Anda di halaman 1dari 12

1.

0 Aspek Permainan Ragbi



1.1 Pakaian
Baju dan seluar pemain ragbi diperbuat daripada kain yang tahan lasak dan tidak
mudah koyak. Pemain dibenarkan memakai alat keselamatan seperti padding
pada bahu, alat pelindung gigi, kepala dan shoulder guard. But pemain ragbi
mempunyai stud yang diperbuat daripada getah atau logam. PEngadil berhak
menyuruh pemain menanggalkan altan yang dianggap berbahaya dan boleh
dicederakan pemain lain seperti seluar berzip, cincin dan jam tangan.

1.2 Padang Permainan
Padang permainan ragbi berukuran tidak melebihi 100 meter panjang dan 70
meter lebar. Kawasan gol berada pada hujung padang tiap-tiap kawasan yang
berukuran tidak melebihi 22 meter dari garisan gol. Pada jarak 5 meter dari
garisan gol kedua-dua bahagian padang terdapat garisan putus-putus yang
dipanggil garisan 5 meter.

1.2 Posisi Pemain
Suatu pasukan ragbi mengandungi 15 orang pemain dan beberapa orang pemain
gantian. Posisi pemain boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian
hadapan dan bahagian belakang.



2.0 Kemahiran Dalam Permainan Ragbi

2.1 Menghantar
Menghantar bola boleh dibuat melalui hantaran sisi jauh, hantaran sisi dekat,
hantaran bawah, dan hantaran pendek searas. Hantaran sisi adalah hantaran asas
dalam permainan ragbi.

Teknik hantaran sisi;
1) Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan.
2) Tangan dibengkokkan dengan menarik bola ke belakang.
3) Bahu menghadap penerima bola.
4) Mata pandang ke arah penerima.
5) Ayun boleh ke sisi badan dank e belakang sedikit daripada arah penerima.
6) Luruskan tanyan semasa menghantar bola. Hantar di antara aras dada dan
pusat penerima.

2.2 Menerima
Kemahiran menerima bola mesti dikuasai pemain bagi memastikan bola yang
dihantar dapat ditangkap denan kemas untuk memudahkan pergerakan
seterusnya,

Teknik menerima bola hantaran;
1) Penerima berada di belakang penghantar bola.
2) Tumpukan perhatian kepada pergerakan bola yang hendak ditangkap.
3) Berlari dengan tangan terbuka semasa hendak menerima bola.
4) Terima bola dengan kedua-dua belah tangan.
5) Serap daya dengan membawa bola ke arah badan.

2.3 Menendang
2.3.1 Tendangan Setempat
Dilakukan ketika memulakan permaina dan memulakan permainan selepas
pasukan lawan mendapat jaringan penalty

Teknik tendangan setempat;
1) Letak bola secara menegak.
2) Undur untuk mendapatkan jarak atau sudut larian yang sesuai.
3) Mata tumpu ke arah bola.
4) Bergerak kea rah bola. Gerakan jangan terlampau laju.
5) Kaki yang tidak menendang berada di belakang atau sisi bola.
6) Tendang bola dengan kaki dominan.
7) Ikut lajak dengan mengayun kaki tinggi.



2.3.2 Tendangan Lantun
Dilakukan ketika memulakan semula permainan di atas garisan 22 meter atau
conversion try berhampiran garisan gol, tendangan drop goal dan memulakan
permainan setelah gagal melakukan conversion.

Teknik tendangan lantun;
1) Pegang bola. Bucu bola dicondongkan sedikit menghala ke badan.
2) Lepaskan bola di hadapan kaki yang tidak menendang.
3) Tendang bola sebaik sahaja bola tersentuh tanah.

2.3.3 Tendangan Grubber
Dilakukan ketika menghantar bola ke kawasan pihak lawan semasa menyerang
dan bertahan.

Teknik tendangan grubber;
1) Pegang bola bawah sedkit dari aras pinggang. Bucu bola berhampiran
kaki.
2) Lepaskan bola berhampiran kaki.
3) Tendang bola ketika bola hampir menyentuh tanah dan arah ke tanah.

2.3.4 Tendangan Punt
Dilakukan ketika melakukan tendangan hantaran tinggi atau jarah jauh.

Teknik tendangan punt;
1) Pegang bola pada aras pinggang. Bucu bola menghala ke
hadapan/belakang.
2) Lepaskan bola.
3) Tendang bola sbaik bola berada pada aras lutut.
4) Tendang denaan menggunakan bahagian luar kaki.
5) Ikut lajak dengan mengayun kaki tinggi.

2.4 Tackle
Tackle berlaku apabila pemain yang membawa bola dijatuhkan ke tanah oleh
seorang atau lebih pemain lawan. Tujuan melakukan tackle adalah untuk
mematahka serangan lawan. Terdapat beberapa jenis tackle yang boleh dilakukan
oleh pemain. Antaranya;
a) Tackle sisi
b) Tackle belakang
c) Tackle hadapan




Teknik melakukan tackle dari sisi;
1) Terkan pada bahagian paha pembawa bola.
2) Gunakan bahu untuk mengenakan daya sambal merangkul paha pembawa
bola.
3) Peluk kedua-dua belah paha pembawa bola dengan kemas untuk
menjatuhkannya.
4) Kepala berada di sebelah atau di atas punggung lawan.

Kesalahan semasa melakukan tackle;
1) Membuat tackle yang berbahaya seperti menarik leher atau kolar baju pemain
lain.
2) Membuat tackle terhadap pemain yang tidak membawa bola.


2.5 Skrum
Skrum dibentuk oleh kelapan-lapan orang forwards daripada setiap pasukan. Setiap
pasukan membuat binding dalam tiga barisan. Kedua-dua pasukan berhadapan
secara bahu-membahu (interlocked) antara satu sama lain hingga membentuk
seolah-olah satu terowong atau laluan untuk scrum half memasukkan bola.

Skrum dibentuk untuk memulakan semula permainan setelah diberhentkan
disebabkan oleh beberapa kesalahan seperti knock-on atau hantaran bola ke
hadapan.

Pembentukan skrum terdiri daripada tiga barisan utama. Barisan hadapan skrum
terdiri daripada dua prop dan hooker. Barisan kedua skrum terdiri daripada dua
ocks atau second row dan dua flanker atau wing forward. Barisan akhir dipanggil
anchor atau number 8. Binding dilakukan dengan keseluruhan bahagian tangan
meangkukemas bahu atau pinggang rakan. Hal ini penting untuk mendapatkan
kesepaduan daya tolakan. Kegagalan membuat binding membolehkan pihak lawan
memperoleh penalty kick.

Antara kesalahan semasa melakukan skrum;
1) Melengah-lengahkan pembentukan skrum.
2) Menjatuhkan skrum dengan sengaja.
3) Memegang bola semasa dalam skrum.








3.0 Undang-Undang Dan Peraturan



Pemain tidak boleh melempar atau memukul bola dengan tangan ke hadapan
semasa membuat hantaran.
Pemain yang ditackle mati (tidak boleh menghantar bola) apabila salah satu
lututnya tersentuh tanah.
Pemain yang ditackle tidak bolah berbaring bersama bola dengan sengaja.
Pemain tidak boleh melakukan tackle terhadap pemain yang tidak membawa
bola.
Bola dikira keluar jika kaki pemain telah menyentuh garisan tepi.
Sekurang-kurangnya dua orang pemain daripada satu pasukan diperlukan
untuk membentuk line-out.
Pemain yang off-side tidak dibenarkan memainkan bola selagi belum berada
dalam posisi on-side.



























4.0 Aspek Keselamatan





Memastikan peralatan yang digunakan semasa latihan seperti scrum-machine
dan tiang gol tidak terdapat sebarang kerosakan.
Membalut tiang gol ragbi dengan foam atau pelapik yang sesuai.
Memastikan padang ragbi berumput, rata dan tiada batu ataubenda-benda
tajam seperti kaca.
Menghentikan permainan jika cuaca buruk.












Rumusan


Pemain ragbi perlu mempunyai kecergasan fizikal dan mental kerana ragbi
adalah permainan yang lasak.
Pemain ragbi perlu menguasai kemahiran individu, beruni dan berpasukan.
Anara kemahiran tersebut ialah menghantar bola, menerima, menendang,
tackle, skrum dan line-out.
Empat care tendangan dalam permainan ragbi ialah tendangan setempat,
tendangan lantun, tendangan grubber dan tendangan punt.
Pembentukan skrum terdiri daripada tiga barisan utama. Pembentukan dan
keupayaan sesuatu krum bergantung pada binding dan kesepaduan daya
tolakan.
Line out ialah lontaran bola ke dalam di antara dua pasukan untuk memulakan
permainan setelah bola keluar dari padang.
Aspek keselamatan perlu diberi penekanan bagi menghindarkan risiko
kecederaan.








Rujukan

Aris Fazil bin Haji Ujang, Borhan bin Yusof, Abd Halim bin Md Salleh. 2003.
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkaran 5, Dewan Bahasa Dan
Pustaka; BHS Book Printing Sdn Bhd.





Indeks

Bil Perkara Muka surat
1 Penghargaan
2 1.0 Aspek Permainan
3 2.0 Kemahiran Beragbi
4 3.0 Undang-Undang
5 4.0 Aspek Keselamatan
6 Rumusan
7 Lampiran
8 Rujukan



Penghargaan


Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat
masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada guru-
guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan saya, iaitu Pn Maimunah binti Abdullah, En
Mohd Faris bin Shukri dan En Tuan Hadie Syafun bin Tuan Abdullah kerana dengan
tunjuk ajar serta bimbingan daripada mereka membuka ruang untuk saya
menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak
terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu
saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.




Lampiran







Pendidikan Jasmani Dan
Pendidikan Kesihatan
RAGBI
Nama : Nur Hayati binti Anuar
Kelas : 515
Guru : - Pn Maimunah binti Abdullah
- En Mohd Faris bin Shukri
- En Tuan Hadie Syafun bin
Tuan Abdullah

Anda mungkin juga menyukai