Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan

Sofbol atau bola lisut ialah sejenis sukan berbola dan berpemukul yang berkembang
dari sukan sejenis besbol. Permainan ini telah diperkenalkan oleh seorang pemberita yang
bernama George W. Hancock pada tahun 1887 di Chicago, Amerika Syarikat.
Permainan sofbol memerlukan 2 pasukan yang terdiri daripada 9 orang pemain bagi
pasukan masing-masing. Permainan ini mempunyai tempo yang tinggi dan pemarkahan
yang

rendah.

Secara

amnya,

permainan

sofbol

dimainkan

di

padang

dengan

gelanggangnyayang berbentuk diamonddan terdiri daripada 4 base iaitu base perumah,


base pertama, base kedua serta base ketiga.
Dalam sofbol, bola akan dilempar oleh seorang pelempar bola (pitcher) dan menjadi
sasaran pemain lawan yang memukul (batter) dengan menggunakan kayu pemukul yang
dikenali sebagai bet. Terdapat satu kumpulan yang berjaga di padang iaitu pertahanan dan
satu kumpulan yang bertindak sebagai pemukul (penyerang). Tiap pasukan berlumba
mengumpulkan markah (run) dengan cara mengelilingi petak berbentuk potongan wajik
(base). Mereka akan berlari hingga menyentuh base yang terakhir dikenali sebagai home
plate.Semasa bemain sofbol, skor atau run dihasilkan dari seorang pelari berlari memijak
semua base secara berurutan dan kembali memijak base perumahan (home plate). Setiap
pelari yang berjaya mengelilingi dan menginjak home plate mendapat satu larian. Oleh itu,
pasukan pemadang perlulah berusaha mengeluarkan 3 ahli pasukan berlawanan sebelum
mereka mendapat satu run untuk menukar posisi di padang menjadi penyerang.

Penutup
Kumpulan kami telah bertanggunjawab untuk membuat satu tugaan tentang peranan
setiap posisi dalam gelanggang sofbal dan strategi-strategi untuk melakukan pertahanan
pasukan. Melalui tugasan projek ini, kami telah memperolehi pengetahuan tentang setiap
peranan posisi dalam gelanggang sofbal dan betapa penting setiap peranan posisi dalam
suatu pertandingan sofbal. Selain itu, kami juga tahu strategi-strategi yang boleh digunakan
semasa melakukan pertahanan dalam pertandingan. Secara konklusinya, kami telah
mendapat banyak pengalaman yang baik daripada tugasan projek ini, and kami
mempercayai bahawa pengalaman ini akan membantu kami untuk menjadi guru yang
cemerlang pada masa depan. Oleh itu, kami mhu mengucapkan ribuaan terima kasih
kepada pensyarah kami yang telah memberi peluang kepada untuk menjalankan tugasan
projek ini.

Anda mungkin juga menyukai