Anda di halaman 1dari 19

Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu

BAB 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu

Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat :


 Memahami tentang konsep-konsep membaca.
 Mempelajari kepentingan kemahiran membaca bagi pelajar sekolah
rendah.
 Mengetahui faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca.
 Menghuraikan kaedah-kaedah mengajar kemahiran membaca bahasa
Melayu

8.1 Pengenalan
8.2 Konsep Membaca
8.3 Tujuan Mengajar Kemahiran Membaca
8.4 Kesediaan Membaca
8.5 Bacaan Awal
8.6 Kaedah Mengajar Kemahiran Bacaan Awal
8.7 Kaedah Gabungan Bunyi Kata
8.8 Kaedah Lihat dan Sebut
8.9 Kaedah Abjad
8.10 Kefahaman Membaca

RINGKASAN
RUJUKAN

1
Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu

8.1. Pengenalan

Bab ini hanyalah pengenalan kepada pengajaran kemahiran membaca dalam bahasa Melayu.
Bab ini akan akan dipelajari dengan lebih mendalam dalam subjek EMB 412: Pengajaran
Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu nanti di semester akan datang.

Murid-murid yang boleh membaca sebelum menjejakkan kaki ke alam persekolahan lagi
selalunya dianggap bijak. Sebenarnya kebolehan ini bukan petanda awal tentang
kebijaksanaan kanak-kanak itu. Mampu membaca dan mahir membaca adalah dua perkara
yang berbeza. Dalam sistem persekolahan sekarang, kita mahukan murid yang boleh
menguasai kemahiran membaca dengan baik iaitu boleh membaca, memahami isi bahan yang
mahu disampaikan oleh penulis dan dapat menterjemahkan bahan yang dibaca itu.

Kemahiran membaca merupakan komponen penting dan menjadi kunci kepada ilmu
pengetahuan. Oleh sebab itu, kemahiran membaca perlu dipeljari seawal yang boleh.
Penulisan ini memberi fokus kepada beberapa kaedah membaca, kekuatan, kelemahan dan
contoh kaedah ini boleh dilaksanakan dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

Menurut Syed Abu Bakar Syed Akil (1994) dalam bukunya Panduan Mengajar Kemahiran
Membaca dikatakan kemahiran membaca memerlukan pencapaian beberapa tahap
psikomotor dan kemahiran bahasa seperti berikut:

 Deria pendengaran dan deria penglihatan dapat digunakan dengan baik.


 Dapat menggerakkan mata dalam koordinasi yang seimbang.
 Senang bergaul dan tingkah lakunya dapat dikawal
 Daya ingatannya kekal.
 Dapat bercakap dengan fasih dan petah serta dapat memahami bahasa yang
didengarkan.

Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan


Malaysia (1983), telah menyenaraikan 124 kemahiran membaca yang perlu dikuasai oleh
murid-murid. Kemahiran-kemahiran ini dibahagikan kepada tiga bahagian besar iaitu:

 Prabacaan atau Bacaan awal


 Bacaan Mekanis
 Bacaan dan Pemahaman

2
Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu

8.2. Konsep Membaca

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘membaca’? Terdapat pelbagai definisi tentang membaca.

 Atan Long (1978) menyatakan proses membaca melibatkan kebolehan mengenal


lambang-lambang dan menterjemah lambing-lambang itu semula kepada bunyi suara
dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu.

 Rahimah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) mendefiniskan membaca sebagai
menggabungkan beberapa kemahiran iaitu penglihatan yang diskriminatif (untuk
mengenal dan membezakan bentuk-bentuk huruf), kemahiran mengingat, mendengar
dan membezakan bunyi-bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut bunyi-bunyi yang
dilambangkan oleh huruf-huruf menggabungkan penyebutan bunyi-bunyi itu untuk
membentuk perkataan dan berkebolehan pula memindahkan lambing-lambang yang
dibacanya kepada sistem saraf pusat untuk menterjemah dan memahami apa yang
dibacanya.

 Bagi Zulkifley Hamid (1994) kemahiran membaca tidak akan dimiliki seseorang
pelajar melainkan setelah beliau mampu melakukan proses-proses; mengenali dan
membezakan fonem-fonem yang terdapat dalam sesuatu bahasa, menggabungkan
simbol-simbol fonem untuk membentuk perkataan dan memindahkan lambing-
lambang yang dibacanya itu kepada system saraf untuk diterjemahkan (kepada bunyi-
bunyi bahasa yang diwakili oleh simbol-simbol fonem) dan difahami apa yang dibaca.

3
Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu

 Pumfrey (1977) berpendapat membaca bukanlah hanya bersifat mekanikal iaitu


membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentang apa
yang dibaca, tetapi membaca mempunyai fungsi yang lebih jauh daripada itu.
Kemahiran membaca merupakan satu proses yang memerlukan seseorang itu
menterjemahkan lambang-lambang tulisan kepada lambang-lambang bunyi sera
memahami makna dan buah fikiran yang hendak disampaikan oleh seseorang penulis
itu.

Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar
sekali pun jika tidak memahami apa yang disuarakan maka murid-murid itu tidak boleh
dianggap sebagai pandai membaca (Kamarudin Haji Husin, 1988).

Oleh yang demikian dapatlah disimpulkan secara ringkasnya, sesorang yang boleh membaca
tetapi tidak memahami isi bacaan serta tidak mampu menterjemahkannya secara tepat dan
betul sama ada secara lisan mahupun bertulis bolehlah dikategorikan sebagai tidak pandai
membaca. Perkara ini amat penting kepada murid-murid kerana ini dapat membantu mereka
dalam pelajaran terutamanya apabila mereka menghadapi peperiksaan.

8.3. Tujuan Mengajar Kemahiran Membaca

Terlalu banyak tujuan mengajar kemahiran membaca. Hal ini bergantung kepada niat dan
keperluan individu berkenaan. Dalam konteks di sekolah, murid-murid membaca untuk
mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan tajuk dan kemahiran yang dipelajari, memahami
fakta tersebut dan paling utama fakta itu dapat dicurahkan di dalam kertas peperiksaan
supaya mendapat keputusan cemerlang. Murid-murid yang tidak celik huruf dan tidak mampu
mebaca menyebabkan hidup mereka tidak lengkap kerana membaca merupakan jalan utama
untuk mencapai kejayaan.

Secara ringkasnya tujuan utama kemahiran


membaca, supaya murid-murid dapat
mengenal dan membezakan setiap huruf dan
perkataan seterusnya dapat membaca serta
memahami pelbagai bahan bacaan yang
dikehendaki. Orang yang buta huruf akan
menghadapi pelbagai masalah lebih-lebih
lagi dalam menghadapi dunia tanpa
sempadan pada masa kini.

4
Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu

Antara tujuan mengajar murid membaca ialah:

a. Murid-murid boleh mengenali dan membezakan huruf-huruf, menyebut nama dan


membunyikan huruf.

b. Murid-murid boleh membaca sebutan, nada dan intonasi yang betul serta sesuai

c. Melatih murid membaca secara senyap dan memahami isi bahan yang dibaca itu
serta dapat menyatakan semula kandungan yang dibaca dengan betul.

d. Menggunakan bahasa yang betul dan tepat secara lisan mahupun bertulis.

e. Mempunyai ilmu pengetahuan yang luas tentang pelbagai perkara serta dapat
digunakan sama ada dalam peperiksaan, penulisan mahupun semasa berkomunikasi
dalam masyarakat.

f. Menanam sikap membaca sebagai satu budaya


masyarakat. Denagn cara ini dapat mengisi
masa lapang murid-murid dengan perkara yang
berfaedah.

g. Menambah pengetahuan dalam pelbagai


bidang ilmu selaras dengan kehendak zaman
pada masa kini.

h. Dapat menuturkan ayat yang gramatis, memahami maknanya dan meluaskan kosa
kata murid.

8.4 Kesediaan Membaca (Reading Readiness)

Kesediaan adalah faktor penting sebelum seseorang


kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Seorang
kanak-kanak tidak boleh terus berjalan sekiranya otot-otot
anggota kakinya cukup kuat untuk berdiri dan seterusnya
berjalan. Oleh itu bagi menyediakan kanak-kanak
berjalan, dia akan memulakan dengan merangkak, duduk,
bangun, berdiri, bertatih, dan barulah berjalan. Begitu
juga dengan membaca, seseorang kanak-kanak harus

5
Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu

mempunyai keadaan perkembangan yang diperlukan terlebih dahulu sebelum


kemahiran membaca diperkenalkan diajar kepadanya.

Kebolehan membaca (reading readiness) kanak-kanak wujud sekiranya kanak-kanak itu


memahami dan bertindak secara bersesuaian apabila melihat perkataan-perkataan yang
ditulis. Maksudnya kanak-kanak mesti berkeupayaan memahami konsep bahawa semua
“benda” mempunyai nama yang boleh ditulis dalam perkataan yang terdiri daripada simbol-
simbol perkataan yang boleh dibaca (Mechado, 1985).

Kanak-kanak boleh cepat membaca sekiranya mereka dilahirkan dalam persekitaran yang
mendedahkah mereka kepada tulisan sepertimana yang terdapat dalam buku, surat khabar,
iklan dan sebagainya.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca kanak-


kanak adalah seperti beikut

 Keadaan fizikal merujuk kepada keadaan mata, telinga,


organ pertuturan serta otak yang normal. Contohnya,
kanak-kanak yang mengalamai disleksia, menghadapi
kesukaran membaca.

 Persekitaran intelektual yang memberi pengalaman-


pengalaman bermakna akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat
membaca. Misalnya mendengar cerita, lawatan ke perpustakaan atau ke kedai buku,
ibu bapa yang kerap berbual dengan anak mereka adalah persekitran yan dapat
menrangsangkan pembacaan.

 Keadaan rumah tangga yang dan cara asuhan


akan mempengaruhi perkembangan emosi, motivasi,
dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan
oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca
kanak-kanak.

 Perkembangan kognitif kanak-kanak


mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak.
Kanak-kanak yang tidak menguasai kebolehan
kognitif pada umur yang ditetapkan tidak akan dapat menguasai kemahiran membaca
dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.

 Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang normal, iaitu


daya diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran. Semasa membaca
kanak-kanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi
huruf.

6
Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan juga guru untuk memastikan kanak-
kanak sudah mempunyai kesediaan membaca yang mencukupi sebelum mula mengajar
kemahiran membaca kepada kanak-kanak.

 Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kemahiran membaca’?


 Huraikan tujuan mengajar kemahiran membaca.
 Apakah yang difahamkan dengan ‘kesediaan membaca’?
 Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca.

8.5 Bacaan Awal

Banyak ibu bapa mahu anak-anaknya


pandai membaca sebelum mereka
menjejakkan kaki ke alam persekolahan.
Guru-guru pula mahu sekurang-kurangnya murid yang memasuki ke Tahun 1, sudah
mengenali huruf. Harapan ini terbeban di atas bahu murid itu. Tanpa kedua-dua pihak
menyedari bahawa adakah murid-murid mereka atau murid-murid Tahun 1 ini sudah bersedia
untuk mengenal huruf, membatang suku kata, menyebut perkataan dan seterusnya
membaca dengan lancer. Namun yang nyata, ada murid yang dapat membaca dengan cepat
dan ada yang lambat menguasai kemahiran ini.

Bacaan awal atau literasi awal (early literacy) merupakan kemampuan dan tahap kesediaan
seseorang kanak-kanak itu untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal.

Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2010) menetapkan


bahawa program bacaan awal hendaklah:

 Membantu kanak-kanak menguasai kemahiran melihat iaitu mengenal pasti bentuk-


bentuk yang sama dan berbeza.
 Memastikan kanak-kanak menguasai kemahiran mendengar iaitu mengenal pasti
bunyi-bunyi yang sama dan bunyi-bunyi yang berbeza.
 Membantu kanak-kanak supaya dapat mengena l dan menyebut semua huruf kecil
dan besar serta dapat membezakannya.

7
Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu

 Menguasai kemahiran menggabungkan bunyi huruf menjadi suku kata dan suku
kata menjadi kata yang bermakna.
 Boleh menyebut suku kata terbuka dan suku kata tertutup.
 Dapat memahirkan mereka mencerakinkan bentuk kata kepada suku kata dan
seterusnya huruf dan bunyi.

Siapa sahaja yang bersama kanak-kanak itu akan


menjadi ikutan atau menjadi idolanya. Mereka akan
melihat dan meniru tingkah laku dan perbuatan
idolanya. Sekiranya rakan dan teman berbual ini
sentiasa menunjukkan sikap positif yang dapat
merangsang minat membaca, kanak-kanak tersebut
akan berpotensi untuk pandai membaca sebelum
mereka masuk ke Tahun 1.

KANAK-KANAK BERPURA-PURA MEMBACA!

Misalnya mereka berpura-pura membaca buku menggunakan ayatnya sendiri, meminta ibu,
ayah atau adik beradiknya untuk membacakan buku yang diminati atau membacakan
terjemahan yang tertera di skrin televisyen dan gemar mendengar cerita. Dilihat dari sudut
fizikal pula, alat-alat sebutannya berupaya menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, matanya
dapat mengecam bentuk-bentuk serta boleh mengecam dan membezakan pelbagai bunyi yang
diperdengarkan.

Aktiviti bacaan awal memberi pelbagai faedah kepada kanak-kanak seperti berikut:

 Mereka dapat mencapai kemahiran dan memahami proses membaca dengan baik.
 Mereka dapat mengukuhkan kemahiran yang telah mereka capai dan membantu
mereka menjadi pembaca yang cekap dan berdikari.
 Proses pembacaan lebih mudah diterima dan mampu menguasai pelajaran lebih
baik.
 Supaya mereka tertarik pada bahan bacaan dan mahir membaca pada usia muda.

8
Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu

 Mereka lebih berkeyakinan untuk memulakan alam persekolahan dengan adanya


kemahiran asas iaitu membaca. Hal ini penting kerana ramai murid merasa
rendah diri sekiranya tidak kenal huruf apabila memasuki alam persekolahan.
 Memupuk minat dan keinginan mereka untuk membaca.
 Mereka dapat membaca dengan cepat dan lancar apabila mereka meneruskan
pelajaran ke peringkat seterusnya di sekolah.

Akhir kata, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pelbagai jenis bahan yang meransang
mereka keluar untuk melihat alam sekeliling dan pelbagai aktiviti berkaitan, membantu
mereka lebih bersedia untuk membaca cepat berbanding murid-murid yang sebaya
dengannya. Dengan ini, kanak-kanak akan dapat membaca lebih awal dan mudah
menyesuaikan diri apabila sampai ke Tahun 1 kelak.

 Jelaskan kepentingan program bacaan awal.


 Bagaimana faktor persekitaran boleh mempengaruhi bacaan awal
kanak-kanak?
 Huraikan kemahiran bacaan yang harus dikuasai oleh kanak-kanak
dalam program bacaan awal.

8.6 Kaedah Mengajar Kemahiran Membaca Awal

Sekiranya guru ingin menjadikan proses pengajaran membaca sebagai landasan menanamkan
tabiat gemar membaca, guru perlulah membaca secara lantang kepada anak-anak murid setiap
hari dengan sekurang-kurangnya satu tajuk bahan kesusasteraan. Aktiviti membaca lantang
(read aloud) bukan satu pengajaran pemahaman bacaan tetapi lebih kepada aktiviti atau sesi
tambahan untuk meningkatkan motivasi kanak-kanak terhadap pengajaran literasi.

Terdapat pelbagai teknik dan pendekatan yang boleh diaplikasikan untuk mengajar
kemahiran membaca. Guru digalakkan untuk memvariasikan teknik dan kaedah pengajaran
yang menarik agar dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Antara kaedah yang
menarik dalam mengajar kemahiran membaca ialah: (Lihat Rajah).

9
Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu

Kaedah Gabungan
Bunyi Kata

Kaedah mengajar
kemahiran Kaedah Abjad
membaca

Kaedah Pandang
dan Sebut

Rajah 7.5.1 Kaedah Mengajar Kemahiran Membaca

8.7 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) diperkenalkan oleh Isahak Haron (2006) sebagai
alternatif kepada kaedah abjad dan kaedah pandang dan sebut. Kaedah Gabungan Bunyi-Kata
(KGBK) bagi pengajaran awal Bahasa Melayu berbeza dengan ‘pendekatan fonik/abjad’ atau
‘seluruh perkataan’ dalam bahasa Inggeris. KGBK berasaskan kepada ciri-ciri istimewa yang
terdapat dalam Bahasa Melayu.

Kaedah ini mengambil kira sistem ejaan Bahasa Melayu yang sistematik dan
fonemik: maksudnya, setiap huruf mewakili satu bunyi, kecuali huruf e, dimana terdapat dua
bunyi.
 Misalnya, huruf a bunyinya ‘aa’, huruf b bunyinya ‘bh’, c bunyinya ‘ch’, d bunyinya
‘dh’, m bunyi ‘mm’ dan sebagainya.
 Hanya e mempunyai dua bunyi, iaitu e seperti dalam perkataan ‘emak’, ‘enam’ dan e
seperti dalam ‘ekor’ dan ‘elok’.

Suku kata Bahasa Melayu jelas, misalnya ‘ba tu’,‘ka ki’, ‘ma kan’, ‘ka kak’, ‘i tu’, ‘i tik’, ‘se
ko lah’, ‘jam ba tan’, ‘bu nga’, ‘ta nya’ ‘pe nyu’ ‘su ngai’ ‘pan tai’, kam pung’, ‘per ja la nan’
dan sebagainya.

10
Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu

Langkah-langkah asas dalam pengajaran membaca dan menulis KGBK.

Langkah 1: Perkenalkan bunyi vokal mudah seperti a, i, u, dan cara menulisnya

Langkah 2: Perkenalkan bunyi konsonan mudah seperti b dan cara menulisnya

Langkah 3: Bentuk suku kata terbuka (kv) darinya, supaya menjadi ba, bi, bu, dan cara
menulisnya.

Langkah 4: Bina perkataan dari suku kata (kv + kv), seperti ‘baba bibi bubu babu, ibu’

Langkah 5: Bina rangkai kata atau ayat, seperti ‘ibu abu, babu baba’

Langkah 6: Murid menulis menyalin apa yang mereka baca:

Huruf Suku kata Perkataan.

Ulang Langkah-Langkah di atas dengan huruf konsonan baru ‘c’.

1. Bina suku kata ca, ci, cu.


2. Bina perkataan ‘caca cucu cuci aci acu’
3. Guna suku kata pelajaran yang lalu ba bi bu, untuk membina lagi perkataan seperti
baca, bucu, cuba.
4. Bina frasa atau ayat seperti cucu, aci, ibu, cuci, ubi, dan sebagainya.
5. Murid salin apa yang dibaca

Bila kita gabungkan ‘bunyi’ dengan terus membentuk perkataan dan membacanya, kita sudah
mengguna apa yang dipanggil kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK),

Kanak-kanak diajar menggabungkan pengajaran ‘bunyi’ asas (fonem) beberapa huruf vokal
‘a i u’ dan bunyi satu atau dua huruf konsonan, misalnya bunyi ‘b’, untuk membentuk bunyi
suku kata ‘ba bi bu’, dan terus membaca perkataan mudah ‘baba, bibi, bubu, ubi, ibu abu’,
dan frasa seperti ‘bubu baba’, ‘ibu abu’ yang bermakna, dalam satu atau dua pelajaran saja.

Kaedah ini dinamakan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK), kerana dalam satu set
pengajaran-pembelajaran, ‘bunyi huruf dan suku kata terus digabung menjadi ‘perkataan’ dan
ayat. [Kita akan membincang kaedah ini dengan lebih mendalam dalam kursus lain]

8.8 Kaedah Abjad

Kaedah ini merupakan kaedah tertua sejak kerajaan Greek dan Rom yang digunakan unutk
mengajar bacaan kepada kanak-kanak. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah huruf dan
mengeja. Mengikut kaedah ini, kanak-kanak perlu menguasai huruf-huruf terlebih dahulu

11
Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu

iaitu mengenal, menyebut dan menghafal huruf ‘a’ hingga ‘z’ mengikut susunannya.
Kemudian diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan. Dalam kaedah abjad terdapat
beberapa peringkat untuk menguasai kemahiran membaca.

Langkah-Langkah:

1. Menyebut Nama Huruf Abjad A hingga Z

Abjad diperkenalkan dengan nama semua huruf yang terdapat


dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua
huruf yang diperkenalkan itu. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib
(2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu
sebelum huruf kecil diajarkan. Sebaliknya, menurut Raminah Haji
Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil
dan huruf besar didedahkan serentak. Pelbagai strategi dan
pendekatan boleh digunakan bertujuan mengenalkan murid-murid
dengan abjad dalam fonem bahasa Melayu. Kreativiti guru akan
mempengaruhi pencapaian murid-murid dalam menyebut abjad
tersebut. Kepelbagaian teknik pengajaran akan menjadikan
pengajaran dan pembelajaran lebih beerti dan murid-murid akan
merasa lebih gembira ketika belajar.

Kaedah pemeringkatan ini dimulakan dengan mengenal nama huruf vokal terlebih dahulu,
diikuti dengan konsonan. Kemudian, mereka akan diperkenalkan dengan huruf besar setelah
menguasai keseluruhan abjad dalam huruf kecil.

Kaedah ini dimulakan dengan huruf besar setelah menguasai keseluruhan abjad dalam huruf
kecil.
 Vokal (a,e,i,o,u)
 a,b,c......x,y,z (huruf kecil), diikuti A,B,C, ..... X,Y,Z (huruf besar)
 Konsonan (selain huruf vokal)

2. Menyebut Suku Kata V dan KV

Setelah mengenal dan menyebut abjad a hingga z,


murid-murid dibimbing pula menyebut suku kata. Suku
kata paling mudah adalah suku kata tertutup satu abjad
vocal seperti contoh berikut:

12
Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu

/a/ untuk a + yam = ayam)


/e/ untuk e + mak = emak)
/i/ untuk i + kan = ikan
/u/ untuk u + dang = udang

Murid dilatih tubi membaca suku kata itu.Seterusnya membunyikan huruf konsonan + vocal.
Kepelbagaian dan kecanggihan alatan audio visual kini boleh dipersembahkan dalam tajuk
ini. Pemilihan pendekatan dan mempelbagaikan bahan akan membuatkan pengajaran lebih
bererti.

2. Menyebut Perkataan
Daripada suku kata itu dibentuk perkataan seperti baba, baca, bola, buku, dada, dan cucu.
Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut
nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu. Misalnya untuk
perkataan “buku”, mula-mula disebut nama huruf bi dan yu diikuti penyebutan bunyi suku
kata “bu”; kemudian disebut nama huruf ke dan yu dikuti penyebutan bunyi suku kata “ku”,
dan akhir disebut perkataan “buku”.
[Kita akan membincang kaedah ini dengan lebih mendalam dalam kursus lain]

8.9 Kaedah Pandang dan Sebut

Penggunaan kaedah pandang dan sebut (look dan say) dalam


pengajaran bermula pada tahun 1970-an. Kaedah pandang dan
sebut merupakan kaedah pengajaran yang memerlukan murid-
murid menyebut perkataan yang disebut guru terlebih dahulu
setelah diperlihatkan gambar atau perkataan tersebut. Kaedah
ini juga dinamakan ‘kaedah seluruh perkataan’ (whole word
method) kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan
perkataan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah ini
dinamakan pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah
memandang gambar atau perkataan dahulu dan diikuti oleh
aktiviti menyebut.

Menurut Juriah Long (1994) perkataan diperkenalkan kepada murid-murid dengan


menggunakan kad imbasan perkataan. Semasa kad diimbas, murid-murid menyebut
perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada
bahan bantu belajar dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan. Terdapat
beberapa peringkat dalam mengajar kemahiran membaca. Antaranya ialah menyebut
perkataan dan mencerakinkan perkataan menjadi suku kata.

13
Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu

Langkah-Langkah:

1. Menyebut Perkataan

 Pengajaran menggunakan kaedah pandang dan sebut ini, sesuatu perkataan akan
dipaparkan oleh guru kepada murid-murid denan menggunakan kad imbasan. Dewasa
ini guru menggunakan kad imbasan yang menarik dan sangat berkesan untuk menarik
perhatian murid-murid

 Guru melaksanakan kaedah ini dengan menyebut perkataan tertera pada kad imbasan
dan murid-murid akan mengikut menyebutnya secara beramai-ramai atau
berkumpulan. Dalam kaedah ini, murid-murid diperkenalkan dengan bentuk dan
lambang perkataan itu dahulu sebagaimana bayi yang baru lahir mengenal sesuatu
benda melalui bentuk dan namanya.

 Semasa kad perkataan itu dipaparkan kepada murid-murid, mereka diajar menyebut
dan membacanya. Misalnya guru menunjukkan kad perkataan buku, ibu, nenek,
rambutan, meja, baju terlebih dahulu. Kemudian murid-murid disuruh menyebut
perkataan-perkataan yang guru tunjukkan itu.

2. Mencerakinkan Perkataan menjadi Suku Kata

 Setelah murid-murid mampu menyebut perkataan-perkataan yang guru tunjukkan,


guru boleh mencerakinkan perkataan itu menjadi suku kata agar murid-murid lebih
mudah memahami. Pada awal pengajaran mereka diperkenalkan dengan perkataan
‘baju;. Murid-murid telah mampu menyebut perkataan baju dan memahami maksud
baju. Oleh itu, guru boleh mencerakinkan perkataan baju itu menjadi suku kata pula.
Begitu juga dengan perkataan-perkataan yang lain.

Contoh:
 baju = ba+ ju
 guru= gu + ru
 kawan= ka + wan
 cawan = ca + wan

[Kita akan membincang kaedah ini dengan lebih mendalam dalam kursus lain]

14
Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu

a) Jelaskan ciri-ciri utama kaedah gabungan bunyi kata.


b) Bandingkan kaedah abjad dengan kaedah pandang dan sebut.
c) Pada pendapat, mengapakah kaedah abjad paling luas digunakan untuk
mengajar bacaan kepada kanak-kanak?

8.10 Kefahaman Membaca

Marohaini Yusoff dalam bukunya Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman (1999)
mengatakan bahawa “bacaan ialah kefahaman”. Menurutnya, kefahaman ialah “keupayaan
menubuh, mentafsirkan, dan menilai sesuatu berkaitan dengan perkara atau apa-apa yang
dibaca”. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mentakrifkan kefahaman sebagai keupayaan
atau kemampuan memahami akan sesuatu yang dipelajari atau yang dibaca. Kefahaman
merupakan satu proses mendapatkan makna daripada komunikasi sama ada melalui lisan,
tulisan atau penggunaan simbol-s i m b o l t e r t e n t u . Tujuan pembacaan adalah untuk
memahami apa-apa yang dibaca. Tanpa pemahaman, pembacaan itu menjadi sia-sia.
Begitulah eratnya hubungan bacaan dengan kefahaman. K e f a h a m a n m e l i b a t k a n
p r o s e s m e n t a l y a n g k o m p l e k s s e p e r t i pengecaman perkataan, pemilihan makna
yang sesuai, penubuhan generalisasi dan juga penilaian. Kefahaman bacaan boleh
dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kefahaman literal, kefahaman inferen dan kefahaman
kritis (lihat Rajah dibawah).

Kefahaman LITERAL

KEFAHAMAN Kefahaman INFEREN


MEMBACA

Kefahaman KRITIS

15
Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu

KEFAHAMAN LITERAL

Tahap terendah ialah literal. Dari segi bahasa, literal bermaksud berasaskan makna sebenar
atau makna biasa kata-kata yang digunakan; tegasnya bukan makna kiasan atau makna yang
tersirat. Tahap ini hanya memerlukan proses pemikiran biasa. Pembaca hanya perlu
mengingat dan menyatakan apa-apa yang terdapat dalam teks atau tersurat dalam teks.
Antara kemahiran literal ialah:

 Memahami makna perkataan,


 Makna ayat
 Menyatakan perkataan seerti perkataan berlawan bagi sesuatu perkataan yang terdapat
dalam teks.
 Memahami penggunaan tanda baca
 Mengecam dan mengingat isi teks.
 Menyatakan idea utama
 Mengesan urutuan idea

Sebagai contoh, jawapan terhadap soalan-soalan yang berikut hanya memerlukan proses
pemikiran literal yangt mudah:

1. Apakah peristiwa yang berlaku pada petang itu?


2. Di manakah peristiwa itu berlaku?
3. Pukul berapakah peristiwa itu berlaku?
4. Siapakah yang terlibat dalam peristiwa itu?
5. Berapakah jumlah kenderaan yang terlibat dalam peristiwa itu?

Tahap literal termasuk ialah mengungkapkan kandungan bacaan dengan kata-kata lain tanpa
mengubah makna atau maksud asalnya.

KEMAHIRAN INFERENS

Tahap yang kedua ialah inferens yang


merupakan proses pemikiran yang
lebih kompleks. Pembaca perlu menggunakan maklumat literal dan pengetahuan sedia ada
untuk memahamai apa yang tersirat dalam teks. Antara kemahiran pemahaman inferens
yang terlibat ialah:

 Mengesan idea tersirat (Apakah yang dimaksudkan oleh penulis............?)


 Menyatakan sebab akibat
 Mengesan tujuan penulis
 Membuat analogi
 Membuat ramalan atau jangkaan (Apakah mungkin terjadi ..................?)
 Membanding perbezaaan & perbandingan (Apakah persamaan dan perbezaan di
antara ............?)

16
Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu

 Membuat kesimpulan (Apakah anda dapat rumuskan .............?)


 Membuat jangkaan
 Memahami dan menghuraikan bahasa kiasan, peribahasa & metaforma (Apakah
dimaksud dengan pepatah.....?)

KEFAHAMAN KRITIS

Tahap kefahaman yang ketiga ialah kritis. Tahap ini memerlukan proses pemikiran yang
lebih kompleks jika dibandingkan dengan tahap inferen. Pembaca perlu menggunakan
kemahiran literal dan inferen untuk melakukan pertimbangan yang kritis tentang apa
dinyatakan dalam sesuatu penulisan. Contohnya, untuk menerima atau menolak pandangan
penulis. Antara kemahiran pemahaman yang terlibat ialah:

 Menilai sama ada sesuatu peristiwa, watak, atau isu merupakan realiti atau fantasi
 Menentukan sama ada sesuatu penyataan ialah fakta atau pendapat
 Memastikan sama ada sesuatu penyataan ialah propaganda atau kebenaran
 Menilai kewajaran
 Menilai ketepatan
 Menentukan kecendurangan dan gaya bahasa penulis
 Menentukan tujuan penulis

Demikianlah perbincangan ringkas tentang tahap kefahaman bacaan. Perbincangan ini


diharap dapat memperkaya pengetahuan kita tentang bacaan dan diharap juga dapat
dimanfaatkan dalam usaha kita memandaikan murid melalui pembacaan.

a) Nyatakan tiga tahap atau kategori kefahaman.


b) Jelaskan perbezaan di antara ketiga-tiga kategori atau tahap kefahaman
yang disenaraikan.

17
Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu

 Proses membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah


lambing-lambang itu semula kepada bunyi suara dan memahami makna atau
tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu.

 Kemahiran membaca merupakan satu proses yang memerlukan seseorang itu


menterjemahkan lambang-lambang tulisan kepada lambang-lambang bunyi sera
memahami makna dan buah fikiran yang hendak disampaikan oleh seseorang penulis
itu.

 Tujuan utama kemahiran membaca adalah supaya murid-murid dapat mengenal dan
membezakan setiap huruf dan perkataan seterusnya dapat membaca serta memahami
pelbagai bahan bacaan yang dikehendaki.

 Mengikut kaedah abjad kanak-kanak perlu menguasai huruf-huruf terlebih dahulu


iaitu mengenal, menyebut dan menghafal huruf ‘a’ hinnga ‘z’ mengikut susunannya.
Kemudian diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan.

 Kaedah pandangdan sebut merupakan kaedah pengajaran yang memerlukan murid-


murid menyebut perkataan yang disebut guru terlebih dahulu setelah diperlihatkan
gambar atau perkataan tersebut.

 Kaedah ini juga dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan
dengan memperkenalkan perkataan bukannya huruf atau suku kata.

 Kaedah ini dinamakan pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang
gambar atau perkataan dahulu dan diikuti oleh aktiviti menyebut.

 Kaedah Gabunagn Bunyi Kata mengambil kira sistem ejaan Bahasa Melayu yang
sistematik dan fonemik.

 Kefahaman ialah keupayaan menubuh, mentafsirkan, dan menilai sesuatu berkaitan


dengan perkara atau apa-apa yang dibaca.

 Pembaca perlu menggunakan kemahiran literal dan inferen untuk melakukan


pertimbangan yang kritis tentang apa dinyatakan dalam sesuatu penulisan.

18
Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu

 Husin Fateh Din (2013). Literasi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Penerbitan
Multimedia.

 Tuan Jah Tuan Yusof (2013). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Kuala Lumpur. Penerbitan Multimedia.

 Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur. Oxford Fajar.

 Juriah Long et al(1994). Perkaedahan Bahasa Melayu(Edisi Ke-4). Kuala


Lumpur:Fajar Bakti Sdn. Bhd

 Kamarudin Hj. Husin (1998). Pedagogi Bahasa Melayu(edisi ke-8).


Selangor:Longman Malaysia Sdn. Bhd.

 Marohaini Yusoff (1999). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

 Syed Abu Bakar Syed Akil (1994). Panduan mengajar kemahiran membaca. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka

19

Anda mungkin juga menyukai