Anda di halaman 1dari 49

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

INSTITUT PERDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUANKU BAINUN 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

GERKO SEPAK TAKRAW


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

NAMA

: MUHAMAD IKRAM BIN AHMAD ZAMRI MUHAMAD FIQRY BIN ZAINAL ABIDIN

NO. KP

: 910715-02-5651 911119-08-6209

OPSYEN NAMA PENSYARAH TARIKH SERAHAN

: 2 PISMP BM / PJ 2 : ENCIK ZAHIR BIN NASIR : 30 SEPTEMBER 2011

SURAT AKUAN

KAMI AKUI KARYA INI ADALAH HASIL KERJA KAMI SENDIRI KECUALI NUKILAN DAN RINGKASAN YANG TIAP-TIAP SATUNYA TELAH KAMI JELASKAN SUMBERNYA.

T.TANGAN NAMA T.TANGAN NAMA TARIKH

: : MUHAMAD IKRAM BIN AHMAD ZAMRI : : MUHAMAD FIQRY BIN ZAINAL ABIDIN : 30 SEPTEMBER 2011

PENGHARGAAN
Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera.. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya dapat kami menyiapkan tugasan bagi Gerko Takraw bagi semester kedua program ijazah sarjana muda perguruan ini. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah, Encik Zahir Bin Nasir kerana jasa beliau yang telah banyak memberi tunjukajar serta banyak membantu kami dalam menyelesaikan tugasan ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak memberikan bantuan dari segi sokongan fizikal serta memberi bantuan dari segi kewangan bagi menyiapkan tugasan ini. Kepada kawan-kawan yang telah banyak membantu, ingin juga kami mengucapkan ribuan penghargaan kerana dengan kerjasama mereka dalam

memberikan bahan rujukan untuk menghasilkan tugasan ini lebih menarik terutama, sekali kepada rakan perbincangan kami yang telah banyak memberikan idea-idea yang bernas dalam menjayakan kerja kursus ini. Saya berharap hasil tugasan yang kami sediakan ini memenuhi kretiria yang perlu ada di dalam kerja kursus serta memenuhi kehendak soalan. Dan akhir sekali, kami berharap semoga Allah S.W.T dapat membalas jasa mereka yang telah banyak membantu kami di dalam menjayakan kerja kursus ini sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Sekian

ISI KANDUNGAN
BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 PERKARA Halaman Akuan Penghargaan Halaman judul Sejarah Alatan dan keperluan Pengelolaan kejohanan Teknik dan kemahiran Falsafah kejurulatihan Pengurusan pengelolaan (kertas kerja) Refleksi Bibliografi Lampiran HALAMAN i ii iv 1 2-5 6-11 12-16 17-19 20-38 39-42 43 44

HALAMAN JUDUL

GERKO TAKRAW PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

2 PISMP BM / PJ 2 IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

SEJARAH SEPAK TAKRAW

Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu

menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang. Pada masa ini sepak raga tidak lagi dimainkan, ianya telah ditukar kepada

permainan sepak takraw. Sepak takraw adalah permainan yang dimainkan oleh dua pasukan pada masa permainan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.

ALATAN DAN KEPERLUAN 1) GELANGGANG

Ukuran gelanggang berukuran 13.4 x 6.1m dan bebas dari sebarang halangan setinggi 8m dari permukaan lantai ( gelanggang pasir dan rumput tidak

digalakan). Garisan gelanggang tidak boleh melebihi 0.04m dan dilukis hala-dalam dari penjuru ukuran gelanggang. Semua garisan hendaklah dilukis sekurangkurangnya 3.0m dari sebarang halangan. Garisan teras garisan selebar 0.02m yang membahagikan gelanggang kepada 2 bahagian yang sama besar. Garisan suku bulatan pada pertemuan-silang antara garisan tengah dengan setiap garisan tepi, garisan suku bulatan hendaklah dilukis dari garisan tepi ke ke garisan tengah berjejari 0.9m diukur dan dilukis hala-keluar dari jejari 0.9m. Bulatan sepak mula. Bulatan sepak mula berjejari 0.3m hendaklah dilukis pada petak kiri dan kanan gelanggang, yang man pusatnya adalah 2.45m dari garisan belakang gelanggang, 4.25m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05m dari garisan tepi. Garisan 0.04m ini hendaklah diukur dan dilukis hala keluar dari jejari 0.3m.

2) TIANG Ukuran tiang Tiang mestilah menpunyai ketinggi 1.55m (1.45m untuk Wanita) dari permukaan gelanggang dan hendaklah cucup teguh untuk mengekalkan ketegangan jaring. Ianya hendaklah diperbuat dari bahan yang teguh dan jejarinya tidak boleh melebihi 0.04m. Kedudukan Tiang Tiang hendaklah didirikan atau ditempatkan 0.3m dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan teras.

3) JARING

Jaring hendaklah diperbuat dari tali biasa atau nylon yang halus dengan siratan berukuran diantara 0.06m hingga 0.08m. Jaring hendaklah 0.7m lebar dan tidak melebihi 6.10m panjang dan pada kedua-dua hujungnya diletatkan pita 0.05m dari bahagian atas hingga kebawah dan hendaklah dalam kedudukan sebaris dan menegak dengan garisan tepi. Pita inidinamakan pita sempadan. Dibahagian atas dan bawah jaring hendaklah dilapik dengan pita 0.05m yang diperkuat dengan benang atau nylon. Pita ini berfungsi sebagai pengampu tali regangan. Setelah diregang, bahagian atas jaring hendaklah 1.52m (1.42m untuk wanita) tinggi dibahagaian tengah gelanggang dan 1.55m (1.45m untuk wanita) ditiang. a. 1.55m (1.42 untuk wanita) ukuran ditepi tiangb. 1.52m (1.45 untuk wanita) ukuran dibahagian tengah jaring.

4.)BOLA SEPAK TAKRAW

BOLA SINTETIK

BOLA ROTAN

Berbentuk bulat dan mempunyai 12 lubang dengan 20 pertemuan silang. Ianya diperbuat dari satu lapis rotan atau fiber sintetik. Jika ianya perbuat dari rotan, lapisan tersebut mestilah mengandungi diantara 9 hingga 11 urat. Ukuran lilitnya mestilah diantara 0.42m hingga 0.44m (0.43m hingga hingga 0.45m untuk Wanita).

Berat bola sebelum dimainkan hendaklah diantara 170gm hingga 180gm (150gm hingga 160gm untuk Wanita).

PENGELOLAAN KEJOHANAN / SISTEM PERTANDINGAN i. Pertandingan Kalah Mati Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir. Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta. a. Kelebihan Boleh dijalankan dalam masa yang singkat Cepat memilih pemenang Boleh dijalankan dengan peralatan yang terhad Seronok untuk ditonton Penyertaan ramai.

b. Kelemahan Pasukan yang menjadi johan, boleh jadi bukan yang benar-benar terbaik Separuh daripada pasukan akan terkeluar selepas pusingan pertama Kemungkinan ada antara pemain dari pasukan yang kalah langsung tiada peluang bermain. ii. Pertandingan Liga Merupakan satu-satunya pertandingan yang sesuai dijalankan sekiranya pertandingan itu bertujuan memilih pasukan yang terbaik. Perkara-pekara yang perlu diambil perhatian : Masa yang mencukupi Kewangan yang ada Bilangan pengadil Kemudahan dan peralatan yang ada.

Pertandingan boleh dijalankan dalam Liga satu pusingan Liga berkumpulan

PERATURAN (PERKARA-PERKARA BATAL) Pihak Sepak Mula Apit yang melontar bola atau memain-mainkan bola kepada tekong sebelum pengadil selesai mengumumkan mata pertandingan. Mana-mana apit mengangkat kaki, memijak garisan atau melepasi jaring atau menyentuh jaring semasa melontarkan bola kepada tekong. Semasa melakukan servis, kaki tekong tidak boleh memijak garisan bulatan sepak mula. Tekong tidak menyepak bola yang dilontar/ tidak mengenai bola. Bola menyentuh pemain regu sebelum melintasi ke petak gelanggang lawan. Bola melintasi jaring tetapi jatuh di luar gelanggang. Bola tidak melintasi ke petak gelanggang lawan/ tidak melepasi jaring.

Penerima Sepak Mula Melakukan tingkah-laku yang boleh mengganggu pihak lawan semasa penerimaan bola. Kedua-dua Pihak semasa Permainan. Memijak garisan tengah gelanggang. Mana-mana pemain yang menyentuh bola di kawasan lawan. Mana-mana bahagian anggota pemain memasuki kawasan lawan samada diatas atau dibawah jaring kecuali semasa 'follow-through'. Memainkan bola lebih dari 3 kali berturut-turut. Bola menyentuh tangan.

Bola melurut dianggota badan. Memberhenti atau mengepit bola dibawah tangan/lengan, antara kedua-dua paha/kaki atau badan. Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain lain benda. Mana mana pemain yang sengaja melambat-lambatkan permainan.

HUKUMAN Perkara-perkara dibawah akan dikenakan hukuman kepada pemain dan penonton jika melakukannya, antaranya: Menunjukkan bantahan dengan tutur kata atau kelakuan terhadap mana-mana pegawai, mengenai sebarang keputusan dan kepada lain-lain pemain atau penonton. Memaki atau menuturkan kata-kata kesat kepada pegawai, pemain atau penonton. Melakukan perbuatan atau tindakan yang tidak sopan dengan maksud mempengaruhi sesuatu yang dibuat oleh pegawai. Meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran Pengadil. Memberi bola kepada pasukan lawan dengan kaki. Melakukan tingkah laku tidak sopan. Melanggar Perintah dan Undang-undang Permainan Sepak Takraw.

Pemain yang melanggar undang-undang (11) akan dihukum oleh pengadil. Pengadil boleh menggunakan kad-kad berikut:a. b. Kad Kuning Amaran Kad Merah Perintah Keluar

Kad Merah boleh dikeluarkan kerana kesalahan-kesalahan yang DISENGAJAKAN seperti:

Masih berdegil dan berkelakuan buruk selepas diberi AMARAN Berkelakuan ganas (seperti menyerang, menendang, meludah dan sebagainya) Memaki, mencarut atau mengeluarkan kata-kata kesat. Nota: Mana-mana pemain yang diberi Kad Merah hendaklah diarah Keluar Gelanggang dan tindakan tatatertib perlu diambil terhadapnya. Pemain berkaitan tidak boleh dibenarkan bermain dalam sebarang permainan sehingga dibenarkan oleh Lembaga Tatatertib.

PEMAIN-PEMAIN Sukan ini dimainkan oleh 2 Regu yang mana setiap Regu mengandungi 3 orang Pemain.Salah seorang dari Pemain ini hendaklah berada dibelakang dan dinamakan Tekong. Dua orang lagi Pemain hendaklah berada di hadapan, seorang disebelah kiri dan seorang lagi disebelah kanan. Pemain disebelah kiri dinamakan Apit Kiri manakala yang berada disebelah kanan dinamakan Apit Kanan Pemain

Tekong - merupakan pemain yang berada di bahagian tengah berhampiran bulatan sepak mula, bertindak melakukan sepak mula atau servis serta mengawal bahagian tengah dan belakang gelanggang.

Apit kanan - merupakan pemain yang berada di bahagian sebelah kanan tekong, bertindak mengawal bahagian kanan dan bahagian hadapan gelanggang.

Apit kiri - merupakan pemain yang berada di bahagian sebelah kiri tekong, bertindak mengawal bahagian kiri dan bahagian hadapan gelanggang.

Apit Kanan dan Apit Kiri masing-masing boleh bertindak sebagai pencampak bola untuk Tekong melakukan sepak mula atau servis, melakukan libasan (rejaman), mengumpan bola dan membuat hadangan. Ini bergantung kepada situasi permainan dan kemahiran masing-masing.

GANTIAN PEMAIN Gantian Pemain dibenarkan pada sebarang masa asalkan ianya diminta oleh Pengurus Pasukan atau Jurulatih Rasmi kepada Pengadil Rasmi dan semasa bola tidak didalam permainan. Setiap Regu dibenarkan membuat satu gantian sahaja. Pemain yang diperintah keluar gelanggang oleh Pengadil semasa permainan, boleh digantikan asalkan gantian belum dilakuan. Mana-mana pemain yang telah bermain atau diletakkan sebagai Pemain Simpanan dalam mana-mana Regu tidak dibenarkan bermain didalam Regu lain didalam pertandingan yang sama. Mana-mana Regu yang mengandungi kurang dari 3 Pemain, tidak dibenarkan meneruskan permainan dan akan dianggap Kalah. PEGAWAI-PEGAWAI Permainan akan diuruskan oleh Pegawai-Pegawai berikut: I) I Pengadil Rasmi

ii) 2 Pengadil iii) 6 Pengadil Garisan (4 digarisan tepi dan 2 digarisan belakang)

Nota: Kedudukan 2 orang Pengadil Garisan untuk Gariasan Belakang hendaklah bersetentang dengan Pengadil. FORMAT KIRAAN MATA

Semua perlawanan akan dijalankan dengan kiraan mata 21 mata pada Set 1 dan 2 dan sekiranya kedudukan DEUCE (20-20) pasukan yang mendapat 2 mata seterusnya secara berturut atau pasukan yang mendapat mata 25 terlebih dahulu akan dikira pemenang.

Perjalanan dijalankan didalam 2 set dengan 2 minit rehat diantaranya. Sekiranya kedudukan berakhir dengan seri iaitu 1 1 dalam set tersebut, ianya akan dilanjutkan ke set (TIE BREAK) dan kiraan mata adalah 15 sahaja.

Sebelum pusingan Tie Break bermula, pengadil akan membuat undian dan bahagian yang memenangi undian akan membuat sepak mula. Tukar Petak akan berlaku bila satu regu mencapai 8 mata.

Setiap regu/pasukan hendaklah sanggup bertanding lebih dari satu perlawanan dalam satu hari. Jika dijadualkan, maka tempoh rehat selama 10 minit akan diberikan antara perlawanan

Sila rujuk Jadual Kiraan Mata dibawah untuk kiraan mata pertandingan (Jadual 1) Jadual 1 : Menunjukkan Jadual Kira Mata Pertandingan :

PERLAWANAN (PASUKAN) MENANG 2 - 0 MENANG 2 - 1 MENANG 1 - 2 KALAH 0-2

MATA 3 2 1 0

TEKNIK DAN KEMAHIRAN 1. Menimbang, menghantar dan menerima bola

Sepak sila

Sepak kuda

Mengawal bola menggunakan peha

Mengawal bola menggunakan kepala

Mengawal bola menggunakan dada

1) Melakukan servis

Servis kencangservis kuda Servis biasa/ bebas

2) Rejaman

Rejaman bahagian dalam kaki

Rejaman bahagian tapak kaki

Rejaman hujung kaki

Rejaman bahagian tepi kaki

Rejaman menggunakan dahi

Rejaman menggunakan sisi kanan kepala

Rejaman menggunakan sisi kiri kepala

3) Menghadang

Menghadang menggunakan belakang badan

Menghadang menggunakan kaki dan peha

Cadangan Latihan

Latihan Sepak Sila Berseorangan Secara Berulang Kali

Latihan Berpasangan atau Berkumpulan

Latihan Menyepak dengan Bola Tergantung

Latihan dengan bola tergantung

Latihan menanduk bola secara berpasangan

Latihan menanduk bola yang tergantung

Latihan Servis

Servis ke Penjuru Belakang Gelanggang Lawan

Servis ke ruang hadapan Gelanggang Lawan

Latihan Rejaman

Latihan berpasangan

Latihan berkumpulan

Pemain A melambungkan bola kepada Pemain B dan C dan melakukan rejaman dengan pelbagai cara. Kaedah latihan ini digilir-gilirkan dan diulang. Latihan Menghadang

Latihan Menghadang Berpasangan Latihan dibuat dengan menghadang secara berpasangan. Pemain A melontar bola ke Pemain B yang menghadang dengan pelbagai cara di depan jaring. Ulangi kaedah latihan ini dan digilir-gilirkan,

Latihan Menghadang Bersama Perejam Pemain A menghantar bola kepada Pemain B untuk rejaman dengan Pemain C bertindak sebagai penghadang. Ulangi kaedah latihan ini dengan menggilirgilirkannya

Falsafah Kejurulatihan Peranan Jurulatih Perkara yang perlu di titik beratkan oleh jurulatih Menjadi contoh yang baik Tidak memalukan atlet Mengekalkan persahabatan yang positif Hormat-menghormati Berkomunikasi dengan berkesan Bersikap objektif : mempunyai alas an bagi setiap arahan Bertindak sama rata Berlaku adil

Jurulatih yang baik harus menjalankan tugas tertentu, antaranya : Menyediakan program sebelum, semasa dan selepas pertandingan Mengawal dan mengendalikan program latihan Memberi nasihat semasa latihan Mengelola latihan seimbang Menyimpan rekod atlet Mengendalikan kursus-kursus teknikal Mempengaruhi cara hidup pemain yang berkesan

Keperluan untuk jurulatih Berjaya menyampaikan segala teknik dan taktik permainan sesuatu sukan : Mengenali diri sendiri tentang Kekuatan dan kelemahan diri Kejayaan yang diperolehi Kekecewaan yang dialami Ilmu pengetahuan dan pengalaman

Mengenali atlet sendiri Perlu

mengenali

atlet

mengenai

pencapaian,

komitmen,

objektif,

kecerdasan dan emosi, pemikiran, rakan dan keluarga, pemakanan, kesihatan dan masalah diri. Mengenalpasti bakat dan mengasah bakat Membataskan hubungan jurulatih-atlet

Pengetahuan tentang sukan diceburi Meningkatkan pengetahuan tentang permainan, teknik, taktik dan strategi sukan diceburi

Sifat-sifat jurulatih yang baik Berpersonaliti Stabil emosi Tegas dan berani Yakin diri Berobjektif Demokratif Berfikiran terbuka dan jujur Fleksibel Futuristic Rasional Kreatif Boleh menyesuaikan diri Berfalsafah Komited

Jurulatih yang baik juga perlu berpengetahuan dan berkebolehan tentang Teknik dan taktik permainan Permbinaan program latihan Kaedah pengajaran, menganalisis dan menilai pemain Struktur dan organ badan (anatomi) Fungsi dan kesan tubuh manusia (fisiologi) Kesan pemakanan terhadap atlet Pencegahan dan rawatan kecederaan Proses dan reaksi pembelajaran motor Psikologi kemanusiaan dan social

Gaya-gaya kepimpinan jurulatih. Ia berbeza antara setiap jurulatih. Gaya gaya ini berbeza berdasarkan falsafah yang dipegang oleh jurulatih itu sendiri : Autokratik kepimpinan yang berpusat kepada jurulatih Demokratik kepimpinan yang menekankan proses dua hala Laisser faire kepimpinana yang banyaj memberikan kebebasan kepada pemain untuk membuat keputusan

KERTAS KERJA : KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERBUKA WILAYAH UTARA

TARIKH : 15 OKTOBER 2011

TEMPAT : GELANGGANG SEPAK TAKRAW DEWAN AL-BUKHARY

ANJURAN : PERSATUAN SEPAK TAKRAW WILAYAH UTARA

1.0 TUJUAN Kertas kerja ini dikemukan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan daripada pihak pengerusi dan lembaga exco Persatuan Sepak Takraw wilayah utara bagi menjalankan pertandingan sepak takraw terbuka untuk mencari bakat baru. 2.0 PENDAHULUAN Perlawanan Sepak Takraw terbuka ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan di Persatuan Sepak Takraw wilayah utara bagi mencungkil bakat terpendam para pemain dalam bidang sukan di samping menyokong dasar sukan negara yang menekankan individu yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang bidang sukan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak pentadbiran dan pelatih di bawah satu acara yang dianjurkan seperti ini. 3.0 OBJEKTIF Objektif utama Perlawanan Sepak Takraw Terbuka ini dijalankan adalah; a) Mengasah bakat para peserta serta melatih mereka untuk bermain dengan lebih baik dan seterusnya dapat mewakili persatuan ke peringkat yang lebih tinggi. b) Menggalakkan penglibatan pemain dalam sukan tradisional Melayu, khasnya sepak takraw. c) Membina semangat kesukanan antara guru-guru pelatih. d) Mengeratkan hubungan silaturrahim antara para peserta. e) Pemilihan bakat baru dalam arena sukan sepak takraw

4.0 MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para peserta tentang pengurusan pertandingan serta memupuk interaksi positif dalam kalangan warga persatuan. 5.0 SASARAN Pasukan bernaung di bawah persatuan-persatuan negeri Pasukan persendirian

Terbuka kepada semua pemain dan kumpulan yang berminat 6.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PERLAWANAN Tarikh Hari Tempat : 15 Oktober 2011 : Sabtu : Gelanggang Sepak Takraw Kompleks Al-Bukhary

7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS Sila rujuk Lampiran 1.

8.0 ATURCARA PERLAWANAN Sila rujuk Lampiran 2.

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Sila rujuk Lampiran 3.

LAMPIRAN 1 JAWATANKUASA PERLAWANAN SEPAK TAKRAW TERBUKA 2011 WILAYAH UTARA PENAUNG DATUK ARIFFIN BIN MAN Pengarah PENASIHAT TUAN HJ. RUSLAN BIN SAAD Ketua Unit Kokurikulum AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA PENGERUSI : En. Ahmad Fuad Bin Abdul Salim NAIB PENGERUSI : En. Ronnie Balan Denis SETIAUSAHA : En. Mohd Baihaqi Bin Mohd Adenan BENDAHARI : En. Laswan Bin Sonteng BIRO PROTOKOL/ URUSETIA : 1. En. Khairil Anuar Bin Baharom 2. En. Anton Anak Pindog 3. En. Cassidy Chua Chin Boon BIRO PUBLISITI : 1. En. Joey Wong 2. En. Aaron Chia

BIRO PENERBITAN: 1. En. David Arumugam 2. En. Jason Chia Chee Lung 3. En. Amil Bin Jonas BIRO HADIAH DAN CENDERAHATI : 1. En. Hanafi Bin Omar 2. En. Krishnan A/L Gnanasekaran 3. En. Justinus Bin Tanggang BIRO PENGADIL : 1. En. Berinus Agang 2. En. Lois Bin Kimbin 3. En. George Sipajan BIRO PERUBATAN DAN KEBAJIKAN : 1. En. Terbius Yipayin 2. En. Daison Anam 3. En. Norshamshi Bin Shamsul BIRO MAKANAN DAN JAMUAN : 1. En. Mohd Zulhafiz Bin Kamarudin 2. En. Kamis Bin Jumat 3. Ustaz Khairiq Bin Jamaluddin

TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA Setiausaha Menguruskan segala bentuk permohonan kepada pihak-pihak tertentu. Menyiapkan surat yang perlu dihantar segera kepada individu atau badan-badan tertentu. Bendahari Mengumpul segala dana dan kutipan yang diserahkan. Membuat laporan terkini tentang kedudukan kewangan.

Biro protokol/urusetia Menguruskan semua maklumat yang perlu dihebah. Menghebahkan keputusan-keputusan kejohanan Menyerah keputusan kejohanan kepada juruacara.

Biro publisiti Menyediakan kain rentang atau kertas maklumat dan memaparkan di tempattempat strategik. Biro peralatan Mendapatkan senarai alat yang diperlukan. Menyediakan alat-alatan yang diperlukan. Menghiaskan khemah dif-dif kehormat.

Biro hadiah dan cenderahati Menyediakan jenis hadiah yang diperlukan. Menyusun hadiah dan cenderamata. Menyediakan senarai pemenang hadiah.

Biro pengadil Merekod semua keputusan pertandingan. Menganalisis kedudukan.

Biro perubatan dan kebajikan Menyediakan alat kecemasan. Menyediakan tempat rawatan. Mengawasi keselamatan tetamu kehormat dan para peserta.

Biro makanan dan minuman Menentukan menu dan jenis makanan serta minuman untuk jamuan makan. Menguruskan makanan dan minuman.

LAMPIRAN 2

ATURCARA PERLAWANAN SEPAK TAKRAW TERBUKA 2011 WILAYAH UTARA

7.00 A.M

Ketibaan para peserta

7.30 A.M

Taklimat peraturan dan system perlawanan oleh ketua pengadil dan pegawai kejohanan

8.00 A.M

Perlawanan pusing pertama

12.00 P.M

Rehat dan makan tengahari

1.30 P.M

Perlawanan separuh akhir

3.OO P.M

Ketibaan dif-dif kehormat

3.30 P.M

Peringkat akhir perlawanan sepak takraw

4.00 P.M

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah

5.00 P.M

Jamuan ringan

5.30 P.M

Majlis bersurai

LAMPIRAN 3 ANGGARAN PERBELANJAAN Pendapatan Kutipan yuran penyertaan dari peserta : RM 10 X 51 = RM 510 Tajaan dari Persatuan Sepak Takraw : RM184 Perbelanjaan 1. Makanan dan Minuman Ahli Jawatankuasa / Peserta = RM5 x 78 orang = RM390 Air mineral = RM12 x 7 kotak = RM84 2. Hadiah Perasmi Pertandingan RM30 x 1 orang = RM30 Pingat emas RM10 x 3 orang = RM30 Pingat perak RM10 x 3 orang = RM30 Pingat gangsa RM10 x 3 orang = RM30 3. Kain Rentang 1 helai = RM100 JUMLAH = RM694

LAMPIRAN 4

TARIKH TUTUP PENYERTAAN


1 OKTOBER 2011 (KHAMIS)

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW


BORANG PENDAFTARAN PASUKAN NAMA REGU NAMA PENGURUS PASUKAN NO/TELEFON : : : ---------------------------------------------------------------------(R)--------------------(P) -------------------------(H/P) YURAN BIL 1. 2. 3. 4. PENGURUS / JURULATIH (JIKA ADA) 1. 2. NAMA : RM 10.00 (SATU REGU) NO. KAD PENGENALAN ALAMAT

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW

1.0

UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan juga Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) yang sedang berkuatkuasa masa kini.

2.0

PERATURAN KEJOHANAN

2.1

Pengenalan

2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai KEJOHANAN SEPAK TAKRAW 2011 dianjurkan oleh Persatuan Sepak Takraw wilayah utara.

2.1.2 Keseluruhan

pertandingan

akan

diadili

oleh

pengadil

bertauliah dari Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang diketuai oleh seorang Ketua Pengadil.

2.2

Tarikh, Tempat dan Taklimat/Undian

2.2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 15 0KTOBER 2011 (sabtu) bertempat di Kompleks Dewan Serbaguna AlBukhary.

2.2.2 Kejohanan akan dijalankan di gelanggang terbuka (OPEN COURT).

2.2.3 Taklimat pengurus dan undian akan dijalankan pada 4hb OKTOBER 2011 (jumaat) di Bilik Mesyuarat Dewan Serbaguna, Kompleks Al-Bukhary pada pukul 8.30 malam.

2.2.4 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak sekiranya tiada wakil.

2.3

Format Kejohanan

2.3.1 Sistem Kejohanan ini adalah KALAH SINGKIR (Kalah Mati)

2.4

Hadiah-hadiah

2.4.1 Hadiah-hadiah akan diberi kepada pasukan yang berjaya menyandang gelaran Johan, Naib Johan, Tempat ketiga dan Tempat ke empat.

2.4.2 Hadiah wang tunai yang disediakan adalah seperti berikut:

i) ii) iii) iv)

Johan

RM1,500.00 + Medal RM1,000.00 + Medal RM 800.00 + Medal RM 500.00 + Medal

Naib Johan Ketiga Keempat -

2.5

Syarat-syarat Penyertaan

2.5.1 Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua warganegara Malaysia sahaja.

2.5.2 Setiap regu hendaklah terdiri daripada seorang pengurus dan 3 orang pemain serta 1 pemain simpanan (jika ada).

2.5.3 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu regu sahaja.

2.5.4 Setiap regu dikenakan yuran penyertaan RM10.00.

2.5.5 Hanya

pasukan-pasukan

yang

MENDAFTAR

DAN

MEMBAYAR YURAN PENYERTAAN SEBELUM ATAU PADA TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA 1hb

OKTOBER 2011 (ISNIN) AKAN DITERIMA DAN LAYAK BERTANDING.

2.5.6 HANYA SEORANG SAHAJA PEMAIN YANG PERNAH MEWAKILI NEGARA / NEGERI /ATM / PDRM / MAKSAK BAGI TAHUN 2005 HINGGA KINI YANG LAYAK

DIDAFTARKAN PENYERTAANNYA BAGI SETIAP REGU. PEMAIN KATEGORI JUNIOR (REMAJA) DAN JUGA VETERAN (40 TAHUN DAN KE ATAS) ADALAH

TERKECUALI DARIPADA SYARAT INI.

2.5.7 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana regu gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan, PIHAK PENGANJUR BERHAK MEMBATALKAN PENYERTAAN REGU

BERKENAAN DARI MENYERTAI KEJOHANAN INI.

2.5.8 Keputusan pihak penganjur kejohanan adalah muktamad.

3.0

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1

Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan Kejohanan. akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur

3.2

Semua regu dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.

3.3

Tarikh,

masa

dan

tempat

pertandingan

yang

telah

ditetapkan/dijadualkan sama sekali tidak boleh diminta tangguh atau diubahsuai oleh pasukan atau regu bahagian. yang mengambil

3.4

Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada regu yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.

3.5

Mana-mana regu yang menarik diri pada pusingan awal akan dianggap tidak mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

3.6

Pasukan yang gagal berada ditempat permainan selepas 5 minit daripada masa yang telah ditetapkan, akan dikira terbatal (walkover), dan pasukan tersebut akan terkeluar daripada pertandingan.

3.7

Borang susunan pemain hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengadil 15 minit sebelum pertandingan dan apabila telah disahkan, TIDAK BOLEH DIUBAH dalam keadaan apa sekali pun.

3.8

Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.

3.9

Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM 400.00 tidak lewat dari 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat.

3.10

Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan di bawah Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pengadilan. Keputusan

jawatankuasa ini adalah muktamad.

3.11

Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa , maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.

3.12

Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan.

3.13

Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukanpasukan yang akan bertanding.

3.14

Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.

4.0

PERATURAN AM

4.1 Sekiranya timbul apa-apa persoalan yang tidak diliputi oleh undangundang, syarat penyertaan dan pertandingan atau mana-mana peraturan, ianya akan diputuskan berasaskan prinsip-prinsip am dan amalan biasa yang diterima umum.

4.2 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Penganjur Kejohanan Sepak Takraw Terbuka 2011 adalah muktamad.

4.3 Penganjur kejohanan berhak mengubah mana-mana peraturan am, syarat penyertaan dan syarat pertandingan serta jadual permainan di saat-saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan tanpa perlu memberitahu pasukan-pasukan yang bertanding.

5.0

Borang Penyertaan dan Pembayaran

5.1

Borang penyertaan dan juga proses pembayaran boleh didapati dan dibuat di Dewan Serbaguna Kompleks Al-Bukhary ATAU di Unit Penyertaan Pertandingan Persatuan Sepak Takraw wilayah Utara.

5.2

Borang penyertaan juga boleh didapati dengan melayari Website Perbadanan dengan muat turun borang penyertaan. Sebarang pertanyaan pertandingan. bolehlah terus menghubungi pihak urusetia

LAMPIRAN 5 JADUAL PERTANDINGAN (KALAH MATI) A

D E

F
G

H I

J K

10.0 PENUTUP Di harapkan dengan penganjuran program ini akan dapat membentuk jati diri para peserta. Semoga pengalaman dan pengajaran yang diterima dapat memajukan lagi sukan Sepak Takraw ini di samping memberi kebaikan kepada semua pihak yang terlibat sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahim yang telah sedia terjamin. Disediakan oleh, ________________________ (MOHD. BAIHAQI BIN MOHD. ADENAN) Setiausaha Persatuan Sepak Takraw Disemak oleh, _______________________ (AHMAD FUAD BIN ABDUL SALIM) Pengerusi Persatuan Sepak Takraw Disahkan oleh, _________________________ (TUAN HJ. RUSLAN BIN SAAD) Ketua Unit Kokurikulum Diluluskan oleh, _________________________ (DATUK ARIFFIN BIN MAN) Penaung

REFLEKSI Saya ingin memanjat kesyukuran kepada-Nya kerana akhirnya dapat saya menyiapkan tugasan Gerak Kerja Kokurikulum Sepak Takraw ini dengan jayanya dan menghantarnya pada tarikh yang telah ditetapkan.Dalam saya melaksanakan tugas ini banyak perkara yang saya belajar serta mengetahui perkara-perkara yang sebelum ini tidak pernah saya ketahui. Saya mula menitik beratkan mencari membuat tugasan bahan-bahan

ini seperti daripada sumber internet, buku-buku rujukan dan

meminta penerangan dan tunjuk ajar daripada pensyarah Gerko Takraw,Encik Zahir Bin Nasir. Aspek yang diambil kira dalam mencari bahan-bahan bagi membuat tugasan ini ialah sejarah sepak takraw, asas permainan, undang-undang, keperluan pemain, peralatan dan lain-lain yang boleh saya guna pakai apabila mengajar di sekolah sebagai guru pembimbing sepak takraw kelak. Setelah saya membuat kerja kursus ini, saya mengetahui betapa luasnya pengetahuan tentang permainan tradisional Melayu ini yang telah dikormesialkan di peringkat antarabangsa. Saya juga dapat memehami idea dan prosedur cara permainan sepak takraw ini dengan menggunakan teknik dan cara yang betul. Selain itu, saya juga dapat mempelajari dan menambahkan lagi idea untuk melakukan kertas kerja berdasarkan permainan ini samada kejohanan terbuka ataupun peringkat sekolah. Pada awalnya, semasa saya mendapat tugasan ini saya berasa bimbang tidak dapat memberi komitmen dalam menjayakan tugasan ini kerana saya kurang memahami dan ia sukar bagi saya untuk melakukannya. Tetapi berkat daripada tunjuk ajar pensyarah dan juga rakan-rakan seperjuangan saya dapat memahami dan melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Sepanjang saya membuat tugasan ini, saya begitu teruja kerana di samping mencari maklumat saya dapat mempelajari dengan lebih meluas tentang kemahiran itu di samping saya juga dapat mengetahui bagaimana terhasilnya sesuatu strategi pelaksanaan dan prosedur untuk menjalankan kejohanan sepak takraw terbuka dan peringkat sekolah berdasarkan tugasan yang dikaji. Saya bersyukur kehadrat-Nya kerana banyak manfaat yang saya peroleh dalam menjayakan tugasan ini. Saya berharap,saya dapat menggunakan manfaat yang saya peroleh ini dengan sebaik

mungkin dan berkongsi maklumat kepada keluarga, rakan-rakan, orang ramai dan juga yang bakal menjadi anak-anak didik saya suatu hari kelak. Akhir kata, sekali lagi, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga terutamanya kepada Encik Zahir Bin Nasir serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Dan saya berharap kerja ini dapat memberi impak dan faedah yang sangat berguna terhadap diri saya yang bakal menjadi salah seorang warga pendidik. Sekian, terima kasih.

NAMA NO.KP OPSYEN

: MUHAMAD IKRAM BIN AHMAD ZAMRI : 910715-02-5651 : 2 PISMP BM / PJ 2

REFLEKSI
Pertama dan selamanya saya memanjatkan rasa bersyukur kepada Ilahi kerana di beri kekuatan kepada saya untuk menyiapkan tugasan saya ini. Selain itu juga, berkat dengan izin-Nya juga saya dapat menyiapkan dalam masa yang telah diberikan. Saya juga amat gembira kerana dapat belajar dengan pensyarah pembimbing yang berpengalaman. Antara pensyarah pembimbing yang dimaksudkan ialah En Zahir bin Nasir yang banyak memberi nasihat serta tunjuk ajar yang membina kepada saya. Selain itu, beliau juga telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya tentang permainan sepak takraw. Memang tidak dapat dinafikan pada mulanya saya amat yakin bahawa saya akan bakal mendapat tunjuk ajar daripada pensyarah yang berpengalaman. Hal ini dapat dibuktikan bahawasanya beliau bukan sahaja pandai dalam menasihati saya tentang cara permainan sepak takraw ini malahan beliau juga turut berbakat dalam sepak takraw ini, kerana beliau sendiri turut bermain bersama guru pelatih disamping mendidik. Justeru pada saya, ini adalah pengalaman yang sememangnya tidak dapat dilupakan disamping mendapat ilmu yang bermanfaat. Selain itu juga saya dan rakan-rakan bukan sahaja di ajar untuk bermain dengan baik malahan saya juga diajar bagamana cara untuk menjadi pengadil oleh pensyarah pembimbing tersebut. Selain itu juga, semasa hendak menyiapkan kerja kursus ini, saya telah menghadapi kekangan dan cabaran yang agak rumit. Antaranya, masalah internet yang menyukarkan saya untuk mencari bahan maklumat. Hal ini kerana rangkaian internet yang kadang kala tidak memuaskan. Selain itu, ada juga bahan maklumat dari internet telah disekat. Masalah ini menyebabkan saya mengambil inisiatif untuk meminjam broadband daripada rakan saya yang lain. Di samping itu, saya juga mengalami masalah dalam pembahagian masa kerana terdapat banyak tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar pada masa yang sama tambahan lagi dengan aktiviti lain di maktab ini yang menyukarkan saya untuk membahagikan masa, ini kerana sebagai pegurusi saya perlu menguruskan pelbagai perkara supaya aktiviti berjalan dengan lancar . Hal ini kadang-kadang menyebabkan diri saya tertekan. Saya faham bahawa

saya perlu bijak dalam mengatur dan menguruskan masa yang saya ada. Rentetan daripada itu, saya telah merangka jadual waktu saya supaya pengurusan masa saya lebih sistematik untuk membolehkan saya menyiapkan tugasan ini dengan lengkap. Sungguhpun begitu, saya berasa amat bangga dan rela hati untuk membuat kerja kursus ini, dengan adanya kerja kursus ini menyebabkan saya lebih faham lagi tentang permainan sepak takraw, Selain itu pelbagai idea juga banyak telah dikongsikan bersama selain dapat juga bertukar pendapat. Oleh itu, melalui tugasan ini saya dapat mempelajari banyak input-input baru berkenaan dengan sejarah sepak takraw dengan lebih mendalam dan banyak lagi. Oleh itu, walaupun terdapat pelbagai kekangan sepanjang penghasilan tugasan ini, saya hadapinya dengan sabar dan tabah. Melalui tugasan yang seperti ini telah banyak memberi pengetahuan kepada saya mengenai sepak takraw. Di samping itu, menerusi tugasan ini juga saya dapat memahami tentang nilai kegigihan semasa mencari bahan maklumat. Saya juga dapat menjalinkan hubungan silaturrahim bersama rakan-rakan sekumpulan semasa melakukan aktiviti permainan sepak takraw ini.. Akhir kalam, proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan teliti sebelum membukukan kerja kursus saya ini ke dalam. Saya begitu berpuas hati dengan hasil ini, kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini.

NAMA NO.KP OPSYEN

: MOHAMAD FIQRY BIN ZAINAL ABIDIN : 911119086209 : 2 PISMP BM / PJ

BIBLIOGRAFI

BUKU RUJUKAN Wee Eng Hoe(2009) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (edisi ke 2),Shah Alam:Karisma Publication. Shamsudin B. Mohd Sharif(2003), Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 4, Kuala Lumpur :Dewan Bahasa Dan Pustaka. Helen Ten Hong Ben (2001), Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2, Kuala Lumpur : Fajar Bakti.

INTERNET Gelanggang sepak takraw, dilayari pada 23 0g0s 2010 di URL http: www.sainssukan.page.tl/Ukuran-Gelanggang-dan-Padang.htm. Peraturan Sepak Takraw, dilayari pada 23 Ogos 2010 di URL http:
http://www.diecoach.com/pdf/2008100119/Sejarah-dan-Peraturan-Sepak-

Sepak Takraw, dilayari pada 23 Ogos 2010 di URL http: http:// http://www.scribd.com.

Anda mungkin juga menyukai