Anda di halaman 1dari 4

Ayah Belum Pulang Latar belakang puisi

Puisi ini ditulis oleh Usman Awang untuk menceritakan mengenai kesusahan hidup yang dialami oleh pekerja pekerja Utusan Melayu yang telah dipecat oleh kerajaan. Semuanya bermula apabila Utusan Melayu telah mengeluarkan artikel artikel yang telah mengkritik kerajaan secara terang terangan. Kerajaan telah bertindak dengan mengambil alih Utusan Melayu untuk mengawal segala penerbitan artikel oleh Utusan Melayu. Tindakan kerajaan ini mendapat tentangan daripada penulis penulis Utusan Melayu dan mereka merancang untuk melakukan mogok terhadap kerajaan. Antara perancang kepada mogok tersebut adalah Usman Awang sendiri. Namun begitu, selepas mogok tersebut berjaya diselesaikan, kerajaan telah memecat pekerja pekerja yang terlibat dalam mogok tersebut. Tindakan ini menyebabkan pekerja pekerja tersebut kehilangan punca pendapatan dan menyebabkan meraka menghadapai kesusahan hidup. Oleh kerana sedar akan masalah ini, Usman Awang telah menulis puisi ini untuk menyedarkan pihak kerajaan atas tindakan meraka dan juga untuk mewakili pihak pekerja yang telah dipecat untuk menceritakan kesusahan yg mereka alami. Maksud Stanza 1Rangkap ini menceritakan mengenai anak anak yang menanti ayah mereka untuk balik. Mereka menagih janji ayah mereka yang berjanji untuk membawa pulang sekotak aiskrim. Mereka terus setia menunggu ayahmereka untuk balik. Stanza 2 Anak anak gelisah menanti ayah mereka yang tidak pulang pulang, tambahan pula

penjual aiskrim sudah melalui kawasan mereka berulang kali.Ibu mereka menenangkan mereka; mengatakan ayah dalam perjalanan. Namun penantian mereka terus berterusan kerana ayah tidak juga pulang walau sudah lama mereka menunggu. Stanza 3 Ayah telah pulang dalam keadaan mukanya basah. Namun ayah hanya pulang dengan tangan yang kosong; tidak membawa aiskrim yang dijanjikan untuk anak anak yang begitu mengharap ayah akan membawa aiskrim untuk mereka. Ayah

sebenarnya tidak mempunyai wang; tidak mampu untuk membeli walaupun sebatang rokok. Anak anak menjadi sangat kecewa dan sedih. Untuk memujuk anak anak, ayah mengatakan jika pak cik mereka datang, dia akan membawa aiskrim.
Stanza 4 Setelah menunggu selama berbulan bulan, pak cik tidakjuga datang. Ayah terus berusaha untuk mencari pekerjaan seperti sebelumnya Tema Tema bagi sajak ini adalah kesusahan hidup sebuah keluarga akibat kehilangan pekerjaan.

- Keluarga telah kehilangan sumber pendapatan apabila si ayah telah kehilangan pekerjaan. Ayah menjadi begitu terdesak dalam usaha untuk memenuhi tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dan pemberi nafkah kepada keluarganya kerana ketiadaan wang. Ayah tidak mampu untuk membeli sebatang rokok, apatah lagi untuk membelikan sekotak aiskrim untuk anak anaknya. Ini jelas menunjukkan kesusahan yang dialami oleh keluarga ini; semuanya hanya kerana ayah telah kehilangan pekerjaan. Untuk memperbaiki keadaan ini,ayah cuba mencari pekerjaan yang baru, yang mana sebenarnya menjadi satu lagi

cabaran kepada ayah kerana dia tidak dapat mencari pekerjaan walaupun setelah sekian lama mencari. Persoalan
1.

Kesan pengangguran

- Apabila kehilangan pekerjaan, individu terbabit akan kehilangan sumber pendapatan; seterusnya akan menyebabkan individu tersebut menghadapi kesusahan dalam memenuhi keperluan kehidupan. Dalam puisi ini, perkara ini jelas ditunjukkan melalui baris ayah tak punya rokok sebatang yang sebenarnya ingin menunjukkan betapa ayah tidak mempunyai wang dan menunjukkan kesusahan yang dialami. 2. Ketabahan dan kegigighan

- Walaupun ayah tidak menjumpai pekerjaan setelah berbulan bulan mencari, ayah masih tabah mencari pekerjaan. Ayah meninggalkan keluarganya demi mencari pekerjaan dan dia begitu gigih mencari pekerjaan dan ini menunjukkan ayah seorang yang tabah dan gigih dalam mencari pekerjaan. 3. Impian yang tak tertunai

- Dalam puisi ini, anak anak mempunyai hasrat untuk memakan aiskrim, namum apabila si ayah tidak mampu membelikan aiskrim untuk mereka, mereka menjadi sangat sedih. Ini merupakan satu perkara yang biasa berlaku apabila impian dan kehendak seseorang tidak dipenuhi. Penulis menggunakan watak anak anak adalah untuk memberi penegasan mengenai kesan itu lagi. 4. Tanggungjawab seorang ayah

- Ayah bertanggungjawab untuk memberikan nafkah untuk keluarganya. Biar pun berada dalam kesusahan, ayah masih lagi perlu memenuhi tanggungjawab ini. Dalam puisi ini, ayah digambarkan cuba memenuhi tanggungjawab ini melalui penceritaan ayah mencari cari pekerjaan; usaha ayah untuk mempunyai pekerjaan agar dia dapat memberikan nafkah yang cukup kepada keluarganya. Amanat

Penulis sebenarnya ingin menceritakan kepada kerajaan mengenai keadaan keluarga yang susah akibat daripada si ayah yang telah kehilangan pekerjaan. Tindakan kerajaan yang telah memecat ramai pekerja Utusan Malaysia telah menyebabkan keluarga pekerja yang dipecat menghadapi kesusahan hidup. Penulis telah menulis sajak ini dtujukan khas kepada kerajaan dan para majikan secara umumnya, agar sentiasa mengambil kira pelbagai faktor mengenai para pekerja sebelum sebarang tindakan diambil terhadap mereka.

Sikap dan perasaan penulis

Penulis menunjukkan sikap prihatin terhadap para pekerja yang telah dipecat dan bersikap mengkritik kepada pihak majikan yang telah memecat para pekerja tanpa memikirkan kesan tindakan mereka kepada para pekerja. Unsur Bunyi
1.
y y

Aliterasi (pengulangan konsonan dalam baris baris secara horizontal)

mana ayah? Anakmasihmenanti stanza1, baris 4 mungkinmembawakan sekotak aiskrim stanza 3, baris 7
y

tangan si anak panjang menadah stanza 3, baris 2 2. Asonansi (pengulangan vokal dalam baris baris secara horizontal)
y

janji jadi tangis maha pedih stanza 3, baris 5


y

ayah masih tak tiba lagi stanza 2, baris 5 3. Skema Rima


y

Skema rima pecah Gaya Bahasa 1. Bahasa Perbandingan I. Hiperbola


y

ah, berkocak dadanya dalam janji stanza1, baris 2


y

Janji jadi tangis maha pedih stanza 3, baris 5


y

tangan si anak panjang menadah stanza 3, baris 2 II. Parafrasa


y

tangan si anak panjang menadah stanza 3, baris 2 III. Eufemisme


y

Pulanglah ayah wajahnya basah stanza 3, baris1 IV. Simbolik


y

Rokok - duit
y

Aiskrim harapan yang diluar kemampuan


y

Penjual aiskrim harapan yang diluar kemampuan


y

Pak cik simbolik menunjukkan ketidak mampuan ayah sehingga mengharapkan kepada bantuan orang lain 2. Bahasa Penegasan I. Inversi
y

. .. .berkali ulang stanza 2, baris 2


y

...panjang menadah stanza 3, baris 2


y

...rokok sebatang stanza 3, baris 4 II. Retoris


y

mana ayah?... stanza1, baris 4 III. Pleonasma


y

penjual aiskrim lalu berkali ulang stanza 2, baris 2 Bentuky Stanza1 Quantrin (4 baris)

Stanza 2 Quint (5 baris)

Stanza 3 Septime (7 baris)

Stanza 4 Distikhon (2 baris)

*setiap baris adalah pendek secara relatifnya; untuk menunjukkan ketegasan dan memberikan impak yang teguh dan membawa nada sayu dan sedih Nada

Nada bagi sajak ini adalah nada melankolik (menggambarkan suasana hati yang murung dan hiba; mengenai penderitaan kehampaan dan kerinduan). Ini adalah bersesuaian dengan cerita yang ingin disampaikan penulis melalui puisi ini. Nada ini juga menepati tema bagi puisi ini bagi menyampaikan kesan yang lebih mendalam kepada pembaca.

Anda mungkin juga menyukai