Anda di halaman 1dari 3

Pengorbanan hidup demi kesenangan diri dan keluarga di masa hadapan

Hidup ku tidak lah terlalu senang seperti anak orang lain, sebaliknya hidupku penuh dengan duka
dan kesedihan kerana faktor kemiskinan keluargaku. Namun, meskipun hidup dalam keadaan yang
serba kekurangan, aku tidak pernah merasa hina mahupun menyesal dilahirkan dalam keluarga yang
boleh dikataka sangat miskin. Zaman kanak-kanak ku sangat menggembirakan di mana aku hanya
bermain Bersama adik-beradikku dan tidak mempunyai kawan lain kerana rumah yang jauh dari
Kawasan yang ramai. Meskipun hanya bermain dengan adik-beradikku, aku tidak pernah merasa
bosan kerana aku mempunyai 5 orang adik serta 1 abang. Kami bertujuh sangat akrab dan sering
melakukan pelbagai aktiviti Bersama meskipun kekurangan duit dan barang mainan. Tidak seperti
kanak-kanak lain yang sering bermain permainan yang dibeli di kedai, aku dan adik beradikku sering
kali bermain tanpa perlu menggunakan mainan yang dijual di kedai-kedai kerana pada masa itu,
keluarga kami tidak mempunyai duit yang cukup untuk membelikan kami barangan mainan tersebut.
Walau bagaimanapun, aku tidak boleh berkata kami tidak pernah membeli mainan yang terdapat di
kedai-kedai mainan kerana sekiranya ayahku mempunyai duit lebih atau mendapat duit yang cukup
banyak, kami juga akan dibelikan mainan. Sekiranya kami tidak dapat bermain barang mainan
seperti yang kami inginkan, kami akan menggunakan barang-barang tidak terpakai mahupun
terpakai bagi meniru dan menggantikan alat mainan yang kami perlukan. Namun, kami lebih gemar
bermain permainan kampung yang tidak memerlukan barang mainan seperti bersembunyi, kejar-
kejar, rumah-rumah dan banyak lagi permainan yang menyeronokkan. Bagi zaman persekolahan
kami pula, kami sudah terbiasa mendaftar lewat ke sekolah kerana tidak mampu membeli keperluan
sekolah awal serta tidak mampu membayar yuran awal. Aku dan adik beradikku pernah lambat
sebulan ke sekolah kerana kekurangan duit untuk membeli perkakas sekolah serta mempunyai
masalah keluarga. Kami juga sering menggunakan barangan terpakai seperti barangan tahun lalu,
barangan yang diberikan oleh keluarga serta barangan yang telah digunakan sebelumnya namun
masih boleh digunakan. Meskipun begitu, zaman persekolahan kami juga terasa penuh kegembiraan
meskipun kami boleh dikatakan jauh lebih miskin berbanding kanak-kanak yang lain.

Aku merupakan anak kedua dari 7 orang adik beradiku. Aku merupakan seorang lelaki. Aku
mempunyai 1 abang lelaki dan 1 adik lelaki serta 4 orang adik perempuan. Meskipun tidak terlalu
lembut, aku merupakan lelaki yang agak lembut sejak kecil dan sering diejek kerana kekurangan
tersebut. Meskipun begitu, aku juga mempunyai sebilangan kawan yang tidak malu untuk berkawan
dengan ku meskipun aku sering menerima kecaman dan ejekan serta dijadikan bahan jenaka oleh
rakan sekelasku. Walaupun terpaksa menerima semua ejekan ini di usia yang sangat muda, aku
tetap dapat bertahan dan menghabiskan sekolahku tanpa melakukan kesalahan atau masalah
disiplin yang sangat berat. Namun harus kuakui, ejekan serta hinaan yang kuterima sejak berumur 8
tahun ini sangatlah menyedihkan serta meninggalkan kesan yang cukup dalam kepadaku. Namun
aku cuba untuk menyembunyikannya di samping berusaha untuk memperbaiki sifatku agar dapat
menjadi lebih baik.

Sewaktu aku berumur 16 tahun, keluarga ku berpindah ke Kawasan lain dan ak terpaksa berpindah
sekolah meskipun telah bersekolah di sekolah yang sama dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 4. Dan
aku melanjutkan persekolahan di sekolah baruku sewaktu berusia 17 tahun, bersamaan tingkatan 5.
Memandangkan aku berpindah ke Kawasan baru, aku mencuba untuk menutup sifat lembutku dan
bersikap seperti lelaki biasa untuk mengelakkan diriku dan adik-adikku dibuli dan diejek lagi. Harus
aku akui amatlah sukar untukku bagi mengubah sifat yang ada pada diriku kerana aku terbiasa
dengan sifat yang lemah lembut sejak kecil sehinggalah berumur 17 tahun. Meskipun agak susah dan
mencabar, aku Berjaya menghabiskan masa sekolah menengahku di sekolah baru tersebut tanpa
membiarkan sifat lembutku diketahui oleh rakan sekolah baruku tersebut. Walaubagaimanapun,
harus kuakui, terdapat syak wasangka yang terjadi beberapa kali terhadap diriku kerana aku tidak
dapat mengawal sifatku setiap masa. Meskipun begitu, aku Berjaya mengubah diriku sedikit demi
sedikit. Setelah habis spm pada tahun 2016, aku mendapat keputusan yang kurang baik, namun lulus
sepenuhnya dan masih layak untuk menerima sijil. Aku melanjutkan tingkatan 6 sementara
menunggu keputusan upu, yang akan menentukan sama ada kami layak melanjutkan pelajaran di
institute pengajian tinggi peringkat diploma ataupun tidak. Pada waktu ini, aku mempunyai makcik
yang seumuran dengan ku yang juga melanjutkan pengajian di tingkatan 6 sementara menunggu
keputusan upu. Jujur aku katakan ak sangat berharap untuk mendapat tawaran kerana orang tuaku
menginginkan aku untuk mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma.

Tibanya hari yang kutunggu-tunggu, aku memeriksa keputusan upu tersebut dan akhirnya kecewa
kerana tidak mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dimana-mana. Sebaliknya makcikku
dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dan dia dengan senang hati menerima tawaran
tersebut. Dia membuat segala persiapan yang diperlukan dan keluarganya turut gembira
bersamanya. Jujur kukatakan, rasa iri hati dan malu sangat menguasai diriku pada waktu itu namun
aku turut gembira untuknya. Aku seterusnya membuat rayuan untuk kemasukan fasa kedua
sementara makcikku pergi melanjutkan pelajarannya di peringkat diploma. Aku menangis sewaktu
dia pergi melanjutkan pelajaran kerana dua sebab. Satu aku merasa malu dan ingin melanjutkan
pelajaran Bersamanya kerana kami telah berjanji untuk melanjutkan pelajaran Bersama-sama agar
dapat mengharapkan antara satu sama lain sepanjang hidup tanpa keluarga di institut pengajian
tinggi. Kedua aku merasa sangat sedih kerana makcikku juga merupakan salah satu kawan yang
sangat rapat dengan ku sepanjang kami tinggal Bersama. Meskipun dengan kecewa dan sedih, aku
melanjutkan pelajaranku di tingkatan 6 dan terpaksa melihat satu demi satu kawanku keluar untuk
melanjutkan pelajaran mereka di institut pengajian tinggi.

Tidak lama selepas itu, keputusan rayuan kedua bagi kemasukan ke institute pengajian tinggi telah
keluar. Menariknya aku mendapat tawaran di institut yang sama dengan makcikku dan yang lebih
menariknya, aku juga telah mendapat kos atau kursus pengajian yang sama dengannya. Ibu bapaku
serta makcikku sangat gembira dengan berita ini.

Anda mungkin juga menyukai