Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia saya ucapkan sebagai pembuka kata.

Bersyukur saya ke hadrat ilahi iaitu Allah


S.W.T

kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ini.Dalam

kesempatan ini,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang mengajar mata pelajaran ini iaitu Encik
Suhaimi Bin Zakaria yang tidak pernah berasa jemu dan banyak memberi saya penerangan mengenai cara membuat dan
melaksanakan kerja kursus ini.
Sepanjang melaksanakan kerja kursus ini terdapat pelbagai cabaran dan masalah yang telah saya hadapi.Antaranya,saya
menghadapi kekangan masa kerana mendapat kerja kursus yang banyak hinggakan saya terpaksa membahagikan masa saya
dalam melaksanakan kerja kursus ini dengan kerja kursus bagi mata pelajaran yang lain. Selain itu,saya juga menghadapi sedikit
masalah kerana saya tidak pandai dalam bidang seni lukis sedangkan kerja kursus ini memerlukan setiap individu menghasilkan 3
atau lebih lukisan menggunakan teknik menggambar.
Di sebalik masalah-masalah yang saya hadapi terdapat seribu satu hikmah dan kebaikan yang saya perolehi semasa
membuat kerja kursus ini.Antaranya,saya dapat menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran saya dalam bidang lukisan
berdasarkan kerja kursus yang saya telah saya laksanakan ini.Ini saya katakan kerana melalui pelaksanaan kerja kursus ini saya
dapat mengetahui sedikit banyak mengenai bidang menggambar.Tambahan lagi,saya juga dapat mengetahui secara lebih
terperinci dan mempraktikkan beberapa teknik menggambar yang mudah.

Sebagai seorang guru pelatih yang akan menjadi seorang guru pada hari kelak,saya sangat menghargai kerja kursus
yang saya laksanakan ini.Hal ini kerana,saya sangat berharap maklumat-maklumat dan teknik-teknik menggambar yang saya
dapati daripada hasil melaksanakan kerja kursus ini dapat saya gunakan dan dapat saya praktikkan semasa mengajar di sekolah
nanti. Insya-Allah,dengan izin Allah S.W.T.

18

Anda mungkin juga menyukai