Anda di halaman 1dari 4

Mohamad Zahied bin Zamri (BA19110298)

Tugasan : Pilih sebuah puisi dari karya-karya Usman Awang dan berikan
mesej yang ingin disampaikan dalam puisi berkenaan.

Ke Makam Bonda (Karya Usman Awang)

Kami mengunjungi pusara bonda


Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi


Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat


Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu


Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan


Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja menghantar kami


Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan


Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

Puisi atau sajak Ke Makam Bonda ini merupakan karya ciptaan sasterawan
negara yang cukup dikenali iaitu Usman Awang. Sajak ini menceritakan kisah
berkenaan anak-anak yang mengunjungi pusara arwah ibu mereka yang telah lama
meninggal dunia. Sewaktu mereka mengunjungi pusara bonda mereka, keadaan di
sekitar pusara sunyi sepi kerana pada waktu itu adalah waktu awal pagi. Di sini juga
digambarkan keadaan batu nisan yang telah usang dan berlalang disebabkan tidak
ada sebarang kunjungan di pusara tersebut. Ingatan kisah silam mereka pun
terimbas kembali dan mereka pun merindui kenangan bersama ibu mereka

Terdapat beberapa mesej yang ingin disampaikan dalam puisi ini antaranya
adalah sentiasa mengenang jasa ibu kepada kita. Dalam puisi ini, kita di ajarkan
untuk sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan seorang ibu kepada kita.
Sebagaimana jasa dan pengorbanan ibu yang membesarkan kita dari kecil
sehinggalah besar tidak dapat di nilai kerana terlalu besar nilainya untuk kita. Dalam
puisi ini juga, dapat dilihat isi hati penulis di mana dia mengenangkan jasa dan
pengorbanan ibunya yang telah melahir dan membesarkannya dengan penuh kasih
saying.

Seterusnya, mesej yang ingin disampaikan dalam puisi ini adalah kematian
atau pemergian itu adalah perkara yang tidak dapat dihindari oleh setiap makhluk
hidup di dunia ini. Dalam puisi ini, kita dapat melihat bahawa kematian itu sudah
pasti, dan sesiapapun akan pergi bila tiba waktunya. Hal ini dapat dilihat di mana
meskipun kasih sayang penulis terhadap ibunya sangat tinggi, begitu juga dengan
kerinduannya, namun dia telah menerima kenyataan bahawa ibunya telah pergi dari
dunia ini.

Selain itu, mesej yang ingin disampaikan juga adalah menghargai masa
bersama ibu. Sebagaimana kita tahu, suatu masa nanti kita semua juga akan pergi
begitu juga insan yang kita cintai. Dengan itu, kita perlulah sentiasa menghargai
masa yang masih ada bersama ibu kita kerana suatu masa nanti, kematian justeru
akan memisahkan kita daripada mereka. Berdasarkan puisi ini juga, kita diajar untuk
meluangkan sebaik-baiknya masa bersama ibu kita dengan bahagia agar ianya dapat
dikenang dengan baik setelah insan yang bergelar ibu kita sudah tidak ada lagi di
dunia ini.

Di samping itu, mesej yang ingin disampaikan dalam puisi ini juga adalah
kerinduan terhadap insan yang telah pergi dan tidak akan kembali lagi. Dalam puisi
ini, penulis menceritakan kerinduannya terhadap ibunya yang telah pergi. Kita juga
haruslah menyedari, meskipun ibu kita telah pergi dari dunia ini, kita haruslah
sentiasa mengingati dan merinduinya selalu. Sebagaimana penulis menyatakan
mengingat Kembali kisahnya bersama ibunya di mana dia selalu mencium dahinya
sewaktu dia masih hidup dahulu.

Mesej yang seterusnya adalah kita haruslah mencari masa untuk


mengunjungi makam ataupun kubur arwah orang tua kita. Dalam hal ini, sesibuk
apapun kita di dunia ini, kita haruslah sentiasa mengingati dan mengunjungi makam
orang tua kita meskipun dia telah lama pergi. Kita juga perlulah meluangkan waktu
untuk membersihkan kubur mereka, menjaga keadaan kubur mereka dan selalu
datang untuk membacakan ayat-ayat suci al-Quran untuk mereka.

Kesimpulannya, jasa dan pengorbanan seorang ibu itu tidak dapat


dibandingkan dengan apapun perkara dan hal lain kerana ianya justeru bernilai dari
semua yang kita miliki di dunia ini. Kita juga haruslah menghargai masa yang masih
ada bersama ibu kita agar kita tidak menyesalinya kelak apabila kita terpaksa
berpisah dengannya.

Anda mungkin juga menyukai