Anda di halaman 1dari 2

KESIMPULAN

Setelah memahami dan mendalami ilmu Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu ini,
dapatlah disimpulkan bahawa menurut tokoh-tokoh bahasa, terdapat dua teori utama
yang difokuskan untuk menjelaskan tentang bahasa iaitu teori huraian bahasa dan teori
pemerolehan bahasa. Teori huraian bahasa ini lebih mengkaji ke arah bahasa yang meliputi
struktur dan fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Pengkaji menumpukan kajian pada bentuk
dan perubahan bahasa semasa berkomunikasi. Selain daripada perubahan bahasa, mereka juga
membuat

anggapan

bahawa

bahasa

juga

merupakan

sebagai

alat

pertuturan

(perhubungan). Oleh yang demikian, jelas bahawa kajian yang dijalankan oleh mereka sangat
mementingkan aspek semantik. Selain itu juga,dapat juga disimpulkan bahawa mereka
tidak menafikan bahawa wujudnya variasi dalam penggunaan bahasa. Terdapat tiga aliran
tatabahasa yang utama di bawah teori huraian bahasa ini iaitu teori tradisional, teori struktural, teori
transformasi generatif dan teori fungsionalis.
Manakala, teori pemerolehan bahasa pula terbahagi kepada empat huraian yang utama iaitu
teori behaviorisme, teori mentalis, teori konstruktivisme dan teori interaksionalis. Melalui teori tersebut
dapat dijelaskan dengan jelas bagaimana seseorang itu memperolehi bahasa pertamanya. Teori
tersebut dapat dibuktikan dengan bahan ujikaji yang dilakukan oleh tokoh bahasa linguistik sendiri.
Seterusnya, dari segi konsep teknik, kaedah dan strategi pengajaran dalam Bahasa Melayu
pula, dapat dinyatakan dengan jelas perbezaan konsep-konsep tersebut. Selain itu, jelas juga
bahawa setiap strategi, kaedah dan teknik yang digunakan dalam

proses pengajaran dan

pembelajaran sebenarnya berbeza. Walaupun setiap pendekatan tersebut adalah perlu dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, namun dari segi pengaplikasiannya mempunyai perbezaan
yang tersendiri. Oleh itu, guru-guru haruslah bijak dalam memilih apakah pendekatan yang perlu
dilaksanakan semasa ingin melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya, dari segi penyediaan Rancangan Pengajaran Harian pula, guru-guru haruslah
merancang apa sahaja aktiviti yang mampu membina kemahiran serta menerapkan pengajaran
dalam konteks yang mampu memberi ilmu yang baharu kepada pelajarnya. Sesungguhnya
penyediaan Rancangan Pengajaran Harian mampu memudahkan guru untuk merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang ingin dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai