Anda di halaman 1dari 5

PQI6075

DEVELOPING INTERACTIVE
LEARNING 2

TUGASAN:
JURNAL REFLEKSI

DISEDIAKAN OLEH:

ZUHAILI HAKIMI BIN MOHD RAFEE (S2165676)

DISEDIAKAN UNTUK:
DR FARRAH DINA YUSOP
MINGGU 1 (14/3/2023)

Minggu 1 dimulakan dengan "Webinar" bersama guru-guru dari SK Saint Pius,


Long San, Sarawak, dan SMJK(C) Phor Tay, Pulau Pinang. Kami belajar banyak dan
menerima banyak pengetahuan daripada guru semasa "Webinar" apabila mereka
membincangkan perkara yang diperlukan untuk menjadi seorang guru dan apa yang
perlu dijangkakan. Banyak benda dapat di pelajari ketika sesi WebMinar ini dan kami
juga dapat berkongsi ilmu bersama speaker. Sebagai seorang bakal pendidik kita
wajar mempunyai sifat sifat nilai murni yang tinggi untuk memupuk anak-anak pada
masa hadapan.

MINGGU 2 (21/3/2023)

Minggu kedua adalah minggu pengenalan dan juga minggu “Ice Breaking”.
Semua pelajar di beri pasangan masing masing dan haruslah memperkenalkan
pasangan masing masing dengan cara yang kreatif sebagai contoh ada yang menyanyi
dan berlakon. Seterusnya kami juga di perkenalkan dengan subjek PQI6075 oleh
pensyarah kami. Pensyarah kami juga berkongsi tentang satu model iaitu ADDIE
model. Model ini merupakan model yang berfungsi untuk digunakan dalam bidang
kita.
Di akhir kelas kami telah di bahagikan kepada kumpulan masing masing untuk
tugasan untuk subjek ini dan kami juga di perkenalkan dengan satu platform iaitu
WIKI dimana segala tugasan dan aktiviti akan dilakukan di situ. Di akhir kelas kami
dapat belajar cara untuk meluahkan atau memperkenalkan pasangan dengan cara yang
kreatif kerana sebagai guru kita haruslah sentiasa menjadi kreatif agar murid murid
tidak akan menjadi bosan dengan kita.

MINGGU 3 (28/3/2023)

Untuk minggu keempat kelas, topik baharu kami ialah "ID sebagai profesion
membantu." Untuk pelajaran ini, kami akan merangkumi dua topik: profesion ID dan
pemikiran sistemik dan sistematik. Kami semua diasingkan kepada kumpulan dalam
pelajaran ini dan terlibat dalam pelbagai aktiviti, termasuk sesi soal jawab. Kami telah
dipanggil oleh Dr. Farrah, yang kemudiannya bertanya kepada kami dan meminta
pendapat kami daripada rakan-rakan pelajar kami. Kami juga menemui motivasi kami
untuk menjadi pereka bentuk pengajaran. Kami juga dapat mempelajari latar belakang
Muhammad Yunus yang membangunkan negara Bangladesh dan membantu supaya
rakyatnya hidup senang.
MINGGU 4 (4/4/2023)

Minggu ke empat kami mempelajari tentang “Systemic vs Systematic”. Systemic


merupakan satu proses dimana ia mempunyai sambungan antara komponen dan
pembolehubah untuk menghasilkan fungsi secara konsep dan systematic pula proses yang
terancang dan sistematik.Di akhir kelas semua pelajar dapat mengklafikasikan di antara
mereka merupakan orang yang systemic atau systematic.

MINGGU 6 (18/4/2023)

Di minggu ke enam kami dapat mendengar perkongsian dari saudara Anis tentang
pengalamannya berkerja sebagai instructional designer di Universiti Malaya. Atas
perkongsian ini kami semua dapat menambah ilmu lebih tentang ilmu ID.
MINGGU 7 (2/5/2023)

Pembentangan untuk “One week One Apps” telah bermula dalam kelas minggu
7 dan ia bermula dengan kumpulan 1. Aplikasi blooket sedang digunakan dalam
pembentangan Kumpulan 1, dan kami telah ditunjukkan cara
menggunakannya.Aplikasi ini amat penting untuk kita sebagai guru kerana kita perlu
menarik minat pelajar. Selain itu Tiga pelajar Indonesia menyertai kelas kami untuk
merasai suasana pembelajaran di Malaysia.. Selepas kelas, Dr Farrah meneruskan
pelajaran dan kami menjalankan sesi soal jawab yang aktif. Sebelum kelas tamat,
kami mengadakan "Hari Raya" potluck bersama rakan sekelas dan mengambil gambar
kelas.

MINGGU 8 (9/5/2023)

Kumpulan kedua telah menyambung perbentangan “One week One Apps’. Bagi
saya kelas pada minggu ini adalah kelas paling aktif dan bertenaga sekali hal ini
kerana pembentang menunjukkan aplikasi Flip dan aplikasi ini sangat menarik untuk
digunakan dalam pembelajaran. Kami semua di bahagikan kepada kumpulan dan
harus merakam cara untuk melakukan TOTAPS di video dan menhantarkannya di
aplikasi Flip. Dari aplikasi ini kita dapat menyaksikan pelbagai kreativiti daripada
semua pelajar.

Anda mungkin juga menyukai