Anda di halaman 1dari 7

Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan.

Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru. Sebagai seorang guru bahasa, kita perlu tahu bagaimana kanak-kanak mempelajari bahasa terlebih dahulu. Dengan berpegang pada prinsip itu maka ia boleh menghasilkan sesuatu bentuk pengajaran yang baik dan berkesan.
Di samping itu juga guru itu boleh menentukan sejauh mana prinsip-prinsip itu boleh menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Prinsip-prinsip terbentuk dari dua jenis teori yang bertentangan iaitu teori behaviorismedan teori mentalisme. Sesuatu teori itu menentukan apakah prinsip yang harus dipegang dalam pengajaran. Menurut Kamus Dewan (1984: 1056), prinsip ialah asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, kajian, tindakan sesuatu teori. Jadi sesuatu teori itu menentukan apakah prinsip yang harus dipegang dalam pengajaran. Berhubung dengan prinsip-prinsip pengajaran bahasa ia adalah hasil dari dapatan teori-teori pemerolehan bahasa yang pernah disebutkan sebelum ini yang mana akan dibincangkan dari beberapa sudut. Selain itu terdapat juga prinsip-prinsip umum supaya pengajaran guru itu lebih menunjukkan keberkesanan.

Konsep Teori Kognitif

Teori Kognitif telah dikembangkan oleh seorang psikologis Swiss pada sekitar tahun 1896-1980, iaitu Jean Piaget. Menurut Abd Aziz Talib (2000), teori kognitif ini berkait rapat dengan perkembangan mental. Teori ini memandang pembelajaran bahasa sebagai satu kebolehan khas manusia secara semulajadi. Teori ini menekankan kefahaman struktur bahasa yang dipelajari kerana dipercayai bahawa pengetahuan tentang pemahaman struktur bahasa itu yang memudahkan pembelajaran dan penguasaan bahasa tersebut. Teori ini turut menekankan pentingnya proses pemikiran dalam pembelajaran dan memberi perhatian kepada pengaruh faktor dalaman dalam pembelajaran. Antara ahli psikologi kognitif yang terkenal termasuklah Jerome Brunner, David Ausubel dan Jean Piaget. Kerja mereka mempunyai hubungan langsung dengan pembelajaran di bilik darjah. Teori dan penyelidikan mereka bertumpu kepada kajian terhadap bagaimana maklumat di proses dalam otak semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Jean Piaget : Perkembangan Kognitif

Teori Piaget telah mengemukakan bahawa terdapat empat peringkat perkembangan pemikiran; 1)Kesedaran deria motor Tahap kesedaran deria motor ini melibatkan kanak-kanak yang berusia satu hari sehinggalah umurnya mencecah dua tahun. Dalam tahap ini, kanak-kanak mampu untuk membentuk skema bahasa dan struktur kognitif mereka sendiri. Mereka turut membentuk simbolik bahasa mereka yang tersendiri. 2) Pemikiran praoperasional Pemikiran praoperasional ini pula berlaku pada tahap umur mereka dua tahun sehinggalah menceceah tujuh tahun. Pada tahap ini, penguasaan bahasa mereka semakin berkembang dan berlakunya pertambahan kosa kata dalam pembelajaran bahasa seiring dengan perkembangan bahasa mereka. 3) Pemikiran konkrit Pada usia mereka mencecah tujuh tahun sehinggalah dua belas tahun, kanak-kanak ini sudah mampu untuk menguasai kemahiran hukum pengekalan, konsep perhubungan, pengkategorian dan juga persirian dalam pembelajaran mereka. Pada usia ini, pembelajaran mereka menjadi semakin berkembang. 4) Pemikiran formal

Pemikiran formal ini terjadi pada usia dua belas tahun keatas. Mereka menjadi lebih matang dan mampu berfikir dengan lebih rasional. Ini seiring dengan kebolehan mereka untuk menyelesaikan masalah yang lebih abstrak berikutan dengan perkembangan mental dan kematangan akal fikiran.

Konsep Teori Interaksionalis Teori Interaksionalis telah dipelopori oleh Halliday. Perkembangan teori ini telah berlaku sekitar tahun enam puluhan dan tujuh puluhan. Antara ahli-ahli bahasa yang turut menunjangi teori ini adalah seperti Bloom (1979), Bowennan (1973-1976) dan juga Grommer (1976). Mereka bersependapat bahawa kebolehan kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak itu. Ini berikutan dengan kemahiran kognitif kanak-kanak yang hanya membolehkan mereka mentafsir makna tetapi tidak menjamin tafsiran tersebut boleh dinyatakan atau dilahirkan dalam bentuk bahasa. Menurut pandangan ahli-ahli interaksionalis, kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik bagi menggambarkan bentuk linguistik yang jelas dan tepat. Mereka juga menganggap bahawa penyampaian semantik (makna) adalah penting, dan harus berjalan seiringan dengan struktur bahasa agar para pelajar dapat menggunakan sistem bahasa dengan betul. Teori Interaksionalis memandang pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi dan proses ini melibatkan mental dan liguistik. Teori ini turut menekankan pentingnya proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran itu. Seseorang pelajar harus boleh menggunakan struktur-struktur bahasa dengan betul terutamanya dari segi tatabahasa dan makna. Ini adalah penting bagi membolehkan mereka berkomunikasi dalam masyarakat dengan baik dan berkesan. Guru-guru disarankan supaya memberi banyak latihan kepada murid-murid. Prinsip-Prinsip Aliran Interaksionalis Prinsip Pertama, makna adalah lebih diutamakan dalam setiap komunikasi bahasa. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, sama ada pembelajaran penting. Pembelajaran bahasa bukan hanya secara strukturalnya sahaja, tetapi apa yang lebih penting ialah belajar untuk berinteraksi. Dalam prinsip kedua, Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan dan makna yang dimaksudkan mempunyai hubungan yang rapat. Teori Interaksionalis ini mementingkan kedua-dua unsur iaitu makna dan juga struktur bahasa. Seterusnya, prinsip ketiga menyatakan bahawa teori ini menekankan penumpuan terhadap aktiviti-aktiviti yang bermakna. Jika guru dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk-bentuk aktiviti yang bermakna, maka para pelajar akan dapat menggunakan bahasa itu dengan lancar dan fasih.

Teori mentalis pula menganggap pemerolehan bahasa merupakan satu proses mental. Menurut golongan ini lagi, seseorang itu mempunyai kecekapan (competence), iaitu rumus-rumus yang ada dalam stok mental, dan prestasi (performance) yang merupakan aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek pemikiran, pengetahuan dan makna diberikan penekanan. Dalam bidang linguistik aliran kod-kognitif tidak ada mencadangkan sebarang kaedah atau prinsip pengajaran bahasa yang tertentu. Walau bagaimanapun kita boleh membuat andaian beberapa prinsip pembelajaran yang dapat diwujudkan melalui pendapat dan pandangan mereka terhadap pemerolehan bahasa. Prinsip-prinsip itu adalah seperti berikut: Pertama, pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental. Melalui proses ini, pembelajaran bahasa dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran ini dilahirkan melalui pertuturan. Kedua, semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan dengan kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa guru harus menyedari bahawa kebolehan semula jadi untuk berbahasa yang ada pada kanak-kanak itu membolehkan mereka menganalisis pertuturan yang mereka dengar. Guru perlu menggunakan pengetahuan bahasa murid-murid dalam masa merancang dan menentukan bahan-bahan pengajaran yang akan diajar nanti. Ketiga, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada peringkat kematangan yang sama dalam keadaan yang normal. Prinsip ini mempercayai bahawa kematangan yang sama dalam kalangan kanak-kanak akan mempunyai ciri-ciri pembelajaran bahasa yang sama. Justeru itu, guru hendaklah berhati-hati membuat pemilihan terhadap bahan-bahan yang hendak disampaikan. Keempat, penyampaian bermakna lebih diutamakan daripada struktur bahasa dalam sesuatu huraian bahasa. Prinsip ini menekankan kebolehan untuk menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna bagi membolehkan kanak-kanak itu berkomunikasi dalam masyarakat bahasa itu. Guru harus menggunakan aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan untuk membolehkan murid-murid menguasai struktur-struktur bahasa yang terdapat di dalam sistem bahasanya dengan baik. Seterusnya yang kelima, tulisan dan bacaan adalah diutamakan dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kajian-kajian bahasa biasanya dilakukan berasaskan bahasa tulisan. Latihan-latihan tulisan yang diberi termasuklah latihan terjemahan bahan daripada bahasa sasaran ke bahasa ibunda atau sebaliknya. (bahasa Inggeris diterjemahkan kepada bahasa Melayu) Manakala yang keenam pula adalah kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif (penerangan dahulu,kemudian disusuli dengan contoh) dan tatabahasa disampaikan secara formal dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Teori behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperolehi melalui proses pengulangan bahasa. Ia dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan dalam teori ini mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi pola ( bermula daripada senang kepada yang lebih susah ) . Teori ini juga menekankan kemahiran lisan dalam pengajaran.

Prinsip-prinsip pengajaran bahasa dari golongan ini adalah dari pandangan dan pendapat ahli-ahli psikologi dan linguistik aliran Behaviorisme. Golongan ini beranggapan bahawa; Pertama, bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua penting. Ahli-ahli Behaviorisme menegaskan bahawa pengajaran bahasa mestilah didahulukan bahasa lisan.
Kemudiannya pembelajaran bahasa tulisan yang dianggap perkara penting yang kedua dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna guru-guru mestilah berusaha untuk membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu dahulu dan kemudian baharulah kepada pengajaran membaca dan menulis setelah murid-murid dapat menguasai sistem bahasa dan struktur bahasa. Kedua, bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini sesuai diterapkan dalam proses pembelajaran kedua. Latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa turut diutamakan. Guru perlu menyusun pelajaran dengan baik dan pengajaran dimulakan daripada pola-pola yang senang kepada yang lebih susah. Ketiga, pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran yang merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki. Dalam situasi pembelajaran bahasa, pujian, keistemewaan, pengiktirafan, maklum balas, galakan dan lain-lain bertindak sebagai pengukuh. Mengikut prinsip ini, sesuatu gerak balas yang betul perlu diteguhkan oleh guru dengan cara memberi pengukuhan seperti yang disebutkan di atas. Keempat, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Hal ini merupakan latihan ulangan satu-satu gerak balas dengan satu-satu rangsangan. Latihan dan latih tubi hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bermakna. Ini adalah untuk mengelakkan pelajaran tersebut menjadi bosan.Peneguhan boleh dilanjutkan oleh guru melalui penggunaan bahan-bahan makmal bahasa. Dalam hal ini, satu model pembelajaran telah dikemukakan oleh Behaviorisme iaitu : Latihan yang dikukuhkan -> pembelajaran -> perubahan tingkah laku

Kelima, model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan. Dalam konteks pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah. Bahasa guru menjadi model yang diikuti oleh murid-murid. Jika model-model ini menggunakan bahasa yang sama atau mirip-mirip sama dengan bahasa matlamat, maka ini akan menguntungkan pelajar-pelajar itu. Keenam, mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses pembelajaran. Bahasa adalah hasil operasi rangsangan dan tindak balas. Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika keduadua unsur ini dapat diwujudkan. Selain bertujuan menghasilkan satu pembentukan tingkah baru yang berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak dan meningkatkan minat serta motivasi. Ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mempelbagaikan situasi rangsangan. Pertama adalah dengan cara mempelbagaikan tingkah laku. Kedua adalah dengan cara mempelbagaikan pengalihan saluran deria, ketiga dengan cara mempelbagaikan pola interaksi guru dan murid dan keempat dengan cara mempelbagaikan pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan alat-alat bantu mengajar.

Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif. Pendekatan induktif ialah memulakan sesuatu pengajaran itu dengan memberikan contoh-contoh terlebih dahulu dan kemudian baharulah diterangkan. Cara Mempelbagaikan Situasi Pembelajaran: 1. Pelbagaikan tingkah laku. 2. Pelbagaikan pengalihan saluran deria. 3. Pelbagaikan pola interaksi guru dan murid. 4. Pelbagaikan kaedah, teknik, pendekatan, strategi dan alat-alat bantu mengajar. 5. Menggunakan pendekatan induktif (contoh diberi terlebih dahulu sebelum dijelaskan)

Anda mungkin juga menyukai