Anda di halaman 1dari 8

PANDUAN PENULISAN SKRIP DRAMA

Terdapat tiga jenis drama yang utama yang boleh anda tulis iaitu:

1. Tragedi – sebuah drama yang mengisahkan suka duka dan tragisnya kehidupan wira utamanya.
Kisah wira ini selalunya berakhir dengan tragedi. Dalam drama ini perjalanan kisahnya menemui
tragedi itulah yang utama.
2. Komedi – Drama ini memaparkan kisahnya dalam bentuk lucu dan menghiburkan. Ceritanya
serius, tetapi disampaikan dalam bentuk kelucuan oleh watak-wataknya. Drama ini selalunya
digunakan untuk menyindir masyarakat. Plot drama komedi boleh berakhir dengan kegembiraan
dan boleh juga berakhir dengan kedukaan .Drama begini dikenali juga sebagai tragik-komedi.
3. Melodrama – Drama ini bersifat sentimental dan ceritanya sering berpusat pada persoalan
keluarga atau wanita. Drama ini selalunya akan menyentuh emosi

Format Skrip Drama Pentas

Dalam format penulisan skrip, anda perlu memuatkan perkara-perkara yang berikut:

1. Muka surat judul yang mempunyai judul drama anda, nama penulis (nama anda)dan tahun.
2. Sinopsis. Anda perlu juga menulis sinopsis atau ringkasan drama anda (kira-kira 150 patah
perkataan). Sinopsis ini perlu memberikan maklumat tentang watak, tema dan perjalanan cerita
dan yang penting mampu menarik minat pembaca untuk membaca seterusnya skrip drama
anda.
3. Watak dan senarai watak – Anda perlu memberikan senarai watak yang terlibat dalam drama
anda serta deskripsi ringkas tentang perwatakannya seperti bentuk fizikal, usia dan sifat-sifat
tertentu watak itu.
4. Pecahan adegan jika ada .
Adegan atau babak sesebuah drama berlaku dalam satu ruang tempat, masa dan watak. Oleh
itu, ruang tempat, masa dan watak perlu juga diberitahu sebelum sesuatu adegan itu bermula.
saya berikan satu contoh bagaimana sebuah skrip drama pentas ditulis, petikan babak 12 drama “Patah
Sayap Terbang Jua” tulisan Othman Haji Zainuddin yang diadaptasi daripada novel Patah Sayap Terbang
Jua karya A. Samad Ismail.

Deretan kedai di Singapura

Waktu malam

Wahab masuk ke kawasan itu. Seketika dia berdiri di jalanan yang diterangi oleh lampu elektrik yang
muram. Kelihatan Inah mengekorinya. Seketika dia memerhatikan kelakuan wahab. Dari jauh
kedengaran muzik mengalun dari antara beberapa buah rumah yang masih diterangi oleh lampu.
Wahab bersiul-siul kecil dan mendendangkan lagu keroncong “Kemayuran”.

WAHAB (Menyanyi)

Kiri jalan, kanan pun jalan

Nona manis endung disayang

Lateralala lala lala….

Di tengah-tengah pohon mengkudu

Kirim jangan

Pesan pun jangan

Sama-sama

Menanggung rindu.

Ketika ini Inah ikut sama menyanyi

INAH & WAHAB

Kirim jangan

Pesan pun jangan

Sama-sama

Menanggung rindu…

Inah tepuk tangan. Wahab terkejut Inah di sisinya.


INAH : Ada apa Hab, kau nak jumpa aku?( membetulkan selendang di kepala)

WAHAB : Banyak perkara.(Risau)

INAH : Apa yang boleh kutolong?

WAHAB : Kau tolong aku seperti kau tolong Hashimoto

INAH : Tolong Hashimoto?

Bila dialog yang memerlukan seseorang itu tergagap tidak perlu tuliS dialog dia gagap. Tulis dialog penuh
tetapi dihujung dialog letakkan arahan aksi ( gagap).

Dialog perlu menggunakan Bahasa standard dan bukan slanga atau Bahasa remaja seperti korang, wak
lu dan sebagainya
Struktur dramatik ( Piramid Freytag)

KLIMAKS

Situasi atau sesuatu perkara yang menjadikan ketegangan


memuncak. Klimaks juga dikenali sebagai krisis. Klimaks ini
boleh berlaku secra mental mahupun aksi fizikal

AKSI MENAIK /PERKEMBANGAN

Bahagian ini menceritakan tentang


ketegangan yang berlaku menyebabkan
konflik yang dihadapi oleh watak
protagonis

PELERAIAN
EKSPOSISI
Konflik diselesaikan. Bahagian
Bahagian ini menerangkan tentang peleraian boleh jadi matlamat
tema cerita dan penceritaan tentang watak tercapai dan boleh juga jadi
latar serta watak yang terlibat. matlamat tidak tercapai.
Bahagian ekposisi juga menerangkan
tentang matlamat watak
RANGKA CERITA

AWAL CERITA

Bahagian ini menceritakan secara umum perihal jalan cerita ,watak dan matlamat yang
hendak dicapai oleh watak

PERTENGAHAN CERITA

Bahagian ini akan menerangkan titik permulaan berlakunya permasalahan atau konflik
yang terlibat antara watak protagonist dan antagonis sehingga mencapai klimaks.

AKHIR CERITA

Pengakhiran cerita akan menjelaskan bagaimana konfliks itu diselesaikan dan samada
matlamat watak berjaya di capai atau tidak
WATAK DAN PERWATAKAN.

Watak-watak utama mesti dikembangkan untuk menimbulkan konflik dan seterusnya membentuk
klimaks. Untuk mengembangkan watak, latar belakangnya haruslah jelas dan memperlihatkan
perwatakan yang istimewa. Struktur tulang watak tiga dimensi seharusnya dapat dibina berdasarkan tiga
latar watak berikut :

CONTOH:

Watak : Muthu

A. Latar Fisiologi ( buat dalam bentuk ayat)

Jantina ( seorang lelaki tua)

Umur ( Berumur dalam lingkungan 55 ke 60 tahun)

Saiz ( seorang yang tinggi)

Bentuk badan( Bertubuh gempal dan berbulu)

warna (kulit/Rambut) ( rambutnya kerinting dan berwarna putih)

Kecacatan( tidak perlu jika tiada kecatatan)

Keterampilan( seorang yang kemas berpakaian)

Gaya( Seorang yang berpenampilan rapi)

B. Latar Fisiologi

Bangsa

Kelas

Darjat

Keluarga

Pendidikan

Pekerjaan

Agama

Pendirian Sosial

Kedudukan dalam komuniti

Hobi
C. Latar Psikologi

Premis peribadi/ cita-citA

Tahap moral

Kegagalan/ kekecewaan

sifat (lemah lembut, penyabar

Sikap terhadap kehidupan (Agresif, Defensif, Militan)

Kompleksiti (Obsesi, Fobia, Kepercayaan pada Tahyul)

Kebolehan Semulajadi

Nilai (imaginatif, kreatif, citarasa, apresif)

IQ
TEMA

ANDA PELU MENULIS TEMA YANG ANDA PILIH DAN SEBAB PEMILIHAN TEMA TERSEBUT.

ISU

NYATAKAN ISU YANG CUBA ANDA KETENGAHKAN DALAM CERITA ANDA. BOLEH KAITKAN DENGAN
SUMBER KAJIAN DRAMA YANG TELAH DIKAJI ATAU CARI DARI SUMBERLAIN SEPERTI BERITA, GAMBAR,
IKLAN DAN SEBAGAINYA.

MESEJ

NYATAKAN MESEJ YANG INGIN DISAMPAIKAN OLEH ANDA DALAM CERITA INI.

NILAI DAN PENGAJARAN YANG CUBA DIKETENGAHKAN OLEH ANDA MELALUI CERITA INI.

Anda mungkin juga menyukai