Anda di halaman 1dari 9

1.0 1.

Pengenalan Kemahiran -kemahiran Bahasa

Kemahiran Bahasa

Kemahiran Lisan

Kemahiran Membaca

Kemahiran Menulis

Mendengar

Bertutur

Rajah 1: Kemahiran-kemahiran Bahasa Jadual di atas menunjukkan jenis-jenis kemahiran bahasa. Kemahiran bahasa terdiri daripada beberapa jenis kemahiran lain iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Ketiga-tiga kemahiran ini adalah sangat pentimng di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu Sekolah Rendah di mana ia merupakan tempat terawal bagi kanak-kanak untuk menguasai kemahiran-kemahiran ini. 1.2 Kemahiran Membaca Kebanyakan pengertian yang telah diberi,menyatakan bacaan menekankan aspek-aspek yang khusus seperti kognitif atau pengamatan dan peringkat-peringkat bacaan iaitu mod yang berupa bacaan secara nyaring atau senyap. Membaca memerlukan proses pengalihan maksud dari minda ke minda iaitu pengalihan mesej dari penulis kepada pembaca. Bacaan terbahagi kepada dua jenis, iaitu bacaan mekanis atau bersuara dan bacaan mentalis atau senyap. 1.2.1 Membaca Mekanis ( Membaca secara bersuara ) Membaca Mekanis adalah satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi, fikiran dan perasaan seseorang pengarang. Sebab-sebab

murid tidak dapat membaca dengan lancar, tersekat-sekat dan berhenti pada tempat yang salah yang akhirnya menjejaskan wacana sesuatu teks yang dibaca itu adalah kerena mereka tidak cekap menanggap dan memberi makna kepada kata-kata yang dibacanya. 1.2.2 Membaca Mentalis ( Membaca secara senyap ) Membaca Mentalis atau membaca senyap adalah gaya membaca dalam hati yang merupakan kegiatan membaca yang melibatkan pengaktifan mata dan ingatan ( visual memory). Tujuan utama membaca jenis ini adalah untuk memperoleh informasi dan pemahaman. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca pula, iaitu bertujuan untuk menggalakkan murid mencari, memilih dan maju sendiri, program membaca senyap secara perseorangan ini adalah satu strategi yang amat menarik. 2.0 Teori Membaca Terdapat tiga jenis Teori Membaca, iaitu Teori Psikologi, Teori Kognitif dan Teori Linguistik. 2.1.1 Teori Psikologi Teori ini menekankan bahawa semua pembelajaran yang melibatkan proses pembentukan tabiat atau kebiasaan melalui hubungan antara ransangan da tindak balas. Untuk menguasai kemahiran membaca, seseorang murid perlu berlatih membaca dengan mengecam huruf, dan diikuti dengan mengecam perkataan. Teori iniseseorang juga menekankan seseorang murid perlu mendapat makna daripada perkataan dan ayat secara automatik setelah menguasai kemahiran membaca. Teori ini sesuai digunakan untuk menjadikan pembacaan itu sebagai tabiat atau kebiasaan yang dilakukan dalam kehidupan seharian supaya memupuk minat membaca di kalangan murid. 2.1.2 Teori Kognitif Teori ini terdapat banyak ahli fahsafah yang mengatakan bahawa perkembangan bahasa adalah sebahagian daripada proses perkembangan seseorang individu dan menganggap membaca itu adalah kemahiran kognitif yang kompleks. Teori ini menekankan membaca itu sebagai suatu

pengumpulan, memproses serta menggunakan maklumat dan tidak hanya bertindak balas terhadap bahan bacaan. Teori ini bertentang dengan pendapat teori psikologi iaitu pembentukan kebiasaan atau tabiat melalui ikatan ransangan dan tindak balas. 2.1.3 Teori Linguistik Teori ini merupakan suatu teori bahasa yang mengatakan bahawa seseorang murid boleh menggunakan kebolehan berbahasa yang diperoleh sejak lahir untuk mendapatkan pengetahuan daripada persekitarannya. Teori ini mengatakan bahawa membaca bukan sahaja menggunakan proses mengatur huruf sehinggan menjadi perkataan dan rangkai kata kepada ayat, tetapi ia adalah satu proses mendapatkan makna pada tahap dalaman seseorang murid tersebut. Dalam penyediaan Rancangan Mengajar Harian bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu yang menggunakan Kemahiran Membaca ini, saya telah menggunakan Teori Psikologi sebagai teori membaca. Saya memilih teori karana ingin memupuk minat membaca itu kepada murid supaya menjadi satu amalan kebiasaan dan tabiat yang baik secara psikologinya iaitu memupuk sifat dalaman murid itu sendiri. 3.0 Model Membaca Terdapat beberapa model bacaan, iaitu Model Bottom Up, Model Top Down, Model Interaktif dan Model Transaktional. 3.1 Model Bottom Up ( Membaca dari bawah ke atas ) Model ini diasaskan oleh Gough (1972-1985) yang mengatakan individu memulakan proses membaca apabila menanya mengenal pasti maklumat visual yang tertera dalam teks yang dibacanya melalui siri perbuatan yang berterusan. Proses ini bermula dengan linear iaitu bermula dengan melalui siri perbuatan yang berterusan. Proses ini bermula secara linear iaitu bermula dengan mengecam dan mengenal pasti huruf, menghubungkan ciri-ciri bagi mengenal huruf, menggabungkan huruf bagi memilih pola ejaan iaitu fonem, menghubungkaitkan perkataanperkataan dan akhirnya menghasilkan proses membina ayat, paragraf dan semantik. 3.2 Model Top Down ( membaca dari atas ke bawah )

Model ini diasaskan oleh Goodman (1967-1970) dan Smith (1971-1978). Model ini memberi penekanan terhadap pembaca dan pergerakan bahan bacaannya yang mesih lagi bersifat linear. Dalam model ini, murid akan menggunakan makna dan isyarat bahasa serta pengetahuan bahasa yang sedia ada bagi mengenal pasti perkataan yang tidak dikenali. Pembacaan model atas ke bawah ini menunjukkan bahawa pemahaman teks adalah lebih penting berbanding penggunaan bahasa dan maklumat. 3.3 Model Interaktif Model Interaktif merupakan model pembelajaran yang bersifat kognitif. Teori ini diasaskan oleh Stanovich (1980), dan Rumelhart (1990). Model ini menyatakan pembaca mendapatkan makna daripada bahan bacaan yang dibaca melalui struktur permukaan bahasa, struktur dalaman bahasa dan melalui pengalaman dan pengetahuan sedia ada. Menerusi model ini, murid akan membina makna dengan cara memilih maklumat daripada semua sumber makna tanpa mematuhi mana-mana arahan. 3.4 Model Transaktional Pengasas model ini adalah Louise Rosenblatt dan rakannya Dewey serta Bently. Mereka mengatakan bahawa pembelajaran bukan merupakan interaksi tetapi adalah transaksi. Model ini menerangkan proses membaca adalah aktiviti memilih iaitu pembaca membawa perasaan, sikap, jangkaan dan tujuan untuk setiap teks dan ia membawa kepada makna atau penimpulan. Dalam Rancangan Pengajaran Harian yang dirancangkan, saya telah menggunakan Model Interaktif kerana bersesuaian dengan kemahiran membaca yang saya gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya telah meminta murid supaya membaca petikan dan mencari isi-isi atau fakta-fakta yang penting dengan pengalaman sendiri. Murid-murid juga diminta untuk mencari makna perkataan yang terdapat di dalam pertikan supaya dapat berinteraktif dengan pengalaman dan pengetahuan diri sendiri. 4.0 Pendekatan Membaca Terdapat tiga pendekatan utama yang sering digunakan dalam kemahiran membaca, iaitu Pendekatan Konseptual, Pendekatan Empirikal dan Pendekatan Eksperimental.

4.1

Pendekatan Konseptual Pendekatan ini diasaskan oleh Kennet S. Goodman. Beliau mengatakan bahawa membaca

itu merupakan satu proses komunikasi antara pembaca dengan bahan bacaan yang dibacakan. Ini bermakna apa bahan bacaan yang dipilih oleh pembaca akan mendapat rangsangan dan pendapat yang berbeza dengan pembaca yang lain mengikut pengalaman dan pengetahuan pembaca itu diri sendiri. 4.2 Pendekatan Emperikal Pendekatan ini meliputi pengalaman dan proses penghayatan membaca kerana menganggap membaca sebagai suatu proses berfikir dan suatu set kemahiran. Selain itu, membaca juga dikatakan sebagai suatu aktiviti visual dan pengalaman berbahasa. 4.3 Pendekatan Eksperimental Pendekatan ini menyatakan bahasa itu sebagai proses atau perlakuan yang mendapatkan makna melalui pembacaan. Pendekatan ini melibatkan kajian tertentu yang dilakukan terhadap satu set tingkah laku membaca yang dapat diperhatikan, dikaji dan kemudiannya dianalisis untuk dijadikan sebagau suatu teori.

Saya memilih Pendekatan Emperikal masuk ke dalam Rancangan Pengajaran Harian ini kerana ingin meningkatkan daya fikiran terhadap bahan bacaan supaya murid-murid dapat mentaksir maklumat tentang isi dan makna perkatan di dalam petikan. Menerusi pendekatan ini juga dapat menjadikan pembacaan itu sebagai pengalaman dan penhayatan kepada murid itu sendiri mengikut tahap pemikiran mereka. 5.0 Kaedah Membaca

Terdapat beberapa kaedah membaca untuk menjadikan proses pembacaan berjalan secara berkesan, iaitu Kaedah Kawalan Vokal Berstruktur, Kaedah Seluruh atau Kaedah Pandang dan Sebut, Kaedah Gabungan, Kaedah Abjad dan Kaedah Fonetik.

5.1`

Kaedah Kawalan Vokal Berstruktur Kaedah Kawalan Vokal Berstruktur ( KVB ) adalah satu kaedah pengajaran kemahiran

membaca Bahasa Melayu yang berasaskan vokal, seperti ba, ca, da dan sebagainya. Kaedah ini mendedahkan kesedaran makna dan fonik secara serentak dan berstruktur dan sistematik. Kaedah ini adalah unsuran daripada Kaedah Abjad dan sesuai digunakan semasa mengajar suku kata kepada murid. 5.2 Kaedah Seluruh / Pandang dan Sebut Kaedah ini diajar berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian seperti saya, minum, pergi dan lain-lain lagi. Biasanya kaedah ini diajar dengan gambar rajah yang diberi bersesuaian dengan perkataan-perkataan supaya murid dapat mengecamkan perkataan-perkataan dengan gambar yang diberikan. Kaedah ini mementingkan bunyi perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar dan bunyi ayat atau cerita berdasarkan gambar. 5.3 Kaedah Gabungan Kaedah Gabungan adalah satu kaedah bergabung Kaedah Fonetik dengan Kaedah Pandang dan Sebut, atau juga dikenali sebagai Kaedah Seluruh Perkataan. Kaedah ini digunakan untuk memupuk murid diperkenalkan kepada bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan, dan kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataan-perkataan yang bermakna. Sebagai contohnya guru boleh mengajar murid beberapa huruf vokal seperti a, o, u, kemudian diajarkan bunyi konsonan misalnya b, d, k. Akhirnya gabungkan bunyi menjadi suku kata, seperti ba, bo, bu, da, do, du, ka, ko, ku. Kemudian beberapa perkataan yang bermakna telah dibina, seperti baba, dada, koko dan sebagainya. 5.4 Kaedah Abjad Kaedah ini dianggap sebagai kaedah nama-nama huruf yang digunakan di dalam tulisan Melayu, iaitu huruf a hingga z. Kaedah ini merupakan kaedah yang biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. Murid-murid diajar dengan mengenal huruf-huruf mengikut turutan dari a hingga z dahulu, kemadian diajar vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan

dan diftong seperti ai, au dan oi. Akhirnya huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya menjadi perkataan. Kaedah ini sering dan sesuai dilakukan kepada murid dari pra sekolah atau tadika sehingga ke murid tahun 1. 5.5 Kaedah Fonetik Kaedah ini sesuai bagi murid yang baru mengenai huruf. Apabila murid melihat hurufhuruf, mereka dapat menyebutkannya dengan betul. Kaedah Fonetik menggunakan bunyibunyian vokal dan konsonan untuk memperkenalkan perkataan. Sebagai contohnya, bunyi vokal untuk 'e' merupakan huruf vokal 'emak', dan huruf konsonan huruf 'l' boleh dikaitkan dengan objek lori. Maka murid akan mengingati bunyi-bunyian vokal dan konsonan itu untuk dikaitkan dengan perkataan dan objek yang lain. Dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Membaca ini, saya telah memilih Kaedah Gubungan, kerana untuk murid tahun 5, mereka telah mengenal huruf, vokal dan konsonan setiap perkataan, jadi bagi murid yang lemah mungkin perlu diberi bimbingan untuk mengeja perkataan itu. Kaedah ini sesuai digunakan semasa membaca sama ada murid membaca secara mentalis atau mekanis. Murid akan membaca semua isi di dalam petikan dan memahaminya dengan mengecam perkataan-perkataan yang telah dipelajari menerusi pengalaman sendiri. 6.0 6.1 Teknik Membaca Membaca KWLH KWLH adalah singkatan nama bagi penjelasan yang berikut : a) b) c) d) K (know) - iaitu apa yang telah diketahui sebelum membaca. W (want) - iaitu apa yang hendak diketahui sebelum membaca. L ( learned) - iaitu apa yang telah diketahui selepas membaca. H (how) - iaitu bagaimana untuk mendapat meklumat tambahan untuk membaca seterusnya.

Membaca KWLH

merupakan suatu teknik membaca kritis dimana pembaca boleh

mengingat dahulu apa yang telah diketahui, membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui, melakukan pembacaan pada bahan yang dipilih, mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang beru dilakukan dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya. 6.2 Membaca SQ3R SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. SQ3R adalah singkatan bagi: S (survey) iaitu tinjau, Q (question) iaitu soal atau tanya, R ( read) iaitu baca, R (recite) iaitu imbas kembali atau nyatakan secara lisan dan R (review) iaitu baca semula. S (survey) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuktajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. Q (question) - soal atau tanya ialah langkah yang memerlukan murid menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Murid akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. R (Read) - baca ialah peringkat murid sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraiakannya sebelum ini. Ketika membaca, murid mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Murid mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya. R(recite) - imbas kembali ialah peringkat yang ketiga. Setelah selesai membaca, murid cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh.

Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Murid juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca. R (review) - baca semula merupakan peringkat terakhir. Murid membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapanjawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Murid juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal. 6.3 Membaca Skimming dan Scanning Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk mendapat gambaram umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku, fokus kita diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca. Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming. Saya memilih teknik Membaca SQ3R sebagai teknik membaca dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca ini kerana pembacaan petikan itu melibatkan daya fikiran terhadap soalan yang dikemukakan oleh guru dan murid-murid perlu memahami penjelasan petikan terlebih dahulu supaya dapat menjawab soalan dengan tepat dan menyeluruh. Menerusi Teknik SQ3R juga murid dapat mengenalpasti makna perkataan-perkataan yang dipelajari itu dapat digunakan dalam pelbagai aktiviti di dalam bahasa melayu. Selepas sesuatu petikan diperkenalkan, maka murid-murid akan menganalisa isi-isi penting di dalam petikan sepaya dapat membuat kajian yang lebih mendalam mengenainya.

Anda mungkin juga menyukai