Anda di halaman 1dari 3

023

Program :
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Nama Pelajar :
Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian

Semester / Tahun : 2 / 1
Kod : BMMB3203 Ambilan : Jun 2021
Kumpulan : BM1, BM2, BM3, BM4,
Nama Kursus : BM5, BM6, BM7, BM8, BM9 dan
MORFOLOGI BAHASA MELAYU BM10

Tugasan Tarikh Mula Tarikh


Hantar
1. Penulisan – 30%
28.2.2023
- HPP1- 30% 30.1.2023 (21 hari)

2. Penghasilan produk – 30% 1.3.2023 25.3.2023


- HPP2 (20%) (21 hari)
- HPP5 (10%)

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menghuraikan pengenalan morfologi dan bentuk kata bahasa Melayu (C2, HPP1)
2. Menganalisis golongan kata dan proses pembentukan kata (C4, HPP2,KKG6)
3. Membincangkan pembentukan perkataan baharu dan isu kesalahan kata dari sudut morfologi
(C5,A3, HPP2,HPP5, KKG9, KMK5)

Pentafsiran Berterusan bagi menilai hasil pembelajaran 1, dan 3.

Objektif Pentaksiran Berterusan :

Pelajar dapat:

1. Menjelaskan pengenalan morfologi dan bentuk kata bahasa Melayu secara


terperinci dalam penulisan esei secara individu.

2. Membentang dan membuat penilaian secara berkumpulan dalam penghasilan


produk berkaitan dengan pembentukan perkataan baharu dan isu kesalahan
kata dari sudut morfologi.
TUGASAN 1 : PENULISAN (Tugasan Individu – 30%)
Secara umumnya tatabahasa dalam bahasa Melayu mencakupi dua bidang, iaitu
morfologi dan sintaksis. Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur,
pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang
mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Hal ini demikian kerana kedua-
duanya berbeza dari segi fungsi dan konsep (Nik Safiah Karim et al.,2004).

Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki melaksanakan satu penulisan yang


menjelaskan maksud morfologi dan bentuk-bentuk kata bahasa Melayu berserta contoh yang
sesuai.

TUGASAN 2 : PENGHASILAN PRODUK (Tugasan Kumpulan - 30%)

[Tugasan KPPB]

Dalam media massa, penggunaan kata baharu bahasa Melayu dapat dikesan
dengan meneliti proses pembentukan kata tersebut dari aspek kata pinjaman atau
serapan. Sehubungan dengan itu juga, banyak kesalahan penggunaan kata sering
kita temui.

Berdasarkan penyataan di atas, secara berkumpulan (2-3 orang dalam satu kumpulan), anda
dikehendaki mengenal pasti pembentukan kata baharu dan isu kesalahan kata dalalm pelbagai
sumber sama ada daripada media cetak atau media elektronik, kemudian buat pembentangan
berkaitan aspek-aspek berikut:

i. Analisiskan dan buat penilaian tentang pembentukan kata baharu.


ii. Buat penilaian isu kesalahan penggunaan kata dari sudut morfologi.
iii. Persembahkan dalam bentuk flip book ataupun e-book.

*Tugasan di atas dilaksanakan secara interdiciplinary dengan Tugasan 2 BMMB3213 Kurikulum


Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan BMMB3223 Pengajaran Bahasa dalam Bahasa Melayu
berdasarkan Big Idea - ‘BAHAN DIGITAL KONTEMPORARI PENGAJARAN BAHASA
MELAYU’.

Arahan Pelaksanaan Tugasan :

1. Tugasan ini ialah tugasan individu bagi penulisan esei dan tugasan berkumpulan bagi
penghasilan produk.
2. Hasil tugasan berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.
3. Penulisan dan sumber rujukan perlu mengikut format American Psychological Association
(APA) yang terkini.
4. Muka depan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut:
a. Nama Pelajar
b. Angka Giliran
c. Nombor Kad Pengenalan
d. Kumpulan/Unit
e. Kod dan Nama Kursus
f. Nama Pensyarah
g. Tarikh Hantar
h. Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah
i. Borang Maklum Balas Pentaksiran Berterusan hendaklah dilampirkan bersama-
sama tugasan.
5. Bahan-bahan bukti yang digunakan untuk menjelaskan tugasan hendaklah disertakan
dalam lampiran.
6. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:-
Perbincangan yang jelas dan mantap. Contoh-contoh yang diberi amat
jelas,relevan dan memenuhi kehendak soalan.
7. Penghasilan produk dan persembahan kumpulan yang kreatif.
8. Format penulisan hendaklah bertaip jenis font Arial bersaiz 11 dengan
langkau 1.5 baris.
9. Amalan plagiat atau tindakan ke arah tersebut adalah TIDAK dibenarkan
sama sekali dan menjadi satu kesalahan besar dalam dunia pendidikan.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………….. …………………………………………….
( SALIZA BINTI MOHD SHAFI’I ) (DR. AZAHA BIN IBRAHIM)
Ketua Penggubal Kerja Kursus BMM3203 Pakar Bidang (SME)
Jabatan Pengajian Melayu Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Kota Bharu IPG Kampus Kota Bharu
Kelantan Kelantan

Disahkan oleh :

………………………………..
( DR. MUHAMAD FADZIL BIN YUSOFF )
Ketua Jabatan Pangajian
Melayu, IPG Kampus Kota
Bharu, Kelantan.

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai