SINGA PODIUM
Agak pelik. Kata mereka Jepun zalim dan tidak berhati perut.
Hati mereka terletak pada seekor harimau. Ibu harimau tidak
akan melahap anaknya sendiri, tahu pula membezakan antara anak
dan hidangan. Manusia yang dipuja itu pula memiliki sifat
kebinatangan...seperti abang dan ayahku. Ibu? (sedih) entah
apa khabarnya? Aku Cuma mendengar khabar Ah meng yang
menyertai MPAJA. Kononnya memperjuangkan bangsa Cina dan tanah
air dari jajahan Jepun, tapi lucunya aku sendiri tidak dapat
mengenal pasti penzalim itu harus diletakkan pada tentera
Jepun atau Ah Meng?
KONFRONTASI
KONFRONTASI
(Menangis) aku salah Hong! Maafkan aku Swee Lan, aku Cuma
terpaku di sana tanpa berkata apa-apa tapi sebenarnya aku
takut, aku pengecut! Aku mementingkan diri walhal kau
lakukannya demi aku dan hubunganku dengan Swee Lan. Aku tahu
betapa hancurnya hati Swee Lan ketika itu, aku tak berani
melihat mata Swee Lan tapi yangku pasti dia terkedu mendengar
jawapanku. Hong pula tidak berkata apa-apa. Pasti dia memarahi
aku atau barangkali mahu saja mencekik aku ketika itu. Maafkan
aku Hong, maafkan aku Swee Lan. aku kesal...kerana tindakanku
itu telah membawa kau dan Swee Lan jauh dari hidupku. (Kahar
mengesat airmatanya lagi) sejurus kejadian malam itu aku
berkejar ke rumah Hong tetapi dia telah berpindah bersama
keluarganya dan selama beberapa tahun aku tidak pernah lagi
mendengar tentangnya.
KONFRONTASI
KONFRONTASI
Aku tidak tahu kemana Hong membawa aku dalam keadaan huru-hara
itu. Segalanya menjadi kelam kabut. Ketika melintasi
perkampungan itu banyak mayat bergelimpangan yang rata-ratanya
berkulit seperti aku, darah mengalir di setiap tubuh mayat
tersebut. Tidak kurang pula bunyi tangisan dan raungan, ada
beberapa mayat yang bergelimpangan itu masih bernafas ketika
aku melintasi mereka tetapi aku tidak terdaya kerana aku juga
menjadi matlamat kepada sasaran peluru FRU. Aku semakin
bingung, bala apakah yang menimpa tanah airku ini? Mungkinkah
tuhan murka atau terusik dengan kelalaian kami selama ini
makanya dia menghukum kami sebegini? Tiba-tiba dalam Hong dan
aku berjuang untuk meloloskan diriku dari tempat itu salah
seorang yang berpakaian seragam seperti Hong terlihat kami.
Hong segera mendapatkan rakannya yang pada penglihatanku
seorang berbangsa Cina tetapi kelihatannya daripada tindak-
tanduk rakannya itu membantah apa yang dikatakan Hong. Mereka
bergelut. Dia menendang Hong dan Hong terjatuh ke tanah,
senapang Hong dapat dirampas. Melihat keadaan itu Hong berlari
ke arahku sambil menjerit
KONFRONTASI
Aku Eywa, anak Jamang. Aku merupakan salah seorang waris yang
masih ada dalam puak Sawariki, yang dulunya tinggal dengan
aman damai di dalam hutan ini. Tak ramai orang di luar sana
tahu bahawa masih ada manusia yang tinggal dalam hutan
belantara begini, kerana bagi mereka di hutan ini adalah lubuk
kekayaan untuk mereka yang tamak haloba. Boleh saja kau
panggil puak kami ini sebagai masyarakat pribumi yang
primitif, kerana kisah puak Sawariki ini memang tidak tercatat
dalam mana-mana sejarah ketamadunan manusia. Puak kami yang
primitif, zaman nenek moyangku yang berpegang kuat pada adat
resam, memakai celana dan bercawatkan daun-daun bertam serta
kulit kayu terap sebagai pakaian, dan puak kami dilarang untuk
mempunyai sebarang hubungan dengan dunia luar pada masa itu.
Tapi tidak pada hari ini, lihat saja pakaianku. Kami sudah
mula memakai baju dan seluar. Puak kami ini hampir pupus,
hanya kerana satu perkara. Perkara yang menjadi punca atas
segala-galanya. Kisah ini diceritakan oleh ibuku Trujini,
mengenai bapa saudaraku seorang pahlawan Sawariki, Ragang.
Kisah yang menjadi kenangan, bahkan akan menjadi sejarah pada
anak cucu kami. Kisahnya bermula begini...........
RAGANG
ULEK BANDA
Mak Jah Kg. Beta Hilir bangun bertepuk tangan sambil berkata
pada aku, “ Seman, seronok Seman seronok, Mak Jah tak pernah
tengok orang main Ulek Banda macam kau Seman, macam-macam ada
”. Abang Tapa tidak pernah mahu terima perubahan, Abang Tapa
tak pernah mahu faham. Orang kampung dah tak mahu tengok
permainan yang dah lapuk tu, permainan yang buat orang
mengantuk. Setiap kali aku bermain Ulek Banda..Nah ! Penuh
penonton ! Ramai ! Mid Bomoh patah puji aku. Chin Gondang
pun puji aku minggu lepas depan orang ramai di Kg. Mata Air .
Kata Chin Gondang, “ Seman, tak kering gusi aku tengok anak-
anak Banda kau malam ini. Perubahan macam inilah yang perlu
untuk hiburkan orang kampung Seman”. Mail Kampung But, Dolah
Pagoda, Saad Laboh, Sidin Londeh, Lebai Sahak , Ha ! Kak Limah
VITO IL MAFIOSO
Tapi untuk berubah bukan mudah. Kau kembali hari ini setelah
lama kita terputus hubungan. Aku akan pastikan takdir hidupmu
berubah dan tidak seperti dulu lagi Vito. Memang kerja di
kedai kecil aku itu tidak mengungtungkan. Kita akan mengubah
nasib bersama. Itu janji aku. Aku tahu hidupmu susah
VITO IL MAFIOSO
VITO IL MAFIOSO
Aku faham kenapa kau lakukan semua ini Vito tapi aku…aku
memang mahu menebus kembali kesalahan aku dulu. Selepas kau
ditangkap aku berazam untuk berubah. Ya memang aku memasuki
anggota polis tapi itu semua kerana aku mahu menangkap mereka.
Aku melihat jalan untuk mendekati mereka bila aku tahu kau
mengetahui di mana orang-orang Don Carlos dan ketika itu aku
tahu Joe Black pasti akan memanggilmu.
VITO IL MAFIOSO
Harga diri seseorang itu ada yang terletak pada sejumlah wang.
Ya, mungkin. Harga diri seseorang itu terletak pada pangkat
dan namanya. Ya, mungkin. Harga diri seseorang itu terletak di
dalam senyum tawanya pada dunia. Ya, mungkin. Harga diri
seseorang itu terletak pada jumlah peluru yang ada di dalam
revolvernya.
NUR
Aku masih ingat lagi lagu ini ….. lagu ini pada satu masa dulu
sering bermain- main di kepalaku….. Lagu ini mengingatkan aku
dengan kisah seorang gadis….. seorang gadis bernama sofia. aku
mula berkenalan dengan sofia, ketika itu dia masih belajar di
sebuah IPT dan aku juga belajar di IPT yang sama, cuma
bezanya, aku senior dan dia junior. sofea tak seperti gadis
lain….dia berani orangnya. Dia lantang bila bercakap.
Kelakuannya agak kasar… Untuk seorang gadis, aku rasa agak
kasar….Pernah sofea call aku satu pagi “ hoi, kau ada kat
mana”. “ aku ada di kantin”. “ cantik, order untuk teh o suam,
kejap lagi aku sampai” . Belum sempat aku bertanya, dia tutup
telefon. Dalam 10 minit , aku nampak dia mengayuh basikal
dengan laju,bila hamper saja dengan aku, breaaaaaaaak…., sofea
berhentikan basikal,dia ketawa sambal berkata “tau takut
hahahahah”. sofea letak basikal tepi meja dan terus duduk tepi
aku…. “ketepilah sikit bagi aku duduk”, dia ambil air teh dan
minum teh sampai habis, kemudian dia berpaling pandang aku….”
Thank you senior belanja minum, aku dah lambat , pegi kelas
dulu ya, bye “ naik basikal dan terus mengayuh basikal menuju
ke kelas. Aku.. pandang saja…..Apa yang aku suka tentang si
sofea ni, dia jenis gadis yang ceria… Ketawa lebih banyak dari
senyum.....
NUR
NUR
Tapi apa yang paling aku ingat, yang paling aku terkesan..
adalah pertanyaan sofea. aku terkesan dengan soalan “Kenapa
hidup aku jadi begini? Aku tidak tahu apa yang berlaku pada
aku sekarang? Kenapa sukar sangat untuk aku merasai kasih
sayang? Kenapa sukar sangat untuk aku rasa kebahagiaan? Aku
rasa seperti apa yang aku buat sekarang tidak memberi makna
pada aku? Aku tak patut rasa begitu kan? Apa yang harus aku
buat sekarang…?.” Aku jelas melihat betapa gadis yang berada
didepan aku menjadi buntu. Aku diam tapi kali ini pandangan
mata aku tepat ke wajahnya. Aku menarik nafas yang dalam dan
hembuskan nafasku dengan selembut mungkin, aku berfikir dan
aku merasa, dan entah bagaimana tiba –tiba di fikiran ku
terngiang-ngiang lagu rindu rasul, melodi itu memberikan aku
satu kekuatan untuk berkata kepada sofea, untuk menenangkan
sofia “Hidup ini tak semudah yang kau sangka, realitinya
sangat perit, tapi percayalah setiap yang berlaku itu pasti
ada hikmahnya, apa yang kau lalui sekarang membawa kau kepada
sesuatu yang telah ditakdirkan untuk kau. Dan percayalah
hujung setiap penderitaan pasti akan ada kebahagiaan. Kalau
kau mencari cinta, kau harus kenal dirimu dulu, mengenal diri
bermaksud mengenal penciptanya iaitu Allah. . Berimanlah
kepadanya, serahkan seluruh hatimu yang pecah kepada Nya,
pasti Allah akan mencantum seluruh cebisan hati kau yang
pecah.
NUR
Kau belum bertemu dengan orang yang boleh mencintai kau dengan
ihhlas, yang menerima kau dengan segala kebaikan dan keburukan
kau. Rujuklah kepada Rasullulah s.a.w. Cinta Rasulullah kepada
umatnya ihklas, sehingga kini pada waktu ini dan ketika ini
masih dirasai, malah kita merinduinya walaupun kita tidak
pernah bertemu dengan Rasullulah. Itulah nilai keihklasannya.
Kerana itulah Rasullulah kekasih Allah.” Aku keluarkan
telefon, aku mainkan lagi rindu rasul dan “cuba kau dengar
lagu ini’ sofea mendengar lagu itu… airmatanya mengalir lagi,
tapi tangisan kali ini berbeza dengan sebelum ini, lebih
kepada kesayuan, lebih kepada kerinduan…..
Malam itu, aku duduk di hadapan komputer dan aku buka lagu
Rindu dari kumpulan BIMBO. Aku dengar lagu itu dengan setiap
bait liriknya, masih aku ingat wajahnya petang tadi… aku
terfikir betapa sukar dan menderitanya seorang manusia
mengharapkan kasih dan sayang dari manusia yang lain. Sanggup
berkorban untuk kasih sayang, demi merasai rasa mencintai dan
dicintai. Tapi akhirnya kecewa… dan keadaan ini berlaku
berkali-kali, berkali-kali….manusia tidak pernah jemu dengan
kekecewaan. Tetapi manusia juga tidak jemu mencari
kebahagiaan. Tapi apakah kunci kebahagian itu? Bagi aku,
keikhlasan dan keimanan. Aku sendiri masih lagi berjuang
memahami, mempertahankan keikhlasan dan keimanan demi
kebahagian yang di redhai oleh Allah.