Anda di halaman 1dari 21

TEORI PENGKAEDAHAN MELAYU DALAM NOVEL KALVARIA

OLEH :

RIDHA FARHAN BIN MAHIZAL AZIM

A166181

PROGRAM PERSURATAN MELAYU

1.0 ABSTRAK

Novel Kalvaria telah dikarang atau ditulis oleh Suwaibah Abdul Hadi yang merupakan seorang
penulis muda dalam bidang penulisan. Kebanyakan kisah yang diceritakan dalam novel Kalvaria
ini adalah hampir 100% kisah benar yang merangkumi kisah-kisah atau pengalaman hidup
penulis iaitu Suwaibah Abdul Hadi sendiri. Cikgu Muni Qazrina atau seorang bekas doktor
merupakan watak utama dalam novel Kalvaria. Novel ini menceritakan bagaimana Muni
Qazrina menempuh pelbagai cabaran hidup yang merangkumi tanggungjawab sebagai seorang
guru, kisah percintaan dan sebagainya. Melalui novel Kalvaria dapat dikaitkan teori
Pengkaedahan Melayu menerusi pendekatan firasat, pendekatan dakwah dan pendekatan
kemasyarakatan. Pembinaan teori ini berteraskan kepada budaya, cara dan sikap hidup,
pandangan dunia, perspektif alam semesta dan agama Islam orang-orang Melayu yang memiliki
ciptaan-ciptaan karya sastera mereka yang tinggi lagi unik. Pendekatan-pendekatan ini dapat
dilihat dalam novel Kalvaria contohnya melalui peristiwa Muni sedang bermimpi tentang
seorang lelaki. Bayang seorang lelaki muncul dalam mimpinya yang memakai jubah putih. Hal
ini menujukkan bahawa novel Kalvaria menggunakan pendekatan firasat. Dalam pendekatan
dakwah pula dapat dilihat bagaimana Cikgu Muni membimbing Aldona dalam soal pemakaian
mengikut syariat Islam. Sehubungan itu, pengkaji akan menggunakan teori pengkaedahan
Melayu dalam menganalisis beberapa pendekatan dalam novel Kalvaria dengan mengemukakan
contoh atau bukti yang terdapatnya pendekatan-pendekatan teori pengkaedahan Melayu di dalam
novel Kalvaria.

1
2.0 ABSTRACT

The Kalvaria novels have been written or written by Suwaibah Abdul Hadi, a young writer in
writing field. Most of the stories in this Kalvaria novel are almost 100% true stories that include
the stories or life experiences of the author, Suwaibah Abdul Hadi . Teacher Muni Qazrina or a
former doctor is the main character in the Kalvaria novel. This novel tells how Muni Qazrina
goes through various life challenges that include responsibility as a teacher, romance, and so
forth. Through Kalvaria's novel it can be attributed to the theory of Malay Methodology that
there is a hypothesis approach, da'wah approach and social approach. The construction of this
theory is based on the culture, ways and attitudes of the world, the worldview, the perspective of
the universe and the Islamic religion of the Malays who have the creation of their high literary
masterpieces. These approaches can be seen in the Kalvaria novel as an example, Muni is
dreaming about a man. A shadow of a man appears in his dream wearing a white robe. This
shows that the Kalvaria novel uses a hunchback approach. In da'wah approach it can be seen how
Cikgu Muni guides Aldona in terms of application according to Islamic law. Based on the study,
the researcher will use the Malay theory of mastery in analyzing some approaches in the
Kalvaria novel by presenting examples or evidence of the approaches of Malay method of theory
in Kalvaria novel.

2
3.0 Pendahuluan

Novel Kalvaria mengisahkan tentang kehidupan yang penuh dengan kisah-kisah yang mampu
mendukung semangat untuk meneruskan kehidupan. Terdapat pelbagai watak dalam novel ini
yang masing-masing mempunyai peranan tersendiri. Cikgu Muni Qazrina yang memegang watak
utama dalam novel ini sebenarnya merupakan pelajar lulusan bidang kedoktoran. Namun beliau
telah menukar profesien ke bidang pendidikan sebagai seorang guru. Kes sebegini boleh
dikatakan hampir jarang berlaku kerana siapa saja yang sanggup meninggalkan bidang
kedoktoran yang menjanjikan pendapatan lebih lumayan berbanding menjadi seorang guru.
Tetapi siapa sangka gelaran bakal doktor dilepaskan begitu saja. Tugas seorang guru di SMK
Seri Selasih banyak mencoret suka duka kehidupan Muni Qazrina.

Kalvaria merupakan sebuah novel popular yang diterbitkan oleh Institut Terjamahan &
Buku Malaysia (ITBM). Kalvaria diambil daripada perkataan Calvarium ataupun tempurung
kepala (Suwaibah Abdul Hadi: 2018). Ia membawa maksud kepada pelindung yang memayungi
segala yang berada di dalamnya. Tajuk ini dikiaskan kepada watak Muni Qazrina yang dilihat
sanggup melindungi insan di sekeliling walaupun terpaksa mengorbankan perasaan sendiri.
Novel ini sarat dengan persoalan pendidikan, kesihatan, kekeluargaan dan keagamaan. Penulis
novel ini juga menggunakan gaya penulisan yang santai. Seperti majoriti novel popular yang
lain, novel Kalvaria juga turut mengetengahkan isu cinta dalam kalangan watak utama untuk
menarik minat pembaca.

Walaupun novel popular tidak mengandungi pemikiran yang idealistik seperti novel
serius, novel popular seperti Kalvaria menyajikan sedikit kelainan dengan memasukkan
beberapa info penting mengenai info kesihatan secara agak mendalam. Justeru, walaupun tema
cinta diangkat jelas dalam novel ini, tetapi beberapa sudut persoalan yang dibangkitkan oleh
penulis tampak membezakan novel ini dengan beberapa novel popular yang hangat di pasaran
pada masa kini. Tuntasnya, Kalvaria boleh mendatangkan impak yang positif kepada segenap
lapisan masyarakat terutamanya pembaca muda.

3
3.1 Latar Belakang Novel

Novel Kalvaria berlatar belakangkan suasana di Institusi Pendidikan. Pengarang membina watak
seorang Cikgu Muni yang telah menukar bidang perubatan ke bidang perguruan. Muni Qazrina
merupakan seorang yang kasih pada anak muridnya ketika bertugas di SMK Seri Selasih.
Kasihnya terhadap anak murid tidak tumpah seperti anak sendiri. Cikgu Muni bertugas sebagai
seorang kaunselor ketika berkhidmat di SMK Seri Selasih. Cikgu Muni Qazrina merupakan
seorang guru yang prihatin dan kasih terhadap anak muridnya di sekolah. Contohnya, Cikgu
Muni Qazrina kasih pada salah seorang pelajarnya Adibah Alawiyah dengan memberi kasih
sayang yang ikhlas kerana pelajarnya ini kurang akan kasih sayang seorang ibu, Aldona isteri
kepada Kapten Johan. Tapi, manakan sama kasih seorang ibu dengan seorang cikgu.

Dapat dilihat dengan jelas bagaimana pengarang mahu membuktikan bahawa kebenaran
hanya akan diketahui selepas kehancuran, kemusnahan hubungan kekeluargaan atau
persahabatan. Fitnah, hasutan, tuduhan dan sebagainya membuatkan hidup menjadi sukar dan
pahit untuk ditelan, namun di hujungnya tentu ada rasa manis yang berpanjangan. Peritnya
dugaan, manisnya anugerah dari tuhan. Inilah kata-kata sendiri dari pengarang iktibar daripada
sebuah novel Kalvaria. Memang benar dalam kehidupan banyak rencahnya. Dapat dilihat
bagaimana pengarang membina watak seorang guru yang dahulunya merupakan seorang yang
cenderung dalam bidang perubatan tetapi telah menukar bidang kerjayanya kepada seorang guru
oleh kerana hemofobia yang dialami oleh Cikgu Muni atau Muni Qazrina.

Dalam Novel Kalvaria juga pengarang menunjukkan setiap watak dibina dengan
kehidupan keluarga berlandaskan kerja semata-mata. Sebagai contoh, Puan Salbiah iatu seorang
emak kepada Muni Qazrina begitu sibuk sehinga tiada masa untuk keluarganya apatah lagi
suaminya merupakan seorang doktor dengan gelaran Dr. Ahmad. Begitu juga denga Cikgu Muni
yang asyik dengan kerjayanya dan gigih berusaha dalam mencapai impiannya.

4
3.2 Latar Belakang Pengarang

Suwaibah Abdul Hadi merupakan penulis muda yang pernah mengikuti bengkel penulisan
kreatif Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Beliau dilahirkan pada 12 April 1972 di Kampung
Teluk Menara, Manir, Kuala Terengganu. Anak jati Terengganu ini melanjutkan pelajaran pada
1993 dalam bidang Diploma Teknologi Makmal Perubatan di Pusat Pengajian Sains Perubatan,
Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan serta sempat berkhidmat sebagai
Juruteknologi Makmal Perubatan di Hospital USM Kubang Kerian. Pada tahun 2002 sehingga
2003, beliau berpeluang menimba pengalaman di Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Sains
Kesihatan Bersekutu, di Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur. Pada tahun 2003,
beliau menyambung pengajian ijazah Sains Pemakanan di UKM dan mengikuti latihan Sijil
Pengurusan Keselamatan Makanan di Kolej TESDEC di bawah tajaan Kerajaan Negeri
Terengganu.

Di Kolej Islam Sains dan Teknologi, beliau pernah bertugas sebagai pensyarah
merangkap Ketua Jabatan Teknologi Makmal Perubatan. Sejak Oktober 2008, beliau berkhidmat
sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan (Anatomi/ kemahiran Klinikal/ Patologi) selama tujuh
tahun di Universiti Sultan Zainal Abidin. Beliau turut berpengalaman selama 14 tahun dalam
bidang teknologi makmal perubatan dan sains kesihatan. Beliau merupakan Editor Buletin Cakna
Sihat Fakulti Perubatan. Beliau aktif dalam penyelidikan perubatan kerana minatnya yang
mendalam dan hal tersebut menjadi inspirasi kepada beliau dalam menghasilkan karya-karya
bercorak ilmiah, penyelidikan perubatan dan sains kesihatan. Keterlibatan beliau dalam dunia
akademik juga menyaksikan pelbagai terbiatan jurnal mengenai kesihatan diterbitkan menerusi
hasil kajian beliau. Kini, beliau bertugas sebagai Pegawai Sains Pemakanan di Pejabat Daerah
Kesihatan Cameron Highlands. Novel Kalvaria merupakan hasil penulisan novel beliau yang
sulung dan dalam masa yang terdekat sedang merangka idea untuk penghasilan novel yang
baharu. Sebagai seorang Pegawai Sains Kesihatan, minat penulisan beliau cenderung ke arah
kesihatan.

5
3.3 Metod Penelitian

Dalam penelitian yang dijalankan oleh pengkaji, pengkaji memilih untuk menggunakan metod
deskriptif analisis. Deskripsi analisis dilakukan dengan cara mendeskripsikan fakta-fakta,
kemudian diusulkan dengan menghuraikan sampai tahap memberikan pemahaman serta
penjelasan. Sumber data primer dalam penelitan ini meliputi sumber data primer. Sumber data
primer yang terdapat dalam kajian ini ialah teks novel Kalvaria. Teknik pengumpulan data yang
digunakan dalam penelitian ini adalah teknik baca serta mencatat. Teknik baca dan mencatat
yang digunakan ialah membaca teks tertulis. Berdasarkan permasalahan yang ada, maka
langkah-langkah telah dilakukan adalah untuk menganalisis data dengan membaca novel
Kalvaria kemudian menanda contoh-contoh atau bukti-bukti yang banyak mengulas tentang
pendekatan-pendekatan yang dapat dikaitkan dalam novel Kalvaria.

4.0 Analisis Teori Pengkaedahan Melayu dalam Novel Kalvaria

Teori Pengkaedahan Melayu dihasilkan oleh Hashim Awang. Pembinaannya berteraskan kepada
budaya, cara dan sikap hidup, pandangan dunia, perspektif alam semesta dan agama Islam orang-
orang Melayu yang memiliki ciptaan-ciptaan karya sastera mereka yang tinggi lagi unik (Hashim
Awang, 1995:5) Teori Pengkaedahan Melayu terbahagi kepada dua iaitu Pengkaedahan Alamiah
dan Pengkaedahan Agama. Pengkaedahan Alamiah terbahagi kepada tiga iaitu, Pendekatan
Gunaan, Pendekatan Moral dan juga Pendekatan Firasat. Manakala, Pendekatan Agama pula
terbahagi kepada tiga iaitu, Pendekatan Dakwah, Pendekatan Kemasyarakatan dan juga
Pendekatan Seni.

6
4.1`Pendekatan Firasat

Pendekatan Firasat memperkatakan tentang mimpi. Menurut Mana Sikana dalam bukunya iaitu
Koleksi Teori Sastera (2002), Hashim Awang beranggapan bahawa sastera menyerupai suatu
mimpi, untuk sampai kepada makna ia mengalami proses pemaknaan, dan makna itu ada yang
tersurat dan tersirat. Pada peringkat awal makna yang tersurat terlebih dahulu ditanggapi
kemudian beralih kepada makna yang tersirat. Dengan pendekatan firasat ini, Hashim Awang
ingin membuktikan bahawa sastera seanalogi dengan mimpi, proses pemaknaan, dan yang
tersurat yang tersirat yang wujud dalam sastera Barat sudah pun ada dalam sastera Melayu.

Mimpi mempunyai beberapa konsep iaitu, dreams have a priviledge place in Freud’s
metapsychology: the interpretation of dreams is the royal road to knowledge og unconscious
activities of the mind. (Wright, Elizabeth, 1998: 16).

Manusia bermimpi pada masa ia tidur. Bagi Freud dalam bukunya Interpretation of
Dream (1900), tidur adalah merupakan suatu rileks dan mimpi dalam tidur adalah aktiviti yang
berpunca daripada bawah sedar. Ketika separuh sedar itulah terungkap satu daripadanya, iaitu
keinginan. Ada juga keinginan yang tidak dapat dicapai dengan puas dalam kehidupan biasa
maka mimpi hadir untuk memenuhi keinginan. Sebagai contoh, watak seorang Cikgu Muni yang
bermimpi tentang hadirnya seorang bayang lelaki. Kemungkinan Cikgu Muni teringatkan atau
memikirkannya sepintas lalu tanpa disedari ia hadir dalm mimpi sebagai satu petanda bahawa
lelaki dalam mimpi tersebut sedang memikirkan tentang Cikgu Muni juga. Mimpi sebenarnya
mengandungi makna kepada manusia, bak kata Freud “A Dream is a fulfiment of a wish ”.

Hal ini dapat dilihat dalam petikan dibawah yang menunjukkan Muni sedang bermimpi
tentang seorang lelaki. Bayang seorang lelaki muncul dalam dirinya yang memakai jubah putih.
Hal ini menujukkan bahawa novel Kalvaria menggunakan pendekatan firasat.

Tapi, mimpinya bukan melihat Baginda Rasulullah SAW. Bukan. Dia bermimpi bertemu seorang
lelaki hanya sepintas lalu. Lelaki yang pernah mencuit hatinya dengan peragai yang luar biasa.
Pelik dan benar. Bayang lelaki itu muncul dalam tidur buat pertama kalinya. Memakai jubah
putih menghampiri dirinya. Tersenyum dan terus menghilang. Hanya sekelip mata. Setelah
tersedar, jam menujukkan pukul 3.30 pagi.
Itulah kali pertama lelaki itu muncul dalam mimpinya. Di tengah malam. Waktu rahmat dan
keampunan daripada Allah SWT dan diamnya syaitan. Suasana sunyi sepi. Pabila tersedar,
rupanya dia bermimpi. Hendak dikata penat dengan tugas harian, sememangnya setiap hari dia
7
menjalankan tugas rutin seperti biasa. Sehingga tiada masa untuk berfikir tentang lelaki. Apatah
lagi dengan lelaki yang tiada langsung dalam diari hidupnya di sekolah itu. Sudah lama ia
menolah lelaki itu terlalu jauh ke dasar lautan. Urgh!
(Suwaibah Abd Hadi, 2018: 424- 425)

4.2 Pendekatan Dakwah

Perkataan dakwah adalah berasal daripada bahasa Arab yang mempunyai beberapa pengertian.
Menurut Kamus Lisan al-‘Arab, dakwah merujuk kepada meminta tolong, beribadat, memandu,
menjemput, mengajak, memanggil, menyeru dan melaung.Dari sudut Istilah, Muhammad al-
Ghazali mendefinisikan dakwah sebagai satu program yang lengkap, yang kesemua peringkatnya
mengandungi semua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan
dan matlamat hidup dan bagi menyingkap petunjuk jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.

Dr. Ra’uf Shalabi, beliau menyatakan bahawa Dakwah Islamiyyah ialah gerakan
membawa atau mengubah masyarakat daripada kufur kepada iman, daripada keadaan kegelapan
kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang, di dunia dan di
akhirat.

Pendekatan adalah satu perkara yang penting dalam dakwah kerana ia merupakan cara
bagaimana pengajaran yang disampaikan itu dapat mempengaruhi sasaran untuk menerimanya.
Sesuatu pengajaran walaupun baik, susah untuk diterima oleh sasaran jika cara penyampaiannya
tidak betul. Tanpa pendekatan yang baik juga, masyarakat yang menjadi sasaran dakwah akan
memberi respon yang negatif terhadapnya walaupun isi yang disampaikan menarik dan bermutu.

Pendekatan yang hendak digunapakai dalam berdakwah mestilah suatu pendekatan yang
bersesuaian dengan fitrah manusia atau dikenali sebagai pendekatan fitrah. Hal ini kerana agama
Islam merupakan agama fitrah yang amat bersesuaian dengan fitrah manusia.Pendekatan Fitrah
ini terkandung dalam ayat al-Qur’an antaranya sepertimana Firman Allah S.W.T , maksudnya,
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat
pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik;
sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya,
dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk”.

8
Pendekatan Dakwah juga terdapat dalam novel Kalvaria, hal ini dapat ditunjukkan pada petikan
di bawah.

4.2.1 Cikgu Muni menasihati Aldona tentang cara berpakaian seorang muslimah.

“Aldona! You are so beautiful. But, when you wear a shawl, much more
beautiful!” puji Cikgu Muni Qazrina. Dia menghadiahkan tudung itu. Sememangnya
Aldona masih memerlukan bimbingannya.
“Thank you, Cikgu Muni. But, I miss you and Malaysia. I miss you very much!
You have guided me and telling me truth. I should wear this shawl!” ujar Aldona
sambil menghirup minuman jus oren yang disediakan oleh pramusaji. Perempuan di
hadapannya itu sungguh mulia. Membimbingnya tentang sirah Nabi Muhammad
SAW. Nabi akhir zaman yang menyampaikan risalah untuk seluruh umat. Selama ini,
dia lalai dari mempelajari Islam.
(Suwaibah Abd Hadi,2018: 564)

Novel Kalvaria menggunakan seorang watak perempuan Belanda yang bernama


Aldona telah memeluk Islam, tetapi beliau digambarkan masih terkapai-kapai mencari
maksud Islam yang sebenar. Dalam hal ini, Cikgu Muni telah membimbing Aldona
dengan cara berpakaian seperti Islam. Islam mewajibkan setiap umatnya menutup aurat.
Ajakan Cikgu Muni pada Aldona merupakan satu dakwah tentang cara berpakaian seperti
seorang agama Islam. Walaupun perubahan Aldona bukan sepenuhnya tetapi Cikgu Muni
telahpun menyampaikan hal yang betul dalam mempelajari Islam.

4.2.2 Ustad Wajdi Solihin mengingatkan guru-guru lain akan keesaan kitab suci Al-Quran.

“Saya yakin, ada sesuatu yang tidak kena di sekolah kita ini. Mungkin ada sesuatu yang
mereka cari dan masih belum dijumpai, “ teka Ustad Wajdi Solihin.
“Mereka mencari apa ustaz? “ Tanya Ustaz Redha. Keadaan membuatkan semua orang
berasa cemas. Apatah lagi pelajar semakin risau jika jelmaan itu datang semula.
“Mereka mencari seperti ustaz ke? “ tanya Cikgu Muni Qazrina.
“Nak cari saya buat apa? “ kata Ustaz Wajdi Solihin.
“Habis tu mereka nak apa? “ tanya Cikgu Habibah yang masih menenagkan pelajar.

9
“Kita kena bersabar menunggu. Sampai masanya, kita semua akan tahu juga. Banyakkan
membaca ayat-ayat suci al-Quran agar Allah SWT memberikan kita petunjuk yang sebenar-
benarnya, “ kata Ustaz Wajdi Solihin. Dia yakin sampai masa dan ketikanya akan diketahui
juga.
“Siapa? “ tanya Cikgu Habibah.
“Sabar, Cikgu Bibah! Kita kena sama-sama bersabar.
“Bibah pun risau. Kita kena suburkan minda pelajar-pelajar kita dengan kebesaran kitab
suci al-Quran, “ ujar Cikgu Habibah.
(Suwaibah Abd Hadi,2018: 284-285)

Berdasarkan petikan yang terdapat dalam novel Kalvaria, dapat dibuktikan terdapat
pendekatan dakwah dalam novel ini. Ustaz Wajdi Solihin secara tidak langsung berdakwah
apabila memperingati dan mengingatkan kebesaran kitab suci al-Quran semasa keadaan cemas
yang berlaku pada ketika itu. Guru-guru dan para pelajar berasa cemas akibat penampakan
makhluk yang tidak diundang atau misteri dalam kalangan mereka. Oleh hal yang demikian,
Ustaz Wajdi Solihin memperingati khalayak pada ketika itu bahawasanya Allah mengetahui
segala-galanya.

4.2.3 Pengarang memberitahu bahawa manusia tidak berhak membuka aib orang lain.

Berdosa menyebarkan aib orang. Berdosa juga bagi sesiapa yang mendengarnya. Jika
bertanyakan punca kesalahan, ia akan meleret-leret pula sehingga menyiasat latar
belakang pelajar. Sekaligus membuka aib pelajar. Nabi Muhammad SAW tidak pernah
menyiasat punca kesalahan seseorang. Tapi baginda SAW hanya menerangkan
bagaimana cara untuk menyelesaikannya.
Pelajar tidak akan berani mengaku kesalahan yang dibuat. Apatah lagi berjumpa dengan
guru. Mereka lebih suka berdiam diri. Tidak sesekali akan membuka aibnya. Mereka
takut jika dimalukan. Disindir. Menyebabkan mereka tidak bertegur sapa denga rakan-
rakan lagi. Mereka bimbang disihkan daripada pelajar lain pula. Itulah risiko social
yang tidak mampu dihadapi oleh pelajar bermasalah.
(Suwaibah Abd Hadi,2018: 299)

10
Petikan diatas dipetik dari novel Kalvaria dan jelas akan kwujudan elemam Pendekatan
Dakwah. Hal ini dapat dilihat bagaimana pengarang cuba menyampaikan nasihat bahawa kita
manusia sekalian alam tidak berhak sama sekali membuka aib manusia lain. Semulia-mulia Nabi
Muhammad SAW pun tidak pernah berbuat sedemikian, inikan pula umat manusia biasa. Dalam
konteks penceritaan novel ini, pengarang mahu menceritakan bahawa membuka aib orang lain
hanya tindakan sia-sia yang tidak dapat mengubah apa-apa pun kearah kebaikan. Seharusnya,
masyarakat perlu lebih berfikiran terbuka dan rasional dalam menyelesaikan sesuatu masalah
agar ia lebih terkesan dan membawa kearah kebaikan. Nasihat atau dakwah dari pengarang ini
timbul apabila guru-guru di SMK Seri Selasih membincangkan masalah dalam kalangan pelajar
di sekolah tersebut. Jelas sekali pendekatan dakwah diguna pakai dalam novel Kalvaria.

4.2.4 Cikgu Muni Qazrina memperingati pelajarnya tentang kepentingan rukun solat agar
solat yang didirikan sempurna dan diterima Allah SWT.

“Senaraikan 13 rukun sembahyang . Bagusnya soalan ini, apa lagi tulislah


kesemuanya,” kata Cikgu Muni Qazrina. Pelajar mula memberikan jawapan. Satu per
satu mengingati perkara yang wajib dilakukan ketika solat.
Cikgu Muni Qazrina memeriksa jawapan pelajar. Puas hati. Dia tersenyum. Pelajar
mengingati kesemua 13 rukun sembahyang. Sembahyang yang merupakan tiang agama.
Jika kita tidak menunaikan sembahyang, apa ertinya lagi dalam memperhambakan diri
sebagai makhluk Allah.
“Supaya kita melakukan ibadat solat yang diterima Allah SWT. Jika taka da ilmu, kita
hanya menunaikan solat sesuka hati. Kita tidak peduli sama ada solat kita sempurna atau
tidak. Jika tidak sempurna solat kita, ertinya perkara lain yang kita lakukan juga tidak
sempurna! Sebab itu jangan sesekali tinggalkan solat. Solat itu tiang agama. Runtuhnya
solat bererti runtuh pula agama!” tegas Cikgu Murni Qazrina.
(Suwaibah Abd Hadi,2018:388-389)

Berdasarkan petikan di atas dapat dilihat elemen Pendekatan Dakwah dalam novel
Kalvaria ini apabila diceritakan bagaimana secara berperingkat Cikgu Murni Qazrina cuba
menyampaikan ilmu tentang solat demi kebaikan semua. Penerimaan dan tahap ketersampaian

11
ilmu agama juga penting untuk semua lapisan masyarakat. Hal ini secara tidak langsung
memberi ilmu kepada para pembaca dan inilah yang diperkatakan dakwah itu boleh disampaikan
dalam pelbagai keadaan sekalipun.

4.3 Pendekatan Kemasyarakatan

Pendekatan Kemasyarakatan melihat sastera sebagai cerminan masyarakat. Karya sastera


mengandungi pemaparan sejarah berkaitan ekonomi, teknologi, perhubungan kelas dan
sebagainya. Sastera bertindak sebagai suatu manifestasi yang memperlihatkan semula peristiwa-
peristiwa penting dalam masyarakat yang begitu luas bidangnya. Apa yang digambarkan dalam
karya sastera merupakan suatu yang dirakamkan kembali dari peristiwa dalam masyarakat.
Karya sastera merupakan suatu yang melahirkan pancaran masyarakat seperti mengemukakan
kisah suka duka masyarakat.

Oleh itu, Pendekatan Kemasyarakatan seringkali mengaitkan sastera masyarakat yang


menjadi wadah kepada penulis dan karya sastera itu sendiri. Pendekatan Kemasyarakatan
merupakan satu cara melihat karya sastera dengan mengaitkannya dengan masyarakat sama ada
dengan masyarakat tempat karya itu dihasilkan atau masyarakat yang melahirkan karya
berkenaan. Pendekatan Kemasyarakatan dapat dilihat dalam novel Kalvaria. Melalui novel ini
dapat memberi penjelasan mengenai fakta sosial. Ia dapat memberi gambaran realiti sesebuah
masyarakat.

Novel Kalvaria dapat dijadikan sebagai dokumentasi sosial dan melahirkan sumber
pengetahuan mengenai budaya, adat dan amalan masyarakat. Melalui pendekatan
kemasyarakatan dalam novel Kalvaria dapat memberi kesedaran, teladan atau contoh serta
melahirkan kesan tertentu terhadap masyarakat. Melalui novel Kalvaria juga, dapat memberi
sumbangan yang bernilai terhadap masyarakat. Terdapat contoh-contoh yang dapat dikaitkan
dalam novel Kalvaria berkenaan dengan Pendekatan Kemasyarakatan.

12
4.3.1 Tekad dan semangat Cikgu Muni Qazrina serta guru-guru lain untuk mendidik para
pelajar hingga berjaya.

Pendekatan Kemasyarakatan yang dapat dibuktikan dalam novel Kalvaria apabila Cikgu Muni
Qazrina dan para guru bersungguh dalam usaha untuk menabur bakti serta mendidik para pelajar
di SMK Seri Selasih. Pendekatan Kemasyarakatan ini jelas dapat dilihat dalam sebuah petikan
dari Novel Kalvaria iaitu :

“Jika Cikgu Muni benar-benar ingin membantu, pihak sekolah akan sentiasa memberi
sokongan. Buatlah apa-apa pun di sekolah ini. Asalkan ia memberi manfaat kepada
pelajar. Kita tidak mengharapkan penghargaan pelajar setelah mereka tamat belajar
dan bekerja hebat suatu hari nanti. Apa yang kita nak adalah falsafah Pendidikan negara
tercapai. Merekalah genrasi yang akan memimpin negara kita nanti setelah kita sudah
tiada,” kata Ustaz Wajdi Solihin dengan kata-kata semangat.
“Kita bangga jika pelajar kita Berjaya menjadi orang-orang hebat setelah mereka
bekerja nanti,” ujar Cikgu Muni Qazrina mengakhiri perbualan kali pertama di sekolah
itu. Dia dibawa oleh Cikgu Hang Tuah melawat bangunan sekolah.
(Suwaibah Abd Hadi,2018: 18)

Jelas sekali, dapat dilihat bagaimana para pendidik dalam novel ini cuba membantu
dengan sedaya upaya tanpa mengaharapkan sebarang balasan atau upah hasil penat lelah mereka.
Cukuplah sekadar kejayaan serta kemenjadian anak didik mereka seperi yang diperkatakan oleh
Ustaz Wajdi Solihin dalam perbualannya dengan Cikgu Muni Qazrina. Sumbangan dan
keikhlasan seorang guru dalam usaha untuk membantu para pelajar Berjaya sememangnya tidak
dapat dibalas. Terbuktilah bahawa pendekatan kemasyarakatan juga diperoleh dalam penceritaan
atau kisah-kisah dalam novel Kalvaria ini.

13
4.3.2 Cikgu Muni membantu Jemi yang menghidap penyakit anoreksia dengan memberi
nasihat agar Jemi tidak ditimpa masalah yang sama lagi.

Pendekatan Masyarakat yang seterusnya dapat dilihat apabila Cikgu Muni Qazrina yang sentiasa
perihatin terhadap masalah kesihatan adik angkatnya. Cikgu Muni Qazrina membantu dengan
memberi nasihat-nasihat serta pesanan berguna sehingga memberi kesan positif dalam diri Jemi.
Bukti pendekatan masyarakat ini dapat dilihat dengan jelas dalam petikan di bawah dari novel
Kalvaria.

“Jemi akan ikut apa kata Kak Muni. Terima kasih sebab bagi dorongan. Siapalah Jemi
ni,” ujar Najmi Haiqal bernada lembut.
“Mengada-ngada ! Dahlah kurus kering. Tinggal kulit dan tulang sahaja. Perempuan
tengok pun akan lari tau. Macam jerangkung,” ujar Muni Qazrina mengusik lelalki itu.
“Kalau Kak Muni kata jerangkung, jembalang atau Pontianak kea pa jenis makhluk
sekalipun, Jemi tak lah kisah sangat! Tapi kalua orang lain yang kata, Jemi terasa tau!”
ujar Najmi Haiqal sambal tersengih.
“Ingat, Anoreksia Nervosa boleh meragut nyawa sekiranya dibiarkan berlarutan.
Pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan,” nasihat Muni Qazrina.
“Terima kasih Kak Muni. Sebab ambil berat. Jemi belum ke tahap kronik lagi. Tengok ni,
otot-otot dan lemak pun masih ada,” ujar Najmi Haiqal sambal mencubit lengan kirinya.
(Suwaibah Abd Hadi,2018: 55)

Muni Qazrina membantu pihak yang memerlukan iaitu Najmi Haiqal yang menghidap
penyakit anoreksia. Nasihat serta dorongan yang disampaikan oleh Muni Qazrina memberi kesan
yang baik kerana penguasaan dalam ilmu perubatan. Lihatlah bagaimana seseorang individu itu
memberi manfaat kepada orang lain dengan ilmu yang dimiliki. Bantuan bukan sahaja datang
dalam bentuk wang dan seumpanya tetapi juga mampu datang dalam bentuk kata-kata dari ilmu.
Perkara ini jelas diperihalkan dalam watak Muni Qazrina membantu adik angkatnya Najmi
Haiqal.

14
4.3.3 Cikgu Muni Qazrina dan guru-guru lain saling membantu dalam usaha untuk
membantu menghantar pelajar yang sakit mendapatkan rawatan di hospital.

“Boleh Cikgu Muni tolong bawakan pelajar ke hospital?” ujar Cikgu Hang Tuah yang
terkilan kerana tidak dapat membantu. Dalam masa yang sama, dia juga dalam keadaan
kecemasan. Biasanya, dia yang membawa pelajar sakit ke hospital dengan Ustaz Redha.
“Boleh. Tapi, bagaimana dengan keselamatan asrama? Semenjak kebelakangan ini,
banyak kes di luar jangkaan berlaku. Saya risau. Dalam kita keadaan cemas begini. Ada
pula perkara lain yang timbukl menguji kesabaran!” ujar Cikgu Muni Qazrina.
“Bagi tahu kepada Ustaz Redha juga. Biar Ustaz Redha dan Cikgu Habibah yang
memantau asrama,” pesan Cikgu Hang Tuah.
“Baik, Cikgu Tuah. Saya bertolak sekarang juga. “Cikgu Muni Qazrina mematuhi
arahan. Turut bersamanya adalah dua orang pelajar perempuan. Sejurus selepas itu, dia
terus membawa pelajar menaiki keretanya menuju ke Hospital Sultanah Nur Zahirah
yang terletak hamper 30 kilometer dari daerah itu.
(Suwaibah Abd Hadi,2018: 210-211)

Pendekatan Kemasyarakatan juga diselit dalam novel Kalvaria. Lihatlah bagaimana para
guru saling membantu antara satu sama lain demi kebajikan pelajar. Persefahaman dan rasa
tanggungjawab yang tinggi telah memandu mereka kearah kesejahteraan bersama. Bayangkan
jika tiada tolak ansur dan kesefahaman antara guru-guru tersebut, maka tiada pertolongan dapat
disalurkan kepada pelajar yang sedang mengalami kesakitan itu. Sikap bantu-membantu dalam
kalangan guru-guru tersebut telah memperjelaskan tentang keberadaan pendekatan
kemasyarakatan dalam novel Kalvaria.

15
4.4 Pendekatan Seni

Menurut Kamus Dewan edisi keempat mendefinisikan seni sebagai halus (kecil,elok), tipis dan
halus. Seni juga diertikan sebagai karya seperti sajak, lukisan, muzik, dan lain-lain yang dicipta
dengan bakat hasil daripada sesuatu ciptaan. Kesenian pula diertikan sebagai perihal seni yang
berkaitan dengan seni, keindahan atau kehalusan. Melalui pendekatan seni pakaian tradisional
adalah antara seni yang terdapat dalam novel Kalvaria.

4.4.1 Seni Pakaian

Pakaian merupakan salah satu keperluan asas manusia iaitu berfungsi untuk melindungi tubuh
dari kepanasan, kesejukan, serta ancaman-ancaman lain. Hiasan diri pula digunakan dan dipakai
sebagai pelengkap kostum dan menyerikan lagi si pemakai. Bagi masyarakat Melayu, pakaian
dan hiasan diri pada asalnya lebih berfungsi sebagai simbol kedudukan dan kekuasaan seseorang
dalam masyarakat, namun fungsi pakaian dan perhiasan semakin berkembang dan berubah
mengikut peredaran zaman.

Kini, pakaian lebih dianggap sebagai bahan fesyen iaitu sesuatu yang lebih
menitikberatkan daya kreativiti penciptanya. Pakaian masyarakat di Malaysia terdiri daripada
pelbagai jenis dan variasi mengikut kaum dan etnik yang terdapat di Malaysia. Setiap pakaian
tradisional yang dipakai oleh masyarakat Malaysia mempunya kesenian dan keindahan tersendiri
dari segi cara pembuatan mahupun jenis fabrik. Pakaian rakyat Malaysia juga merupakan unsur
budaya masyarakat yang berbilang kaum dan hidup dalam keadaan yang aman damai. Dalam
novel Kalvaria terdapat petikan yang dapat mengaitkan tentang seni pakaian. Hal ini dapat
dilihat berdasarkan petikan berikut.

Pada sebelah malam pula, Dewan Tunas Gemilang diterangi dengan cahaya lampu.
Acara persembahan kebudayaan diadakan melibatkan pelajar dan guru. Program
pertunjukan fesyen budaya Malaysia melibatkan pelajar dan guru. Pelbagai jenis
pakaian tradisional diperagakan. Baju kurung, baju melayu moden, cheongsam, sari,
jubah dan sebagainya. Sambal berhibur mereka menikmati hidangan makan malam
secara buffet.
(Suwaibah Abd Hadi,2018: 202)

16
Berdasarkan petikan tersebut, terbuktilah bahawa novel Kalvaria mempunyai pendekatan
seni iaitu seni pakaian. Diceritakan dengan sangat jelas tentang sebuah majlis yang diadakan diisi
dengan slot persembahan kebudayaan. Pelbagai jenis baju tradisional yang diperagakan
melibatkan guru dan pelajar.

Kesimpulan

Secara ringkasnya, novel Kalvaria sememangnya mengisahkan tentang kehidupan yang penuh
dengan kisah-kisah yang mampu mendukung semangat untuk meneruskan kehidupan. Terdapat
pelbagai watak dalam novel ini yang masing-masing mempunyai peranan tersendiri. Cikgu Muni
Qazrina yang memegang watak utama dalam novel ini sebenarnya merupakan pelajar lulusan
bidang kedoktoran. Namun beliau telah menukar profesion ke bidang pendidikan sebagai
seorang guru. Kes sebegini boleh dikatakan hampir jarang berlaku kerana siapa saja yang
sanggup meninggalkan bidang kedoktoran yang menjanjikan pendapatan lebih lumayan
berbanding menjadi seorang guru. Tetapi siapa sangka gelaran bakal doktor dilepaskan begitu
saja. Tugas seorang guru di SMK Seri Selasih banyak mencoret suka duka kehidupan Muni
Qazrina.

Dalam novel Kalvaria banyak terdapat pendekatan-pendekatan tertentu dalam teori


Pengkaedahan Melayu. Pendekatan-pendekatan yang telah diambil oleh pengkaji sebagai bahan
bukti juga mengaitkan situasi-situasi yang berkenaan berlaku dan memberi penagajaran tertentu
kepada pembaca. Sebagai contoh, pendekatan kemasyarakatan banyak membawa contoh-contoh
yang baik dalam mencerminkan kehidupan sesebuah masyarakat dan dapat diambil iktibar
mengikut situasi. Terdapat juga pendekatan-pendekatan lain seperti Pendekatan Dakwah yang
sememangnya dapat memberi ilmu kepada khalayak pembaca serta dapat dijadikan teladan
dalam meneruskan kehidupan yang lebih sejahtera. Pendekatan Firasat dan juga Pendekatan Seni
juga terselit dalam penceritaan atau kisah-kisah dalam novel ini. Sememangnya novel ini sesuai
dijadikan bahan bacaan untuk setiap lapisan masyarakat kerana padat dengan kisah-kisah
menarik yang pastinya dekat dengan jiwa pembaca serta mampu memberi teladan yang baik.

17
Rujukan

Kamus Dewan Edisi Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siddiq Fadzil. 2012. Islam dan Melayu: Martabat umat dan daulat rakyat. Kajang : Akademi
Kajian Ketamadunan.

Suwaibah Abdul Hadi. 2018. Kalvaria. Kuala Lumpur: Institut Buku& Bahasa Malaysia
Berhad.

Suwaibah Abdul Hadi. 2018. Penulis Novel Kalvaria. Temu bual. 10 Disember.

Syed Husin Ali. 2017. Sejarah Rakyat (Khususnya Perkembangan Nasionalisme) Malaysia.
Kuala Lumpur: Strategic Information and Research Development Centre.

18
Sinopsis

Cikgu Muni Qazrina merupakan watak utama dalam novel Kalvaria. Pada permulaan novel, dia
cuba untuk melakukan program motivasi untuk menaikkan semangat pelajar serta memperbaiki
akhlak mereka. Sebagai guru Kaunseling, dia dibantu oleh beberapa guru yang lain seperti cikgu
Afifi Mokhtar, cikgu Hang Tuah, cikgu Habibah dan cikgu Belinda Lim. Namun begitu, program
motivasi cikgu Muni Qazrina mendapat tentangan segelintir guru senior yang menganggap
program tersebut tidak akan mengubah sikap dan nasib pelajar sekolah SMK Seri Selasih.
Namun begitu, program tersebut akhirnya diikuti secara berperingkat dan akhirnya mulai
diterima oleh semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Masalah sosial yang kerap berlaku di asrama SMK Seri Selasih telah menjadi
tanggungjawab Muni Qazrina untuk diselesaikan bersama barisan guru dan warden yang
bertugas. Muni Qazrina tekad untuk membantu para pelajar untuk menjadi insan yang berjaya
dalam bidang akademik dan memperbaiki sikap yang bobrok dalam hidup. Keputusan Muni
Qazrina untuk meninggalkan kerjayanya sebagai seorang doktor untuk menjadi seorang guru,
merupakan suatu azam baharu yang membara dalam dirinya untuk terus menjadi guru yang
berdedikasi. Hemophobia atau fobia darah telah menyebabkan Muni Qazrina terpaksa
meninggalkan cita-citanya sebagai seorang doktor. Dia mulai loya melihat darah dan nanah yang
terdapat pada diri pesakit. Muni Qazrina terus meninggalkan kariernya sebagai doktor selepas
kematian datuknya, Pak Musa. Hal ini demikian kerana datuknya amat bertegas untuk melihat
Muni Qazrina menjadi seorang doktor seperti ayah dan abangnya, Dr Ahmad dan Dr Khalil
Zulhilmi. Ketegasan datuknya menyebabkan dia tetap meneruskan pengajian dalam bidang
Perubatan walaupun sudah mulai menunjukkan tanda homophobia peringkat awal.

Muni Qazrina turut bertugas sebagai guru Biologi menggantikan guru lama. Atas
keilmuannya sebagai doktor, Pengetua, cikgu Tengku Sabrina Ilyani telah memberikannya dua
tugas dalam satu masa iaitu sebagai guru Kaunseling dan guru Biologi. Tugas ini agak berat
dipikul olehnya kerana dia seorang guru muda yang masih berpengalaman mentah. Cabarannya
bermula apabila dia ditugaskan untuk menaikkan nama sekolah SMK Seri Selasih menjadi
sekolah yang kompetitif di kawasan Telipot, Terengganu. Dalam masa yang sama, Muni Qazrina
dilantik menjadi Guru Penasihat Puteri Islam setelah cikgu Ramlah diberikan cuti bersalin.
Cikgu Habibah dan Ustaz Wajdi Solihin sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM)

19
sentiasa membantu Muni Qazrina menyesuaikan diri di sekolah. Lama-kelamaan, usaha progresif
Muni Qazrina untuk membangkitkan semangat calon-calon SPM di SMK Seri Selasih semakin
diminati oleh ramai tenaga pengajar yang sebelum ini agak tidak senada dengannnya.

Perjalanan Muni Qazrina di SMK Seri Selasih agak getir dengan masalah sosial yang
berlaku dalam kalangan pelajar. Kes pelajar bercinta, tidak solat dan ponteng sekolah telah
menjadi satu tanggungjawab yang berat untuk dia selesaikan. Watak pelajar sekolah seperti
Ammar Safri, Adibah Alawiyah, Vijay Krishnan, Luthi Hadi dan Radhi Ilman telah
membangkitkan semangat Muni Qazrina untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi. Dia
ingin mereka semua berjaya menjadi pelajar yang cemerlang dalam SPM walaupun ada dalam
kalangan mereka yang dihimpit dengan masalah kewangan dan keluarga. Pelbagai program
motivasi dan jati diri diadakan supaya mereka sedar akan tanggungjawab sebagai pelajar dan
tidak leka dibuai masa. Muni Qazrina juga tidak pernah menghukum pelajar yang berbuat
kesalahan tanpa sebarang usul periksa kerana dia inginkan pelajar tersebut belajar daripada
kesilapan yang dilakukan.

Perasaan cinta terhadap Muni Qazrina ditonjolkan dalam watak Najmi Haiqal, Ariffin,
Kapten Johan Maarif. Mereka merupakan lelaki yang hadir dalam hati Muni Qazrina sepanjang
pembacaan novel ini. Najmi Haiqal merupakan adik angkat Muni Qazrina sejak di sekolah
menengah, Ariffin merupakan tunang yang diaturkan oleh ibunya, Puan Salbiah dan kapten
Johan Maarif merupakan ayah kepada Adibah Alawiyah iaitu pelajar kepada Muni Qazrina.
Cinta Ariffin ditolak kerana gayanya yang terlalu mendesak dan menolak adat masyarakat
Melayu dan adat Timur sebelum pernikahan. Pertunangan mereka dibatalkan selepas Muni
diterima masuk sebagai guru di sekolah SMK Seri Selasih. Tindakan Ariffin yang pecah amanah
terhadap syarikat milik Puan Salbiah telah menginsafi Puan Salbiah bahawa dia tidak sepatutnya
mengaturkan kebahagiaan untuk anaknya seperti yang berlaku kepada kembar Muni Qazrina
iaitu Mona Khairina. Cita-cita kak kembarnya sebagai akauntan terpaksa diketepikan setelah
berkahwin kerana suaminya tidak mengizinkannya berkerja dan hanya menyuruhnya menjaga
anak-anak di rumah. Dia hampir menerima Kapten Johan Maarif sebagai peneman hidup. Bapa
mithali kepada Adibah Alawiyah itu sudah lama hidup membujang setelah isterinya yang
berwarganegara Eropah, Aldona membawa diri kerana diusir keluar oleh ibu mentua, Puan
Seroja ketika Adibah Alawiyah berusia 5 tahun. Kapten Johan Maarif sanggup membawa Muni

20
Qazrina, Adibah Alawiyah dan Puan Seroja bercuti ke Kanada untuk memikat hati Muni
Qazrina. Tetapi, Muni Qazrina menolaknya kerana inginkan Aldona kembali menjadi ibu untuk
Adibah Alawiyah dan menjadi seorang Muslim yang baik.Najmi Haiqal pula yang mulai minat
kepada Muni Qazrina sejak zaman persekolahan lagi telah bersabar lama untuk menunggu hati
Muni Qazrina terbuka untuk dirinya. Akhirnya, mereka disatukan setelah Muni Qazrina mula
menyedari bahawa hanya Najmi Haiqal yang benar-benar ikhlas mencintainya.

21

Anda mungkin juga menyukai