Anda di halaman 1dari 15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS KOTA BHARU 16100 JALAN MAKTAB
KELANTAN DARUL NAIM

BMMB3223
PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA DALAM BAHASA MELAYU–
PENULISAN ESEI
Nama : NUR FARENI BINTI MAT GHANI
PENGAKUAN PELAJAR
No. mengaku
Saya K/P PEMERIKSA : 011022031048
bahawa tugasan adalah hasilMODERATOR
kerja kursus iniPELAJAR kerja saya sendiri kecuali
Markah PENGESAHAN Markah
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
Angka Giliran : 2021082340474
rujuki dan fahami.
Tandatangan Tandatangan
Tandatangan Pelajar: FARENI Tarikh : 27 FEBRUARI 2023
Program : PISMP
Tandatangan
Cop Pelajar:_FARENI Tarikh
Cop : ___16 FEBRUARI 2023
Ambilan : JUN 2022
Tarikh
Unit Tarikh 8
: BAHASA MELAYU
Nama Pensyarah : DR ROSLAN ABDUL WAHID
Tarikh Hantar : 27 FEBRUARI 2023

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS KOTA BHARU.

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama: NUR FARENI BINTI MAT GHANI Angka Giliran: 2021082340474


Kod: BMMB3223 Nama Kursus: PENGAJARAN KEMAHIRAN
BAHASA DALAM BAHASA MELAYU
Pensyarah: DR ROSLAN BIN ABDUL WAHID
Tarikh Hantar: 27 FEBRUARI 2023 Tarikh Terima diisi oleh Pensyarah:

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya’

Tanda tangan Pelajar: FARENI Tarikh: 27 FEBRUARI 2023

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus


Pemeriksa Moderator (Jika berkaitan)

Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tanda tangan: Tarikh: Tanda tangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:


PENGHARGAAN

“DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA


PENYAYANG”

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Alhamdulillah,


syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat
saya menyempurnakan tugasan kursus BMMB3223 Kurikulum Bahasa
Melayu ini dalam kekangan masa dan pengisian waktu yang cukup
mencabar sebagai bakal guru.

Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu kerana memberi peluang
kepada saya menghasilkan kerja kursus ini dengan memberikan
panduan yang jelas dan tepat. Saya juga mengucapkan terima kasih
kepada semua pensyarah khasnya Pensyarah Akademik Kursus
BMMB3223 Kurikulum Bahasa Melayu SK Dr Roslan bin Abdul Wahid
yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang
sempurna kepada saya dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan
sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini.

Selain itu juga, saya mengucapkan terima kasih kepada tuan


kerana memberi kepercayaan kepada saya dalam menjalankan tugasan
ini sehingga jayanya.Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang
banyak memberi sokongan serta dorongan. Tanpa sokongan dan
dorongan kalian mungkin tidak dapat saya menghasilkan tugasan ini
dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima
kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama
membantu dalam menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar
idea. Semoga kita semua sama-sama tiba ke destinasi gurunya. Insha-
Allah.
“KAMI BANGGA MENJADI GURU”
1.0 PENGENALAN

Secara umumnya, kurikulum membawa maksud suatu rancangan pembelajaran di


sekolah yang meliputi aspek ilmu pengetahuan, nilai dan norma, serta unsur kebudayaan dan
kepercayaan masyarakat. Pelaksanaan kurikulum di sekolah rendah adalah bertujuan bagi
mencapai matlamat pendidikan iaitu untuk melahirkan modal insan yang akan menyumbang
dalam proses kemajuan negara. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran atau DSKP
merupakan dokumen yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) bagi
memastikan setiap Mata Pelajaran mengikut standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Untuk pengetahuan, kurikulum ini dirangka meliputi empat aspek
kemahiran bahasa yang memainkan peranan besar dalam menjayakan proses pengajaran dan
pembelajaran.

2.0 KEMAHIRAN BAHASA

Kemahiran berbahasa ini secara dasarnya meliputi empat jenis kemahiran iaitu
kemahiran membaca, menulis, bertutur dan mendengar. Dalam memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan efektif, murid seharusnya menguasai
kesemua kemahiran berbahasa ini. Seperti yang sudah dinyatakan, kandungan DSKP
dirangka adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran tersebut.
Menurut Nor, N. M. M., Mohammad, W. M. R. W., & Mokhtar, S. (2020) Dapatan kajian
menunjukkan dokumen DSKP berkenaan telah memenuhi keperluan kurikulum pendidikan
prasekolah yang bertujuan supaya murid menguasai kemahiran bahasa  secara berkesan.
Oleh itu, saya telah memilih DSKP tahun 2 untuk merungkai objektif-objektif pembelajaran
dan mencadangkan aktiviti yang sesuai bagi murid.
3.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Berdasarkan DSKP tahun 2 yang telah saya pilih, standard kandungan (SK) dan
standard pembelajaran (SP) adalah :

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN


1.1 Mendengar dan memberikan respon 1.1.2 Mendengar, memahami, dan
memberikan respons terhadap;
(i) permintaan

3.1 ANALISIS OBJEKTIF STANDAR PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR


DAN BERTUTUR

Objektif pembelajaran:
1. Murid dapat menumpukan fokus dan mendengar dengan teliti paparan audio yang
diperdengar oleh guru.
2. Murid dapat bertutur secara jelas untuk mengemukakan idea dengan menggunakan
intonasi dan nada yang sesuai.
3. Murid dapat mendengar, memahami dan memberikan respon yang jelas terhadap
permintaan
MERUNGKAI DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
BAHASA MELAYU TAHUN 2

3.2 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

STANDARD KANDUNGAN (SK): Mendengar dan memberikan respon

STANDARD PEMBELAJARAN (SP): Mendengar, memahami, dan memberikan


respons terhadap;

(i) soalan
Kemahiran (Kata kerja): Pengetahuan (kata nama):
Mendengar Memberikan respons terhadap
permintaan dengan jelas
Memberi
respons

Hasrat Pembelajaran (Learning Kriteria Kejayaan (succes


Intention): criteria):
Saya mendengar dan memberikan Saya dapat mendengar untuk
respon yang jelas terhadap suruhan. memberikan respons secara
bertatasusila terhadap permintaan

Berdasarkan rungkaian yang dibuat, kemahiran mendengar dan bertutur perlu


dititikberatkan oleh guru. Aktiviti yang dilaksanakan perlulah bersesuaian dengan tahap
pencapain murid. Penggunaan audio ini adalah untuk membantu murid menjelaskan maklumat
dan menarik minat mereka untuk belajar. Kemahiran mendengar dan bertutur amatlah penting
kerana digunakan secara meluas dalam hidup.
3.3 AKTIVITI KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

1. Mendengar audio

2. bersoal jawab dengan guru

3.setiap murid diminta memberikan contoh permintaan

Terdapat beberapa langkah aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru di dalam kelas
berdasarkan standard pembelajaran yang telah saya rungkai. Antaranya ialah murid-murid
diminta membuka buku teks Bahasa Melayu Tahun 2 jilid 1 muka surat 44. Aktiviti
mendengar, guru akan memperdengarkan audio berdasarkan dialog yang ada dalam buku
teks. Kemudian guru akan meminta seorang murid memberitahu semula mengenai
permintaan Ibu Hana yang terdapat dalam audio tersebut. Akhir sekali, guru meminta setiap
orang murid bertutur untuk memberi contoh permintaan bagi mengukuhkan pemahaman
mereka.
4.0 KEMAHIRAN MEMBACA
Berdasarkan DSKP tahun 2 yang telah saya pilih, standard kandungan (SK) dan
standard pembelajaran (SP) adalah :

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN


2.1 Asas membaca dan memahami 2.1.1 Membaca dengan sebutan yang
betul dan intonasi yang sesuai;
(i) petikan

4.1 ANALISIS OBJEKTIF STANDAR PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA


Objektif pembelajaran:
1. Murid dapat memahami paparan teks
2. Murid dapat mengemukakan idea secara jelas mengenai idea yang terdapat
dalam petikan
3. Murid dapat membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai
berdasarkan petikan.
MERUNGKAI DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU TAHUN 2

4.2 KEMAHIRAN MEMBACA

STANDARD KANDUNGAN (SK): Asas membaca dan memahami

STANDARD PEMBELAJARAN (SP) Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi
yang sesuai;
(i) petikan

Kemahiran (Kata kerja): Pengetahuan (kata nama):


Memahami Membaca dengan sebutan yang betul
dan intonasi yang sesuai berdasarkan
Membaca petikan teks

Hasrat Pembelajaran (Learning Kriteria Kejayaan (succes


Intention): criteria):
Saya membaca dan memahami Saya dapat membaca dan
petikan mengenai sukaneka memahami petikan mengenai
sukaneka.

Berdasarkan rungkaian di atas, saya ingin menekankan bahawa kemahiran


membaca adalah kemahiran yang patut dikuasai oleh semua murid. Kemahiran ini
merangkumi kemahiran untuk membaca dengan cepat, memahami dan mengingat fakta
serta membuat kesimpulan secara jelas dan analitis. Kemahiran membaca adalah suatu
proses yang dinamik tetapi agak kompleks.
4.3 AKTIVITI-AKTIVITI KEMAHIRAN MEMBACA

1. Guru memberikan petikan teks.

2. Guru bersoal jawab dengan murid.

3. Guru memberikan latihan yang sesuai

Aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru bagi membantu murid menguasai kemahiran
membaca adalah dengan memberikan petikan teks. Murid diminta untuk membaca secara
metalis terlebih dahulu. Kemudian guru membimbing bacaan mekanis dengan sebutan dan
intonasi yang sesuai. Guru bersoal jawab dengan bertanyakan apa yang murid faham
berdasarkan pembacaan. Akhir sekali, berdasarkan Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2
muka surat 6, guru meminta murid membaca petikan teks mengenai sukaneka dengan
sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.
5.0 KEMAHIRAN MENULIS
Berdasarkan DSKP tahun 2 yang telah saya pilih, standard kandungan (SK) dan
standard pembelajaran (SP) adalah :

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN


3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat 3.2.1 Membina dan menulis;
yang bermakna (i) perkataan

4.1 ANALISIS OBJEKTIF STANDAR PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS


Objektif pembelajaran:
1. Murid dapat mendirikan asas kemahiran menulis yang kukuh
2. Murid dapat menulis perkataan, frasa ayat yang bermakna
3. Murid dapat membina dan menulis perkataan dengan baik,
MERUNGKAI DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU TAHUN 2

5.2 KEMAHIRAN MENULIS


STANDARD KANDUNGAN (SK): 3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang
bermakna

STANDARD PEMBELAJARAN (SP): 3.2.1 Membina dan menulis;

(i) perkataan
(ii) ayat

Kemahiran (Kata kerja): Pengetahuan (kata nama):


Menulis Membina dan menulis perkatan
dengan betul berdasarkan perkataan
Membina yang disebut oleh guru

perkataan

Hasrat Pembelajaran (Learning Kriteria Kejayaan (succes


Intention): criteria):
Saya membina dan menulis ayat Saya dapat membina dan menulis
dengan betul berdasarkan ayat yang ayat dengan betul berdasarkan
disebut oleh guru ayat yang disebut oleh guru

Berdasarkan rungkaian di atas, kemahiran membina dan menulis ayat yang betul
wajar dikuasai oleh setiap murid. Ia merangkumi aspek menulis dengan tulisan yang
kemas dan baik agar mudah dibaca. Hal ini demikian kerana ia dapat merangsang murid-
murid untuk melahirkan idea dan diterjemahkan ke dalam bentuk tulisan.
5.3 AKTIVITI-AKTIVITI KEMAHIRAN MENULIS
1.guru memberikan beberapa contoh gambar
2.murid membina dan menulis ayat berdasarkan gambar
3.guru meminta murid membaca ayat yang dibina

Langkah-langkah pengajaran untuk aktiviti kemahiran menulis adalah guru akan


memberikan lampiran kertas yang mengandungi beberapa contoh gambar. Guru akan
memberi contoh ayat terlebih dahulu. Kemudian, guru akan mengarahkan murid untuk
membina dan menulis ayat berdasarkan gambar tersebut. Selepas itu, murid yang
terpilih akan diminta untuk membaca kembali ayat yang dibina. Akhir sekali, murid
diminta membuka buku teks Bahasa Melayu Tahun 2 jilid 1 muka surat 5 dan menyalin
semula cara membuat kek.
6.0 KESIMPULAN
Dapat disimpulkan bahawa strategi pembelajaran dan juga objektif yang
ditulis disokong oleh Modul Merungkai DSKP dan Pembelajaran PdP. Sebelum
merungkai modul ini, guru perlulah mengenalpsti objektif dan strategi yang perlu
dilaksanakan. Dengan cara ini, aktiviti yang akan dilaksanakan di dalam kelas dapat
berjalan dengan lancar sesuai dengan perancangan PdP. Guru wajarlah sentiasa
berusaha dengan sebaik mungkin agar dapat membantu murid menguasai
kemahiran-kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana dapatan kajian
menunjukkan bahawa terdapat masalah dalam diri murid untuk menguasai
kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu, antaranya pengetahuan
asas membaca dan menulis, persekitaran dan kaedah pengajaran guru, Jamian, A.
R. (2021).. 
RUJUKAN
GAISAH, A. J. (2020). DSKP.
Jamian, A. R. (2021). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu
murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 1-
12.
Nor, N. M. M., Mohammad, W. M. R. W., & Mokhtar, S. (2020). Analisis kandungan
kemahiran Bahasa Melayu dalam kurikulum prasekolah di Malaysia. PENDETA, 11(1),
46-67.

Anda mungkin juga menyukai