Anda di halaman 1dari 2

Demam Kepialu

Tanda-tanda
Demam kepialu yang tidak diubati akan sembuh dalam masa 4
minggu. Pesakit akan mula menunjukkan tanda-tanda jangkitan beberapa hari
(3 hingga 56 hari) setelah dijangkiti oleh bakteria yang telah disebutkan.
Tanda pertama yang muncul adalah demam dengan suhu yang tinggi.
Suhu badan turun naik sekitar 39 atau 40 darjah Celcius. Selain itu, pesakit
juga akan mengalami sakit kepala, sakit otot dan seluruh badan, penat, cirit
birit, dan ruam akan timbul di kulit. Cair dan seperti sup kacang hijau adalah
sifat khas bagi najis pesakit demam kepialu. Setelah berapa hari, cirit birit
akan hilang dan pesakit berhenti terus dari membuang air besar.
Pesakit akan menjadi semakin lemah dari hari ke hari. Pada minggu
ketiga, tahap kesedaran akan berkurang dan pesakit berada di dalam
keadaan delirium. Ketika ini, pesakit seperti berada di dalam kekeliruan.
Demam akan beransur-ansur surut padan minggu keempat.
Penyebab
Penyebab utama demam kepialu ialah bakteria Salmonella typhi. Demam
kepialu dapat ditularkan melalui makanan atau air minuman yang telah
dicemari oleh najis atau air kencing daripada orang yang telah dijangkiti
penyakit ini. Lalat juga merupakan salah satu penular penyakit ini.
Rawatan
Antibiotik merupakan ubat utama dalam merawat demam kepialu. Pada suatu
ketika dulu, ubat chloramphenicol digunakan sebagai ubat pilihan untuk
merawat demam kepialu. Tetapi ubat tersebut tidak digunakan lagi kerana
bakteria penyebab demam kepialu telah berevolusi dan tidak dapat dibunuh
dengan chloramphenicol. Sekarang, ubat ciprofloxacin digunakan untuk
merawat demam kepialu.

Selain itu pesakit juga harus minum air dengan banyak dan memakan
makanan yang tinggi kalori untuk memberikan tenaga supaya badan cepat
sihat.

Pencegahan
Demam kepialu dapat dicegah dengan mengamalkan cara hidup yang sihat.
Basuhlah tangan sebelum makan, elakkan makan di tempat yang kotor,
jangan gunakan air dari sumber yang tidak dirawat, elakkan memakan
makanan yang tidak dimasak, dan makanlah makanan yang masih panas.
Selain itu, suntikan vaksin juga dapat mencegah penyakit ini.

Anda mungkin juga menyukai