Anda di halaman 1dari 7

PENGHARGAAN

Alhamdullillah dan syukur ke hadrat Illahi kerana memberikan saya kekuatan dan keberkatan dan kerana itu saya telah berjaya menyelesaika folio Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan ini. Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tenaga pengajar saya iaitu ................... kerana telah banyak memberikan bantuan dan tunjuk ajar yang berterusan sepanjang tempoh menyelesaikan folio ini. Penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan kerana telah memberikan dorongan yang tidak terhingga dan pendapat yang bernas sepanjang perkembangan projek ini. .

Akhir sekali, kami ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada sebarang pihak atau individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyelasaikan tugasan ini.

BOLA KERANJANG
Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul) berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas; dan pasukan yang markahnya lebih banyak apabila tamat permainan dikira pemenang. Lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata, di luar lengkungan bernilai 3 mata.Boladigerakkan di dalam gelanggan dengan melantunkannya (menggelecek) atau menghantarnya kepada rakan sepasukan. Gangguan sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan bagaimana bola bola dikawal (penalty). ASPEK PERMAINAN BOLA KERANJANG 1) Gelanggang Permukaan daripada kayu, simen atau sintetik Rata, keras dan bebas gangguan atau halangan 2) Papan jaringan dan keranjang Mesti berada di kedua-dua bahagian gelanggang Diperbuat daripad kayu atau bahan lut sinar Papan jaring dipasang keranjang (bulatan besi dan jaring sintetik) 3) Bola Diperbuat daripada getah, kulit atau bahan sintetik 4) Posisi pemain Pengawal (guard) Pemain hadapan (forward) Pemain tengah (center) 5) Jaringan Masukkan bola dalam keranjang pihak lawan Cara dapatkan mata i. Lakukan jaringan sebagai hasil gerakan dalam permainan ii. Lakukan jaringan sebagai hasil lontaran percuma

GELANGGANG BOLA KERANJANG

KEMAHIRAN DALAM PERMAINAN BOLA KERANJANG 1) Menghantar Kemahiran menyerang dan cara selamat untuk mengawal bola Hantaran paras dada, atas kepala, lantun san sisi

2) Menerima Kecekapan menangkap bola yang dihantar oleh rakan sepasukan Penerima bola perlu sentiasa memandang ke arah pemain yang melakukan hantaran.

3) Menghadang Menyukarkan pemain lawan daripada menggelecek bola, melakukan hantaran, dan membuat jaringan

4) Menggelecek Menggerakkan bola ke kawasan lawan dan mengekalkan penguasaan bola. Melibatkan otot biceps brachii, triceps brachii, branchialis, flexor carpi ulnaris dan extensor carpi radialis longus.

5) Menjaring Memasukkan bola ke dalam keranjang pihak lawan. Kaedah : i. Set shot ii. Lay up shot iii. Jump shot

6) Rebound Bola melantun semula dari papan jaring yang dilakukan dengan melontar bola ke arah papan jaring. Lontaran jaringan yang tersasar.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN BOLA KERANJANG (PERSEKUTUAN BOLA KERANJANG AMATUR ANTARABANGSA DAN PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA) 1) Jumlah pemain 10 orang 5 pemain sahaja dalam satu masa, 5 pemain lagi menjadi pemain simpanan.

2) Masa permainan Dibahagi kepada 4 suku Setiap suku 7 minit masa permainan Masa rehat antara suku kedua minit

Masa permainan dikira sebaik sahaja bola mula dimainkan.

3) Permulaan permainan Dimulakan dengan pengadil melambung bola di bulatan tengah antara 2 pemain. Jam permainan diaktifkan apabila bola yang dilambung disentuh oleh mana-mana pemain. Pemain tidak boleh menangkap bola tetapi boleh menepis atau menolak boea tersebut kepada rakan sepasukan.

4) Pelanggaran peraturan (violations) Pelanggaran peraturan terhadap pengawalan bola Pelanggaran peraturan terhadap masa. Pelanggaran mengakibatkan mengakibatkan kehilangan bola kepada pihak lawan (turn over)

5) Aspek keselamatan Memakai pakaian yang sesuai, kasut bertapak getah paras buku lali dan pelapik lutut Memastikan kuku jari tangan sentiasa pendek dan tidak memakai rantai, cincin natau jam tangan sewaktu bermain. Memastikan gelanggan dan semua peralatan baik dan selamat digunakan.

Anda mungkin juga menyukai