajari

melalui link Youtube.


LAPORAN KELAS MINGGU KELAPAN

TARIKH : 4 JUN 2020

Pada minggu ini, kami meneruskan kuliah atas talian akibat penularan Covid-19 yang masih aktif dan

berleluasa. kami juga diberikan tugasan mencari istilah yang telah diberikan oleh tutor atas arahan

pensyarah. Kami dikehendaki mencari definisi dan maksud beberapa istilah serta menghuraikan

peranan setiap istilah tersebut.


LAPORAN KELAS MINGGU KESEMBILAN

TARIKH : 24 JUN 2020

Pada minggu ini, kami diberikan informasi bahawa Ujian Asas Lakon 1 iaitu monolog individu akan

dilakukan atas talian. Kami dikehendaki merakam video monolog berdasarkan skrip monolog yang

telah kami pilih sebelumnya. Kami juga dikehendaki untuk merakam sekurang-kurangnya 5 minit ke

atas bagi monolog individu kami. Setelah semua pelajar selesai merakam dan menghasilkan video

monolog mereka, kami dikehendaki untuk menghantar video ini melalui platform Telegram di mana

pensyarah telah memberikan beberapa nasihat dan kritikan berkenaan lakonan kami bagi tujuan

penambahbaikan lakonan kami kelak.


LAPORAN KELAS MINGGU KESEPULUH

TARIKH : 2 JULAI 2020

Pada minggu ini, kami menggunakan aplikasi Google Meet untuk melakukan kelas atas talian

bersama Encik Syafiq dan Puan Ismaliza. Di sini, kami diberikan ulasan berkenaan video penilaian

monolog individu kami yang telah dihantar di Telegram sebelumnya. Kritikan dan pujian diberikan

oleh pensyarah dalam kelas ini. Bagi kritikan. Pensyarah melihat terdapat masalah yang berlaku

kepada ramai pelajar sewaktu bermonolog iaitu kerap melihat tanpa focus yang jelas. Namun kami

juga dipuji atas usaha kami kerana telah menjayakan tugasan penilaian ini meskipun kurangnya

didikan berkenaan lakonan akibat ilmu yang masih tidak mencukupi lantaran penularan virus yang

membatalkan semua kelas bersemuka.

LAPORAN KELAS MINGGU KESEBELAS


TARIKH : 9 JULAI 2020

- Pada minggu ini, kelas terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.

LAPORAN KELAS MINGGU KEDUA-BELAS


TARIKH : 16 JULAI 2020

Pada minggu ini, kami ingatkan berkenaan Ujian Asas Lakon Duo yang akan bermula pada 20 julai

2020. Kami dibenarkan memilih pasangan kami sendiri bagi tugasan ini dan memberikan nama kami

berserta nama pasangan kami kepada tutor bagi tujuan jadual masa lakonan serta pemarkahan. Saya

telah memilih pasangan dan memutuskan skrip yang kami pilih setelah berbincang dan saling

mendengar pendapat.

LAPORAN KELAS MINGGU KETIGA-BELAS

TARIKH : 20 JULAI 2020


Pada kelas minggu ini, ujian asas lakon 2 telah bermula di mana rakan seksyen lain telah memulakan

ujian lakonan duo mereka Bersama pensyarah menggunakan aplikasi Google Meet. Pada masa ini

kami juga dibenarkan untuk mengikuti kelas tersebut bagi melihat lakonan kawan-kawan kami untuk

mengetahui proses ujian ini. Kami juga diminta bersedia untuk giliran kami mengikut jadual yang

telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai