Anda di halaman 1dari 1

RAGANG

KARYA : ROYDY ROKIDY

Aku Eywa, anak Jamang. Aku merupakan salah seorang waris


yang masih ada dalam puak Sawariki, yang dulunya tinggal
dengan aman damai di dalam hutan ini. Tak ramai orang di
luar sana tahu bahawa masih ada manusia yang tinggal
dalam hutan belantara begini, kerana bagi mereka di hutan
ini adalah lubuk kekayaan untuk mereka yang tamak haloba.
Boleh saja kau panggil puak kami ini sebagai masyarakat
pribumi yang primitif, kerana kisah puak Sawariki ini
memang tidak tercatat dalam mana-mana sejarah ketamadunan
manusia yang masih terpaku dalam kehidupan masyarakat
kini. Puak kami yang primitif, zaman nenek moyangku yang
berpegang kuat pada adat resam, memakai celana dan
bercawatkan daun-daun bertam serta kulit kayu terap yang
kering kemerahan sebagai pakaian, dan sesiapa sahaja dari
kalangan puak kami dilarang untuk mempunyai sebarang
hubungan dengan dunia luar pada masa itu. Tapi tidak pada
hari ini, lihat saja pakaianku. Kami sudah mula memakai
baju dan seluar. Puak kami ini hampir pupus, hanya kerana
satu perkara. Perkara yang menjadi punca atas segala-
galanya. Kisah ini diceritakan oleh ibuku Trujini,
mengenai bapa saudaraku seorang pahlawan Sawariki,
Ragang. Kisah yang menjadi kenangan, bahkan akan menjadi
sejarah pada anak cucu kami. Kisahnya bermula
begini...........

Anda mungkin juga menyukai