Anda di halaman 1dari 21

TEORI -TEORI BAHASA

1.0. PENGENALAN

Kursus Pedagogi Bahasa Melayu, membicarakan tentang bahasa yang diperjelas menggunakan teori-
teori tertentu seperti dalam Teori Huraian Bahasa yang terbahagi kepada empat aliran pemikiran iaitu
Teori Tradisional (Panini) iaitu Kajian bahasa dibuat terhadap bentuk-bentuk tulisan. Teori Struktural
(Bloomfield) bahasa merupakan Kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem,
morfem dan ayat, Teori Tranformasi Generatif (Chomsky) Bahasa adalah sistem tentang rumus-rumus
bahasa.dan Teori Fungsional (Halliday) Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa
ketika seseorang berkomunikasi.

Terdapat pelbagai teknik, kaedah, pendekatan, dan strategi untuk memperoleh bahasa atau
mengajarkan bahasa. Hal ini berlaku kerana wujudnya pelbagai Teori Pemerolehan Bahasa. Teori
Pemerolehan Bahasa ini terbahagi kepada empat iaitu Teori Pemerolehan Bahasa aliran Behaviorisme
yang diasaskan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh B.F.Skinner, E.L. Thondike dan B. Watson,
teori pemerolehan bahasa aliran Mentalis dipelopori oleh Piaget, Robert Glazer, John Anderson., teori
pemerolehan bahasa aliran konstruktivisme, teori pemerolehan bahasa aliran interaksionalis yang
dipelopori oleh Halliday.

Dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terdapat empat cara yang dapat
digunakan oleh seorang guru iaitu dengan menggunakan pendekatan, kaedah, strategi dan teknik
dalam pembelajaran. Terdapat banyak cara untuk seorang guru mengguna pakai cara pembelajaran
seperti yang disebutkan di atas untuk di aplikasikan dalam pembelajaran dan mengaitkan cara
pembelajaran dengan teori-teori aliran bahasa seperti aliran behaviurisme, aliran kognitif, aliran
interaksionalis, dan aliran konstruktivisme.

2.0. TEORI HURAIAN BAHASA

2.1. Nahu Tradisional

Teori Nahu Tradisional ini dipelopori oleh Panini yang berasal dari India. Menurut teori ini, bahasa
ialah ucapan buah fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk
membunyikan suara.ia juga sangat mementingkan bahasa tulisan. Penutur juga adalah diwajibkan
mematuhi peraturan dan sebarang kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan. Pengajaran
pula banyak tertumpu kepada nahu terjemahan.

2. Struktural

Teori huraian bahasa struktural ini dipelopori oleh Edward Sapir,Bloomfield dan Leonard de Saussure.
Menurut teori ini, bahasa adalah bersifat sistematik dan mempunyai tatabahasa tersendiri serta hidup
dan sentiasa berubah-ubah. Bahasa juga dikatakan mempunyai satu sistem dan mempunyai
peraturan. Selain itu bahasa bersifat arbitrari dan digunakan untuk perhubungan antara satu dengan
lain. Teori ini menumpukan kajian terhadap fonologi,morfologi dan sintaksis. Huraian bahasa juga
dilakukan secara induktif iaitu dimulai dengan contoh kemudian diikuti pula dengan generalisasi dan
tidak menentingkan makna serta analisis dibuat secara luaran sahaja.

2.3. Transformasi Generatif

Teori huraian bahasa Transformasi Generatif ini dipelopori oleh Noam choamsky. Menurut teori ini,
manusia sebenarnya dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa. Penutur natif
dikatakan berkebolehan membentuk dan memahami peraturan yang baru dalam sesuatu bahasa.
Berdasarkan daripada kebolehan ini seterusnya akan membentuk rumus-rumus bahasa secara
transformasi yang lengkap. Penguasaan bahasa juga adalah berdasarkan penguasaan bahasa pertama
terlebih dahulu. Ayat pula mempunyai struktur dalaman dan luaran. Menurut teori ini juga, bahasa
dikatakan bersifat sejagat dan kreatif. Binaan ayat mempunyai hubungan erat dan menggunakan
symbol-simbol tertentu untuk menganalisis setiap nahu.

2.4. Teori Fungsional

Teori Fungsional ini dipelopori oleh Haliday dan Wilkins. Teori ini mengkaji tentang perubahan yang
berlaku pada struktur bahasa ketika seseorang sedang berkomunikasi. Teori ini juga menganggap
bahawa bahasa adalah sebagai alat perhubungan antara masyarakat dan sangat mementingkan aspek
semantik iaitu makna kata. Pengukuhan bahasa boleh berlaku secara verbal dan non-verbal.
Penggunaan bahasa juga dapat menggambarkan fikiran dan emosi penutur tersebut. Teori ini turut
memberi perhatian kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Aspek yang ditekankan ialah
perubahan yang berlaku pada bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi.

3.0. TEORI PEMEROLEHAN BAHASA


3.1. Teori Behaviorisme

Teori Behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperoleh melalui proses pengulangan Bahasa dan
dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan ini mementingkan pengukuhan dalam
pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi pola.
Teori ini juga menekankan kemahiran lisan dalam pengajaran.

Prinsip-prinsip pengajaran bahasa dari golongan ini adalah dari pandangan dan pendapat ahli-ahli
psikologi dan linguistik Aliran Behaviorisme.

Golongan ini beranggapan bahawa Pertama, bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan manakala
bahasa tulisan merupakan bahasa kedua penting. Ahli-ahli Behaviorisme menegaskan bahawa
pengajaran bahasa mestilah didahului dengan bahasa lisan.

Kemudian diikuti dengan bahasa tulisan yang dianggap perkara kedua penting dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ini bermakna guru-guru mestilah berusaha untuk membolehkan murid-murid bertutur
dalam bahasa itu dahulu dan kemudian baharulah kepada pengajaran membaca dan menulis. Ini
hanya dapat dilakukan setelah murid-murid dapat menguasai sistem bahasa dan struktur bahasa.

Kedua, bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini sesuai diterapkan dalam proses pembelajaran kedua. Bagi
membentuk biasaan ini latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa juga diutamakan. Guru perlu
menyusun pelajaran dengan baik dan pengajaran dimulakan daripada pola-pola yang senang kepada
yang lebih susah.

Ketiga, pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran disebabkan ia merupakan satu
alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki. Dalam situasi pembelajaran
bahasa pengukuh-pengukuhnya adalah pujian, keistimewaan, pengiktirafan, maklum balas, galakan
dan sebagainya. Mengikut prinsip ini sesuatu gerak balas yang betul perlu diteguh oleh guru dengan
cara memberikan pengukuhan seperti yang disebutkan di atas.

Keempat, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Ia merupakan latihan ulangan
sesuatu gerak balas dengan sesuatu rangsangan. Latihan dan latih tubi hendaklah dilakukan dalam
keadaan yang bermakna. Ini adalah untuk mengelakkan pelajaran tersebut menjadi bosan. Peneguhan
boleh dilanjutkan oleh guru melalui penggunaan bahan-bahan makmal bahasa. Dalam hal ini, satu
model pembelajaran telah dikemukakan oleh Behaviorisme iaitu :

Latihan yang dikukuhkan ---> pembelajaran ---> perubahan tingkah laku.


Kelima, model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan. Dalam konteks pembelajaran bahasa
di sekolah-sekolah, bahasa guru menjadi model yang diikuti oleh pelajar-pelajar. Jika model-model ini
menggunakan bahasa yang sama atau mirip-mirip sama dengan bahasa matlamat, maka ini akan
menguntungkan pelajar-pelajar itu.

Dan keenam, mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses pembelajaran. Bahasa
adalah hasil operasi rangsangan dan tindak balas. Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika
kedua-dua unsur ini dapat diwujudkan. Selain bertujuan menghasilkan satu pembentukan tingkah
baru yang berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak dan meningkatkan minat serta
motivasi.

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mempelbagaikan situasi rangsangan.
Pertama adalah dengan cara mempelbagaikan tingkah laku. Kedua adalah dengan cara
mempelbagaikan pengalihan saluran deria, ketiga dengan cara mempelbagaikan pola interaksi guru
dan murid dan keempat dengan cara mempelbagaikan pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan alat-
alat bantu mengajar.

Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif. Pendekatan induktif ialah memulakan
sesuatu pengajaran itu dengan memberikan contoh-contoh terlebih dahulu dan kemudian baharulah
diterangkan. Pendekatan induktif menggunakan model: Contoh ???? Generalisasi

3.2. Teori Mentalis

Teori Mentalisme menganggap pemerolehan bahasa merupakan satu proses mental. Menurut
golongan ini lagi, seseorang itu mempunyai kecekapan (competence), iaitu rumus-rumus yang ada
dalam stok mental, dan prestasi (performance) yang merupakan aspek penggunaan bahasa oleh
penutur berdasarkan kecekapan. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek pemikiran,
pengetahuan dan makna diberikan penekanan.

Dalam bidang linguistik aliran kod-kognitif tidak ada mencadangkan sebarang kaedah atau prinsip
pengajaran bahasa yang tertentu. Walau bagaimanapun kita boleh membuat andaian beberapa
prinsip pembelajaran yang dapat diwujudkan melalui pendapat dan pandangan mereka terhadap
pemerolehan bahasa. Prinsip-prinsip itu adalah seperti berikut:
Pertama, pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental. Melalui proses ini, pembelajaran
bahasa dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran ini dilahirkan melalui pertuturan.

Kedua, semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan dengan
kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa guru
harus menyedari bahawa kebolehan semula jadi untuk berbahasa yang ada pada kanak-kanak itu
membolehkan mereka menganalisis pertuturan yang mereka dengar. Guru perlu menggunakan
pengetahuan bahasa murid-murid dalam masa merancang dan menentukan bahan-bahan pengajaran
yang akan diajar nanti.

Ketiga, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada peringkat kematangan yang
sama dalam keadaan yang normal. Prinsip ini mempercayai bahawa kematangan yang sama di
kalangan kanak-kanak akan mempunyai ciri-ciri pembelajaran bahasa yang sama. Justeru, guru
hendaklah berhati-hati membuat pemilihan terhadap bahan-bahan yang hendak disampaikan.

Keempat, penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa dalam sesuatu huraian
bahasa. Prinsip ini menekankan kebolehan untuk menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul
dari segi tatabahasa dan makna bagi membolehkan kanak-kanak itu berkomunikasi dalam masyarakat
bahasa itu. Guru harus menggunakan aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan untuk
membolehkan kanak-kanak menguasai struktur-struktur bahasa yang terdapat di dalam sistem
bahasanya dengan baik.

Seterusnya kelima, tulisan dan bacaan adalah diutamakan dalam proses pembelajaran. Dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa, kajian-kajian bahasa biasanya dilakukan berasaskan bahasa
tulisan. Latihan-latihan tulisan yang diberi termasuklah latihan terjemahan bahan daripada bahasa
sasaran ke bahasa ibunda atau sebaliknya.

Manakala keenam adalah kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tatabahasa
disampaikan secara formal. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

Kajian-kajian bahasa dihuraikan melalui pendekatan deduktif. Ini bermakna, penyampaian pelajaran
itu dimulakan dengan pengajaran terus mengenai rumus-rumus dan konsep-konsep tatabahasa dan
kemudian baharulah diberi contoh-contoh. Dalam hal mengajarkan tatabahasa kepada pelajar-pelajar
biasanya dilakukan secara formal. Pendekatan deduktif menggunakan model: Generalisasi ---- Contoh

3.3. Teori konstruktivisme


Ahli-ahli bahasa yang menganut fahaman ini bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi strukturnya
malah mereka juga memberi perhatian yang serius terhadap fungsi bahasa itu. Ini bermakna mereka
menegaskan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi . Berikut diperturunkan beberapa prinsip
pengajaran bahasa daripada pandangan dan pendapat ahli-ahli Fungsionalis.

Pertama, system tatabahasa dan fungsi bahasa adalah dua perkara yang diutamakan. Sesuatu
pengajaran itu haruslah memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang sistem tatabahasa atau
prinsp-prinsip struktur bahasa yang dipelajari itu.

Bahasa mempunyai fungsi misalnya untuk menyatakan perasaan dan mendeskripsi sesuatu objek.
Dalam hal ini, bahasa yang digunakan untuk mendeskripsi sesuatu objek haruslah terdiri daripada
ujaran-ujaran yang baik.

Kedua, variasi-variasi bahasa dapat mempertingkatkan tahap kemahiran berbahasa pelajar-pelajar.


Bahasa adalah berkembang. Dari itu, wujudlah beberapa variasi dalam penggunaannya.

Dan ketiga, bahasa, adalah alat untuk berhubung. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, murid-
murid harus dapat menentukan fungsi-fungsi komunikatif pada bentuk-bentuk bahasa yang mereka
kuasai.

3.4. Teori Interaksionalisme

Teori ini memandang pembelajaran bahasa adalah sebagai alat interaksi dan ia merupakan satu proses
yang melibatkan mental dan linguistik. Teori ini menekankan pentingnya proses pembentukan
hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran itu. Teori ini juga
menyarankan supaya guru-guru memberi banyak latihan kepada pelajar-pelajar. Prinsip-prinsip yang
dicetuskan daripada pandangan-pandangan ahli-ahli bahasa Interaksionalisme adalah seperti berikut:

Pertama, penyampaian makna adalah lebih diutamakan dalam komunikasi bahasa. Dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa, sama ada pembelajaran bahasa pertama dan kedua, penyampaian makna
adalah penting. Pembelajaran bahasa bukan hanya mempelajari struktur itu tetapi apa yang lebih
penting ialah belajar untuk interaksi.

Kedua, pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan dan makna yang dimaksudkan adalah

Berhubung rapat. Interaksionalis mementingkan kedua-dua unsur iaitu makna dan struktur bahasa.
Dan ketiga, pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan terhadap tugas-tugas atau
aktiviti-aktiviti yang bermakna. Jika guru itu dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk aktiviti-
aktiviti yang bermakna maka murid-murid berkemampuan untuk menggunakan bahasa itu dengan
lancar dan fasih.

4.0. JENIS STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK

4.1. STRATEGI

4.1.1. Definisi strategi

Strategi merupakan kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan
objektif pengajaran. Strategi lebih mengambil kira objektif jangka panjang dan mengambil kira segala
aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya.

4.1.2. Pengaplikasian strategi pengajaran bahasa

4.1.2.1. Berpusatkan guru

Strategi paling lama diamalkan dalam proses PnP. Dengan adanya perkembangan sistem
perkembangan kita, strategi ini kurang dipraktikkan. Strategi ini mementingkan guru memainkan
peranan utama untuk menguasai dan mengawal proses PnP. Pelajar hanya bersifat pasif.

Maka, hanya komunikasi sahala sahaja yang berlaku semasa proses ini. Strategi ini lebih kepada teknik
hafalan daripada membuat interpretasi.

Guru tidak mengambil kira ciri-ciri perbezaan pelajar dari segi kebolehan dan minat yang wujud.
Kesannya, pelajar yang dihasilkan tidak kreatif dan tidak mempunyai inisiatif untuk meneroka ilmu-
ilmu yang baru.

Walau bagaimanapun, strategi ini lebih sesuai digunakan dalam teknik bercerita di mana guru perlu
mengawal sepenuhnya jalan cerita.

Berpusatkan murid

Ciri-ciri utama KBSR dan KBSM adalah menjadikan pelajar sebagai pemain utama dalam proses PnP.

Pelajar lebih digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran. Guru hanya
bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara.

Masa banyak diperuntukkan kepada pelajar untuk meneroka dan menyelesaikan masalah
pembelajaran dengan bantuan guru. Komunikasi dua hala berlaku dalam proses ini.

Guru mengamalkan corak kepimipinan demokratik di mana pelajar bebas untuk bertanya dan
memberikan pendapat mereka. Lebih diberi penekanan terhadap pencapaian objektif pembelajaran .
Teknik perbincangan dijalankan lebih banyak untuk memupuk sifat kerjasama dan toleransi dalam
kalangan pelajar yang mempunyai pelbagai corak kebolehan dan minat.

Selain itu, guru berpeluang berinteraksi dengan pelajar dan boleh mengesan kelemahan mereka di
peringkat awal lagi. Masalah tersebut dapat diatasi lebih awal lagi. Hasilnya, pelajar dapat
berkembang mengikut kesediaan mereka.

4.1.2.2. Berpusatkan bahan

Strategi ini lebih memberi penekanan kepada alat-alat bantu(ABM) yang digunakan bagi membantu
pengajaran guru. Alat-alat bantu ini terbahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran dan bahan
pembelajaran. Bahan pengajaran ialah semua bahan yang digunakan oleh guru. Bahan pembelajaran
ialah semua bahan yang disediakan oleh kegunaan pelajar. Bahan tersebut memudahkan guru untuk
membantu pembelajaran pelajar menjadi lebih mudah.
Bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan.
Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah penggunaannta dapat meningkatkan minat dan
kefahaman pelajar. Tidak semua sesi pengajaran memerlukan bahan.

Penggunaan bahan yang berlebihan dalam satu-satu masa boleh mengakibatkan masa terbuang dan
isi pelajaran yang utama tidak dapat disampaikan. Oleh itu, guru hendaklah menguasai kemahiran
menggunakan alat-alat yang ada terutamanya alat-alat teknologi. Selain itu, bahan pengajaran yang
sistematik dapat membantu pelajar mengikuti pelajaran tanpa kehadiran guru.

Peranan guru menjadi dominan apabila mengendalikan proses PnP. Pelajar hanya perlu memberi
tindak balas terhadap soalan-soalan yang diberikan. Dapat memupuk sifat berdikari dalam kalangan
pelajar kerana mereka perlu menghasilkan projek atau ujikaji tanpa kehadiran guru. Dapat melatih diri
menjadi satu pasukan yang saling bekerjasama bagi memastikan sesuatu projek dapat disiapkan
dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan.

4.1.2.3. Berpusatkan masalah

Dilaksanakan dengan penyeliaan guru. Boleh dilakukan secara kumpulan atau individu. Pelajar harus
dapat mengatasi rintangan untuk mencapai matlamat. Memerlukan proses penakulan yang agat
tinggi. Antara langkah yangperlu dipatuhi ialah kenal pasti masalah, mencari maklumat, membuat
andaian(hipotesis), menguji hipotesis, menilai dan membuat rumusan. Semasa proses penyelesaian
dilakukan pelajar boleh bertukar pendapat,bekerjasama, meningkatkan pemahaman dan ingatan
Penglibatan pelajar adalah dituntut sepenuhnya

4.2. PENDEKATAN

4.2.1. Definisi pendekatan

Pendekatan adalah berlandaskan teori, prinsip atau kaedah tertentu yang mendokong sesuatu teori.
Cara pengajaran juga adalah berdasarkan objektif yang ditentukan. Pendekatan adalah beraksiomatik
iaitu kenyataan dianggap benar tanpa bukti dan alasan. Contohnya dalam sesi pengajaran, guru
menggunakan pendekatan daripada mudah sehinggalah susah agar pengajaran dapat difahami oleh
murid.
4.2.2. Pengaplikasian Pendekatan Pengajaran Bahasa

4.2.2.1. Pendekatan Induktif

Pendekatan induktif merupakan satu pendekatan mengajar yang melibatkan satu proses penaakulan
yang tinggi. Menurut John, M. Kierzek dan Walker Gibson ( 1960), pendekatan induktif dimulakan
dengan sesuatu sebab atau contoh dan bergerak ke hadapan kepada satu generalisasi. Dalam hal ini,
guru-guru akan mengumpul contoh-contoh daripada teks, menunjukkan dan menerangkan
bagaimana ia bekerja dan berfungsi, dan membantu pelajar-palajar untuk mengaitsimpul satu
kesimpulan yang sesuai.

Dalam pengajaran bahasa pendekatan lebih dikenali sebagai pendekatan gramatikal iaitu
mendahulukan contoh-contoh struktur penggunaan unsur- unsur tatabahasa yang dipelajari dan
kemudian membuat kesimpulan mengenainya. Kaedah pencarian digunakan iaitu melibatkan proses
pemerhatian, kajian, analisis tentang aspek bahasa pada awal pembelajaran. kemudian kesimpulan
umum dikaitsimpul daripada data yang dipelajari.

Guru sama sekali tidak digalakkan memberi definisi, menerangkan peraturan-peraturan,


menerangkan isi atau kandungan keseluruhan pelajaran.

Proses pengajaran induktif

Sebelum memulakan pengajaran ini, guru perlulah memahami idea keseluruhan yang melibatkan
proses pengajaran secara induktif.

Paul D. Eggen (1979 ) telah memperkenalkan satu model pengajaran iaitu, model yang menekankan
perancangan aktiviti sebagai proses yang pertama. Guru perlu memastikan matlamat yang ingin
dicapai dan hasil yag perlu disampaikan dan kemudiannya guru memberikan contoh-contoh yang
sesuai. Dengan adanya elemen ini, pelajar akan dapat membentuk konsep-konsep dengan mudah dan
membuat generalisasi mengenai perkara yang dipelajari.

Manakala proses yang kedua ialah pelaksanaan aktiviti. Guru akan memulakan pengajaran dan
pembelajaran dengan memberikan contoh yang terlibat dalam pengajaran. Contoh yang dikemukakan
oleh pelajar haruslah sesuai dan kemudian guru akan menyimpulkan hasil pembelajaran yang
dipelajari. Kemudian, pada peringkat terakhir pula contoh tambahan perlulah dikemukakan bagi
mengukuhkan konsep dan generalisasi pelajar dan guru pula membuat penilaian secara tidak formal.

Model yang ketiga ialah penilaian aktiviti yang melibatkan proses melihat kembali keberkesanan
pengajaran yang telah disampaikan. Guru akan dapat mengenal pasti kekuatan atau kelemahan dalam
pengajaran. Guru juga akan mengubahsuai mencari cara-cara lain bagi mengatasi kelemahan.

Strategi pengajaran induktif

Terdapat beberapa strategi dalam pengajaran bahasa menggunakan pengajaran induktif antaranya
ialah dengan menggunakan penentuan struktur kognitif iaitu guru perlulah menentukan struktur isi
yang hendak disampaikan. Kemudian setelah aspek bahasa telah dikenal pasti, guru hendaklah
merancang dengan memecahkan isi tersebut kepada bebarapa bahagian dan menyusun semula
bahagian yang berkait rapat agar komponen isi dapat disampaikan dengan menarik agar pelajar dapat
meningkatkan pemahaman mereka.

Langkah yang kedua ialah penentuan kebolehan kognitif iaitu kemahiran intelektual yang melibatkan
contoh-contoh pada bahagian awal pwngajaran dan kemudian kesimpulan. Pelaksanaan pendekatan
ini melibatkan tiga tahap iaitu membentuk konsep melalui contoh, membuat generalisasi dan
pengaplikasian pengetahuan dalam situasi lain.

Langkah yang ketiga ialah prosedur pengajaran induktif yang melibatkan struktur, isi dan peringkat-
peringkat kebolehan kognitif.

Seterusnya ialah prosedur pengajaran induktif yang melibatkan langkah-langkah pengajaran yang
dirancang. Ia melibatkan struktur isi dan peringkat-peringkat kebolehan kognitif dan dapat dilihat
dalam peringkat pendedahan, peringkat pembentukan konsep, peringkat membuat generalisasi, dan
peringkat mencubakan generalisasi serta yang terakhir ialah peringkat penutup.

4.2.2.2. Deduktif

Pendekatan deduktif merupakan satu pendekatan mengajar yang mengasaskan pengajaran dan
pembelajaran pelajar kepada hukum-hukum tertentu dan menggunakan proses penaakulan yang
tinggi.
Dalam pengajaran kaedah deduktif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi iaitu Teori, hukum, atau
masalah tertentu perlu didedahkan dahulu. Kemudian bimbingan diberi bersama dengan contoh yang
sesuai. Dalam kaedah ini pemahaman pelajar adalah amat dipentingkan. Prosedur pengajaran
dimulakan dengan pengenalan rumus yang baru, pemilihan rumus haruslah berdasarkan rumus yang
diketahui umum oleh pelajar dan penggunaan contoh yang berkaitan dan pengukuhan pemahaman
konsep sesuatu rumus. Guru hanya perlu membimbing pelajar menjalankan aktiviti melalui soalan-
soalan terarah yang terancang.

4.2.2.3. Elektik

Elektik merupakan kaedah yang menggabungkan kedua-dua pendekatan awal yang sudah
dibincangkan di atas dan kaedah ini mengambil kelebihan yang ada pada kedua-dua pendekatan
induktif dan deduktif. Guru tidak perlu terlalu terikat dengan mana-mana pendekatan tetapi
pengajarannya mestilah lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut keperluan pelajar.

Pendekatan ini boleh bermula dengan guru memberikan contoh-contoh dahulu, galakkan pelajar
berfikir mengenai rumusannya dan selepas itu mengemukakan contoh-contoh lain sebagai
pengukuhan.

Guru boleh juga memulakan pengajarannya dengan menyatakan hipotesis terlebih dahulu kemudian
diikuti dengan contoh-contoh khusus. Selepas pelajar membuat perkaitan di antara generalisasi
dengan contoh, barulah guru mengukuhkan pemahaman pelajar dengan mengemukakan generalisasi
lain yang berkaitan.

Pendekatan ini dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua
pendekatan iaitu pendekatan induktif dan deduktif.

Melalui pendekatan ini, guru akan lebih fleksibel dan mampu mengendalikan kelas mengikut
kehendak dan keperluan pelajar.

4.2.2.4. Komunikatik
Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan pelajar iaitu berfokuskan kepada
bentuk-bentuk komunikatif seperti meminta maaf, bercerita, melapor dan lain-lain. Situasi ini berlaku
dalam amalan masyarakat sehari-hari.

Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah bagi tujuan
komunikasi.

Pendekatan ini wujud disebabkan didapati pendekatan yang lain lebih mementingkan penguasaan
bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks
wacana. Hasilnya, pelajar tidak menguasai kecekapan berkomunikasi.

Penguasaan komunikasi adalah perlu agar pelajar dapat membuat pemilihan struktur ayat yang betul
mengikut konteks bahasa.

Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru agar pelajar dapat
menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya ialah murid perlu mengetahui
aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid menggunakan
bahasa dalam berkomunikasi.

Prinsip kedua ialah pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu megajar bahasa
yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikasi secara berkesan. Seterusnya ialah
pengajaran bahasa mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan dalam kehidupan
sehari-hari.

4.3. KAEDAH

4.3.1. Definisi kaedah

Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif
pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah adalah Lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha
keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun dan adalah berdasarkan sesuatu pendekatan
yang dipilih. Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.

4.3.2. Jenis-jenis kaedah

4.3.2.1. Kaedah natural


Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif seperti yang berlaku dalam
pedekatan-pendekatan tradisional. Kurang menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi
gramatikal atau kepada teori tatabahasa tertentu.

Menurut Krashen dan Terrell (1983 : 9) menyebut pendekatan ini sebagai natural, psikologikal,
fonetik, baharu, diperbaharui (reform), terus, analitik, tiruan (imitative) , dan sebagainya.

Kaedah ini melihat bahasa sebagai satu alat untuk menghubungkan makna dan mesej. Ini bermakna,
penguasaan hanya akan berlaku apabila orang memahami mesej dalam bahasa sasaran. Penguasaan
bahasa mirip kepada prinsip audiolingualis, iaitu sebagai penguasaan struktur secara berperingkat-
peringkat.

Teori pembelajaran bahasa menurut kaedah ini melibatkan dua cara yang ketara untuk
memperkembangkan keupayaan berbahasa iaitu penguasaan (acquisition) dan pembelajaran
(learning).

Pertama ialah Penguasaan. Cara yang semula jadi, yang terlaksana sama seperti cara kanak-kanak
menguasai bahasa pertama mereka, iaitu merujuk kepada cara-cara yang tidak disedarai yang
melibatkan perkembangan melalui pemahaman dan melalui pengguanaan bahasa untuk komunikasi
yang bermakna.

Kedua ialah Pembelajaran. Proses yang melibatkan peraturan-peraturan secara sedar tentang bahasa
diperkembangkan. Berkesudahan dengan pengetahuan yang jelas tentang bentuk bahasa dan
keupayaan merealisasikan pengetahuan dalam bentuk lisan. Pengajaran yang formal diperlukan untuk
membolehkan pembelajaran berlaku dan pembetulan kesalahan dapat membantu dengan
perkembangan peraturan yang telah dipelajari

Aspek-aspek dalam pendekatan natural bermula daripada kelas rendah, penekanan adalah kepada
persembahan input pemahaman dalam bahasa sasaran. Guru berfokus kepada barang-barang yang
ada di dalam kelas, dan kandungan gambar seperti yang dilakukan dalam kaedah terus. Untuk
mengurangkan rasa tertekan, pelajar tidak diperlukan untuk mengucapkan sesuatu sehingga mereka
sudah cukup bersedia untuk berbuat demikian.

Guru merupakan sumber utama bagi membolehkan input pemahaman berlaku dalam bahasa sasaran.
Masa kelas secara total diperuntukkan kepada aktiviti memberi input untuk penguasaan. Guru diminta
menerbitkan arus input bahasa yang konstan (tekal), sambil memberi klue non linguistik untuk
membimbing pelajar mentafsir input tersebut.
Bahan-bahan lain yang diperakukan untuk pendekatan natural ialah skedul, brochures, iklan, peta,
buku-buku yang sesuai dengan tahap keupayaan pelajar. Permainan secara umumnya adalah berguna
sebagai bahan-bahan bilik darjah.

4.3.2.2. Kaedah nahu tradisional

Kaedah nahu tradisional ini diajar untuk membolehkan pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan
juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul. Kaedah ini juga, membolehkan pelajar
menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya. Ia juga bagi melengkapkan pelajar
dengan perbendaharan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan.

Selain itu, ia juga membolehkan pelajar membaca dan menterjemahkan makna buku-buku yang
dibaca ke bahasa ibunda dan membolehkan mereka menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca.
Kaedah nahu tradisional ini bersifat deduktif yang mementingkan bahasa tulisan daripada lisan.

Teknik mengajar kaedah nahu tradisional ini ialah dengan memperkenalkan pelajar kepada undang-
undang nahu dahulu. Kemudian guru memberi penerangan kepada pelajar mengenai undang-undang
ini dan kemudiannya memberi misalan. Undang-undang nahu ini perlu dihafal. Pelajar-pelajar diberi
senarai perbendaharaan kata yang perlu dihafal. Dalam pembelajaran bahasa kedua, senarai
perbendaharaan ini dipasangkan dengan makna dalam bahasa kedua. Pelajar-pelajar kemudiannya
disuruh membuat ayat-ayat denan menggunakan senarai perbendaharaan kata itu berdasarkan
undang-undang yang dipelajari.

4.3.2.3. Kaedah terus

Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara tahun 1920-1935.

Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah askar kerana pernah digunakan untuk melatih pegawai
tentera dan diplomat dalam Perang Dunia Kedua.

Kaedah terus mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan psikologi kanak-kanak.

Kaedah ini amat sesuai untuk pengajaran bahasa kedua dan segala pengajaran tidak sekali-kali
menggunakan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid.

Kaedah ini bertujuan membolehkan kanak-kanak menguasai keempat-empat kemahiran bahasa itu
secara berkesan dan membolehkan mereka menggunakan bahasa yang dipelajari itu dalam
masyarakat berkenaan.

Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat asas iaitu Perhubungan secara langsung antara perkataan
dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. Seterusnya pengajaran harus dikaitkan
dengan pengalaman-pengalaman yang telah sedia ada. Kemudian harus menimbulkan perasaan ingin
tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan dan pengajaran haruslah berpandu
kepada lunas-lunas kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda mereka.

4.3.2.4. Kaedah ajuk hafaz

Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran
demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan, perbendaharaan kata melalui guru
bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan.
Maknanya diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda.

Murid tidak dikehendaki menterjemah perkataan demi perkataan. Apabila semua ayat sudah
dipelajari secara terperinci, murid akan membaca deskripsi bahasa sasaran itu dalam bahasa ibunda
pula. Contohnya diberi dalam bahasa sasaran dengan persamaannya dengan bahasa ibunda.
Kemudian, dia terus mendengar lagi ayat-ayat daripada pertuturan yg menyambungkan ayat-ayat asas
tadi bagi latihan mendengar. Akhirnya, dia berlatih dalam dialog dengan menggunakan ayat dasar dan
gabungan bahagian-bahagiannya.

Guru harus menyediakan aktiviti yang bersesuaian seperti latihan dalam pertuturan, karangan-
karangan lisan, latihan cara menyebut sesuatu perkataan, menyebutkan dengan betul tiap-tiap bunyi
dalam bahasa sasaran dan tahu pula menggunakannya dalam bentuk-bentuk .

4.3.2.5. Kaedah linguistik

Kaedah ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik iaitu dengan
membandingkan antara dua bahasa. Pengetahuan bahasa murid-murid itu harus tertumpu kepada
bentuk dan fungsi bahasa itu disamping aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk ayat, makna, dan lain-
lain. Kaedah ini lebih mendahului bentuk daripada makna.

Pemilihan bunyi-bunyi pula dilakukan terhadap bunyi-bunyi yang sama dalam kedua-dua bahasa. Dari
segi pemilihan bentuk-bentuk ayat, pengajaran haruslah berdasarkan kepada bahasa-bahasa yang
terdapat dalam bahasa ibunda mereka dahulu. Kemudian, barulah dipilih bentuk-bentuk ayat yang
berlainan atau tiada dalam bahasa ibunda mereka.
Tujuan kaedah linguistik ini diajar adalah bagi membolehkan murid menggunakan bahasa yang telah
diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Selain itu, murid juga didedahkan
dengan bahan-bahan nahu berdasarkan perbandingan di antara tatabahasa yang dipelajari dengan
bahasa yang telah diketahui.

4.3.2.6. Kaedah kod kognitif

Kaedah ini adalah berasaskan pendapat gologan mentalis yang memandang bahasa sebagai satu
kreativiti mental.

J.B Carroll menyatakan bahawa kaedah ini merupakan pembaharuan & pengubahsuaian kaedah nahu
terjemahan.

Menurut Chomsky pula, bahasa merupakan sistem rumus-rumus bahasa yang ternyata melalui bentuk
linguistik. Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak,iaitu bersifat semulajadi dan sejagat.
Seorang kanak- kanak dianugerahkan kecekapan semulajadi rumus - rumus bahasa ibundanya dalam
jangka masa singkat.

Kaedah ini lebih menekankan bentuk dan makna. Seseorang yang ingin mempelajari sesuatu bahasa
harus mengetahui sistem bahasa berdasarkan kepada hukum-hukum dan norma-norma tertentu
dalam ilmu tatabahasa.

Ciri-ciri kaedah kod kognitif ialah dalam P&P bahasa, lisan tidak ditekankan malah perkara yang diberi
perhatian ialah bacaan dan tulisan. Pembelajaran tatabahasa diterapkan secara langsung dan boleh
dilakukan melalui pendekatan deduktif . Pengetahuan tatabahasa amat dipentingkan.

4.3.2.7. Kaedah bahasa komuniti

Pembelajaran bahasa komuniti atau Community Language Learning merupakan cara pembelajaran
bahasa yang di asaskan oleh Charles A.Curran bersama dengan rakan-rakannya. La Forge (1983) murid
Curran meluaskan teori CLL.
Beliau mengesahkan bahawa teori bahasa mestilah bermula daripada ciri-ciri bunyi, ayat dan model-
model abstrak bahasa. Seorang pelajar bahasa perlu memahami sistem bunyi, makna yang ditetapkan
dan tatabahasa bahasa itu.

Teori bahasa diasaskan kepada bunyi-bunyi asas dan corak tatabahasa menyerupai teori struktural.
Namun, pelopor CLL yang terkemudian telah mengemukakan satu teori bahasa yang agak berlainan
yang disebut sebagai Bahasa Sebagai Proses Sosial

Bagi CLL, pembelajaran manusia sebenarnya melibatkan kognitif dan afektif. Inilah yang disebut
sebagai pembelajaran Whole Person.

Pembelajaran berlaku dalam situasi komunikasi yang melibatkan guru dan pelajar dalam satu
interaksi. Justeru perhubungan antara mereka perlu diperkembangkan.

Kejayaan dalam mempelajari sesuatu bahasa berhubung kait dengan perhubungan yang baik antara
pelajar dan guru, dan sesama pelajar.

Pelajar tidak digalakkan belajar sendirian dan terasing daripada pelajar lain.

Curran menekankan kemesraan, pemahaman dan penilaian yang positif terhadap harga diri orang
lain. Perhubungan dibina atas dasar-dasar yang dianggap perlu dalam prosedur kelas CLL. Falsafah
Pembelajaran CLL ialah komitmen di pihak pelajar sebelum proses pemerolehan bahasa berfungsi.
Inilah perbezaan yang paling ketara dalam teori pembelajaran CLL berbanding dengan teori-teori lain.

4.3.2.8. Kaedah Oral Aural

Kaedah ini diajar adalah bagi tujuan membolehkan pelajar memperkembang keempat-empat
kemahiran bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran menulis dan
Kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk pembelajaran membaca dan
menulis. Ia membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.
Kaedah pengajaran kaedah Oral-Aural ini ialah Menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara
ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan memberi perhatian kepada Intonasi
yang betul, sebutan penutur jati bahasa itu dan bahan pita rakaman boleh digunakan jika gurunya
bukan penutur jati bahasa yang diajar.

Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan kepada aktiviti menulis. Pada awalnya, latihan
menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yg telah dipelajari, kemudian barulah latihan menulis bebas
dibenarkan.

4.4. TEKNIK

4.4.1. Definisi Teknik

Teknik merupakan satu cara yang paling berkesan untuk mencapai objektif. Ia wujud dalam pemikiran
dan dirangka untuk satu jangka masa yang panjang ataupun dicipta pada satu masa sebelum sesuatu
perlakuan itu berlaku. Teknik yang digunakan haruslah selaras dengan kaedah yang digunakan.

4.4.2. Jenis teknik

4.4.2.1. Teknik drama

Drama ialah melakonkan cerita tertentu dalam situasi yang lengkap penerangannya

Teknik ini merupakan satu cara utk membolehkan murid sendiri mendapatkan gambaran, atau contoh
pengalaman yang spontan, tidak dilatih terdahulu dan seolah-olah hidup utk obejktif P & P.

Teknik ini melibatkan gambaran atau membayangkan sesuatu situasi atau keadaan yang kemudian
dilakonkan tanpa sebarang skrip.

Teknik ini juga sangat berkesan untuk membantu murid menggunakan prinsip yang dikaji dalam
bentuk abstrak . ia juga dapat membolehkan murid memahami motivasi atau tujuan orang lain dengan
melakonkan peranan orang tersebut dan meningkatkan kesedaran murid mengenai masalah-masalah
psikologi dan sosiologi. Selain itu, ia juga dapat menambahkan unsur-unsur benar dan hidup(realisme)
serta menambahkan berbagai-bagai bentuk aktiviti untuk mencapai objektif P & P murid

4.4.2.2. Teknik latih tubi

Teknik latih tubi adalah merupakan pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang diajar. Tujuannya
teknik ini diajar ialah untuk mencapai taraf kemahiran tersebut atau untuk melekatkan sesuatu
perkaitan supaya menjadi kekal. Teknik ini perlu dielakkan dalam pengajaran mata pelajaran sains
atau mata pelajaran yang bercorak kemasyarakatan, kerana latih tubi dalam mata pelajaran ini akan
menggalakkan hafalan. Amat sesuai untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti melukis peta,
menyebut perkataan, atau mengingat fakta-fakta yang terpenting

Terdapat beberapa kelemahan dalam menggunakan teknik latih tubi ini antaranya ialah mengehadkan
kebebasan berfikir dan daya kreatif murid dalam sesuatu tugasan dan mungkin akan menimbulkan
satu situasi yang sangat membosankan kepada murid-murid. Seterusnya ialah maklumat yang
diberikan adalah bersifat tidak kekal sekiranya tidak digunakan secara berterusan. Kelemahan yang
seterusnya ialah akan menjadikan pembelajaran sebagai satu tindakan mekanikal.

4.4.2.3. Teknik permainan bahasa

Teknik permainan bahasa merupakan satu aktiviti yang menarik dan boleh meninggalkan kesan yang
baik dalam pengajaran bahasa. Teknik ini diajar adalah bertujuan menyampaikan isi pelajaran secara
tidak langsung untuk menghilangkan kebosanan dan aktiviti ini. Teknik ini sebenarnya tidaklah hanya
khusus untuk kemahiran lisan sahaja malah diaplikasikan untuk semua kemahiran.

Terdapat beberapa jenis permainan bahasa ini antaranya ialah Permainan menyampaikan pesan,
Permainan memerhati dan mengingat, Permainan berpasangan, Tekalah saya, Permainan menikam
angka, Slip undian.
Aktiviti ini adalah merupakan satu cara pembelajaran tidak formal dan menyeronokkan dan mampu
mengekalkan minat pelajar sepanjang pembelajaran berlaku. Selain dapat mengukuhkan
pembelajaran, ia juga dapat member peluang kepada pelajar menerapkan nilai tolak ansur, kerjasama,
dan melibatkan diri.

4.4.2.4. Teknik bercerita

Bercerita adalah merupakan Jalinan dan susunan mengenai kejadian yang berlaku sama ada benar
atau khayalan pencerita sahaja.

Teknik bercerita ini adalah merupakan kaedah mengajar yang membolehkan guru menyampaikan isi
pelajarannya melalui cerita. Teknik ini merupakan satu cara penyampai yang sesuai dengan sifat
semula jadi pelajaran. Pelajar akan lebih cepat menumpukan perhatian sekiranya pelajaran
disampaikan menyentuh dan membangkitkan perasaan dan hati nurani mereka.

Sewaktu merancang aktiviti ini guru perlulah memilih cerita yang sesuai dengan peringkat umur, minat
dan kesediaan pelajar. Persediaan guru juga adalah perlu rapi daripada segi menghafal cerita dan
menyediakan alat bantu.

Guru perlulah memastikan semua pelajar bersedia mendengar cerita yang ingin disampaikan.

Selain itu juga, guru perlu mempunyai beberapa kualiti tertentu seperti mempunyai suara yang jelas
agar penyampaian cerita dapat difahami.

Seterusnya ialah guru perlulah memastikan perkataan dan ayat yang digunakan perlu sesuai dengan
kebolehan pelajar. Setelah selesai aktiviti bercerita, guru perlulah mengadakan sesi penilaian terhadap
murid .

Anda mungkin juga menyukai