Anda di halaman 1dari 29

UNIT 2

KEMAHIRAN MEMBACA

Sinopsis

Unit ini disusun untuk membolehkan pelajar mengaplikasikan strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca yang berkesan. Strategi pengajaran kemahiran memabca perlu dirancang agar pengajaran guru akan mencapai matlamat. Penguasaan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran kemahiran membaca akan membantu guru dalam perancangan pengajaran. Kandungan unit ini akan merangkumi konsep membaca, tujuan membaca, proses membaca, jenis-jenis bacaan, kaedah pengajaran pembelajaran kemahiran membaca, pendekatan, teknik, dan peringkat kemahiran membaca.

Hasil Pembelajaran Pada akhir unit ini anda seharusnya dapat: 1. mengenal pasti kaedah, pendekatan, dan teknik yang sesuai untuk pengajaran pembelajaran membaca; 2. memilih strategi yang berkesan untuk pengajaran pembelajaran kemahiran membaca; dan 3. mengaplikasikan strategi pengajaran pembelajaran kemahiran membaca

1-1

TAJUK 2.1

KONSEP MEMBACA

Konsep Membaca Apakah yang anda tahu tentang kemahiran membaca? Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran membaca? Bagaimanakah proses membaca berlaku? Sebenarnya pelbagai pandangan dan tanggapan diberikan oleh pelbagai pihak terutamanya para pengkaji bahasa dan guru tentang kemahiran atau kebolehan membaca. Ada pendapat mengatakan bahawa membaca adalah semata-mata memindahkan tulisan kepada suara. Seseorang murid yang boleh menyuarakan tulisan dengan lancar dianggap pandai membaca walaupun dia tidak memahami isi kandungan bahan yang dibacanya. Kalau inilah pandangan guru terhadap kemahiran membaca, beliau akan menumpukan pengajarannya kepada aspek sebutan dan nada suara yang betul sahaja . Bagi guru yang berpandangan bahawa membaca sebagai proses memahami maksud teks, akan memfokus pengajarannya kepada peringkat literal, iaitu mengingat-mengecammenterjemah. Tidak kurang juga guru beranggapan bahawa membaca sebagai proses pemikiran dan untuk itu mereka menyediakan soalan-soalan pemahaman aras tinggi. Pelbagai pengertian membaca diberikan oleh penyelidik dan pakar dalam bidang bacaan. Antaranya; Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak dan bertulis. Kenedy (1981) mentafsirkan proses membaca sebagai keupayaan seseorang itu untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan) kemudian menghubungkannya dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berdasarkan pengalaman lalu memahami dan mentafsirkan maksudnya. Smith dan Johnson (1980) menganggap bahawa proses membaca adalah proses komunikasi kerana dalam proses membaca berlaku pertukaran idea antara penulis dengan pembaca. Sesorang itu dianggap tidak mempunyai
1-2

kemahiran membaca sekiranya dia gagal medapatkan mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya. Durkin (1980) mengatakan bahawa seseorang itu tidak dianggap melakukan proses membaca sekiranya dia tidak memahaminya. Yang penting bukannya menyebut perkataan-perkataan dengan betul dan lancar tetapi tahu makna perkataan-perkataan yang dibacanya. Sebagai kesimpulannya, proses membaca dapat dirumuskan seperti yang berikut; 1. Perlakuan membaca merupakan perlakuan yang kompleks. Dua komponen penting dalam kemahiran membaca ialah kemahiran mengenal / mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa-apa yang dibaca. 2. Hasil pembacaan ialah pemahaman selain daripada pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan. 3. Dalam proses membaca seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa-apa yang dibacanya dan dapat mewujudkan hubungan pembaca-penulis. 4. Pengalaman lampau, tujuan dan jangkaan bacaan diperlukan untuk memahami mesej yang ingin disampaikan oleh penulis.

Membuat Rujukan Sila baca buku-buku pedagogi bahasa untuk memahami konsep kemahiran membaca. Catatkan pandangan-pandangan lain tentang kemahiran membaca

1-3

TAJUK 2.2

TUJUAN PENGAJARAN MEMBACA

Sebagai seorang guru, anda tentu pernah mengajar murid-murid anda kemahiran membaca. Apakah tujuan anda mengajarkan kemahiran membaca? Kemahiran membaca dan memaham diajarkan kepada murid-murid supaya mereka dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Dengan kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis. Seseorang guru perlu faham tujuan pengajaran kemahiran membaca. Antaranya; 1. Membolehkan murid-murid mengenal huruf-huruf menyebut nama dan bunyi huruf serta boleh menyebut perkataan-perkataan yang dibentuk jalinan huruf-huruf dengan betul 2. Melatih murid-murid membaca dengan sebutan, nada dan gaya yang betul 3. Melatih murid-murid membaca senyap dan pantas serta dapat memahami isi kandungan bacaan 4. Melatih murid-murid memetik isi-isi bahan bacaan dengan cepat dan tepat serta menyatakannya semula kepada orang lain dengan menggunakan ayat yang betul dan mudah difahami. 5. Membina kebiasaan menuturkan ayat-ayat yang gramatis sebagaimana dalam bahan bacaan 6. Menanam minat membaca di kalangan kanak-kanak 7. Meluaskan perbendaharaan kata, mengenal pasti perbezaan-perbezaan maknanya dalam konteks yang berbeza 8. Menanamkan kemahiran mentafsir makna perkataan dan ayat dengan cepat, jelas dan tepat 9. Membina kemahiran menilai, mengulas, mengkritik bahan bacaan 10. Menambah ilmu pengetahuan 11. Membetulkan tanggapan yang salah 12. Membina sikap yang positif dan berfikiran terbuka 13. Menyelesaikan masalah-masalah sendiri dan masyarakat
1-4

daripada

14. Mengenali aspirasi masyarakat 15. Membentuk kehidupan yang baik 16. Mengenali dan menghayati keindahan dan kesenian bahasa 17. Membina minat membaca sebagai hiburan

Seseorang pembaca yang berkesan perlu mempunyai tujuan membaca sesuatu teks bacaan. Walau apapun tujuan membaca, dapat dirangkumkan kepada dua; 1. Tujuan serta-merta 2. Tujuan lanjut Tujuan Serta-merta Tujuan serta-merta bermaksud menguasai kemahiran membaca (mekanis) dengan cepat serta dapat memahami bahan yang dibaca tanpa bergantung kepada pertolongan / bantuan guru. Antara subtujuan serta-merta ialah; Membolehkan kanak-kanak membaca dengan sebutan, intonasi dan nada yang betul, Membolehkan kanak-kanak membaca senyap Mewujudkan minat membaca untuk menuntut ilmu atau hiburan

Tujuan Lanjut Kemahiran membaca akan digunakan dalam kehidupan. Melalui pembacaan seseorang itu dapat membetulan fahaman-fahamn yang salah, menggunakan fikiran orang lain untuk kesejahteraan diri, merapatkan diri dengan orang lain dan menggunakan idea penulis untuk melahirkan fikiran secara teratur.

1-5

TAJUK 2.3

PROSES MEMBACA

Membaca ialah suatu proses yang kompleks dan proses membaca berlaku tanpa dapat dilihat. Membaca juga merupakan proses komunikasi kerana penulis berkomunikasi dengan pembaca melalui tulisannya. Di samping itu membaca juga proses pancaindera kerana pembaca menggunakan pancaindera lihat dan mendiskriminasi setiap lambang yang digunakan. Walau bagaimanapun sesuatu proses membaca biasanya melalui susun tugas yang perlu dilakukan oleh seseorang pembaca. Setiap pembaca melalui proses berikut; a. Mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat. Seseorang pembaca perlu melihat / merasa, mengamati dan mengenali lambang-lambang grafik (huruf / gambar rajah dan sebagainya), b. Mengaitkan lambang atau perkataan itu dengan bunyi atau makna. Setiap lambang atau perkataan yang dibaca memberi makna, c. Menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa-apa yang telah sedia ada di fikirannya. Seseorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang yang dibaca akan lebih mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh pengarang, d. Mengumpul dan mencantum idea dari perkataan dan ayat hingga menjadi sebuah idea yang lengkap. Biasanya mesej yang disampaikan oleh pengarang akan memberi pemahaman oleh pembaca, e. Menghuraikan atau menjelaskan idea yang didapati kepada diri sendiri atau pihak kedua. Untuk lebih mengingati sesuatu mesej yang diperolehi dari bahan bacaan, sesorang pembaca itu boleh menyampaikannya kepada orang lain (mengajar pihak lain).

1-6

TAJUK 2.4

JENIS-JENIS BACAAN

Jenis Bacaan

Jenis Bacaan

Keterangan

Cadangan P & P Beri sesuai Buat sukar Tunjuk cara contoh bacaan yang betul Murid membaca dan guru memantau bacaan murid latih tubi baca petikan teks yang

Bacaan mekanis (bersuara)

Bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu.

perkataan/rangkai kata yang dan

Membaca

dengan

gaya

intonasi yang betul.

Bacaan mentalis / akliah (kefahaman)

Bacaan dalam hati tanpa suara Dijalankan selepas pelajar

Baca petikan secara senyap untuk mengesan maksud

menguasai bacaan bersuara Membaca untuk memahami

Bersoal jawab tentang isi petikan

maklumat/ idea/ buah fikiran

Aktitivi

pengukuhan semua

isi

meceritakan

petikan yang dibaca Bacaan intensif (mendalam) Dilaksanakan memperkembang meneliti, dengan memahami, tujuan kebolehan dan Pelajar membaca petikan yang sesuai dengan tajuk tugasan Pelajar merujuk kamus dan buku bahasa yang berkaitan tajuk meneliti Guru beri pelbagai soalan
1-7

mentafsirkan perkara yang dibaca Bacaan yang memfokuskan

kepada ciri-ciri tatabahasa Bacaan yang

Jenis Bacaan

Keterangan pembentukan yang berlainan dan penggunaan

Cadangan P & P sebagai latihan

bahasa dalam konteks dan situasi

Bacaan ekstensif (meluas)

Bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah

Mengkaji petikan

kandungan

Bacaan

yang

menikberatkan asas bacaan, kepantasan

Menyediakan soalan-soalan berdasarkan bahan dikaji Bacaan tersebut pantas bahan

pengukuhan dan

menambah kemahiran pemahaman meningkatkan membaca Bacaan yang membolehkan pelajar mencari isi-isi penting.

Buat semakan

kesimpulan

dan

TAJUK 2.5

KAEDAH PENGAJARAN MEMBACA

Apakah kaedah pengajaran membaca yang pernah anda gunakan dalam pengajaran pembelajaran membaca? Mungkin ada pernah mencuba pelbagai kaedah. Mari kita belajar kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran bacaan. Pelbagai kaedah diperkenalkan oleh pakar-pakar dalam bidang kemahiran membaca. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kekurangan tertentu. Antara kaedah pengajaran membaca ialah; 2.5.1 Kaedah Abjad

1-8

Kaedah ini telah lama diamalkan oleh guru-guru bahasa. Kaedah ini juga dikenali dengan nama kaedah huruf atau mengeja. Mengikut kaedah ini murid-murid diperkenalkan dengan semua huruf-huruf dalam sistem ejaan iaitu dari huruf /a/ hingga /z/ (huruf kecil dan huruf besar). Murid-murid dikehendaki mengenal bentukbentuk huruf dan namanya. Kemudiannya mereka akan diperkenalkan dengan huruf vokal (a,e,i,o,u) dan huruf konsonan. Huruf-huruf konsonan digabungkan dengan huruf vokal untuk membentuk suku kata. Daripada suku kata itu, dibentuk pula perkataan.

Contoh:

Suku kata (gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal) Ba, bi, bu, bo, be Da, de, di, do, du Ra, re, ri, ro, ru Ka, ke, ki, ku, ko

Perkataan-perkataan yang boleh dicipta daripada suku kata tersebut Buku, biru, dari, duri, bubu, Ribu, daki, kaki, baku

Sesuatu perkataan dieja mengikut nama huruf dan kemudian disebut perkataannya dengan cara; Mengeja Suku kata. Murid-murid menyebut huruf bagi suku kata pertama (b,u) dan diikuti dengan bunyi suku kata pertama bu. Kemudian murid-murid menyebut huruf bagi suku kata kedua (k,u) dan diikuti dengan bunyi suku kata kedua ku. Lepas itu barulah kedua-dua suku kata di gabungkan menjadi perkataan buku. Proses ini diulang-ulang dengan huruf-huruf lain pula.

Suku kata

Bunyi

Suku kata Bunyi suku

Bunyi
1-9

pertama b, u b, a

suku kata pertama bu ba

kedua k, u r, u

kata kedua ku ru

Perkataan buku baru

Mengeja seluruh perkataan. Murid menyebut huruf-huruf untuk mengeja perkataan batu iaitu (b,a,t,u). Kemudian diikuti dengan membunyikan perkataan batu

Huruf B, a, t, u R, i, b, u

Bunyi batu ribu

Kaedah abjad ada kekuatan dan kekurangannya. Kekuatannya ialah muridmurid dapat membaca apa sahaja bahan terutamanya perkataan yang baru dijumpainya kerana dia sudah kenal semua huruf dan dapat mengeja semua perkataan. Di samping itu kaedah ini sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu yang mengeja perkataan mengikut bunyi. Cara mengeja suku katanya tetap. Kaedah ini juga memberi asas yang kukuh dalam membaca. Walau bagaimanapun kaedah ini ada kekurangannya, iaitu murid-murid terpaksa menghafal huruf-huruf yang agak abstrak kepada kebanyakan kanak-kanak yang belum pernah didedahkan kepada huruf. Penghafalan huruf-huruf yang abstrak ini agak bercanggah dengan prinsip pendidikan, iaitu sepatutnya murid-murid mempelajari sesuatu yang konkrit terlebih dahulu. Selain itu dengan menggunakan kaedah ini murid-murid terlalu bergantung kepada proses mengeja. Murid-murid terbawa-bawa dengan tabiat mengeja. Ini menyebabkan mereka tidak lancar atau tersangkut-sangkut semasa membaca.

2.5.2 Kaedah Fonik / Bunyi Kaedah fonik hampir sama dengan kaedah abjad. Yang membeza kedua-dua kaedah ini ialah mengikut kaedah fonik / bunyi, huruf-huruf diperkenal melalui bunyi huruf, bukannya nama huruf seperti kaedah huruf.
1-10

Contohnya: huruf /b/ dibunyikan [bh], huruf /c/ dibunyikan [ch], huruf /d/ dibunyikan [dh] dan seterusnya. Bagi mengeja [batu] ialah [bh] [ah] = ba [th] [uh] = tu Membatangnya (bunyinya perkataan) = batu Kekuatan kaedah ini ialah murid-murid mudah membunyikan suku kata atau perkataan yang dieja sebab bunyi huruf diberi penekanan. Kekurangannya ialah apabila murid-murid berhadapan dengan bunyi yang diwakili oleh dua lambang seperti ng, ny, kh, gh dan sy. Selain itu bunyi-bunyi huruf terlalu abstrak bagi kanak-kanak.

2.5.3 Kaedah Suku Kata Kaedah ini menekankan bunyi suku kata. Murid-murid didedahkan dengan beberapa huruf konsonan dan vokal. Huruf konsonan dan vokal digabungkan untuk menghasilkan bunyi suku kata. Suku kata yang perlu diperkenalkan terlebih dahulu ialah suku kata terbuka dan diikuti dengan suku kata tertutup. Murid-murid bermain dengan suku kata iaitu mencipta seberapa banyak perkataan dengan menggunakan suku kata yang dibentuk. Boleh juga dijalankan aktiviti kuiz mencipta perkataan daripada suku kata awal yang sama. Contohnya: suku kata awal [ma] [ma] - makan masak masam manis
1-11

2.5.4 Kaedah Pandang Sebut Kaedah pandang sebut juga dikenali dengan kaedah seluruh perkataan. Mengikut kaedah ini, pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad satu persatu tetapi murid-murid terus diperkenalkan dengan seluruh perkataan dan disertai dengan gambar. Contohnya: a) Murid ditunjukkan gambar ayam. Murid-murid diminta menyebut perkataan ayam. b) Kemudian mereka ditunjukkan kad perkataan ayam dan digandingkan dengan gambar ayam. Mereka diminta menyebut ayam. Kedua-dua objek (gambar ayam dengan kad perkataan ayam) membawa bunyi yang sama, iaitu ayam. c) Lepas itu mereka ditunjukkan kad perkataan ayam sahaja tanpa gambar ayam, dan minta mereka menyebut ayam. d) Setelah murid dapat menyebut perkataan ayam, barulah diperkenalkan huruf-huruf atau abjad yang membentuk perkataan ayam. e) Cara ini diteruskan dengan perkataan lain.

Contohnya:

1-12

Gambar ayam

ayam

Kad perkataan ayam

Mengikut kaedah ini, pada permulaannya murid-murid cuba mengenali lambanglambang (abjad) secara keseluruhan, iaitu lambang-lambang yang membentuk sesuatu perkataan. Untuk boleh membaca suatu ayat yang pendek mereka perlu mengenali banyak lambang. Kekuatan kaedah ini ialah murid-murid tidak dikehendaki menghafal nama-mana huruf yang abstrak. Mereka didedahkan dengan bahan yang konkrit atau bermakna. Mereka memahami apa-apa yang dibaca oleh mereka. Walau bagaimanapun kaedah ini ada kekurangannya, iaitu kemahiran mengenal huruf yang membentuk perkataan tidak muncul dengan cepat. Murid-murid agak lambat mengenali huruf-huruf. Muridmurid membaca bukan berdasarkan lambang-lambang yang membentuk huruf tetapi berdasarkan gambar. Mereka sebenarnya menyebut nama gambar, bukannya membaca apa-apa yang ditulis. Kadang-kadang mereka keliru dengan gambar yang kurang jelas. Sebagai contoh; gambar di atas boleh dibunyikan sebagai bapa ayam, haiwan, burung bukannya ayam. Kaedah ini lebih sesuai untuk bahasa yang mengamalkan sistem ejaan yang bersifat logografik (sesuatu benda, idea, atau konsep dilambangkan oleh satu lambang yang khusus) seperti sistem tulisan Cina, sedangkan sistem ejaan bahasa Melayu lebih bersifat fonemik (satu bunyi diwakili oleh satu lambang).

2.5.5 Kaedah Ayat Kaedah ayat untuk mengajarkan kemahiran membaca adalah menggunakan pendekatan cerakinan. Sebelum murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf,
1-13

mereka akan didedahkan dengan suatu ayat yang dipetik daripada suatu cerita. Ayat tersebut ditunjukkan kepada murid-murid dan meminta membaca ayat tersebut dengan cara mengikut bacaan guru. Kemudian, fokus kepada satu perkataan yang membentuk ayat tersebut. Daripada perkataan tersebut, fokus pula kepada huruf-huruf yang membentuknya. Huruf-huruf tersebut diperkenalkan kepada murid-murid. Bagi huruf-huruf yang pertama kali diperkenalkan, diulang-ulang penggunaannya dalam perkataan lain untuk pengukuhan. Cara ini diteruskan bagi memperkenalkan hurufhuruf lain seterusnya. Contohnya: a) Guru menceritakan cerita Anjing dengan bayang-bayang. b) Daripada cerita tersebut, guru mengeluarkan (fokus) satu ayat: Anjing menggonggong tulang. Ulaskan sedikit tentang maksud ayat tersebut. c) Daripada ayat tersebut, guru pilih satu perkataan: anjing. Berbual tentang anjing dengan murid-murid. d) Guru menayangkan kad perkataan anjing. Daripada perkataan tersebut diperkenalkan huruf-huruf yang membentuk perkataan anjing iaitu: a, n, j, i, dan g e) Huruf-huruf tersebut boleh digunakan untuk mengeja perkataanperkataan lain. Contohnya: gaji, ninja, gigi, dan sebagainya.

Kaedah ayat mempunyai kekuatannya iaitu, murid-murid diperkenalkan huruf-huruf untuk membaca setelah mereka faham ayat yang digunakan. Murid-murid tahu dari mana datangnya huruf a, n, j, i, dan g. Jadi, huruf bukanlah sesuatu yang begitu abstrak bagi kanak-kanak. Walau bagaimanapun kaedah ini juga ada kekurangannya. Kekurangannya hampir sama dengan kekurangan kaedah perkataan, kerana kanakkanak lambat diperkenalkan dengan semua huruf. Mereka tidak dapat membaca perkataan baru yang menggunakan huruf-huruf yang belum dipelajari.

1-14

Latihan / Tugasan

Pilih satu kaedah mengajar membaca. Kaji kekurangan kaedah tersebut. Cadangkan cara-cara bagaimana anda dapat mengatasi kekurangannya agar kaedah tersebut lebih berkesan.

TAJUK 2.6

PENDEKATAN PENGAJARAN MEMBACA

2.6.1 Pendekatan Cerakinan

Pendekatan cerakinan (analisis) adalah pendekatan pengajaran yang mendahulukan unsur-unsur yang besar, kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang membentuk struktur yang besar itu. Pengajaran kemahiran membaca mengikut pendekatan ini dimulakan dengan cerita atau ayat. Kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan, dan daripada perkataan dicerakinkan kepada suku kata dan seterusnya kepada huruf. Dengan ini murid-murid dapat mengaitkan hurufhuruf yang tiada makna (abstrak) dengan cerita / ayat yang bermakna. Jadi, muridmurid mempelajari sesuatu yang bermakna dan menarik.

2.6.2 Pendekatan Binaan


1-15

Pendekatan binaan juga dikenali dengan pendekatan sintesis. Mengikut pendekatan ini pengajaran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan unsur-unsur yang lebih besar. Unsur-unsur yang kecil akan membentuk unsur yang lebih besar. Dalam pengajaran kemahiran membaca, murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu. Hurufhuruf digabungkan menjadi suku kata, dan suku kata digabungkan menjadi perkataan. Kemudian perkataan akan membentuk ayat. Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad.

2.6.3 Pendekatan Eklektik Pendekatan eklektik atau campuran adalah pendekatan yang menggabungkan keduadua pendekatan cerakinan dan binaan, dengan mengambil ciri-ciri yang baik daripada kedua-duanya dan disesuaikan dengan keadaan murid-murid, situasi bilik darjah, bahan pengajaran dan sebagainya.

2.6.4 Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA)

Pendekatan pengalaman bahasa memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca. Murid-murid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya sekiranya murid-murid mempunyai pelangalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan. Dalam sesuatu proses membaca, terdapat tiga peringkat pemahaman, iaitu leteral, interpretasi & inferens, dan penilaian makna. Bagi setiap peringkat, murid-murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan mereka menguasai peringkat-peringkat tersebut. Sebagai contoh, pada peringkat leteral, murid-murid perlu mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai ilmu kebahasaan (istilah, tatabahasa, ragam, laras bahasa, keindahan bahasa dan sebagainya) untuk mengecam tulisan yang dibacanya. Pengalaman mereka membaca
1-16

pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras, susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut. Pada peringkat interpretasi & inferens, pengetahuan atau pengalaman murid-murid sangat diperlukan untuk mentafsir makna (mesej) yang ingin disampaikan oleh penulis. Murid-murid akan mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya. Sebagai contoh, jika murid-murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang pelancongan akan memudahkan mereka memahami teks yang membicarakan soal pelancongan. Sebagai kesimpulannya, mengikut pendekatan ini, pengalaman murid diberi penekanan dalam pembelajaran bacaan. Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut; a) Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain, b) Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka, c) Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid menguasai konsep, d) Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum aktiviti membaca. e) Guru perlu mempelbagaikan bentuk / laras bahan bacaan dalam pengajaran pembelajaran membaca.

TAJUK 2.6

TEKNIK MEMBACA

1-17

2.6.1 Teknik Membaca KWLH KWLH adalah singkatan bagi yang berikut; K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca) W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca) H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya) Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca; mengingat dahulau apa yang telah diketahui membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih) mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya) Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca menentuka apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apakh lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti yang di bawah sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH.

Know (K) Apa yang sudah diketahui?

Want (W) Apa yang hendak diketahui?

Learned (L) Apa yang telah dipelajari/diperoleh?

How (H) Apa lagi maklumat tambahan


1-18

diperlukan? Catatkan bagaimana dan di mana anda akan memperoleh maklumat yang masih belum diperolehi daripada bahan yang dibaca

Catatkan isi-isi Catatkan pengetahuan sedia ada anda tentang tajuk yang akan dibaca Catatkan apa-apa yang ingin anda ketahui lebih lanjut tentang tajuk / Bina soalan. penting yang anda perolehi daripada bacaan ( jawab soalan yang anda

bidang yang dibaca. bina)

2.6.2 Teknik Membaca SQ3R SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. SQ3R adalah singkatan bagi; S (survey) tinjau

Q (question) soal/tanya R (read) R (recite) baca imbas kembali atau nyatakan secara lisan

R (review) baca semula

1-19

Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning. Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraiakannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya. Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga.Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca. Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagianbahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal. 2.6.3 Skimming dan Scanning
1-20

Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk mendapat gambaram umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku pula. fokus kita diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca. Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming. Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama. Biasanya, kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan . Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari.

2.6.4 Directed Reading Thinking Activity (DR-TA) Russel Stauffer (1975) mengatakan bahawa DR-TA membolehkan murid-murid membina satu set tujuan mereka membaca sesuatu teks, memproses idea dan menguji jawapan dengan mengambil bahagian dalam kitaran membaca untuk meramal dan mengesahkannya. Guru memulakan aktiviti dengan: a. Menggerakkan pemikiran Apakah pendapat anda tentang...? b. Menggugarkan pemikiran Mengapakah anda berpendapat begitu? c. Mengumpulkan bukti Bagaimanakah anda boleh membuktikannya?
1-21

Soalan yang digunakan jenis terbuka yang mendorong kepada jawapan yang pelbagai dan menggalakkan pemikiran yang bercapah. Kebanyakan soalan ditanya sebelum membaca kerana soalan-soalan itu memerlukan ramalan dan hipotesis. dilakukan untuk menguji ketepatan ramalan. menentukan sama ada jawapan kepada soalan ramalan mereka betul atau tidak. Terdapat dua soalan asas DR-TA a) Apakah yang anda fikir akan berlaku? b) Mengapakah anda berpendapat begitu? Nota: Soalan-soalan jenis fakta untuk mendapatkan maklumat / isi terperinci / mencabar serta meluaskan pemikiran murid sangat digalakkan. Tujuan DR-TA ialah membina keupayaan murid untuk; a) Membaca secara kritis dan reflektif b) Menentukan tujuan-tujuan membaca c) Menyaring, memahami dan menyesuaikan maklumat d) Memeriksa bahan bacaan berdasarkan tujuan-tujuan membaca e) Menangguhkan pertimbangan / penilaian, dan f) Membuat keputusan berdasarkan maklumat yang dibaca DR-TA terbahagi kepada dua aspek, iaitu 1. Proses kitaran a. Proses kitaran melibatkan pembaca menentukan tujuan membaca, b. menyesuaikan kadar dan bahan bacaan untuk memenuhi tujuan membaca, c. membaca untuk mengesahkan tujuan-tujuan, d. berhenti sebentar untuk menilai kefahaman, dan
1-22

Bacaan

Semasa membaca murid akan

e. meneruskan bacaan dengan tujuan membaca yang sama atau yang lain (baru). 2. Hasilan Hasilan DR-TA adalah peluasan dan pemurnian pendapat dan pemikiran murid.

Contoh prosedur DR-TA (bahan fiksyen) a) Sebelum membaca murid-murid; Membuat hipotesis tentang judul cerita / ilustrasi awal dan sebagainya Membuat ramalan tentang perkara yang akan berlaku dalam cerita dan keputusannya Membuat pengesahan (justifikasi) tentang ramalan mereka. Ramalan yang bercanggah diketepikan Merekod ramalan dalam buku atau papan tulis

b) Murid-murid membaca sebahagian daripada cerita dan diminta berhenti sebelum sesuatu peristiwa atau sesuatu maklumat penting supaya murid boleh membuat ramalan apa akan berlaku seterusnya c) Ramalan awal ditinjau semula dan ramalan yang tidak berfungsi atau yang tidak tepat digantikan dengan ramalan-ramalan baru d) Pada suatu ketika murid diminta untuk membuktikan idea dengan mencari dan membaca ayat dengan kuat e) Kitaran ramalan-membaca-membukti berterusan sepanjang cerita f) Ramalan murid-murid akan semakin hampir dan khusus, apabila semakin hampir pada penamat cerita kerana maklumat yang diperolehnya semakin banyak ditemui. Jika DR-TA berjalan dengan baik, minat murid-murid akan meningkat dan pemerolehan maklumat baru akan lebih mudah.

1-23

Contoh Pengajaran DR-TA Bahan bacaan yang digunakan oleh guru bertajuk Gulai Kepala Ikan. Sebelum membaca bahan ini, guru mengemukakan beberapa soalan kepada murid-murid; 1. Kita akan membaca cerita Gulai Kepala Ikan. Pada pandangan anda kenapakah cerita ini dinamakan Gulai Kepala Ikan? 2. Cerita ini tentang apa? Setelah murid-murid bersoal jawab untuk menarik minat mereka, guru edarkan kad pertama untuk dibaca oleh murid-murid.

KAD 1 GULAI KEPALA IKAN

Isteri Ali, Munirah bekerja di jabatan kerajaan tidak jauh dari tempat kerjanya. Setiap hari dia menghantar dan mengambilnya dari tempat kerja untuk pulang ke rumah. Ini bukan hanya jimat malah menyenangkan. Panas terik hari itu benar-benar menghilangkan mood seseorang termasuk Munirah yang menunjukkan rasa bosan. Peluh mula membasahi kebayanya. Bang, saya malaslah nak masak hari ni. Badan rasa letih dan mengantuk pula. Cuaca panas begini amat meletihkan, kata Munirah sebaik saja dia masuk ke dalam kereta. Ali mencadangkan agar mereka membeli juadah di restoran sahaja untuk makan tengah hari. Ali memilih restoran yang
1-24

sesuai, iaitu Restoran Kepala Ikan. Kari mamak tu sungguh enak tambahan pula jika dimakan dengan roti canai. Kebetulan restoran itu terletak di tepi jalan menghala ke rumah mereka. Munirah tidak banyak soal. Mana-mana pun boleh.

Setelah murid-murid selesai membacanya, guru membimbing murid-murid membuat refleksi, iaitu adakah betul jangkaan mereka tentang cerita yang mereka baca (rujuk soalan kedua). Kemudian minta murid-murid meramalkan episod berikutnya dengan mengemukakan soalan. Minta mereka mencatatkan ramalan mereka. 1. Di manakah mereka akan makan tengah hari? 2. Apakah makanan yang menjadi pilihan mereka? 3. Kenapakah anda berpendapat begitu? Guru mengedarkan Kad 2 kepada murid-murid untuk meneruskan bacaan dan minta mereka mengesan sama ada ramalan mereka betul.

KAD 2

Ali bernasib baik kerana dia mendapat ruang letak kereta betulbetul di hadapan restoran itu kerana kebetulan sebuah kereta Waja yang sama warna dengan keretanya meninggalkan ruang tersebut ketika Ali sampai. Ali menyuruh Munirah keluar membeli makanan sementara dia menunggunya di dalam kereta untuk mengelakkannya daripada bayaran letak kereta. Munirah cepatcepat keluar dan beratur di ruang pemeran lauk-pauk. Orang ramai
1-25

semakin berpusu-pusu memasuki restoran kerana ketika itu waktu makan tengah hari bagi kebanyakan pekerja di kawasan itu. Hampir setengah jam Ali menunggu Munirah di dalam kereta. Kaset lagu Sudirman yang dimainkannya telah pun beralih ke muka dua. Fikirannya melayang jauh. Ali mencongak-congak aktiviti luar hujung minggu nanti. Kali ini pasti berjaya. Dia terkenangkan pengalaman minggu lepas, tak sempat menembak kijang bertanduk cabang dua di Bukit Tuba. Sayang sekali. Kalau tidak tentu kenduri sakan. Fikiran Ali terus melayang. Tiba-tiba seorang wanita yang tidak dikenalinya memasuki keretanya dengan bersahaja dan melabuhkan badannya di kerusi depan tanpa memandang mukanya. Wanita itu nampak marah-marah dengan muka masam. Mulutnya mengomel sesuatu yang kurang jelas. Tangannya membawa beberapa bungkusan makanan. Jalan, kata wanita tersebut seolah-olah memerintahkanya memulakan perjalanan. Ali bertambah hairan. Siapakah wanita ini? Bisik hati kecilnya. Hati Ali semakin berdebar-debar kerana dia melihat isterinya yang sedang beratur membeli makanan memerhati dengan tajam ke arahnya.

Setelah membaca Kad 2, guru dan murid berbincang sama ada ramalan mereka itu tepat seperti mana jalan cerita sebenar. Setelah itu, minta pula murid-murid meramalkan apa yang akan berlaku seterusnya. Minta mereka catatkan ramalan mereka. 1. Siapakah wanita yang masuk ke dalam kereta Ali? 2. Kenapakah dia masuk ke dalam kereta Ali?
1-26

3. Kenapakah wanita itu nampak marah-marah dan mukanya masam? 4. Apakah yang akan terjadi kepada mereka? Setelah murid-murid berbincang dan membuat ramalan apa yang akan berlaku, minta murid membaca kad 3 sambil mengesan sama ada ramalan mereka itu tepat.

KAD 3 Minta maaf, cik nak ke mana? Ali memberanikan dirinya bersuara. Belum sempat bertanya lebih lanjut wanita itu terkejut lalu menjerit sekuat hatinya. Haaaah! Tangannya yang memegang bungkusan makanan tersentak dan cuba menepis sesuatu. Bungkusan makanan bertaburan. Gulai mamak yang pekat itu tercurah ke muka Ali. Kini giliran Ali pula menjerit kepedasan. Habis baju Arrownya kemerah-merahan disimbah kuah gulai kepala ikan. Wanita itu semakin kebingungan dan tangannya terketar-ketar menolak pintu kereta untuk keluar. Ali semakin bingung dan malu kerana semua orang yang sedang beratur di hadapan restoran tersebut memandang ke arahnya. Akhirnya wanita itu berjaya membuka pintu dan keluar dengan tergesa-gesa. Dia terus berlari ke arah hadapan kereta Ali menuju ke deretan kereta di hadapan. Isteri Ali keluar dari restoran. Kenapa bang? Sedap ke gulai kepala ikan tu?

1-27

Setelah selesai semua kad di baca minta murid-murid menetukan sama ada ramalan mereka tepat. Kemudian boleh dijalankan aktiviti susulan.

2.6.5 Teknik Latih Tubi Teknik latih tubi telah lama diamalkan. Latih tubi ialah pengulangan fakta-faakta ataau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai tahap penguasaan kemahiran tersebut dan di samping itu menjamin kekekalannya. 2.6.6 Teknik Lakonan (teater membaca)

Teknik yang melibatkan sekumpulan pelajar menghayati dan membaca skrip cerita dengan menggunakan sebutan, nada dan intonasi yang betul bagi menggambarkan sesuatu cerita yang dipersembahkan. Namun seorang pelajar akan membaca cerita dengan lancar dan nada serta intonasi yang betul. Juga melakukan gerak aksi yang sesuai dengan isi atau suasana cerita. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka paling diutamakan bagi membantu pelajar-penonton memahami dan menghayati cerita tersebut. Langkah pelaksanaan a. Memilih cerita yang sesuai dengan kebolehan. b. Plot diperbanyakkan untuk dibahagi kepada pelakon-pelakon. c. Pelakon memahami watak supaya dapat membaca dan beraksi mengikut dialog. d. Pembaca dapat membaca dengan baik , nada dan intonasi yang sesuai. e. Pelakon berbincang untuk mencari penyelarasan semasa persembahan.
1-28

f. Guru membimbing pelakon menjayakan lakonan. g. Pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca. h. Pelajar-pelajar lain diberi tugas tertentu

Latihan Rancang satu pengajaran dengan menggunakan teknik DR-TA. Laksanakan pengajaran tersebut. Buat refleksi anda tentang pengajaran tersebut. Bawa dapatan anda itu untuk dibincangkan semasa tutorial dengan pensyarah

1.1

Rumusan

Kesimpulan daripada penerangan serta perbincangan kita di atas dapatlah dikatakan bahawa kemahiran membaca merupakan kemahiran yang kompleks dan perlu diajarkan kepada semua murid. Pengajaran kemahiran bacaan akan menjadi lebih berkesan sekiranya guru bijak memilih teknik, kaedah dan pendekatan yang sesuai.

1-29

Anda mungkin juga menyukai