Anda di halaman 1dari 15

Pengenalan kepada Sepak Takraw

Sepak takraw atau sepaktakraw merupakan sejenis permainan di antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Mempunyai jaring yang memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di gelanggang yang berukuran sama seperti gelanggang badminton. Bola takraw pula pada asalnya diperbuat daripada rotan dan kini telah digantikan dengan penggunaan bola sintetik. Hal ini kerana bola rotan adalah tidak sebaik bola sintetik kerana bola rotan dikira amat keras dari bola sintetik.

Di Malaysia permainan ini disebut 'sepak raga', di Filipina 'sipa', di Burma 'chinlone', di Laos 'kator', dan di Thailand 'takraw'. Permainan sepaktakraw yang ada sekarang merupakan adaptasi permainan sepak raga dan badminton. Pada tahun 1940an permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut sistem kiraan mata seperti badminton. Undang-undang dan peraturan awal permainan sepak raga jaring telahpun digubal dan disusun secara bertulis pada 15 April 1960 di Kuala Lumpur.

Sepaktakraw mula dipertandingkan buat pertama kalinya di peringkat antarabangsa pada tahun 1965 di Sukan SEAP yang telah diadakan di Malaysia. Sebelum Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP menerima sukan ini, perbincangan yang hangat telah berlaku di antara wakil-wakil Malaysia dan Singapura dengan wakil-wakil dari Negara Thai dan Burma bagi membincangkan mengenai dengan nama permainan ini. Akhirnya atas dasar bertolak ansur, Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP telah memutuskan bahawa permainan ini hendaklah dinamakan permainan SEPAKTAKRAW, iaitu gabungan perkataan 'sepak' dan 'takraw' menjadi satu perkataan.

Dan kini permainan sepak takraw telah pun mengalami evolusi dimana permainan bergu yang dimainkan oleh dua orang pemain bagi setiap pasukan telah pun diperkenalkan.

1|Page

Sejarah Sepak Takraw


Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal sertaketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang.Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama kepada sepak takraw.

Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan
2|Page

sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.

3|Page

Gelanggang bagi Sepak Takraw


Ukuran gelanggang. Berukuran 13.4 x 6.1m dan bebas dari sebarang halangan setinggi 8m dari permukaan lantai ( gelanggang pasir dan rumput tidak digalakan). Garisan Gelanggang. Lebar semua garisan gelanggang tidak boleh melebihi 0.04m dan dilukis hala-dalam dari penjuru ukuran gelanggang. Semua garisan hendaklah dilukis sekurangkurangnya 3.0m dari sebarang halangan. Garisan Teras. Garisan selebar 0.02m yang membahagaikan gelanggang kepada 2 bahagian yang sama besar. Garisan Suku Bulatan. Pada pertemuan-silang antara garisan tengah dengan setiap garisan tepi, garisan suku bulatan hendaklah dilukis dari garisan tepi ke ke garisan tengah berjejari 0.9m diukur dan dilukis hala-keluar dari jejari 0.9m. Bulatan Sepak Mula. Bulatan sepakmula berjejari 0.3m hendaklah dilukis pada petak kiri dan kanan gelanggang, yang man pusatnya adalah 2.45m dari garisan belakang gelanggang, 4.25m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05m dari garisan tepi. Garisan 0.04m ini hendaklah diukur dan dilukis hala keluar dari jejari 0.3m.

Gambar menunjukkan ukuran bagi gelanggang sepak takraw


4|Page

Tiang
Ketinggian bagi tiang untuk sepak takraw adalah berbeza dari gelanggang permainan yang lain dimana ketinggiannya 1.55m (1.45m untuk Wanita) dari permukaan gelanggang dan hendaklah cucup teguh untuk mengekalkan ketegangan jaring. Ianya hendaklah diperbuat dari bahan yang teguh dan jejarinya tidak boleh melebihi 0.04m.

Kedudukan Tiang. Tiang hendaklah didirikan atau ditempatkan 0.3m dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan teras.

Kedudukan tiang bagi sepak takraw.

5|Page

Jaring untuk permainan sepak takraw

Jaring hendaklah diperbuat dari tali biasa atau nylon yang halus dengan siratan berukuran diantara 0.06m hingga 0.08m. Jaring hendaklah 0.7m lebar dan tidak melebihi 6.10m panjang dan pada kedua-dua hujungnya diletatkan pita 0.05m dari bahagian atas hingga kebawah dan hendaklah dalam kedudukan sebaris dan menegak dengan garisan tepi.Pita inidinamakan pita sempadan.

Dibahagian atas dan bawah jaring hendaklah dilapik dengan pita 0.05m yang diperkuat dengan benang atau nylon. Pita ini berfungsi sebagai pengampu tali regangan. Setelah diregang, bahagian atas jaring hendaklah 1.52m (1.42m untuk wanita) tinggi dibahagaian tengah gelanggang dan 1.55m (1.45m untuk wanita) ditiang. a. 1.55m (1.42 untuk wanita) - ukuran ditepi tiang b. 1.52m (1.45 untuk wanita) - ukuran dibahagian tengah jaring.

6|Page

Bola sepak takraw


Berbentuk bulat dan mempunyai 12 lubang dengan 20 pertemuan silang. Ianya diperbuat dari satu lapis rotan atau fiber sintetik. Jika ianya perbuat dari rotan, lapisan tersebut mestilah mengandungi diantara 9 hingga 11 urat.

Bola sepak takraw antara lelaki dengan perempuan adalah berbeza. Antara perbezaannya adalah dari segi saiznya. Bagi pemain lelaki cirri-ciri bola mereka adalah ukuran galis lilitnya mestilah diantara 0.42m hingga 0.44m berbeza pula dengan perempuan dimana ukuran galis lilitnya ialah 0.43m hingga hingga 0.45m.

Selain itu berat bola sebelum dimainkan bagi lelaki hendaklah diantara 170gm hingga 180gm manakala bagi perempuan pula 150gm hingga 160gm.

7|Page

Peralatan dan pakain pemain bagi sepak takraw


Pemain pemain hendaklah memakai Jersey/T-shirt dan berseluar pendek (T-shirt berkolar bulat dengan seluar sehingga paras lutut untuk wanita) dan berkasut sukan dengan tapak getah. Adalah dilarang pemain memakai seberang benda/pakaian yang boleh membahayakan Pasukan Lawan semasa pertandingan.Dalam keadaan cuaca sejuk, pemain-pemain dibenarkan memakai track suits.

Sebarang benda yang dipakai oleh Pemain dianggap sebahagian dari anggotanya. Jersey/TShirt mestilah dimasukan kedalam (seluar)

Sebarang

alatan/benda

yang

boleh

melajukan

bola

takraw

atau

membantu

mempercepatkan pergerakan pemain tidak dibenarkan.6.4. Ketua Regu hendaklah memakai 'Arm Band' dilengan kirinya.

Semua

Jersey/T-Shirt

hendaklah

bernombor

antara

hingga

15

dibahagian

belakang.Setiap pemain mestilah diberi satu nombor tetap sepanjang kejohanan. Hanya nombor 1 hingga 15 dibenarkan untuk digunakan oelh setiap pasukan yang bertanding. Nombor ini hendaklah berukuran tidak kurang dari 19cm tinggi.

8|Page

Pergantian permain simpanan


Gantian Pemain dibenarkan pada sebarang masa asalkan ianya diminta oleh Pengurus Pasukan atau Jurulatih Rasmi kepada Pengadil Rasmi dan semasa bola tidak didalam permainan.7.2. Setiap Regu dibenarkan membuat satu gantian sahaja.

Pemain yang diperintah keluar gelanggang oleh Pengadil semasa permainan, boleh digantikan asalkan gentian belum dilakuan.

Mana-mana pemain yang telah bermain atau diletakkan sebagai Pemain Simpanan dalam mana-mana Regu tidak dibenarkan bermain didalam Regu lain didalam pertandingan yang sama.

Mana-mana Regu yang mengandungi kurang dari 3 Pemain, tidak dibenarkan meneruskan permainan dan akan dianggap kalah.

9|Page

Kedudukan para pemain sebelum permain berlangsung


Semasa permain bermula, semua. Pemain mesti berada didalam Petak masing masing dalam keadaan bersedia.

Tekong yang membuat Sepak Mula hendaklah sebelah kakinya berada didalam Bulatan Sepak Mula dan sebelah lagi kakinya hendaklah berada diluar Bulatan Sepak Mula untuk menyepak bola.

Kedua-dua apit Regu yang membuat Sepak Mula mestilah berada didalam Suku Bulatan masing-masing. Pemain Regu Lawan bebas berada dimana-mana kawasan didalam Petak Gelanggangnya.

10 | P a g e

Permulaan permainan sepak takraw


Regu yang memilih untuk memulakan permainan hendaklah memulakan permainan set pertama. Selepas tamat set pertama, kedua-dua Regu hendaklah menukar petak dan permenang memulakan set kedua.

Campakan hendaklah dibuat setelah Pengadil selesai mengumumkan Mata Pertandingan. Jika mana-mana pemain apit melontar bola sebelum pengadil mengumumkan mata pertandingan,campakan semula hendaklah dilakukan dan amaran diberikan kepada pelontar bola. Semasa melakukan sepak mula, sebaik sahaja bola disepak oleh penyepak mula, semua pemain bebas bergerak didalam petak gelanggang masing-masing.

Sepakan Mula cuma sah jika ianya melepasi jaring samada ia menyentuh jaring atau tidak melalui diantara dua Pita Sempadan jatuh didalam Petak Gelanggang Pasukan Lawan.

Sepakan Mula boleh dilakuan oleh Tekong dengan apa cara sekalipun asalkan salah satu dari kakinya sentiasa menyetuh gelanggang didalam Bulatan Sepak Mula.

11 | P a g e

Pekara- pekara yang menyebabkan pemainan batal


Pihak Sepak Mula:

Apit yang melontar bola, memain-mainkan bola (melambung, menghempas,memberi kepada apit lain dan lain-lain) selepas pengadil selesai mengumumkan mata pertandingan. Mana-mana apit mengangkat kaki, memijak Garisan atau melepasi jaring atau menyentuh jaring semasa campakan bola dibuat.

Tekong semasa melakuan sepak mula, sebelah kakinya tidak menyentuh gelanggang atau memijak garisan bulatan sepak mula. Tekong tidak menyepak bola yang dilontar. Bola menyetuh Pemain Regunya sebelum melintasi ke petak gelanggang lawan. Bola melintasi jaring tetapi jatuh diluar gelanggan. Bola tidak melintasi ke Petak Gelanggang Lawan.

Peneriama Sepak Mula:

Melakuan tingkah-laku yang boleh mengganggu atau membuat bising atau ,menengking terhadap pihak lawan.

12 | P a g e

Kedua-dua Pihak semasa Permainan:

Memijak Garisan Tengah. Mana-mana pemain yang menyentuh bola dikawasan lawan. Mana-mana bahagian anggota Pemain memasuki kawasan lawan samada diatas atau dibawah jaring kecuali semasa 'follow-through' Memainkan bola lebih dari 3 kali berturutan. Bola menyentuh tangan. Bola melurut dianggota badan. Memberhenti atau mengepit bola dibawah tangan/lengan, antara kedua-dua paha/kaki atau badan. Sebarang anggota atau peralatan Pemain seperti kasut, pelilit kepala dan lain lain menyentuh jaring, tiang, kerusi Pengadil atau jatuh kekawasan lawan. Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain lain benda. Mana mana Pemain yang sengaja melambat-lambatkan pemainan.

13 | P a g e

Sistem kiraan mata dalam permainan


1. Bila perkara batal dilakukan oleh semada bahagaian sepak mula atau menerima sepak mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan termasuk melakukan sepak mula seterusnya.

2. Mata kemenangan maksima untuk setiap set ialah 21 mata.

3. Permainan dijalankan didalam 2 set dengan 2 minit rehat diantaranya.

4. Jika masing-masing Regu memengangi 1 set, permainan akan ditentukan didalam set ketiga yang dinamakan 'Tie Break' deangan 15 mata.

5. Sebelum Pusingan 'tie Break' bermula, pengadil akan membuat undian dan bahagian yang memenangi undian akan membuat sepak mula. tukar petak akan berlaku bila satu Regu mencapai 8 mata.

14 | P a g e

Rujukan
1) http://meoizna.tripod.com/undangtakraw.html 2) http://www.koniriau.or.id/cabor/sepaktakraw.html 3) http://dc398.4shared.com/doc/5fGmtrvl/preview.html 4) en.wikipedia.org/wiki/Sepak_takraw 5) ms.wikipedia.org/wiki/Sepak_takraw 6) www.gajahmas.com 7) http://dc398.4shared.com/doc/5fGmtrvl/preview.html 8) sukan-sriaman.blogspot.com/2007/.../gelanggang-sepak-takraw.htm 9) www.bolarotan.com/2010_06_01_archive.html

15 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai